Thursday, September 16, 2010

Tips Kempiskan Perut

Sebenarnya ini entry lama. Sudah berhabuk mungkin. Tapi saja nak update balik sebab saya rasa perut saya makin buncit sekarang ni :B

Semalam, untuk pertama kalinya aku bosan tahap infinity. Selalunya bila on Facebook, ada saja rakan-rakan yang seronok untuk diajak berchit-chatting. Tapi semalam, mereka tiada. Nak menempel kat status rakan-rakan yang kurang rapat, aku malu (poyolah kau ni) So..aku pun bukalah macam-macam website. Tahukah anda, aku ni merupakan salah seorang manusia yang amat mempercayai petua tradisional (memang aku percaya,cuma aku malas nak praktikkan)

Mula-mula, aku buka website biggestloser.asia Hm..nak baca lebih lanjut tentang resipi-resipi yang menyihatkan. But.. kalau nak buka link resipi tu, kena ada account lah pulak.. leceh sungguh. Tak kuasa aku nak buat akaun untuk website yang aku amat-amat jarang jenguk. Ok, bila resepi dah tak dapat buka, aku pergi pula kat link execise. Nasib baik lah tak perlukan apa-apa akaun. Tapi aku tak faham instruction exercise tu. Tambahan pula, description dia dalam Bahasa Inggeris ;P

Sekian untuk website tu. Seterusnya, aku pergi ke homepage. Nak tahu aku search apa? " Petua memutihkan ketiak" Muahahah! Ni dah bosan tahap tertinggi nih. Tapi, pencarian aku tak sia-sia kerana akhirnya pencarian itu menemukan aku kepada blog yang amat bermanfaat. Banyak petua-petua tradisional yang dikongsikan di blog tu. Blog ni pun antara blog yang cerdik. Tak aku nafikan, petua-petua rumah tangga pun ada dikongsikan di blog tu. Tapi cara penyampaiannya memang amat berhemah. (wuhu..kau promote ni boleh dapat komisyen ke cik anis?) Kalau berminat dengan blog ni, sila lah click pada link ini http://petuasejagat.blogspot.com

Alang-alang aku dah termasuk blog petua-petua ni, so aku search la sebarang petua yang boleh menyelesaikan masalah-masalah yang ada pada tubuh aku ni. Seperti yang aku nyatakan awal-awal tadi, aku telah search "Petua memutihkan ketiak" okay, petua tu aku pernah cuba sekali saja. Leceh sangat proses penghasilannya. Okay next!

Seterusnya, aku telah search "Petua Kempiskan Perut" Huhu.. aku baru mula mencubanya hari ni. Komen-komen kat blog tu pun kebanyakannya adalah positif-positif belaka. So, aku pun berminat untuk mencuba. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah seperti saya, di sini saya dengan bangganya berkongsi petua tersebut:

- Bancuh teh O suam TANPA gula
- Perahkan sebiji limau nipis ke dalam bancuhan teh O dan kacau
- Sedia untuk diminum

Oh ya, amalkan minum selepas lunch dan dinner okay. Menurut sang pemilik blog tersebut, bancuhan teh O dan limau nipis ni tidak memberikan sebarang kesan 'selalu pergi toilet' Aku tak pasti betul atau tak, tapi buat sementara waktu ni, perut aku masih belum meragam. Alhamdulillah.. Kalau petua ni berkesan pada aku, aku akan terus lakukan secara konsisten. Gerenti aku cun tak hingat lepas ni. Nanti bolehlah I melaram pakai kebaya ;D

p/s: Aku lebih percaya petua tradisional sebab kosnya murah dan risiko kesan sampingan penggunaanya adalah sangat rendah ;)

p/s/s: Aku masih belum mampu kempiskan perut. Sebab tak konsisten kot? :B



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...