Oh Ninie!
Perubahan
14 February 2010 | 11:24 PM | 3 comments
11 Februari 2008
Hari ini.seorang guru baru telah menggantikan tempat Puan Norma,guru Matematik kelasku yang baru berpindah minggu lepas. Parasnya agak kacak. Namanya Johan Abdullah. Tapi,aku kurang selesa dengan sikapnya yang agak tegas. Baru sahaja masuk ke kelasku,aku menjadi mangsa kemarahannya. Tindakkannya bukan kerana benci,dah memang benar itu slahku. Yalah..yang aku benarkan Naim meniru buku Matematik aku kenapa? Walaupun Cikgu Johan memarahiku,tetapi mukanya tetap tampan. Aku suka pada dirinya ke? Isy..jangan Adi,kau tak sepatutnya meminati kaum sejenis kau. Cukuplah selama ini orang cuma tahu bahawankau memeng ditakdirkan lembut. Jadi,tak usahlah kau burukkan lagi keadaan Cikgu Johan pun tentu akan meluat nanti.


Adi berhenti mencoret luahan hatinya di permukaan kertas bergaris itu. Dia mengeluh. Di ruang matanya terbayang-bayang akan wajah kacak guru baru yang bernama Johan. Perlahan-lahan diari merah jambu miliknya ditutup dan disimpan di dalam laci.adi menuju ke cermin lalu diamati wajahnya. Adi memang ditakdirkan memiliki rupa paras yang comel. Wajahnya cerah dan licin manakala bulu matanya cantik melentik. Disebabkan wajahnya,dia dipulaukan oleh pelajar lelaki dan dia lebih senang bergaul dengan pelajar perempuan sejak dia kecil lagi. Akibatnya,Adi secara tidak sengaja memiliki sifat seorang perempuan. Tutur katanya lembut dan hatinya begitu sensitif. Ibu bapanya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menasihati Adi supaya hatinya tidak terpaut kepada kaum sejenisnya. Walau bagaimanapun,hatinya kini mungkin telah 'dicuri' oleh Cikgu Johan. Kini Adi semakin buntu.

* * * *


20 Februari 2008
Rasa kasih luar biasaku terhadap cikgu semakin menebal! Kenapa hari ini cikgu tidak memarahiku? Aku telah melakukan kesilapan yang palig besar dan Cikgu Johan sebagai guru disiplin harus mengambil tindakan tegas tehadapku. Bukannya menasihatiku dengan tutur kata yang amat lembut. Kini,aku semakin cair. Atau mungkinkah Cikgu Johan turut...



Pap! Diari merah jambu itu segera ditutup dan Adi beristighfar panjang. Ya Allah, Kau sedarkanlah aku daripada terus hanyut dengan peraaan terlarangku ini. Serta-merta,fikirannya terbayang peristiwa yang berlaku di sekolah siang tadi.

Spotcheck diadakan pada awal pagi Khamis itu. Semua pelajar yang gagal mematuhi etika berpakaian akan ditahan. bagi Adi,kesalahannya adalah lebih berat iaitu membentuk alis mata dengan sengaja. Dia merupakan pelajar lelaki yang agak 'istimewa' dibandingkan dengan pelajar lelaki lain. Kebetulan pula, Cikgu Johan merupakan salah seorang guru disiplin. Maka, Cikgu Johan memohon agar Adi diletakkan di bawah pengawasannya. Semasa di bilik disiplin,sifat Cikgu Johan amat berbeza apabila mengajar di kelas. Jika di kelas,tingkah lakunya sentiasa tegas namun,sewaktu berhadapan secara personal di hadapan Adi,kata-katanya sentiasa lembut. masih terngiang-ngiang di gegendang telinga Adi akan pesanan guru muda itu,"Saya tahu awak tak suka kalau saya meninggikan suara pada awak kan?Awak pelajar istimewa bagi saya, Adi.Saya tak sanggup hendak memarahi awk kerana saya tahu hati awak amat sensiif. Jadi,boleh awak berikan kerjasama pada saya? Saya mahu awak berubah. Saya tak amhu lihat awak cuba untuk menyerupai perempuan. Bolehkan?"

Adi tersentak.Dia berfikir berkali-kali. Cikgu Johan menasihatiku dengan lembut supaya aku tidak terus hanyut dalam arus songsang ini. Tetapi kenapa fikiranku terlalu cepat menyimpul hipotesis bahawa Cikgu Johan turut sukakan aku seperti mana aku sukakan dirinya?

* * * *

Adi memarkir mobilnya di luar kawasan sekolah yang telah banyak mengubah hidupnya. Sebaik sahaja dia melangkah keluar,matanya terarah pada sekitar blok bangunan sekolah itu. Sepuluh tahun telah berlalu. Namun keadaan sekolah masih aman dan tenang seperti dulu. Adi menapak ke dalam kawasan sekolah manakala anak kecil di sisinya terkial-kial menurut langkah si bapa. Adi berjalan melewati blok bangunan. Tujuannya hanya satu. Dia ingin bertemu dengan Cikgu Johan yang telah banyak menabur bakti kepadanya. Ketika berjalan berhampiran padang,fikirannya mula menayangkan kembali kenangannya bersama Cikgu Johan. Di padang itulah di mana Cikgu Johan sering melatih Adi bersukan untuk memantapkan staminanya. Aktiviti sukan seolah-olah sudah menjadi rutin mingguan yang wajib bagi Adi. Pada asalnya Adi memang cukup benci dengan aktiviti yang melibatkan tenaga.Adi rimas dengan keadaan itu. Namun, Cikgu Johan tetap memaksanya. Adi mengambil masa selama dua bulan untuk menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun,setelah Adi perasan akan perubahan yang berlaku pada fizikal dan dirinya,dia mula menghargai segala usaha yanag telah Cikgu Johan lakukan untuknya.


Tiba-tiba matanya terarah pada seorang guru lelaki yang tinggi dan berkulit hitam manis sedang berdiri di tepi padang dengan berpakaian sukan.. Mungkin beliau sedang menunggu para pelajarnya. Adi segera mendukung anaknya dan cepat-cepat menuju ke arah guru itu. "Cikgu Johan?" sapanya sebaik sahaja tiba. "Ya saya," Guru itu menoleh. Anak kecil itu diturunkan dan Adi segera memeluk guru yang dirinduinyaCI itu. "Cikgu,ini saya, Adi Zulfakar" Cikgu Johan meleraikan pelukan. Matanya terarah pada wajah Adi. Mungkin mencari persamaan antara Adi yang dulu dan sekarang. Namun,gagal. Paras wajah Adi yang cerah dan berwajah keanak-anakan suatu ketika dahulu telah gelap dan wajahnya tampak yakin dan tegas. Lengannya pula timbul urat-urat yang menyerlahkan ciri-ciri kelakiannya. "Adi! Kau dah berubah!" kata Cikgu Johan. Kali ini dia menarik bekas pelajarnya itu dalam pelukannya. Anak kecil di tepi terpinga-pinga melihat situasi itu lalu merengek minta didukung. "Cikgu,pekenalkan ini anak saya,Mohd Farid" Cikgu Johan tersenyum memandang anak kecil itu. Wajahnya comel saling tak tumpah wajah bapanya."MasyaAllah..kamu benar-benar berubah, Adi.Saya hampir tak kenal kamu. Saya gembira melihat kamu kini," kata Cikgu Johan. "Oh ya,kamu bekerja apa sekarang?" "Saya berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sekarang saya berpangkat Leftenan Koperal Muda." jawab Adi dengan penuh rasa rendah diri.Cikgu Johan berasa sebak. Usahanya melatih Adi dulu ternyata tidak sia-sia. Adi dapat mengesan perubahan wajah gurunya lalu tangan kanan gurunya dicapai dan dikucup penuh hormat. "Terima kasih cikgu. Kerana cikgu,saya berjaya menjadi insan yang berbakti kepada negara. Saya tidak mampu hendak membalas segala jasa yang telah cikgu curahkan pada saya," ucap Adi luhur. Cikgu Johan tersenyum. "Kejayaan kamu sekarang sudah cukup bermakna bagi saya, Adi. Saya bangga dengan kamu. Tahniah saya ucapkan," Adi mengangguk. Dia amat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang padanya untuk bertemu semula dengan guru yang telah banyak berbakti kepadanya.



p/s: ni la cerpen aku yg pnh kne tendang mase ptandingan cerpen peringkat kebangsaan dl.huhu..teruk kan?? ;))

XOXOX

Labels:


| Newer Post
Author

Hola I am Anis Shuhada. Ninie is my internet persona. A full time student and a self acclaim beauty addict. I love pretty things, polkadots, laces and a huge fan of any brown colored stuffs! A humble owner of MY Honeycase. For any business opportunities, contact me at vogue_neez@yahoo.com

Navigates

Home Profile Extras

Instagram

Credits
Template by :
Background and Cursor by :
Tutorial by : (✿◠‿◠)

[close]