Wednesday, August 25, 2010

Entry Sedih

Cuba korang pandang kawan2 atau insan yang rapat kat sekeliling korang. Korang rasa muak tak hadap dia hari2, asyik2 jumpa muka yang sama. Macam tak ada muka lain langsung. 

Tapi, apa korang rasa bila contohnya, hari ni kau balik 'sekolah/kuliah/panjat tangga batu caves/dating kat tasik' sama2, but suddenly bila korang bangun esok harinya, orang yang korang hadap hari2 sampai naik muak ni tak muncul depan korang pada hari tu. Lagi menyedihkan, orang yang korang expect akan jumpa semula hari tu dah tak ada lagi kat sisi korang untuk terus bergurau senda dengan korang, dan bergaduh bertepuk tampar dengan korang. Maksud dah tak ada lagi yang aku tulis sebentar tadi bukan 'tak ada lagi' yang sekejap. Tapi 'tak ada lagi' untuk selama2nya. Korang rasa terkejut tak?

Ive tried to put myself in this situation but it seems like im not strong enough to gone through that. Luckily, pemergian arwah nenek aku dulu pun lepas dia uzur dalam tempoh masa yang lama. Kira macam, aku boleh terima pemergian dia. Tapi.. aku paling tak boleh terima kalau insan2 terdekat yang ada connection dengan aku suddenly pergi sebab accident or sakit tenat yang datang secara tiba2. Sedih bukan?

Kalau korang pernah stay boarding, mungkin perkara macam ni lumrah bagi korang sebab korang bergaul dengan all sorts of people. Tapi untuk kera sumbang macam aku ni, aku tak pernah lagi lalui perkara macam tu. Takut jugak sebenarnya. 

So senang cerita, hargailah orang2 yang rapat dalam hidup korang. Walaupun kadang2 mereka agak annoying, tapi perangai annoying tu lah yang korang akan rindu bila insan tu suddenly pergi. Nak carik orang yang muka sama dengan insan tu pun boleh aje. Kita kan ada 7 kembar kat dunia ni. Tapi, perangai diorang sama ke? 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...