Monday, July 19, 2010

Tofu Telur Ala Cina

Hihi.. cuti seminggu ni patut diluangkan dengan cara paling berhemah. So ayuh kita try masak masakan paling simple. Untuk si pemalas macam aku ni, mestilah nak try masak benda simple kan. Takkan lah aku nak buat Rendang Tok. Tunggu Alfi dengan Fizi bagi cucu kat aku dululah ya :')

Tofu atau tauhu * ada beza dua2 ni. Tauhu kasar. Tofu pulak lagi lembut macam aku. Buek2 * Aku adalah peminat setia tauhu dan tofu ni tahu? * keliru tak baca ayat aku? Marilah tongue twister!* Bukan sahaja tak menggemukkan dan murah, tapi juga kalau diamalkan semasa pregnant, probability untuk aku dapat bayi yang sehalus dan selembut tofu adalah tinggi. Haha nak jugak!





Tauhu feveret. Kalau masak sambal. Memang sangat sedap.
Pinggan aku tak payah cuci dengan sabun lagi dah.


Google tofu telur, keluar ni daa.. Kecoq ayolioq aku. Sedapnyerrr..
Tapi ni bukan resepi Tofu Telur Ala Cina yee :)

Jadi tanpa berlengah masa, ayuh kita kongsi resepi Tofu Telur Ala Cina yang resepinya telah aku curik kat mana entah O_O :


Bahan-bahan :

3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih (diketuk)
½ inci halia (diketuk)
1 sudukecil serbuk lada putih/lada sulah
1 ½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)
Garam secukup rasa

Cara nak masak :

1. Tofu telur dipotong silinder. Bagi lebih mudah, potong dua dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 6 bahagian.
2. Goreng dulu tofu secara tenggelam (deep-fry). Apabila tofu tidak lagi melekat dan berwarna keperangan, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak atas api yang sederhana, tumis bawang putih dan halia.

5. Masukkan sos tiram dan kacau.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan dengan segera masukkan garam, lada sulah secukup rasa.

7. Kacau kuah supaya tidak menjadi terlalu pekat.

8. Tuangkan kuah keatas tofu yang telah digoreng tadi (Tofu terlebih dahulu disusun
dalam pinggan).


4 comments:

  1. memang selalu makan lauk nie kat kafe raffle.HAHA

    ReplyDelete
  2. haha same la
    suke gle mkn tofu ni.sdap dan murah dan tak menggemukkan dan lazat :DD

    ReplyDelete
  3. dimanakah gambar yang sebenar??hehehe

    ReplyDelete
  4. @diela712
    err gmbr sbnr tak menyelerakan
    segan nak upload T___T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...