Saturday, April 24, 2010

Karma

“Yuni,aku takutlah nak jumpa dia. Lain kali jelah kita tunggu Danny eh,” pujuk Fiziyana. Dari tadi lagi bibir comelnya asyik mengomel akan perasaan gementarnya untuk bertemu Danny, pelajar lelaki yang telah sekian lama diminatinya.

“Ah! Kau jangan nak mengada-ngada. Selama ni kau yang sibuk sangat nak jumpa Danny face to face kan? Sekarang ni bila Danny dah setuju nak jumpa,banyak cerita pulak kau,” marah Yuni. Dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah perangai Fiziyana yang gemar menukar fikiran di saat akhir.

Selama ini Fiziyana acap kali menceritakan tentang perasaan sukanya pada Danny. Entahlah, Yuni sendiri kurang faham apa tarikan yang ada pada Danny sehinggakan Fiziyana begitu angau padanya. Setelah sekian lama Fiziyana cuba mendekati Danny, akhirnya Danny perasan juga akan kewujudan Fiziyana. Hasilnya, Danny bersetuju untuk bertemu dengan Fiziyana pada hari itu dan lokasi pilihan mereka untuk bertemu adalah di depan pintu pagar sekolah. Duh~ apa ni? Tak romantik langsung.

“Ala Yuni tolonglah aku! Aku cuak gila ni. Rasa nak terkencing pun ada!”

Yuni tergelak besar apabila mendengar keluhan Fiziyana itu. “Kau jangan buat lawak lah. Kalau kau blah, kau rela ke aku date dengan Danny?” soal Yuni. Fiziyana menggaru kepala.Betul juga..

“Hish sorry sikit! Kau jangan nak mengada-ngada ek.. putus kawan nanti baru tahu..”

“Eh! Tu Danny! Wah kacaknya dia..” Yuni tidak mengendahkan bebelan Fiziyana itu. Jari telunjuknya terarah pada kelibat Danny yang menuju ke arah mereka. “Haha goodluck Fizi..” Yuni sengaja menakut-nakutkan Fiziyana. Dia seakan-akan mahu beredar namun Fiziyana cepat-cepat menarik tangannya. “Hey!Jangan lah pergi dulu!”

“Hai girls!” sapa Danny dengan senyuman. “Hai Danny! Ni ha perempuan ni sibuk sangat nak jumpa kau. Bila kau dah datang malu-malu kucing pulak!” dengan selamba Yuni mengutuk Fiziyana di hadapan Danny. Tak guna punya kawan.. Untuk menutup malu, Fiziyana cuba melakar senyuman semanis mungkin untuk Danny.

“ Ok la.aku malas nak ganggu privacy korang. Danny,kau jaga kawan aku ni baik-baik tau. Dia ni manja sikit. Kalau dia mengadu apa-apa kat aku, siap lah kau,” Yuni pura-pura mengugut. Sambil tersenyum,dia meninggalkan Fiziyana dan Danny yang sedang tersipu-sipu memerhati satu sama lain.

“Tak sangka awak ada hati pada saya..” kata Danny memulakan perbualan. Dia tersenyum memandang Fiziyana. Wajah Fiziyana merah padam mendengar telahan Danny itu.

“Kenapa awak kata macam tu? Bunyinya macam awk perli saya je..” Danny hanya tersenyum.

“Bukan ke selama ini awk jual mahal dengan saya? Tapi macam mana pun, sorry lah awk,saya dah berpunya..” Fiziyana tersentak mendengar kata-kata Danny yang baginya sungguh tidak berperasaan. Sampai hati sungguh! Ditenungnya wajah Danny dalam-dalam,cuba untuk mencari garis-garis senda di wajah lelaki itu. Namun wajah itu tenang.

“Kalau awak dah ada girlfriend.kenapa awak setuju nak jumpa saya? Kenapa awak layan komen-komen picisan saya kat Facebook awak? !” Fiziyana tidak mampu membendung emosinya. Dalam sekelip mata, sikap ‘Gadis Melayu Terakhir’ yang cuba ditayangkan sebentar tadi lenyap begitu sahaja dan kini muncul pula sikap ‘Samseng Kampung Dusun’nya.

Danny tersenyum,cuba melakar senyuman sinis. Alahai..comelnya bila perempuan ni marah. Huhu..sorry syg, aku bukan kepunyaan siapa-siapa pun.Aku nak duga kau je.. “Hello.. perempuan macam awak ni bukan taste saya lah. Awak ingat saya dah lupa ke peristiwa awak dumped saya 2 tahun lepas?Parutnya masih ada tahu,” Danny sengaja bermadah untuk menyakat Fiziyana. Dia seronok mengenakan gadis itu.

Fiziyana terdiam.Mungkin menimbangkan kebenaran kata-kata Danny itu.Memang dia pernah dump Danny suatu ketika dulu kerana pada waktu itu Danny langsung tidak mendapat tempat di hatinya. Lagipun,masa tu Danny bukannya handsome sangat.Ehehe.. ^_^ Tapi kini,entah macam mana hatinya tiba-tiba terpaut pada lelaki yang pernah diejeknya dulu.Betullah orang tua-tua cakap,mula-mula benci, lama-lama sayang. Tapi tak sangka pula kata-kata ‘emas’ tu melekat padanya. Hai,cinta-cinta…

“Takpe lah kalau awak kata macam tu. Thanks sudi jumpa saya hari ni. Bye..” Fiziyana seakan sudah tawar hati. Sambil matanya menekur jalan tar di tapak kakinya,dia melangkah pergi. Danny terkejut dengan perangai Fiziyana yang tidak disangka-sangka itu. Danny sangkakan, Fiziyana tidak akan menyerah kalah dengan kata-katanya tadi kerana Fiziyana yang ‘mungkin’ dikenalinya secara kasar selama ini amat gemar menjawab.

“Fizi! Nantilah dulu! “ laung Danny namun segalanya sudah terlambat kerana Fiziyana sudah pun jauh meninggalkannya.

* * * * *

Fiziyana memandang sekelilingnya. Rakan-rakannya di dalam bilik kecil yang berhawa dingin itu tekun mendengar setiap butir maklumat yang disampaikan oleh guru Biologi di Pusat Tuisyen Cemerlang itu. Fiziyana menguap. Keadaan yang nyaman dalam bilik itu menyebabkan matanya semakin layu. Bila-bila masa sahaja dia boleh melayang ke alam mimpi. Dia jadi begitu kerana telah semalaman dia enggan melelapkan mata. Ini kerana fikirannya masih terbayang-bayang akan pertemuannya dengan Danny di sekolah tengah hari semalam . Penolakan Danny yang terlalu pantas itu mengejutkannya dan dia sukar menerima. Tak guna punya Danny! Kau ingat kau hot sangat lah?Eleh..ramai lagilah lelaki yang boleh aku goda! Huh!

Fiziyana memandang ke bahagian kiri bilik itu. Seorang pelajar lelaki yang kelihatan santai sedang menyandar di dinding sambil memandang Fiziyana. Dia seperti Fiziyana juga. Fikirannya tidak seratus peratus berada di bilik itu. Fiziyana cepat-cepat melarikan pandangannya setelah sedar dirnya diperhatikan. Isy..apahal mamat ni? Dia pandang aku ke? Dada Fiziyana seakan berdegup kencang. Dupdap,dupdap.. Fiziyana menoleh lagi untuk mendapatkan kepastian. Sungguh! Lelaki itu memandangnya. Lelaki itu mengukir senyuman ‘mahal’nya kepada Fiziyana. Isy..buang tabiat ke dia ni? Selama ni muka bukan main ketat lagi. Nak bergurau dengan budak-budak kat sini pun jauh sekali.

Fiziyana membalas senyuman lelaki itu kemudian Fiziyana kembali memandang hadapan. Dia seakan sudah segar daripada layunya setelah bermain mata dengan lelaki berwajah ketat bernama Irfan itu. Memang Fiziyana mengaku, ketika Fiziyana mula-mula mendaftar di pusat tuisyen itu, hatinya seakan-akan berminat dengan lelaki itu kerana dia merupakan antara pelajar terhensem di situ.Hehe..

Namun,perasaan suka terhadap Irfan itu segera ditepis kerana Fiziyana telah membuka ruang hatinya hanya untuk Danny seorang. Apabila Fiziyana berjaya menawan cinta Danny,dia nekad untuk setia dengan Danny sahaja. Ini kerana,kini baru Fiziyana merasa betapa peritnya mengejar cinta orang yang dia minati.

Selain faktor cintanya pada Danny, Fiziyana juga ada sebab kedua mengapa perasaan sukanya pada Irfan harus dibuang jauh-jauh. Kalau dilihat dari segi penampilan Irfan, Fiziyana dapat membuat kesimpulan bahawa Irfan mungkin merupakan lelaki yang gemar bersosial sedangkan Fiziyana hanyalah seorang gadis ‘nerd’. Jadi,agak mustahil Irfan akan menaruh hati padanya.

Namun, sejak dua hari itu, keadaan seakan-akan sudah terbalik. Danny menolak Fiziyana mentah-mentah sedangkan Irfan pula,mula menunjukkan minat padanya. Hisy..pening la pula kepala aku ni.


* * * * *

Kelas tuisyen untuk hari itu tamat pada pukul 5.30 petang. Seperti biasa, Fiziyana terpaksa menapak untuk pulang ke rumahnya yang agak berhampiran dengan pusat tuisyen itu. Setelah mengucap selamat tinggal kepada sahabat baiknya Mimi, Fiziyana mula mengatur langkah. Tidak sampai seratus meter dia melangkah, tiba-tiba namanya disapa seseorang.

“Fizi!” Fiziyana menoleh dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Irfan sedang berlari-lari anak mengekorinya. Dada Fiziyana kembali berdebar kencang namun cuba dikawalnya agar tidak disedari Irfan.

“Oh awak rupanya..Hai ” Fiziyana mengukir tersenyum.

“Balik sorang je?” Tanya Irfan. Fiziyana angguk. “Awak memang selalu balik jalan kaki eh? Tak takut ke?” tiba-tiba, Irfan menjadi seorang yang peramah pula hari itu. Sedangkan selama ini Irfan memang dikenali sebagai lelaki yang tidak banyak cakap dan lokek dengan senyuman .

“Takde lah.. Mana ada takut. Dah biasa pun..” jawab Fiziyana. Dia dapat merasakan wajahnya panas. Nada suaranya pun seakan bergetar sedikit.

“Awak malu dengan saya eh?” telah Irfan. Dia seakan-akan dapat membaca sikap Fiziyana itu.

“Eh! Tak lah! Mana ada saya malu dengan awak. Saya cuma pelik je dengan sikap awak ni,”

“Pelik? Kenapa? Pelik sebab saya tiba-tiba je tegur awak?” Irfan yang bertanya,dan Irfan sendiri yang menjawabnya. Fiziyana tiba-tiba terasa lucu lalu dia ketawa mengekek. “La..kelakar sangat ke saya ni?” Irfan pelik dengan sikap Fiziyana.

“Awak ni kelakarlah. Awak tanya,then awak sendiri jawab. Tapi memang betul pun jawapan awak tu. Saya pelik kenapa awak tiba-tiba berani tegur saya. Selama ni kan awak sombong,”

Irfan terkedu mendengar kata-kata Fiziyana yang telus itu. Memang Irfan mengaku. Dia bukan jenis yang banyak cakap. Dia lelaki yang ‘cool’. Namun kebelakangan ini, Irfan berasa pelik dengan perasaannya. Hatinya meronta-ronta untuk mendekati Fiziyana. Semenjak Fiziyana mendaftar ke tempat tuisyen itu, Irfan seakan-akan bersemangat untuk menghadiri setiap kelas. Dia ingin memerhatikan Fiziyana. Daripada pengamatannya, Fiziyana juga bukan jenis yang banyak cakap sepertinya. Namun, Fiziyana dilihat mesra dengan Mimi.

“Mimi tu kawan baik awak ke?” Pertanyaan Irfan itu membuatkan Fiziyana berasa agak cemburu. Adakah Irfan mendekatinya hanya kerana ingin mempergunakannya untuk memikat Mimi?

“A’ah, dia kawan sekolah saya. Kenapa? Awak minat dengan Mimi eh?” Fiziyana serkap jarang. Irfan tunduk sambil tersenyum. Nampaknya nada suara Fiziyana agak keras. Irfan tahu, Fiziyana cemburu. Irfan mengeleng-geleng. Kemudian dia merenung mata Fiziyana. Fiziyana seakan-akan terpukau dengan pandangan itu. Kalaulah Danny yang merenungnya ketika itu..

“Awak janganlah salah anggap. Saya tak berminat dengan Mimi. Tapi saya berminat dengan awak.” Fiziyana seakan-akan mahu pengsan apabila mendengar bait-bait kata Irfan itu. Bermimpikah dia? Fiziyana memandang Irfan tanpa kerdip.

“Awak ni nak main-mainkan saya ke? Kalau niat awak nak main-mainkan saya, sorry lah.. awak silap orang.” Pengalamannya berhadapan dengan Danny semalam membuatkan Fiziyana semakin berhati-hati dengan perasaannya.

Irfan tidak mudah melatah dengan respon Fiziyana itu. “ Fizi, saya memang tak ada hati langsung pada Mimi. Saya tanya sebab saya curious kenapa awak rapat dengan Mimi berbanding rakan-rakan yang lain. Tu saja..” Air wajah Irfan tampak tenang seperti biasa namun getar hatinya, Tuhan sahaja yang tahu. Dia tidak mahu mendengar Fiziyana berkata tidak apabila mendengar luahan hatinya nanti.

Fiziyana tidak memberi apa-apa respon. Hati Irfan semakin gundah. Hati Fiziyana harus dimenanginya. Dia sudah penat menanggung rindu pada gadis itu. Siang malam dia tidak lena tidur kerana bayangan Fiziyana sentiasa datang menemani. Dah lah waktu untuk Irfan bertemu Fiziyana agak terhad. Mereka hanya dapat bersemuka hanya apabila ada kelas tuisyen sahaja memandangkan mereka berlainan sekolah dan jadual tuisyen mereka hanya 3 kali seminggu.

“Fizi..” perlahan sahaja suara Irfan. Tangannya cuba meraih tangan Fiziyana namun gadis itu pantas melarikan tangannya. Nampaknya Fiziyana bukan jenis perempuan yang senang di sentuh seperti kebanyakan perempuan yang dikenalinya. “Saya benar-benar sukakan awak. Saya dah lama perhatikan awak. Sejak awak mula melangkah ke tempat tuisyen tu, awak dah mula mencuri hati saya,” tulus ucapan Irfan itu.

Namun Fiziyana agak ragu-ragu. Fiziyana gusar Irfan akan merosakkannya seandainya dia menjadi milik Irfan nanti. Irfan berbeza dengan Danny. Wajah Danny lebih kepada keanak-anakan dan wajahnya itu yang membuatkan Danny tampak innocent. Tetapi Irfan, wajahnya seperti remaja tipikal yang berusia 17 tahun. Penampilannya juga menggambarkan bahawa Irfan agak sosial.

“ Saya tahu,awak berat hati nak terima saya sebab awak takut saya akan rosakkan awak kan?” Irfan cuba menduga. Irfan sedar, gadis yang berjaya mencuri hatinya kali ini bukan gadis yang biasa ditemuinya. Fiziyana yang diperhatikannya selama ini ialah Fiziyana yang manja dan minta dilindungi. Lihat sahaja di tempat tuisyen, Fiziyana kelihatan manja dengan Mimi. Lengan Mimi sentiasa menjadi tempat untuknya bersandar dan apabila Fiziyana mengalami sebarang kesulitan di tempat tuisyen, Fiziyana senang merujuk kepada Mimi. Tambahan pula, Mimi memang mempunyai sikap melindungi Fiziyana. Apabila Fiziyana diejek oleh rakan yang lain kerana kekurangan fizikalnya, Mimi yang akan membidas ejekan itu.

“Jawablah Fizi,saya terima apa sahaja jawapan yang keluar dari mulut awak,” Irfan masih setia memujuk. Fiziyana menghela nafas panjang. Kalaulah Danny yang berada di hadapannya ketika itu,dengan senang hati Fiziyana menerima ‘lamaran’ tersebut.

“Ok..pertama sekali,saya nak minta maaf. Saya memang suka pada awak Irfan, tapi saya rasa kita terlalu banyak beza. Saya tak pandai bergaya seperti perempuan lain. Saya tak cantik. Saya takut kalau kawan-kawan awak perli awak couple dengan budak nerd macam saya ni” Fiziyana meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya sejak tadi. Dia cuba menyusun kata-kata agar hati Irfan tidak terguris.

“La..kenapa itu yang awak fikirkan. Saya tak pandang gaya apa semua. Awak lain daripada perempuan yang saya pernah kenal dan itu yang buatkan saya jatuh hati pada awak. Berilah peluang pada saya Fizi. Saya janji akan bahagiakan awak,” janji Irfan bersungguh-sungguh. Fiziyana terharu mendengarnya. Irfan dan Danny begitu jauh beza. Irfan kelihatan jujur meluahkan rasa hatinya manakala Danny hanya tahu menyakitkan hatinya sahaja.

Setelah 15 minit berjalan,akhirnya mereka sampai di kawasan kediaman Fiziyana. Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya Irfan telah menemaninya pulang sedari tadi. “ Tak perasan pula saya yang awak dah temankan saya sampai sini. Thanks Irfan..” ucap Fiziyana. Dia seakan-akan tidak mengendahkan pemintaaan hati Irfan itu.

“Fizi,awak masih tak boleh terima saya?” Irfan masih enggan mengalah. Fiziyana tersenyum memandang Irfan. Dia telah membuat keputusannya. Antara Danny dan Irfan, siapa yang berjaya merebut hatinya terlebih dahulu.

“ Irfan,saya harap awak positif dengan jawapan yang akan saya beri nanti. Menunggu bukan bermaksud awak kalah tapi saya nak menguji sejauh mana dan sampai bila awak sanggup tunggu saya. Jadi..beri saya masa ya. Saya pun sukakan awak. Tapi saya tak pasti sejauh mana perasaan saya pada awak,” kata Fiziyana.

Irfan mengangguk. Dia faham dengan keadaan Fiziyana dan dia enggan terlalu mendesak. Bukankah mendesak itu merimaskan? “Ok,saya faham. Saya harap awak terima saya sebab saya betul-betul ikhlas sayangkan awak. Jumpa awak esok. Bye.. take care” ucap Irfan. Wajahnya tenang dan cool seperti biasa. Fiziyana tersenyum sendiri.

* * * * *

Sudah lebih dua minggu Danny tidak terserempak kelibat Fiziyana. Fiziyana seolah-olah cuba melarikan diri daripadanya. Adakah Fiziyana masih marah dengan kata-katanya semasa pertemuan mereka tempoh hari? Jikalau marah, Danny telah meminta bantuan Yuni untuk menyampaikan salam kemaafannya kepada Fiziyana. Danny masih ingat betapa marahnya Yuni padanya apabila Danny memberitahu perkara sebenar .

“ Kenapa la kau ni bodoh sangat? Kalau ya pun nak menyakat Fizi, janganlah cakap perkara-perkara macam tu. Kau tahu tak hati Fizi tu sensitif? Sekarang,padan muka kau!” hambur Yuni sepuasnya. Dia bengang dengan perangai Danny yang tidak tahu menjaga hati perempuan itu. Memang patut pun Fizi dump kau awal-awal dulu. Patutlah Fizi langsung enggan bercerita tentang Danny selepas pertemuan mereka itu. Rupa-rupanya hatinya telah dilukai. Apabila Yuni bertanya tentang date mereka, Fizi hanya kata ‘Ok je..’ Fiziyana seolah-olah tidak berminat untuk memperkatakan tentang Danny lagi.

“Ala tolonglah Yuni.. aku menyesal sangat-sangat ni. Aku sayang kat dia. Tak sangka pula jadi macam ni. Tolong aku Yuni.. please!” Danny merayu bersungguh-sungguh. Dia seakan-akan mahu menangis.

Yuni mendengus kasar . “Yelah-yelah! Aku tolong sampaikan maaf kau tu kat dia. Tapi,sama ada Fizi nak terima kau lagi ke tak,kau berserah jela eh. Memang patut pun kau merana macam ni. Padan muka.” Sudah berbakul-bakul bebelan dan sumpah seranah diterima Danny. Namun dia menerima dengan rela hati. Memang jelas itu salahnya.

Walau bagaimanapun, Fiziyana masih enggan muncul berhadapan dengannya. Adakah Yuni tidak melunaskan permintaannya?

Danny berjalan mengelilingi sekolah tanpa hala tuju. Setiap sudut sekolah dijelajahnya dengan harapan akan bertemu Fiziyana. Namun,segalanya seperti tidak berhasil. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Yuni yang sedang duduk keseorangan di sebuah bangku. Danny segera menghampiri.

“Hai Yuni!” sapa Danny. Dia segera mengambil tempat disebelah Yuni.

“Oh kau.. Apa lagi yang tak puas hati ni?” Yuni seakan-akan memerli. Wajah Danny tidak di pandangnya.

“Fizi mana?”

“La,kau tak jumpa Fizi lagi?” Danny mengeleng-geleng.

“Kau tak sampaikan maaf aku kat dia ke?”

“Hello! Sorry sikit. Aku dah sampaikan ok”

“ Dah tu kenapa dia tak muncul-muncul? Dia tak sihat ke?”

Yuni mengeluh panjang. Dalam hatinya, dia kasihan dengan Danny yang sentiasa mengharapkan kemunculan Fiziyana. Salam kemaafan Danny telah dikhabarkan kepada Fiziyana. Namun Fiziyana seolah-olah tidak berminat untuk mendengar. Dia cuma mengangguk sahaja. Mustahil Fiziyana begitu pendendam. Itu bukan Fiziyana yang dikenalinya semenjak 6 tahun dulu.

“Hm.. aku no idea lah Danny. Nak kata tak sihat, dia ada je kat sekolah ni. Mungkin dia tak nak jumpa kau kot. Aku sendiri tak tahu apa masalah dia. Tak akan lah dia masih marah kat kau. Teruk sangat ke kau perli dia hari tu?” Yuni bertanyakan soalan yang sama pada Danny sewaktu Danny mula-mula mengadu padanya perihal Fiziyana mejauhkan diri daripadanya tempoh hari.

“Hm.. Fizi tak turun rehat dengan kau hari ni?” soalan Yuni dibiarkan tergantung. “ Tak..dia kata dia nak diet. Dia ingat aku percaya sangatlah alasan dia tu. Aku tahu dia sebenarnya tak nak terserempak dengan kau lagi.” Luruh hati Danny mendengar jawapan Yuni itu.

Nampaknya peluang untuk dia merapati Fiziyana sudah semakin tipis. “ Dia kat kelas eh sekarang? Jom, bawa aku jumpa dia.” Akhirnya Danny nekad. Sama ada Fiziyana sudi menemuinya atau tidak, Danny sudah tidak peduli. Yuni bersetuju dan mereka melangkah menuju ke kelas di mana Fiziyana berada.

Sampai sahaja di kelas, Fiziyana hanya keseorangan. Kepalanya direbahkan di atas meja. Mungkin sedang tidur atau sedang menahan kelaparan.

“Pergilah cepat,” bisik Yuni. Danny angguk dan dia melangkah dengan senyap ke tempat Fiziyana. Dia tidak mahu Fiziyana perasan akan kehadirannya.

“Fizi..” tiada respon. “Fizi..” masih tiada respon.

Danny menoleh memandang Yuni yang berada di luar kelas. Yuni memberi isyarat agar dia menggoncang bahu Fiziyana. Danny akur. Bahu Fiziyana disentuhnya lembut. “Fizi,bangunlah. Ni saya, Danny,” setelah berkali-kali memanggil nama Fizi, akhirnya perempuan itu sedar juga. Isy.. tak senonohnya perangai. Air liur basi bersememeh kat tepi bibir. Nyenyak betul Fiziyana tidur. Danny hanya ketawa dalam hati.

“Oh awak Danny. Sorry saya tertidur,mengantuk sangat. Kenapa jumpa saya ni?” tanya Fiziyana yang masih mamai. Entah berapa lama agaknya dia terlelap. Danny hanya tersenyum melihat gelagat Fiziyana. Wajah Fiziyana agak merah padam dan matanya agak layu sedikit. Baginya, Fiziyana amat comel ketika itu. Mahu sahaja dia memeluk Fiziyana. Lebih-lebih lagi, keadaan ketika itu agak clear. Hehe..

“ Saya rindukan awaklah Fizi..” luah Danny tanpa berlengah. Fiziyana terkejut mendengar pengakuan Danny itu. Dia seakan-akan baru tersedar bahawa yang sedang duduk di hadapannya itu adalah Danny!

“Hah? Awak biar betul? Atau pun saya tengah tidur lagi sekarang ni?” Fiziyana mencubit pipinya. Adakah dia masih bermimpi? Tidak.

“ Betul Fizi, saya rindukan awak. Saya menyesal sebab sakitkan hati awak dulu.”

“Er..so?” Fiziyana seolah-olah tidak berperasaan. Ke mana pergi jiwa Fiziyana yang pernah ada padanya dulu?

“Fizi..janganlah buat saya macam ni” pipi Fiziyana segera disentuhnya dengan harapan Fiziyana akan sedar daripada mamainya. “ Eh apa main usik-usik ni? Awak jangan gatal-gatal usik saya eh. Saya tampar awak nanti!” suara Fiziyana meninggi.

Danny terkejut melihat perangai baru Fiziyana itu. “ Fizi,awak masih marahkan saya lagi ke? Kan saya cakap,saya minta maaf. Saya sayangkan awak,” kata Danny bersungguh-sungguh. Dia ingin menyentuh tangan Fiziyana agar Fiziyana faham akan perasaanya ketika itu. Namun, setelah diberi amaran oleh Fiziyana sebentar tadi, Danny takut. Dia takut Fiziyana akan menolaknya mentah-mentah sebelum hasrat hatinya diluahkan.

Fiziyana hanya tersenyum sinis. Huh..sekarang baru nak cari aku. Masa kau lukakan hati aku hari tu kau tak fikir pulak? “ Ala..tak payah lah Danny. Saya ni kan bukan taste awak. Awak mesti malu kalau couple dengan saya nanti. Betul tak?” begitu pedas sekali sindiran Fiziyana.

Danny hanya mampu menelan liur. Dia faham, Fiziyana memang berhak terasa hati dengan kata-kata yang dilemparkannya kepada Fiziyana semasa pertemuan mereka dulu. Kata-kata yang hanya dianggap sebagai menyakat itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Danny menyesal.

Tangan Fiziyana diraihnya. Fiziyana tersentak dan dia cuba untuk menarik kembali tangannya. Namun genggaman Danny lebih kuat. “Hei,lepaskanlah!” Fiziyana menampar-nampar tangan Danny. “Fizi,dengar sini. Pandang muka saya please..” Danny masih setia merayu.

Fiziyana masih enggan. Dia cuba untuk menutup hatinya rapat-rapat untuk insan bernama Danny itu. Apabila nama lelaki itu semakin mampu disingkirkan, Danny muncul kembali. Apa lagi yang lelaki ini mahukan? Tak cukup lagi ke kau menyakiti hati aku? Tiba-tiba air mata Fiziyana gugur. Danny terpegun. Kenapa Fiziyana menangis?

“ Fizi, kenapa ni?” air mata Fiziyana yang mengalir disekanya. ‘Tadi gadis itu kelihatan ego. Kini, mungkin tembok keegoannya telah roboh’ Danny membuat hipotesis.

“ Awak pegang tangan saya kuat sangat. Sakitlah..”

“ Hah?!” Danny cepat-cepat melepaskan genggaman tangannya. Sakit? Biar betul? Aku pegang kuat sangat ke?? Danny kelihatan kaget. Tangan Fiziyana segera dicapai kembali dan digosok-gosok lembut.

“ Sakit ke? Saya betul-betul minta maaf Fizi. Saya tak sengaja,” rayu Danny bersungguh-sungguh. Dalam hatinya menggumam, ‘Habislah aku.. Free-free je kena reject ni!’ Fiziyana menatap wajah Danny yang serba salah itu. Dia ingin ketawa melihat gelagat Danny yang terkena dengan usikannya itu. Padan muka.. Tu lah..main-main dengan aku lagi.

Tiba-tiba tawa Fiziyana meletus. Danny semakin bingung. Begitu juga dengan Yuni yang menjadi penonton setia adengan kebudak-budakan mereka berdua dari luar kelas. “ Fizi? Are you okay?” Tanya Danny naïf.

Fiziyana mengangguk sambil ketawa mengekek. “ Padan muka.. Ni la balasannya sebab kenakan saya hari tu!” Danny ikut senyum. Dia menghela nafas lega. Dia gembira dengan reaksi Fiziyana yang ‘entah apa-apa’ itu. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati Danny melihat senyuman yang terukir di bibir mungil gadis itu.

“ Awak ni nakal tahu. Saya dah cuak gila bila tengok awak menangis tadi. Tapi betul ke saya pegang tangan awak kuat sangat? Kalau ya, Im sorry..”

Fiziyana tersenyum simpul sambil menimbang-nimbang sama ada dia ingin berterus terang dengan Danny atau tidak tentang air matanya itu. Sebenarnya air mata yang tumpah sebentar tadi adalah air mata terharu. Fiziyana kelu mendengar ucapan Danny yang telah sekian lama dinantikannya. Namun.. kenapa ucapan itu terlalu lambat?

“ Awak ingat saya ni lembik sangat ke? Tak akan lah saya nak nangis sebab genggaman tangan awak yang macam bapuk tu..” selamba sahaja Fiziyana mengeluarkan dialog. Danny tidak melenting, sebaliknya ikut ketawa.

“ Kalau bukan sebab genggaman tangan saya yang macam bapuk tu, habis tu kenapa awak menangis? Awak terharu ya?” Nah! Tembakan Danny memang tepat. Fiziyana sudah tak mampu berdalih.

Fiziyana memberanikan diri untuk menentang renungan lelaki itu. Renungan itu sama seperti Irfan. Renungan yang penuh ikhlas dan harapan. Fiziyana mengeluh. Serta-merta, wajah Danny dan Irfan bergilir-gilir bermain di mindanya.

“ Kenapa baru sekarang awak luahkan isi hati awak pada saya? Awak tahu tak betapa peritnya saya menanggung perasaan rindu saya pada awak. Kenapa awak kejam sangat Danny?” Akhirnya apa yang terbuku di hati Fiziyana semenjak tadi, terluah jua. Matanya kembali berkaca. Dia tidak mahu melukakakan hati sesiapa. Tapi.. kenapa dia yang terpilih untuk menempuh situasi itu?

Danny terkedu mendengar luahan hati Fiziyana itu. “Fizi,saya tahu tu memang salah saya. Saya minta maaf. Sekarang saya dah datang untuk awak. Saya sayangkan awak Fizi.. Dah lama saya pendam perasaan sayang saya pada awak. Saya tak sanggup nak dengar awak kata ‘tidak’ pada permintaan saya. Awak berilah saya satu lagi peluang.”

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh Fiziyana selama ini tiba. Namun, Danny agak terlambat. Fiziyana menggeleng-geleng.

“ Kenapa Fizi? Awak dah tak sayangkan saya lagi?” soalan Danny itu membuatkan hati Fiziyana terasa sayu. Sesungguhnya, cintanya hanya untuk Danny. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang. Cintanya telah terikat pada Irfan. Fiziyana menerima Irfan atas dasar suka dan bukan kerana sayang. Cinta Irfan juga diterima kerana Fiziyana ingin membuang bayangan Danny jauh-jauh. Setelah dua minggu menyulam kasih bersama Irfan, baru kini Danny muncul. Fiziyana dalam dilema! Irfan begitu baik padanya manakala Danny masih tetap berada di hati Fiziyana. Maka, hati siapa yang harus dilukai sekarang ini?

“ Beri saya masa,” luah Fiziyana akhirnya dan serentak dengan itu, loceng menandakan berakhirnya waktu rehat turut berbunyi.

* * * * *

“ What?! Tapi kenapa Fizi? Apa salah saya pada awak? Saya masih tak cukup baik pada awak ke?” soalan bertubi-tubi daripada Irfan itu menujah-nujah telinga Fiziyana. Fiziyana hanya tunduk. Maafkan aku Irfan. Aku tahu aku memang selfisfh.

“ Fizi, janganlah buat saya macam ni. Saya dah cuba berubah demi cinta saya pada awak. Tak cukup lagi ke pengorbanan saya untuk awak? Awak kata awak tak suka saya berkawan dengan budak-budak yang bermasalah. Ok,fine. Saya dah tinggalkan kawan-kawan nakal saya tu. Saya dah jarang keluar lepak dengan diorang. Life saya hanya untuk awak seorang Fizi.”

Fiziyana terdiam mendengar penjelasan Irfan. Memang Fiziyana akui, Irfan melayannya ibarat seorang puteri sungguhpun Fiziyana jarang menghargai dan menunjukkan minat padanya. Semenjak hari pertama mereka bersama, sehinggalah ke hari itu, Irfan tidak putus-putus menghadiahkannya bermacam-macam barang sebagai bukti cintanya kepada Fiziyana dan pada hari itu, Irfan menghadiahkan Fiziyana seutas rantai yang berloketkan huruf F. Fiziyana menggenggam kemas rantai itu.

“ Irfan,saya minta maaf. Saya tahu saya pentingkan diri saya sendiri. Tapi saya harap awak berilah saya ruang untuk saya fikirkan semula tentang hubungan kita ni.” Fiziyana berdalih. Dia enggan memberitahu Irfan bahawa hatinya sudah tiada padanya lagi.

Irfan mundar-mandir di hadapan Fiziyana. Dia kelihatan seperti tidak keruan. Irfan tidak rela kehilangan Fiziyana. Baginya, Fiziyana terlalu berharga. Kerana Fiziyana dia berubah. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya, “ Kalau awak betul-betul sayangkan saya, saya tak nak awak bergaul dengan kawan-kawan awak yang bermasalah tu. Saya tak nak saya pun terikut-ikut sama perangai awak nanti. Boleh awak berubah demi saya?” Nah! Permintaan Fiziyana sudah pun Irfan tunaikan. Irfan sanggup mengenepikan rakan-rakannya semata-mata kerana Fiziyana sehinggakan ada kawan-kawannya makan hati dengan sikap Irfan yang terlampau mengikut telunjuk Fiziyana itu. Irfan menyangkakan, andainya kemahuan Fiziyana dituruti, dia akan mampu bahagia bersama gadis itu. Namun, sangkaannya meleset. Kini Fiziyana minta agar hubungan mereka diputuskan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Irfan kemudiannya duduk di sebelah Fiziyana. Tangan gadis itu diraih dan kemudian dikucupnya berkali-kali. “ Fizi, awak tahu bukan betapa bermaknanya awak pada saya? Tolong jangan hampakan saya,” Irfan merayu lagi. Egonya sebagai lelaki telah lama tiada semenjak dia mengenali Fiziyana.

Fiziyana menarik tangannya perlahan-lahan dari genggaman Irfan. “ Maafkan saya Irfan. Terus terang saya katakan. Saya langsung tidak ada perasaan pada awak. Mungkin sebelum kita couple dulu, saya ada sukakan awak. Tapi sekarang saya sedar, saya hanya suka pada awak . Saya tak sayangkan awak.,”

Fiziyana sangakan, penjelasannya itu sudah cukup untuk membuatkan Irfan faham dan melepaskannya. Namun, “ Fizi, perasaan sayang tu kan boleh dipupuk. Saya tak paksa awak untuk terus sayangkan saya. Saya faham..”

Fiziyana mengeluh. Irfan masih liat untuk melepaskannya. Akhirnya, Fiziyana terpaksa juga memberitahu hal sebenar. Maafkan aku Irfan. “Irfan, dengar sini baik-baik. To be honest, saya memang tak sayang langsung pada awak. Saya couple dengan awak pun atas dasar simpati dan terpaksa. Hati saya bukan pada awak Irfan. Hati saya pada orang lain.”

Irfan tersentak mendengar kata-kata Fiziyana yang terlalu kasar untuknya terima. Irfan yang selama ini kelihatan cool, seakan-akan pucat lesi sebaik sahaja Fiziyana menyudahkan isi hatinya. “ Fizi, sampai hati awak kata macam tu? Saya tak sangka macam ni rupanya sikap awak. Awak memang kejam!” Irfan menolak bahu Fiziyana dengan kasar sehingga Fiziyana hampir tumbang. Kini hilang sudah sikap ‘gentleman’ Irfan terhadap Fiziyana. Hatinya sakit kerana dipermainkan.

Fiziyana rasakan dadanya mula sesak. Dia sebak diperlakukan begitu. Namun, air matanya cuba ditahan agar tidak gugur.

“Kau ni memang dasar perempuan murah! Aku ingatkan kau lain daripada perempuan yang aku pernah kenal. Rupanya aku salah. Thanks Fizi. Kau dah berjaya hancurkan hati aku,” hambur Irfan semahunya. Dia terus beredar dari situ. Dia sudah meluat untuk melihat wajah Fiziyana lagi dan itulah kali terakhir dia akan melihat wajah Fiziyana kerana Irfan sudah nekad untuk berhenti dari Pusat Tuisyen Cemerlang, iaitu tempat di mana perasaannya pada Fiziyana pernah bercambah suatu ketika dahulu.

Fiziyana hanya memerhatikan langkah Irfan. Perlahan-lahan, air matanya gugur. Dalam hatinya terbit sekelumit perasaan menyesal kerana terpaksa menyakiti hati lelaki yang setia menyayanginya. “Maafkan Fizi, Irfan..” katanya perlahan dan rantai silver pemberian Irfan sebentar tadi digenggam erat.

* * * * *

“ Hai.. muka orang tu monyok je.. Yelah kan, awek pujaan hati dah berambus ikut lelaki lain,” sindir Zack. Ketawanya dan dua lagi rakan lain berderai. Irfan hanya menjeling rakan-rakannya yang sengaja ketawa dengan kuat untuk menyakiti hatinya.

“Senyaplah korang! Memekak macam setan!” maki Irfan. Dia bengang diketawakan sedemikian. Dia berjumpa semula rakan-rakannya untuk menghilangkan kekusutan fikirannya. Tapi, itu yang dia dapat. “Aik? Marah ke bang? Tu lah, masa kau ikut telunjuk awek kau dulu, kau ingat kitorang suka lah? Entah apa-apa. Tak pasal-pasal jadi mat cintan pulak,” kali ini giliran Adam pula bersuara.

Irfan hanya mampu mendengus. Dia sedar memang salahnya. Rambutnya yang kusut itu cuba dirapikan dengan jari . “ Ok, aku tahu memang salah aku. Aku sendiri tak sangka Fizi sanggup buat aku macam ni. Korang nak tahu apa azam aku lepas couple dgn dia?”

“Chewah..mat shuffle dah jadi mat skema la pulak! Ayat tak tahan! Siap ada azam lagi tu!’ sekali lagi, Irfan menjadi mangsa sindiran. Irfan hanya menggeleng-geleng. Kalau marah pun tak guna. Diorang ni bukannya makan saman.

“ Aku azam nak tinggalkan korang-korang semua yang macam cilaka ni. Aku ingat aku nak berubah jadi baik,sebab Fizi tu kan nerd. Then, aku tak nak ambil kesempatan kat dia macam yang aku pernah buat kat awek-awek aku sebelum ni,” kata Irfan tanpa mengendahkan reaksi yang akan bakal ditunjukkan oleh rakan-rakannya nanti.

Rakan-rakannya seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Irfan itu. Sihir apa yang telah digunakan Fiziyana sampaikan Irfan mahu berubah begitu mendadak sekali? “ Kau biar betul? Cantik sangat ke Fizi tu sampai kau jadi angau sangat ni? ” soal Jason pula. Jason antara lelaki yang good looking. Atas sebab itu juga Irfan enggan memperkenalkan Fiziyana pada rakan-rakannya kerana gusar Fiziyana akan terpaut pada Jason. Namun, ikhtiar Irfan hanya sia-sia. Fiziyana tetap meninggalkannya untuk lelaki lain.

“ Tak adalah cantik sangat pun. Dia cuma cute dan muka dia innocent. Sebab tu lah aku sayang sangat kat dia,” kata Irfan. Dia tunduk mengenangkan kenangan dia bersama Fiziyana. Irfan memandang ke luar.

Mereka sedang melepak di sebuah kedai makan. Beberapa biji gelas yang sudah kosong dan hampir kosong menyemakkan meja yang mereka duduki itu. Sudah hampir dua jam mereka melepak di situ sambil berbual-bual kosong. Pelbagai topik dibincangkan termasuklah kisah perpisahan Irfan dengan Fiziyana. Namun pada petang itu, Irfan lebih senang mendiamkan diri. Sifatnya itu mengundang tanda tanya di dalam benak rakan-rakannya. Selalunya Irfan tidak begitu. Selama ini Irfanlah yang menjadi mastermind dalam setiap aktiviti nakal mereka. Zack, Adam dan Jason ternanti-nanti juga idea gila Irfan untuk pertemuan mereka pada hari itu.

“ Kau tak ada plan apa-apa aktiviti ke hari ni? Cari awek baru ke.. aku bosan doh bila kau dah mula jadi baik ni,” Zack mula mengeluarkan usikan-usikan nakal untuk menghasut Irfan. Irfan menggeleng-geleng. Matanya masih terarah di luar kedai. Dia tiada mood untuk menjalankan ‘misi’ pada hari itu. Selepas beberapa minggu Irfan bebas daripada rakan-rakannya, Irfan merasakan fikirannya mulai tenang. Entah lah..Irfan sendiri keliru sama ada dia ingin meneruskan perangai lamanya atau tidak. Kalau di ikutkan secara logiknya, itu semua tidak perlu. Namun, naluri remajanya yang meronta-ronta agar dirinya mencari sedikit keseronokan dengan menganiaya orang lain. Yang selalu menjadi mangsa dia dan rakan-rakannya, sudah tentulah para gadis yang bersedia menawarkan diri untuk menemani mereka.

Irfan mengeluh. Fiziyana bernasib baik kerana gadis itu amat jarang disentuh oleh Irfan. Paling tidak pun, Irfan hanya memegang tangan gadis itu sahaja. Ketegasan Fiziyana membuatkan Irfan menghormati gadis itu.

“ Aku tak ada mood lah nak dajalkan perempuan hari ni” jawab Irfan acuh tak acuh. Rakan-rakannya memandang satu sama lain. “ Come on lah Paan.. kau jangan kata kau tak pernah usik si Fizi tu?” duga Jason. Irfan menjeling tajam pada Jason yang kelihatan selamba itu.

“ Fizi lain daripada perempuan lain. Dia tak murah macam korang punya slut tu! ” maki Irfan. Entah mengapa, hatinya panas apabila rakan-rakannya memperlekehkan perasaan hormatnya pada Fiziyana. “Eh hello bro! Kau ingat kitorang tak kenal ke perangai kau? Kau tu memang dasar jantan buaya. Tak pernah sorang pun perempuan terlepas daripada kau. Ni apa cerita ni bro?” sindir Adam pula.

Irfan mendengus kasar. Kata-kata rakan-rakannya enggan dibidas. Kalau dibidas, makin menjadi-jadi nanti. Ketika matanya meliar memandang luar, tiba-tiba matanya segera menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. “ Fizi..?” desisnya tiba-tiba. Jason yang sedang menyedut air minumannya tersedak. Begitu juga dengan Adam dan Zack. Mereka terkejut mendengar nama yang disebut oleh Irfan sebentar tadi.

“ Kalau korang nak kenal siapa Fizi, korang tengok kat bus stop sana” Jason, Adam dan Zack berebut-rebut memandang kelibat Fiziyana yang terselindung di sebalik pokok itu. Fiziyana hanya berpakaian santai; langsung tidak menjolok mata. Dia hanya mengenakan sepasang jeans dan blaus jingga bemotifkan flora. Tampak sopan dan manis. Di tangannya tergantung subuah pouch kecil.

Zack, Jason dan Adam seakan-akan terpegun. “ Hoi! Jangan pandang lebih-lebih!” Irfan segera menghentak meja. “ Alah kau ni.. suka hati kitorang lah. Dia bukan hak kau lagi” Irfan meneguk liur sebaik mendengar kata-kata Jason itu. “ Jom lah kacau dia. Dia sorang-sorang tu,” Adam memberi cadangan sambil tersenyum nakal. Irfan mendengus. Menyesal pula dia bagitahu budak-budak ni. “ Jom lah Paan tak sporting lah kau ni. Jom-jom! Biar aku belanja air-air ni” Zack kelihatan paling teruja. Dia sudah bangkit dan menuju ke kaunter. Irfan bangun dengan berat hati. Apa pula rancangan samseng-samseng ni kali ni?

Mereka melangkah keluar dengan senang hati kecuali irfan. Fiziyana sedang duduk di sebuah bus stop di seberang jalan. Hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi sebelum Irfan dan rakan-rakannya sampai, tiba-tiba muncul sebuah kereta Mitsubishi Lancer berwarna hitam metalik berhenti betul-betul di hadapan Fiziyana. Irfan dan yang lain-lain terpaku dan memandang satu sama lain.

Pintu kereta itu terbuka dan keluar sekujur tubuh lelaki yang kelihatan segak dan tampan. Irfan mengamati wajah itu. Dia seakan-akan pernah mengenali lelaki itu sebelum ini dan kenangan antara dia dan lelaki itu bukanlah kenangan yang baik. “ Paan, tu kan Danny?” soalan Adam itu sekaligus menggamit kembali memori hitamnya terhadap lelaki itu. Irfan mengetap bibir. “ A’ah lah. Tu Danny. Cis, gilalah dia tu! Berani betul dia rampas awek kau. Dah lah dulu dia pernah buat hal dengan kau sampai jahanam motor kau dikerjakan” sambung Adam lagi. Mata Irfan tajam memerhatikan gelagat pasangan kekasih yang begitu mesra itu. Danny kelihatan begitu romantis. Sekuntum bunga mawar merah yang merah mekar dihadiahkan kepada Fiziyana sebelum dia membukakan pintu kereta untuk gadis itu.

“ Aku ada plan!” Irfan tiba-tiba bersuara. Nadanya kedengaran keras dan penuh dengan dendam. Tidak mungkin Irfan akan menyerah kalah pada Danny lagi kali ini. “ Korang follow kereta tu,” arah Irfan. Dia pergi mendapatkan motosikalnya. Begitu juga dengan Adam, Zack dan Jason. ‘Kau tahu lah nasib kau Danny!’

* * * * *

Danny dan Fiziyana cuma diam sejak tadi. Masing-masing seakan-akan kelu untuk memulakan perbualan. Pertemuan kali ini amat bermakna bagi mereka kerana itulah kali pertama mereka keluar bersama. Fiziyana bahagia kerana saat yang diimpikannya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Dia memandang Danny yang kelihatan fokus memandu. “ Danny..” “ Ya sayang?” “Kita nak pergi mana?” Danny tersenyum mendengar soalan Fiziyana itu. Tangan Fiziyana dicari dan dicapainya. “ Ke mana-mana je yang awak nak” usik Danny sambil tersenyum. Fiziyana hanya tersipu-sipu malu. Danny memandang sekilas ke arah buah hatinya itu. Fiziyana memang comel dan Danny amat bahagia memilikinya.

Jalan raya pada petang itu agak sibuk sedikit kerana hari itu adalah cuti hujung minggu. Danny berhasrat untuk membawa Fiziyana bersiar-siar dan menonton wayang. Kereta Mitsubishi Lancer itu dipandu dengan berhati-hati. Selepas 30 minit perjalanan, mereka tiba ke destinasi. Danny mencari petak parking yang kosong, namun kebanyakan petak parking yang berdekatan dengan pintu masuk sudah pun penuh.

“ Sayang, sorry tau sebab saya terpaksa parking jauh sikit dari entrance door ni. Parking full lah,” kata Danny. Matanya masih focus memandang hadapan. Laluan di situ agak sempit memandangkan ada sesetengah pemandu yang ‘membuat’ parking sendiri dengan meletakkan kereta mereka di tempat yang tidak sepatutnya. “ Tak pe awak. Saya faham” kata Fiziyana. Dia sabar menanti tanpa banyak bicara.

Selepas lebih kurang 10 minit berlegar-legar mengelilingi kawasan parking itu, Danny mengambil keputusan untuk memarkir keretanya di basement floor. Di situ, kereta tidak banyak memandangkan kawasan parking itu agak jauh daripada lif untuk ke tingkat di mana pusat membeli belah terletak.

“ Ok Fizi, kita dah sampai. Jom,” Danny kelihatan teruja. Wajahnya kelihatan ceria. Begitu juga dengan Fiziyana. Selepas mengunci keretanya, Danny memimpin tangan Fiziyana. Mereka berjalan beriringan sambil bergurau senda. Selang beberapa tapak mereka melangkah, tiba-tiba muncul tiga buah motorsikal menghalang laluan mereka. Fiziyana terkejut dan hampir menjerit. Bunyi enjin motor yang sengaja diderumkan dengan kuat itu menyakitkan gegendang telinga.

Fiziyana gerun berhadapan situasi itu. Lengan Danny dipautnya kuat-kuat. Manakala Danny cuba menyembunyikan Fiziyana di belakangnya. ‘Siapa mereka ni?’ desisnya dalam hati. Tiga buah motorsikal yang dari tadi mengeliligi mereka akhirnya berhenti. Danny tidak dapat mengenal pasti wajah mereka kerana mereka semua mengenakan helmet fullface.

“ Kau ingat aku lagi tak Danny?” tiba-tiba pemuda yang menunggang motorsikal berwarna hitam metalik bersuara. Helmetnya masih belum dibuka.

“ Kau siapa? Kenapa kau nak ganggu kami?” tempik Danny. Fiziyana di belakangnya sudah menggeletar ketakutan. Tidak mungkin ada orang yang akan dapat menyelamatkan mereka kerana kawasan itu memang agak sunyi dan hanya ada 3 buah kereta sahaja yang tersadai di situ.

“ Kau memang dah betul-betul lupakan aku ya Danny?” soal pemuda itu lalu ditanggalkan helmetnya. “ Irfan!” Fiziyana tiba-tiba bersuara. “ Ya sayang kau ingat lagi kat aku rupanya ya? Ingatkan kau dah bahagia sangat dengan setan ni,” perli Irfan. 3 lagi pemuda yang lain turut menanggalkan helmet mereka dan mereka sudah pun turun dari motor masing-masing.

Danny tergamam memandang lelaki di hadapannya itu. Dia tertanya-tanya, bagaimana Fiziyana boleh mengenali lelaki yang memusuhinya ini? Irfan menghampiri mereka sambil merenung tajam ke wajah Fiziyana. Fiziyana tunduk. Dia tidak berani untuk melawan pandangan Irfan itu. Irfan menghampiri dan pipi Fiziyana yang terselindung di sebalik bahu Danny itu cuba disentuhnya. Namun, Danny pantas menepis tangan Irfan. “ Kau jangan gatal-gatal nak usik awek aku!” suara Danny melenting kuat. Ditenungnya mata Irfan seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya.

Irfan tidak mengendahkan sebaliknya dia ketawa mengejek. “ Buat apa lah kau nak couple dengan bitch ni? Semua yang ada kat dia aku dah rasalah. Kau cuma dapat sisa aku je. Betul tak sayang?” Fiziyana tergamam mendengar tuduhan Irfan itu. Irfan yang ada dihadapannya kini bukan lagi Irfan yang dikenalinya dulu.

“ Irfan! Sampai hati awak tuduh saya macam tu! Saya ni bukan perempuan murahan!” bentak Fiziyana. Pantas air matanya mengalir. Irfan ketawa menyindir,sedangkan dalam hatinya, dia terguris kerana sengaja menuduh Fiziyana sebegitu. Dia begitu bencikan Danny yang telah merampas haknya.

“ Kurang ajar kau!” Danny sudah hilang sabar. Satu tumbukan sulung dihadiahkan tepat ke rahang pipi Irfan. Irfan jatuh tersungkur. Tiga lagi rakannya sudah mula ingin membuka langkah, namun di halang oleh Irfan.

“ Kenapa kau marah pula Danny? Kau sedar tak kau dah rampas Fizi daripada aku? Kau sedar tak?! Kenapa kau suka sangat cari pasal dengan aku hah?!” Irfan segera bangkit dan Danny menerima kembali tumbukan Irfan. Tangan Fiziyana terlepas dari genggamannya.

“ Danny!” Fiziyana terkejut. Dia ingin mendapatkan Danny yang tersembam di lantai konkrit itu. Namun, tiga pemuda yang menemani Irfan itu segera menariknya. “ Hoi! Apahal korang ni?! Lepaskan aku lah bodoh! Irfan! Lepaskan saya! Tak guna kalau awak nak gaduh sebab hal macam ni!” kata Fiziyana kepada Irfan. Dia sudah mula teresak-esak. Dia sayu melihat keadaan Danny. Darah merah mula mengalir dari keningnya akibat impak terhantuk lantai konkrit yang amat keras itu. “ Kau tak payah nak merayu Fizi. Dah terlalu lambat. Danny yang kau puja ni lah yang terlalu banyak sakitkan hati aku. Motor aku jahanam sebab dia. Kekasih lama aku mati sebab dia!” hambur Irfan. Wajahnya merah menahan amarah yang teramat sangat.

Fiziyana kurang faham dengan apa yang diperkatakan oleh Irfan. Dia memandang Danny yang cuba untuk bangkit. “ Paan, sampai bila kau nak berdendam dengan aku? Tu bukan salah aku! Girlfriend kau mati atas salah kau sendiri! Kau yang bawa motor laju sangat, sampaikan tak endahkan kereta-kereta yang lain. Bukan aku yang sengaja langgar kau! Kau tak faham-faham lagi ke hah?!” Danny membela dirinya.

Nampaknya dendam Irfan masih belum padam. Memang benar, kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian Irfan sendiri. Irfan menunggang motorsikalnya dengan begitu laju ketika melalui suatu simpang. Akibatnya, berlaku satu kemalangan yang amat mengerikan. Gadis yang membonceng di belakang Irfan tercampak sejauh 2 meter dari tempat kemalangan dan meninggal dunia setelah dua minggu bertarung nyawa di wad ICU. Manakala Irfan turut koma selama tiga hari dan Danny hanya mengalami kecederaan minor.

“ Ah! Aku tak peduli! Kau memang sengaja nak rosakkan hidup aku! Kau memang patut mati Danny! Woi! Belasah jantan ni cukup-cukup! Biar aku handle Fizi,” Irfan memberi arahan. Yang lain-lain patuh. Fiziyana mula bertukar tangan. Fiziyana meronta-ronta minta dilepaskan,namun tenaga Fiziyana tidak mampu untuk melawan kudrat lelaki Irfan.

“ Irfan, lepaskan saya please..Maafkan saya kerana sakitkan hati awak. Maafkan saya.. tolong jangan buat Danny macam tu,” rayu Fiziyana dalam esak tangisnya. Danny dibelasah habis-habisan di hadapan matanya. Fiziyana seakan-akan turut merasai kesakitan yang dilalui oleh Danny itu. “ Danny!! Bangun lah!” jerit Fiziyana. Tapi kata-katanya itu seakan-akan tidak bermakna. Danny sudah hampir terkulai dibelasah oleh rakan-rakan Irfan yang tidak berhati perut itu.

“ Kau ikut aku. Cepat! Kalau kau jerit, aku tampar muka kau!” ugut Irfan. Fiziyana segera diseretnya ke suatu tempat yang tersembunyi. Fiziyana enggan patuh akan arahan Irfan, sebaliknya dia menjerit meminta pertolongan. Akibatnya, tangan Irfan hinggap di pipi Fiziyana. Fiziyana menangis teresak-esak. Nafasnya seakan tersekat kerana Irfan sudah menyumbatkan kain ke dalam mulutnya. Fiziyana takut. Bencana apa yang menimpanya hari ini? Tuhan, bantulah aku.

Irfan membuka pintu rintangan api dan menarik Fiziyana masuk ke dalamnya. Irfan seakan-akan sudah hilang pertimbangan. Rasa hormatnya yang ada pada Fiziyana suatu ketika dulu telah diragut oleh perasaan dendamnya terhadap Danny. Fiziyana ditolak rapat ke dinding. Tangannya didepakan dan kain yang tersumbat di mulut Fiziyana dikeluarkan.

“ Tolong!!” Fiziyana menjerit sekuat hati dan Irfan tersengih-sengih memerhatikannya. “ Kau jerit apa ni sayang? Kau ingat ada ke orang nak tolong kau hah?” bisik Irfan di telinga Fiziyana. Kemudian, hidung mancung Irfan mula mengenai pipi mulus Fiziyana dan bibirnya sudah hampir mengucupnya, namun “Irfan, jangan buat macam ni Irfan. Please, saya merayu. Lepaskan saya, saya janji lepas ni saya tak akan lukakan hati awak lagi” Fiziyana merayu. Air matanya semakin deras mengalir.

Wajah Irfan menyinga sebaik mendengar kata-kata Fiziyana itu. Tiba-tiba bahu Fiziyana ditolaknya dengan kuat.“ Baru sekarang kau sedar?! Kenapa kau tak sedar sejak dulu lagi hah!” tengking Irfan.

Fiziyana jatuh ke lantai. Dia sudah tidak bermaya lagi. Fiziyana senyap dan tunduk. Seribu satu penyesalan mula terbit dihatinya. Kalaulah cinta Irfan ditolak awal-awal dulu, sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku. Kini, Danny yang tidak bersalah menjadi mangsa. Entah bagaimana agaknya keadaan Danny sekarang. Fiziyana takut untuk membayangkannya.

Irfan memerhatikan gadis kesayangannya itu dengan perasaan sayu. Fiziyana kelihatan tidak bermaya lagi. Gadis itu menangis tersengguk- sengguk tanpa sepatah kata. Irfan kaku. Tiba-tiba ingatannya pada Anna melayang kembali. Dia teringat saat-saat Anna menghembuskan nafas yang terakhir di hadapan matanya sendiri. Dalam keadaan Irfan yang uzur selepas kemalangan itu, Irfan tidak pernah serik untuk berdamping dengan jasad Anna yang sudah nyawa-nyawa ikan. Sungguhpun dihalang keras oleh doktor, namun Irfan tetap keras kepala. Kawasan koridor di luar wad ICU itu sudah menjadi katil keduanya. Demi cintanya pada Anna, Irfan sanggup berulang alik dari wadnya di tingkat dua ke wad ICU Anna yang berada di tingkat tujuh. Irfan tidak dibenarkan masuk untuk menatap wajah gadis itu secara dekat kerana di khuatiri akan dijangkiti kuman. Oleh itu, Irfan hanya mampu memerhati dari luar. Walau bagaimanapun itu sudah cukup memadai bagi Irfan.

Hampir seminggu dia menjadi pemerhati dari luar, akhirnya pada hari ke-8, Irfan dibenarkan masuk ke dalam wad ICU untuk mendampingi Anna. Tetapi, mungkin kegembiraan kerana dapat mendampingi gadis itu hanya sebagai pengubat rindu yang terakhir untuk Irfan. Pada hari ke-13, Anna mengalami komplikasi teruk dan akhirnya disahkan meninggal dunia oleh doktor. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa remuknya hati lelaki itu.

Irfan tiba-tiba terduduk di belakang Fiziyana. Bahu Fiziyana dirangkulnya. Namun kali ini rangkulannya berbeza. Rangkulan Irfan seakan-akan tidak bermaya dan ketika itu, Fiziyana seakan-akan mendengar tangisan. “ Aku sayang kau Fizi.. Tapi kenapa kau balas macam ni kat aku. Kenapa Fizi?”

Fiziyana tergamam. Emosi Irfan berubah tiba-tiba. Dia menangis! Fiziyana meleraikan tangan Irfan yang melingkari bahunya perlahan-lahan. Dia berpusing menghadap wajah Irfan. “ Irfan..” Fiziyana kelu. Air mata lelaki itu gugur jua. Irfan memandang muka Fiziyana. Dia seperti baru tersedar akan perbuatannya pada Fiziyana sebentar tadi. Irfan tewas dengan Fiziyana. Dia tidak sampai hati untuk merosakkan gadis itu. “ Aku sayang kau..” katanya perlahan. “ Kau cinta kedua aku selepas aku kehilangan Anna. Aku benar-benar berubah sebab cinta aku pada kau. Aku tak pernah sekali pun cuba nak rosakkan kau macam yang aku pernah buat kat perempuan lain sebab aku cintakan kau. Sifat sederhana kau lah yang dah banyak merantai perasaan aku. Aku dah berjanji nak jaga kau baik-baik lepas kau jadi milik aku. Tapi kenapa kau balas cinta aku macam ni Fizi?”

Fiziyana meneguk liur berkali-kali. Akhirnya sikap mementingkan dirinya telah memakan dirinya sendiri. Fiziyana terharu mendengar kata-kata Irfan itu. Namun, tidak mungkin Fiziyana boleh menerima Irfan. Cinta Fiziyana hanya untuk Danny. Fiziyana semakin tersepit.

“ Irfan, saya faham perasaan awak. Saya minta maaf sebab hampakan awak. Tapi, cinta saya hanya untuk Danny. Saya dah lama sayangkan dia. Awak sendiri pernah lalui perasaan macam tu. Awak mesti faham. Saya tak boleh tinggalkan Danny. Dia cinta pertama saya Irfan.” Irfan diam mendengar jawapan Fiziyana. Irfan faham dan dia cuba untuk memujuk hatinya supaya tenang menerima penolakan Fiziyana. Dia cuba untuk menyelami perasaan Fiziyana. Dia sendiri pernah merasai betapa peritnya kehilangan insan yang disayangi, iaitu Anna. Maka tidak mungkinlah Irfan sanggup untuk merosakkan kebahagiaan Fiziyana, yang merupakan insan kedua yang paling disayanginya.

“Irfan..lepaskan saya. Kalau awak masih sayangkan saya, awak biarlah saya kecapi kebahagiaan saya sendiri. Mungkin ada lagi gadis yang lagi baik daripada saya sedang menunggu cinta awak,” ucapan Fiziyana itu berjaya menyentuh tangkai hati Irfan.

Irfan sudah membuat keputusan, hati Fiziyana tidak wajar terseksa dek kerana dendam silamnya. Biarlah Fiziyana hidup dengan lelaki pilihannya dan Irfan berjanji,selepas ini dia tidak akan muncul lagi dalam kamus hidup Fiziyana.

Irfan bingkas bangun. Dia menarik tangan Fiziyana dengan lembut; tidak lagi kasar seperti mula-mula tadi. “Saya sayangkan awak Fizi tapi saya sedar mungkin awak bukan takdir saya. Saya sedia menerima walaupun pahit. Mungkin Danny lebih berhak,” kata Irfan ketika dia memimpin tangan Fiziyana ke tempat parking kereta di mana pertelingkahan mereka bermula. Irfan ingin menyerahkan Fiziyana kembali kepada Danny. Fiziyana terdiam dan terharu dengan luahan tulus Irfan itu.

Sampai sahaja di situ, mereka mendapati tempat parking kereta yang lengang sebelum kejadian tadi dikerumuni oleh orang ramai. Terdapat juga sebuah kereta peronda polis dan ambulans. Perasaan Irfan berdebar-debar. Teruk sangatkah Zack, Adam, dan Jason membelasah Danny?

“Irfan cepat! Dannyy!” teriak Fiziyana. Fiziyana menarik tangannya daripada genggaman Irfan. Dia berlari bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Danny. Orang ramai yang mengelilingi kawasan itu tersentak mendengar suara Fiziyana. Fiziyana tidak mengendahkan pandangan itu. Sebaik sahaja tiba, Fiziyana terpaku. Dia tidak dapat mempercayai apa yang dilihatnya. Danny sedang diangkat dan diusung oleh beberapa anggota paramedik.

“Danny!!” Danny sudah nyawa-nyawa ikan. Wajahnya sudah dipenuhi dengan darah. Manakala lehernya dipasang sesuatu yang berwarna putih, menandakan lehernya mengalami kecederaan teruk. Fiziyana tidak dapat menahan emosinya apabila melihat keadaan Danny yang tenat itu. Danny yang matanya terpejam kerana kesakitan cuba untuk membuka mata sebaik mendengar teriakan kekasih yang amat disayanginya itu. Penglihatannya sudah mulai kabur.

“Fizi..saya sa..yang a..wak” ucap Danny dengan penuh kepayahan. Tekaknya terasa perit yang teramat,namun digagahinya jua untuk mengungkap kata-kata keramat itu. Danny dapat merasakan, hayatnya tidak akan lama.

“ Syyh.. Mengucap Danny. Ingat Tuhan.. Fizi tahu cinta Danny hanya untuk Fizi. Fizi tahu Danny kuat untuk lawan kesakitan ni demi Fizi. Danny jangan banyak bersuara. Fizi sentiasa sayangkan Danny sampai bila-bila,” air mata Fiziyana gugur mengenai tangan lelaki itu. Fiziyana cuba untuk tampak kuat agar tidak membebankan kesakitan yang ditanggung Danny sedangkan dalam hatinya, dia takut akan kehilangan Danny.

Tiba-tiba Irfan muncul. Tangannya digari. Rakan-rakannya menyalahkan Irfan atas peristiwa itu. Ketika Fiziyana berlari mendapatkan Danny, Irfan telah ditahan pihak polis. Irfan tidak mampu melawan. Dia seakan-akan sudah tidak beremosi apabila melihat Danny yang terlantar teruk itu. Lebih menyedihkan, apabila dia melihat Fiziyana yang menangis di dada Danny.

Irfan berhenti ketika berjalan melintasi mereka. Irfan memandang sayu wajah gadis itu. Fiziyana memandangnya sekilas. Irfan mengerti akan penderitaan Fiziyana itu kerana dia sendiri pernah mengalaminya dulu, saat-saat kehilangan Anna. Fizi,Danny.. maafkan aku.

* * * * *

Wajah sembap di sebalik kaca itu direnungnya. Telefon hitam yang tersedia untuk menghubungkan insan antara kaca itu di sambut untuk membolehkan komunikasi antara mereka. Fiziyana menatap wajah di sebalik cermin itu. Ya..akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan Irfan dan rakan-rakannya itu, mereka telah ditahan di bawah kes jenayah juvana. Mereka kini di tempatkan di pusat pemulihan akhlak kerana menyebabkan kematian Danny. Kerana sikap mereka yang tidak berhati perut itu, Danny terpaksa bertarung nyawa selama tiga hari kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius dan Irfan pasti, Fiziyana merupakan insan yang paling terseksa melihat kesakitan yang terpaksa di tanggung Danny.

“ Irfan..” lembut suara Fiziyana menyapa namanya. Kenapa Fizi terlalu baik dengan aku? Nada suaranya langsung tidak kedengaran sebarang dendam. Irfan terasa betapa hinanya dirinya di mata Fiziyana. Irfan tunduk. Dia malu untuk menatap wajah Fiziyana. Bukan sahaja malu,malah semua perasaanya bercampur-baur. Irfan diberitahu, Danny telah pergi kira-kira dua minggu lepas.

“Irfan..pandang saya..” nada suara Fiziyana kedengaran lirih namun masih lembut. Lambat-lambat, Irfan mengangkat mukanya menatap wajah Fiziyana. Irfan dapat melihat dengan jelas mata Fiziyana yang sembap. Wajah Fiziyana sudah hilang serinya. Yang terpampang kini hanyalah wajah yang kelam, menandakan Fiziyana sedang berkabung akan pemergian insan yang paling disayanginya.

“Kenapa awak sanggup datang jumpa saya Fizi? Saya malu nak berhadapan dengan awak lagi. Saya banyak buat awak menderita,” kata Irfan. Pantas air mata lelakinya mengalir. Fiziyana seolah-olah tidak beremosi. Tangisan Irfan dipandang dengan pandangan kosong. Dia sudah penat menangis. Sudah hampir dua minggu air matanya tumpah kerana meratapi pemergian Danny.

“ Dah tersurat hayat Danny hanya selama 18 tahun. Tiada apa yang perlu kita tangiskan Irfan. Dia dah dua minggu pergi..” Fiziyana cuba menahan getar suaranya. Dia bertemu dengan Irfan di tempat itu adalah dengan kerelaan hatinya sendiri. Memang pada awalnya Fiziyana ada menyimpan dendam terhadap Irfan. Namun setelah dia berfikir secara rasional, walau sedalam mana kebencian Fiziyana terhadap Irfan, perasaan itu tidak akan bisa menghidupkan semula jasad Danny.

Irfan masih teresak-esak. Dia masih diselebungi perasaan serba salah. Irfan masih tidak percaya, Danny mati di tangan durjana miliknya dan rakan-rakannya. ‘Kenapalah aku ni bodoh sangat!’ gumamnya dalam hati.

“ Saya tidak tahu untuk kata apa lagi Fizi. Hampir setiap malam, Danny menjengah mimipi saya. Dia kelihatan amat terseksa dan dia asyik menyebut nama awak,” bergetar suara Irfan sewaktu memperkatakan perkara itu. Fiziyana cuma tersenyum tawar.

“ Itu hanya mimpi Irfan..”

“Tak! Saya dapat rasakan, Danny seperti nak beritahu sesuatu pada saya!” Fiziyana tersentak apabila mendengar suara Irfan yang tiba-tiba melenting itu. Penjaga yang berdiri tidak jauh dari situ serta-merta meluru ke arah Irfan. Fiziyana segera menahan penjaga itu agar tidak mengarahkan Irfan supaya keluar dari bilik itu.

“ Irfan, saya tahu awak masih dihantui dengan peristiwa itu. Tapi kalau awak nak kenang semula pun dah tak guna. Tujuan saya melawat awak hari ni bukan sebab nak menyalahkan awak atas pemergian Danny. Sedikit pun tak terlintas dalam hati saya”

“ Kalau macam tu apa tujuan awak datang sini?” soal Irfan. Dia tunduk, tidak berani menentang mata Fiziyana.

“ Saya datang atas dasar kawan. Saya sayangkan awak Irfan. Saya faham, awak memerlukan sokongan seseorang untuk menghadapi situasi ini,” luah Fiziyana, ikhlas. Dia simpati melihat keadaan Irfan. Fiziyana juga ada hati perut. Dia tidaklah kejam untuk menghukum kesalahan seseorang itu.

Irfan terharu mendengar perkataan ‘sayang’ yang diucapkan oleh Fiziyana sebentar tadi. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan keramat itu. Apatah lagi, kini dia sudah dibuang oleh ahli keluarga sendiri kerana menyebabkan kematian Danny. Betapa murninya hati Fiziyana kerana sudi mengutipnya kembali sebagai kawan. Irfan kelu tanpa bicara.

Fiziyana tersenyum nipis. “ Irfan, saya yakin awak akan berubah menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Saya percaya pada karma. Tidak semua orang berada di atas. Satu hari nanti dia akan jatuh juga. Kali ini mungkin awak berada di bawah. Tapi siapa tahu pada masa akan datang, keadaan akan jadi sebaliknya,” Begitu bermakna dan mendalam sekali bait-bait kata Fiziyana itu.

Irfan mengangguk. Kehadiran Fiziyana pada hari itu sedikit sebanyak telah memberi semangat baru padanya. Irfan mula memasang tekad. Masih ada ruang untuk dia memenangi semula hati Fiziyana itu. Irfan mengangkat wajahnya dan memandang terus ke dalam mata gadis itu. Pandangannya ikhlas dan Fiziyana sedar tentang itu. “ Fizi.. saya masih ada ruang lagi kan untuk berubah dan rebut semula hati awak?” Tanya Irfan tulus dan Fiziyana hanya menghadiahkan senyuman.


4 comments:

  1. Assalamualaikum kak. Sekadar nak memebri beberapa saranan dan kritikan. Secara keseluruhan selepas membaca cerpen kakak, saya member 3.5/5 . Menarik untuk di baca.

    ReplyDelete
  2. saya.tak tao la.. tak menarik,terlalu panjang. hang ingat nih ape/???!! huhausndifnadkfnaidnfaej !!

    sume tuh akan deperkatakan satu hari kelak sbb kamu berjaya 'capture' minat saya utk membaca dan.. mmg bgus lah! saya rase kamu mmg layak utk menjadi penulis cerpen yang bagus kelak.

    *sorry for my BM,i just came back from london. ^_^

    love,sara

    ReplyDelete
  3. best, sedih . sy mmg suke bace yg ni. sypaling suke ialah novel cinta . hehe ^^ . sy muda lagi ke ut, bace tu ?? btw, best la cite ni. yg sedih kat ats tu sebab danny mati,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...