Sunday, April 30, 2017

Cameron Highlands 18-19 March 2017

Assalamualaikum & hai! Heheheh mehh hambarnya lokasi percutian aku kali ni. Hahah ala ni unintended vacation sebab 2 hari sebelum tu aku stress dengan kerja kat office. So jari pun memandai survey rate hotel kat Cameron Highland. Kalau ada murah, kite pegi la. Kalau takde kite duduk la kat rumah diam-diam. Tapi tu pun kalau jumpa hotel yang suit dengan bajet aku. Aku stay 1 malam je sebab tak ada benda pun nak dibuat kat atas bukit tu. Select date 18 & 19 Mac, masa cuti sekolah. Hm carik pasal sangat pilih date tu sebab jem teruk oii atas tu. Hm aku lupa lah minggu tu cuti sekolah T_T


Sabtu, 18 March 2017 
1.00 PM - Gerak dari KL. Merujuk pada Waze, aku akan sampai sana pukul 5.00 pm. Haa ok la tu sempat lagi nak singgah ladang teh hirup secangkir teh O. Gituu 
6.30 PM - Arrival time terbabas 1jam 30minit. Usaha mengelak jalan jem dengan ikut jalan kampung pun tak berapa menunjukkan hasil. Punca lewat sampai sebab hujan dan jem. Tapi nasib baiklah sempat lagi singgah Bharat Tea. Order air teh dengan chicken pie, lepas tu chill tepi bukit. Ahaha feeling tenang la tu padahal kiri kanan bunyi baby menangis. LOL! Oh ya, sebelum ni entry ke ladang teh bawah tu free je. Sekarang dah kena bayar. Aku tak ingat la berapa ringgit. Yang penting sebab kena bayar tu la aku jadi malas nak feeling-feeling petik daun teh kat situ

7.00 PM - check in kat Camellia Budget Inn. Rate bilik RM110 satu malam, ada 3 katil (2double,1single). Bawah hotel ni ada kedai runcit under nama yang sama dan ambik kunci bilik kat situ. Kalau nak guna towel, kena deposit RM50 tau. Security hotel ni bagus sebab cuma guest je ada access card nak naik ke bilik. So far puas hati dengan accommodation kali ni. Tak menangis macam masa kat Pulau Perhentian tu. Huhu

8.30 PM - makan malam kat sekitar hotel. Area Tanah Rata ni senang sangat nak carik makan. Kat sini boleh dikatakan banyak gerai jual Nasi Goreng Cameron (nasi goreng sayur). Hahaha memang tak la aku makan sebab aku kan karnivor. LOL 

10.00 PM - balik bilik, lepak kat balkoni main kira kereta lalu lalang, lepas tu tidur laa 


Pemandangan belakang tak jelas takpe. Yang penting aku cun.


View dari bilik Camellia Budget Inn. Puas hati sangat dengan location dia.

Ahad, 19 March 2017 

9.00 AM - Haa hari Ahad barulah aktiviti best sikit. Bangun awal sebab nak jalan-jalan kat pasar tani. Dekat je betul-betul kat sebelah hotel. Pergi pasar tani just nak berkenalan dengan sayur je. Belinya tak. Hehehe

9.30 AM - breakfast nasi lemak & jalan-jalan explore kawasan. Kebetulan aku ternampak signboard Nasi Lemak Sambal Straberry dan aku hanya mengeluh je sebab dah kenyang sarapan sebelum tu. Huaaa tapi takpe la tak dapat makan nasik lemak, kite makan benda lain. Hehe kat situ ada pasu strawberry yang depa gantung tinggi. Humpphh tak bagi petik la tu. Landscape situ lawa.. Instaworthy la jugak

11.00 AM - check out awal nak pergi ladang Lavender. Aku dah lama aim ladang ni sejak 5 tahun lepas. Sebelum ni bila datang cameron tak pernah berpeluang nak ke ladang lavender sebab terlajak dan malas u-turn. Huk alohh

2.30 PM - Ambik masa 2 jam setengah dari Tanah Rata nak ke Lavender Farm. Ko rase?! Ni semua sebab jem teruk dari Tanah Rata ke Brinchang. Dah habis pulas stereng ikut jalan dalam pun masih tak berjaya. Member kat sebelah dah memekak. Huhu I jadi penumpang so rileks je menikmati pemandangan. Masa sampai ni hujan renyai-renyai. Ni pun aku dah start takde mood. Tapi alang-alang dah sampai dan kebetulan ada 1 parking kat situ, proceed jela masuk. Mengada sangat kenapa aku n. Harga tiket RM8. Berbaloi la dengan harga tu sebab selain Lavender, ada jugak ladang bunga dan ladang strawberry. Ladang ni fully covered dengan transparent canvas. Masa aku kat situ hujan lebat tapi masih boleh gembira melompat petik strawberry masam.

3.30 PM - Cukup sejam kat situ dan balik KL

8.30 PM - Baru sampai KL sebab jalan jem. Esoknya masuk opis dan kembali stress seperti biasa + Monday Blues.


Boleh tahan tinggi ni kalau nak lompat petik strawberry dia. Hmm


Abang maneee

Strawberry Yogurt. Tak berapa kena dgn tekak sbb aku tak suka sangat masam ni.

Tak tahu la pokok apa

Masa stuck dalam jem tu hakak amik gambar yang takde motif ni. Hahhaah

Bunga taktahunama kat Lavender Farm. Kumati2 pikir bunga ros. Baru nak feeling. Sekaliii


Bunga kekwa ke? 

Bayar RM10 untuk 10gm strawberry. Haluss je stoberi dia dan masam sebab aku tak reti pilih





Strawberry yogurt haa ini sedap!


Lavender aiskrim. Pernah rasa makan sabun? Kalau belum, try la eskrim ni.

Yess bucket list checked!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...