Thursday, March 25, 2010

Tips Memandu

Untuk post kali ini, aku dengan berbesar hatinya ingin berkongsi sedikit tips-tips pemanduan untuk pembaca-pembaca semua .. Memandangkan aku ni pun baru sebulan jagung dalam arena pemanduan ni, maka tips yang aku akan berikan sebentar lagi mungkin agak syok sendiri dan mengarut sedikit .


• Pertama: Sebelum menaiki kereta, bacalah apa-apa doa untuk membantu perjalanan korang supaya selamat pergi dan balik.

• Kedua: Hidupkan enjin kereta anda dengan cermat dan jangan tergopoh-gapah. Untuk mereka yang memandu kereta auto seperti saya, pastikan meter minyak naik terlebih dahulu sebelum anda start enjin kereta anda.
(Bapa aku yang suruh aku buat macam tu. Aku sendiri tak pasti sebab apa. Tapi..ikut jelah.)

• Ketiga : Perhatikan meter minyak. Adakah minyak mencukupi untuk anda buka aircond? Kalau anda rasa macam tak cukup je, silalah ke stesen minyak berdekatan dan jangan gatal-gatal guna aircond ye..

• Keempat : Sekiranya minyak mencukupi, sila abaikan tips ketiga tadi. Kalau aku, aku akan switch on radio terlebih dahulu diikuti dengan aircond. Biarkan aircond menyamankan kenderaan anda selama 3 minit.

• Kelima : Masuk gear R (reverse) dan pastikan keadaan selamat sebelum mengundurkan kenderaan anda. Undurkan kenderaan anda dengan penuh yakin.

• Keenam : Tentukan ke manakah destinasi anda. Bagi saya, saya akan rancang perjalanan saya sebaik-baiknya. Saya akan cuba mengelak untuk melalui jalan yang sesak dengan kereta. Maklumlah,aku ni penakut juga sebenarnya.

• Ketujuh : Sekiranya anda melalui jalan yang banyak kereta, sama ada mahu atau tidak, anda terpaksa bersabar dengan karenah segelintir pengguna jalan raya yang gemar membuli pemandu P seperti kita ni. Berikan signal sekiranya anda ingin menukar lorong. Jangan sekali-kali gopoh dan gunakan cermin sisi semaksimumnya.

• Kelapan : Sekiranya anda melalui lebuh raya, saya galakkan anda menggunakan lorong tengah. “Kenapa Anis? Bukankah lebih selamat sekiranya kita menggunakan lorong kiri sekiranya kita memandu perlahan?” Ok, kalau anda berpendapat sebegitu, ini ialah penjelasan saya. Lorong kiri ialah lorong untuk kenderaan berat seperti lori dan bas. Korang ingat, driver bas dan lori ni drive slow macam labi-labi ke? Mintak simpang la weh! Ada sesetengah mereka drive laju gila! Dan mereka akan bertambah ‘high’ apabila ternampak kereta P melalui lorong kiri. Selagi boleh dorang akan follow kita rapat gila and bermulalah adengan cubaan memotong yang marabahaya. Seram weh ;O

• Kesembilan : Aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Cuma nasihat aku, nak drive ni memerlukan keberanian. Jangan sekali-kali jadi pemandu yang kurang ajar di jalan raya. Cukuplah hanya ada segelintir sahaja yang berperangai begitu dan anda janganlah cuba untuk menambah bilangan golongan-golongan begitu ok?


Sekian untuk post kali ini. Selamat memandu! 

3 comments:

  1. tips ke 10 : kalo paking melintang khususnya di kawasan umah flat, tolong jangan tarik hand brake! kalo anda still tarik, itu tindakan paling budus. kerana amat menyusahkan org lain.

    ReplyDelete
  2. tips ke 11 : kalo ade awek/balak hot di tepi jalan,anda sunatkan tumpangkn dorg.kalo x,hon n kenyit mate pon bole.tapi tu makruh la.haha!!

    ReplyDelete
  3. baik2! akan diupdate soon!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...