Tuesday, June 22, 2010

Yeah Tadi Sape Ntah Menjerit

Orait..post di tengah2 malam buta. Tak boleh tidur. Alkisahnya,dalam pukul 10 malam++ aku tengah study bersama2 roommate kesayangan. Suddenly, we heard a terror screaming voice right in front of our room. Okeh,biar aku explain. Suara tu kedengaran dari blok R1. Aku punya rumah kat R2 dan bilik aku bertentangan je dengan R1. Roomate aku apa lagi,mula cuak. Aku pulak control macho lagi. Ceh padahal rasa macam nak cabut balik Pandan Indah je ni T__T


Kami yang asalnya buka tingkap,terus tutup tingkap sebab takut. Err..apa function tutup tingkap ye? Taknak bagi charlie masuk kot? Haha.. oleh kerana view bilik kami yang amatlah terbaik dari ladang,kitorang pun ushar la apa2 yang berlaku. Ada la dalam 10 helai budak2 R1 yang keluar dari sarang masing2. Uih takut sangat ke? Creepy~~ Lepas tu kan,lepas tu kan,kereta pak guard datang. Huaaa..best siot drama! Live lagi tahuu

Tiba2 perut aku mula memulas2 minta isi dibuang *perlu ke bagitau anis?* Tapi..aku takutlah. Haisy..dahlah baju pun tak habis basuh lagi ni. Hmm..tapi sebab dah tak boleh tahan,aku pun keluarlah. Fuhh nasib baik semua housemate aku buka pintu bilik. Ala semua takut kan2? Aku tahulah ;D

Masa kat toilet,aku basuh baju dulu. Sambil2 perah baju tu,aku terdengar budak2 rumah sebelah bersembang. Diorang jerit,konon macam nak bagi satu R2 dengarlah kott : "semua tutup pintu!!" Aku dalam toilet dah macam.. WTH?! Aku tengah basuh baju dohh!! Apa patut aku buat ni?!

So aku pun dengan gopohnya report kat roommate aku. Dia dah cuak gila. Huhu.. sian Ain sampai terpaksa menumpang kat bilik C gara2 aku yang menggelabah ni O_O

Lepas selesai basuh baju,aku cadangkan kat roommate aku,setip malam Jumaat,kitorang nak baca surah Yassin. Minta dijauhkan daripada benda2 macam tu :) Oleh kerana malam ni kami masing2 datang planet, so roommate aku pasang mp3 surah Yassin. Barulah kurang perasaan takut tu. Dapatlah sambung belajar dengan tenang.

Lepas dah habis study, aku on FB. Bukak wall asasi tu. Ada cerita pasal R1. According to seorang hamba Allah yang study di PA ni, suara budak menjerit tu datang dari budak yang baru balik dari Raffle. Dia kena.. RABA OLEH ORANG PAKISTAN! Omaigodd!!

So rakan2 semua, terutama perempuan yang berpakaian seksi dan baru balik dating atau sewaktu dengannya,jagalah diri tu baik2 ye. Jangan jalan sorang2 dan jangan balik lewat malam. Erk..asal dah macam pesanan makcik2 je ni? Ok cukuplah cerita pelik malam ni. Nak tidur.. Esok ada lab Chemistry. Untuk group 1,aku benci korang! Jealouss!!

2 comments:

  1. ala,janganla jeles ngan group satu, nanti korg pun dpt rasa gak :)

    ReplyDelete
  2. uik komen pasal group lab plak?huhu..yaa tggu la turn korang next week ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...