Friday, March 26, 2010

Komen sikit: Evolusi KL Drift 2

25 Mac 2010. Nak tahu ada apa hari tu? Huhu hari tu cerita Evolusi KL Drift 2 ditayangkan dohh.. Aku ni bukanlah pengikut tegar cerita-cerita keluaran Skop Production ni dan aku tak pernah tengok pun Evolusi KL Drift 1 punya. Aku excited gila nak tengok cerita ni pun sebab kakak angkat aku berlakon. Siapa lagi kalau bukan Scha Alyahya!! ;D Si dia pun excited nak tengok sebab abang dia Sam Shaheizy berlakon gak ;P

So, secara keseluruhannya, aku bagi 3 bintang untuk cerita ni. Boleh layan jugak lah.. Banyak adegan-adegan drift yang dipaparkan. Kononnya gangster Malaysia sekarang ni dah maju gila la sampai tahap boleh drift2 dengan polis gitu. Huhu.. Aku malas nak berleter panjang-panjang so aku ringkaskan setiap watak dalam cerita tu diikuti komentar-komentar aku yang membina :

Syamsul Yusof ( Zack Ikmal) : Pergh nama nak hot saje.. Aku tak minat sangat mamat ni sebab bagi aku dia agak poyo sebab dia anak Yusof Haslam (hanya pendapat aku je). Dia hero dalam cerita ni dan dia kononnya macam drifter yang paling handal abad ni. Dulunya dia drifter haram, tapi setelah mendapat moral support daripada rakan beliau, Syam ( Farid Kamil) dia mula berlumba dalam litar dan jadi champion untuk setiap drift challenge.

Scha Alyahya ( Aleya) : Kenapa letak nama watak Scha sebagai Aleya? Lain kali letak la nama Anis ;P Ok stop merepek. Dalam cerita ni, Scha melakonkan watak sebagai awek drift. Cayalah kak! Aku minat gila kat Scha ni sebab perangai dia yang tomboy walaupun memiliki wajah yang comel macam aku ni ;) Lakonan dia memang ada jiwa dan aku turut tumpang sedih masa dia hampir-hampir nak mati sebab kena tembak tu. Tapi yang potong stimnye, sebelum nak mati tu boleh pulak lah kakak aku ni nak ucap “ Aku sayang kau Zack. Aku buat semua ni sebab kau” Ler.. Pada aku, scene tu agak kebudak-budakan dan hanya relevan dalam novel sahaja.

Farid Kamil (Syam) : Abang Farid, watak anda dalam cerita ni memang loser doh! Aku rasa macam nak lempang je dengan Syam tu. Touching tak pasal-pasal. ( To aishah: weh watak dia yang tacing ni kan, sebijik macam mamat fail jpj test tu ;P ) Hm.. si Syam ni touching tak pasal-pasal sebab kononnya orang pandang rendah pada dia sebab dia cacat.

Sam Shaheizy (Ery) : Aku memang salute lakonan Abang Sam ni. Dia memang versatile. Dalam cerita ni dia berlakon watak taiko yang ganas gila. Di dan Joe (Aaron Aziz) banyak link dengan taiko cina dalam hal ehwal kongsi gelap. So style cakap dia pun macam ada slang cina. Lagi gempak, dia cakap cina! Huhu.. gempak-gempak.

Aaron Aziz (Joe) : Mafia paling comel yang aku pernah tengok. Adui..cair mak tengok dia tau. Apa yang boleh pengarah lakukan supaya beliau nampak ganas adalah dengan menampal tattoo banyak-banyak. Huhu.. but still, Joe masih comel and I tak tatot pun bila tengok dia tembak orang ;) Oh lagi satu.. Joe ni pun macam Ery jugak. Ada dialog bahasa cina dan bila dia cuba cakap BM dalam slang cina,memang tak menjadi sangat macam Sam ;)


Itu sahaja tentang pelakon dan mutu lakonan mereka. Seterusnya, aku nak komen sedikit tentang jalan cerita. Ok, secara keseluruhan, cerita ni macam lebih kepada nak memaparkan aksi drift daripada konflik dalam cerita ni. Yang tu semua aku tak kisah sebab pada aku, aksi-aksi drift yang dorang buat memang mantop gila dan AKU SUKA BILA SCHA BUAT DRIFT WALAUPUN HAKIKATNYA BUKAN DIA YANG BUAT! Tapi kan, tapikan.. ada satu part ni buatkan satu panggung ketawa ;))

Part tersebut ialah.. Zack jadi buruan polis dan Aleya cuba untuk selamatkan Zack. Tapi rupa-rupanya Aleya komplot dengan polis. Zack pun apa lagi.. mengamuk sakan lah. Dicaci makinya Aleya. Tiba-tiba.. Aleya buat pengakuan sambil nangis-nangis “ Aku buat semua ni untuk kau Zack. Sejak kali pertama aku kenal ko, aku dah jatuh hati kat ko Zack” Zack terkedu dan terus jadi mat jiwang “ Maafkan aku Aleya,aku tak bermaksud nak sakitkkan hati kau. Aku pun sayangkan ko” Adoi..scene yang amat kebudak-budakan. Betullah kata Abang Adnan, “ Wa ni muka je ganas tapi dalam hati ada taman” ;))

Ok,jari aku dah penat menaip. So..sokonglah movie anak watan kita. Ahaks POYO! Da~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...