Tuesday, August 24, 2010

Step 5: Design Header Guna Photoscape dan GIMP

More HERE

Lepas puas hati dengan hasil edit sebelum ni, sekarang masa untuk buat header. Kalau handal Photoshop, boleh refer tutorial INI untuk design header bersambung dengan blog. Kalau tak reti guna Photoshop, all you need is Photoscape untuk proses design dan GIMP untuk proses transparent header.

Sebelum buka Photoscape, korang buat dulu satu background putih. Konon macam kanvas lah untuk korang design nanti. Buat kanvas tu besar sikit dari size header yang korang nak. Contohnya kalau nak header size 700px, korang resize kanvas tu jadi 720px. Save kanvas tu. Let's proceed to Photoscape.

Buka Photoscape dan pergi kat Editor. Upload kanvas tadi macam contoh bawah ni,


Kat bawah tu, korang nampak Home, Object, Crop, Tools kan? Korang pergi pada Object. Kat situ korang dah boleh mula design header ikut creativity masing-masing. Boleh letak gambar, blog title dan macam-macam lagi. Hasilnya,


Kalau boleh, korang left some space kat bawak kanvas tu so that korang boleh crop untuk nampak kemas. Save header korang, dan sekarang pergi Paint untuk crop atau resize header korang tu.



Ok time for GIMP bebeh! Hehe teruja nak tengok hasil lepas dah transparent nanti. So mari cepat buka GIMP. Upload header yang korang dah save tadi.


Nampak tak kotak merah tu? Korang tekan situ yang ada gambar tongkat Harry Potter. Drag tongkat tu kat kanvas lepas tu click kat kanvas tu. Korang akan nampak ada bintik-bintik kat kanvas korang yang sebelum ni warna putih. Kemudian tekan right click, pilih Layer > Transparency > Add Alpha Channel.


My favourite moment. Huhu korang tengok keyboard dan carik butang delete kat bucu kanan paling atas. Ha.. apa lagi, tekanlah cepat!


Bila dah jadi macam ni, right click dan pilih Save As. Save header korang as PNG image. Nanti ada pop ups apa semua, korang tekan replace, dan save je. Hasilnya,


Done! Terima kasih mengikuti tutorial ini  (^.^)v


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...