Friday, August 27, 2010

Pasal Shawl Dan Ballerina Flats

Masa aku kecik2 comel dulu, aku ni tomboy. Haha iye.. Kenapa? Tak percaya? Oh tak percaya tak apa. Aku tak suruh pun korang percaya. Aku lagi banyak bergaul dengan lelaki berbanding perempuan. Kalau dengan perempuan, aku asyik jadi mangsa buli je. Kawan dengan perempuan sangat tidak cool okeh. Main mak2 lah, lepas tu masak benda bukan2 pakai daun dengan tanah apa semua. Tak cukup dengan tu, main kawen2 pulak dia. Kecik2 dah gatal nak bersanding, lepas tu tiup belon besar2 dan sorok kat perut. Nanti mulalah buat aksi ala2 ibu mengandung. Haha lawak siot dan aku pernah merasa jadi ibu mengandung tu  T__T

Nampak tak? Tak seronok kan? Asyik2 ulang benda yang sama. Atas sebab tu lah masa aku kecik2 dulu aku lagi ngam dengan sepupu lelaki. Aku suka main wrestling dengan diorang. Sangat seronok sebab boleh pegang2. Pegang2? Hep! Bukan2.. kalau playing around dengan lelaki feel dia seronok sikit. Rasa lagi bebas. Kalau aku tercuit sikit badan diorang, diorang takkan nak report kat mak ayah kan? Disebabkan kebebasan aku mencuit2 sepupu lelaki aku, aku pernah sekali tertumbuk sepupu lelaki aku sampai hidung dia berdarah  T__T Semenjak hari tu, aku dah mula dilarang untuk bertindak ganas dengan sepupu2 aku  T__T

Aww rindu zaman tomboy dulu. Rindu zaman comot sebab jatuh parit kat kampung dulu. Tapi, tapi.. apabila aku meningkat dewasa, aku jadi semakin feminin sebab mak aku asyik bagi aku dengar lagu kumpulan FEMININ je. Ini bukan lawak. Ni hakikat. Dulu semua lagu dalam album FEMININ aku hafal. Kagum tak? :p

Eh apa kaitan semua cerita ni dengan title di atas? Ni ha.. okeh sekarang baru nak masuk topik asal. Kalau jawab Penulisan SPM gerenti gagal ni. *tipu. BM untuk SPM saya A+ hokeh. Riak*  Sejujurnya, aku tak reti sangat nak pakai shawl. Tapi aku rasa bernafsu untuk melilitkannya ke leher gebu aku ni. Tapi.. lilit yang merapu2 la kan. Selagi boleh lilit, aku lilit tapi jangan la sampai tercekik pulak. Aduss..

Aku jarang pakai shawl bila pergi kuliah. Sebagai jalan selamat, aku lagi suka tudung bawal. Tapi bila aku pakai shawl, kena rasa malu sikitlah sebab rasa macam diri ni huduh sangat angkara lilitan 'ntah hape2' aku tu. Pernah gak sekali tu aku mintak kawan lilitkan. Dan.. hambik kau. Mau teleng kepala aku. Lepas dia pin, aku langsung tak boleh nak toleh kiri sebab takut kerongsang tercabut xD Then, aku alter la sikit shawl tu dan hasilnya sangat lawak. Kena gelak yuu~ T__T  Eh tapi tak apa, saya masih tak patah semangat. Shawl tetap nombor dua di hatiku selepas tudung bawal. Ngee *rase macam nak sepak je bila ade orang guna sound effect ni. Grr*

Kemudian, bercerita pula pasal kasut. Aku amat alergic kat heels. Jangankan heels, selipar yg baru nak meninggi 2cm pun aku dah reject. Aku lagi suka penampar selipar Jepun. Lagi senang nak berlari. Hihi.. namun, dek kerana pengaruh student sekeliling yang gemar memakai ballerina flats crocs, aku pun rasa terpanggil untuk mencuba. Oh lupa juga nak bagitahu. Aku jugak tak reti pakai pumps/flats. Bila pakai pumps/flats, nanti mulalah aku jalan terkengkang2. Hak2 jangan imagine. Sangat huduh T__T

Look like this dan berwarna PINK
Dan ada button rama2 di tepi. Comel bukan? :D


2 comments:

  1. Kaki aku tak lawa pakai kasut tu.HAHA

    AKU Pun segan pakai shawl gi kelas.Tsk ;(

    ReplyDelete
  2. la ko pkai shawl ok je aku tgk.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...