Friday, June 25, 2010

Can You Give Me Sudan IV?

Sebulan menjadi pelajar universiti: program Asasi Sains memang tak seronok. Semua benda nak kena catch up. Ok im not going to talk about my study here. Gonna stressed me even more.. Aku nak cerita perjalanan pulang dari PA ke PI (Pandan Indah) yang berlangsung dengan malangnya pada hari ini :'(

Pada pukul 10.30pagi makmal Biology aku tamat. Experiment yang agak annoying pada hari ni. Jangan tanya aku kenapa. Kalaulah aku ikutkan emosi aku yang tak stabil sekarang ni,nak je aku lumur2 Sudan IV yang carcinogenic tu kat tangan aku. Tangan pun cukup,takyah satu badan. Carcinogenic tu ape? Sila Google. Terima kasih :)

Masa perjalanan pulang,aku diberi mandat untuk drive sampai rumah. Bangga tau..Budak Asasi kan tak boleh drive dalam kampus. Tapi hari ni aku berjaya jugak drive dalam kampus walaupun sekelumit cuma *tak payah nak kecoh Anis,tak ada siapa kisah pun ;p*

Back to main story. Perjalanan dari sana nak ke Pandan Indah dalam sejam jugaklah. Ikut Shah Alam. Jalan agak busy. So agak menyeramkan bagi seorang perempuan berlesen yang jarang memandu lepas tu tiba2 nak drive last2 cuak gila bila lalu hiway =.=!"

Everything went smoothly until i reach Bukit Bintang. Kat simpang 4 Pudu Jail tu tahu2 lah kan,jalan memang jammed tahap cimpanzi laut. Sementara tengah menunggu giliran kereta aku *kereta bapak aku actually* bergerak,tiba2 aku perasan ade asap berkepul2 keluar dari enjin. Aku dah cuak. Dahlah aku drive,takkan aku drive ganas sangat kot sampai berasap2 enjin? "Abah,kenapa berasap2 enjin tu?" My parents pun perasan jugak apa yang berlaku. Buka tingkap,bau hangit. Err macam tunggu masa nak meletup je kereta tu. Cuaknya.. Allah SWT sahaja yang tahu. Dengan perasaan meggelabah yang membuak2,aku tiba2 dapat kekuatan untuk mencilok di celah2 kesesakan lalu lintas tu :D *aku patut bangga ke tak ni?*

Lepas sampai kat safe spot ni,kami 4 beranak cepat2 cabut keluar. Aku dah tak berani nak drive. So my dad take over. Dia drive sampai Desa Pandan. Serius menakutkan naik kereta masa tu. Macam bunyik nak roboh je. Sampai kat traffic light,lampu merah. Peh memang terbaik lah. Enjin mati dan2 tu jugak. Hua kenapa malang sangat hari ni? Luckily,seberang jalan tempat kereta kami rosak tu ada workshop. So tak adalah jauh sangat kena tolak kereta. Oh btw,aku tak terlibat pun dalam aktiviti penolakan kereta ni. Bapak aku dengan mekanik workshop tu yang tolak. Gila ke aku nak tolak? Jatuhlah saham wa beb. Dahlah tadi pakai baju kurung berlabuci bagai tengah hari buta =.=!"

Hm..cukuplah cerita sedih untuk hari ni. Eh ada cerita gembira jugak. Aku dah dapat kad matriks! Macam biasa,muka boyan. Sekian bye2!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...