Friday, September 03, 2010

Karma: Part 1



“Yuni,aku takutlah nak jumpa dia. Lain kali jelah kita tunggu Danny eh,” pujuk Fiziyana. Dari tadi lagi bibir comelnya asyik mengomel akan perasaan gementarnya untuk bertemu Danny, pelajar lelaki yang telah sekian lama diminatinya.

“Ah! Kau jangan nak mengada-ngada. Selama ni kau yang sibuk sangat nak jumpa Danny face to face kan? Sekarang ni bila Danny dah setuju nak jumpa,banyak cerita pulak kau,” marah Yuni. Dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah perangai Fiziyana yang gemar menukar fikiran di saat akhir.

Selama ini Fiziyana acap kali menceritakan tentang perasaan sukanya pada Danny. Entahlah, Yuni sendiri kurang faham apa tarikan yang ada pada Danny sehinggakan Fiziyana begitu angau padanya. Setelah sekian lama Fiziyana cuba mendekati Danny, akhirnya Danny perasan juga akan kewujudan Fiziyana. Hasilnya, Danny bersetuju untuk bertemu dengan Fiziyana pada hari itu dan lokasi pilihan mereka untuk bertemu adalah di depan pintu pagar sekolah. Duh~ apa ni? Tak romantik langsung.

“Ala Yuni tolonglah aku! Aku cuak gila ni. Rasa nak terkencing pun ada!”

Yuni tergelak besar apabila mendengar keluhan Fiziyana itu. “Kau jangan buat lawak lah. Kalau kau blah, kau rela ke aku date dengan Danny?” soal Yuni. Fiziyana menggaru kepala.Betul juga..

“Hish sorry sikit! Kau jangan nak mengada-ngada ek.. putus kawan nanti baru tahu..”

“Eh! Tu Danny! Wah kacaknya dia..” Yuni tidak mengendahkan bebelan Fiziyana itu. Jari telunjuknya terarah pada kelibat Danny yang menuju ke arah mereka. “Haha goodluck Fizi..” Yuni sengaja menakut-nakutkan Fiziyana. Dia seakan-akan mahu beredar namun Fiziyana cepat-cepat menarik tangannya. “Hey!Jangan lah pergi dulu!”

“Hai girls!” sapa Danny dengan senyuman. “Hai Danny! Ni ha perempuan ni sibuk sangat nak jumpa kau. Bila kau dah datang malu-malu kucing pulak!” dengan selamba Yuni mengutuk Fiziyana di hadapan Danny. Tak guna punya kawan.. Untuk menutup malu, Fiziyana cuba melakar senyuman semanis mungkin untuk Danny.

“ Ok la.aku malas nak ganggu privacy korang. Danny,kau jaga kawan aku ni baik-baik tau. Dia ni manja sikit. Kalau dia mengadu apa-apa kat aku, siap lah kau,” Yuni pura-pura mengugut. Sambil tersenyum,dia meninggalkan Fiziyana dan Danny yang sedang tersipu-sipu memerhati satu sama lain.

“Tak sangka awak ada hati pada saya..” kata Danny memulakan perbualan. Dia tersenyum memandang Fiziyana. Wajah Fiziyana merah padam mendengar telahan Danny itu.

“Kenapa awak kata macam tu? Bunyinya macam awk perli saya je..” Danny hanya tersenyum.

“Bukan ke selama ini awk jual mahal dengan saya? Tapi macam mana pun, sorry lah awk,saya dah berpunya..” Fiziyana tersentak mendengar kata-kata Danny yang baginya sungguh tidak berperasaan. Sampai hati sungguh! Ditenungnya wajah Danny dalam-dalam,cuba untuk mencari garis-garis senda di wajah lelaki itu. Namun wajah itu tenang.

“Kalau awak dah ada girlfriend.kenapa awak setuju nak jumpa saya? Kenapa awak layan komen-komen picisan saya kat Facebook awak? !” Fiziyana tidak mampu membendung emosinya. Dalam sekelip mata, sikap ‘Gadis Melayu Terakhir’ yang cuba ditayangkan sebentar tadi lenyap begitu sahaja dan kini muncul pula sikap ‘Samseng Kampung Dusun’nya.

Danny tersenyum,cuba melakar senyuman sinis. Alahai..comelnya bila perempuan ni marah. Huhu..sorry syg, aku bukan kepunyaan siapa-siapa pun.Aku nak duga kau je.. “Hello.. perempuan macam awak ni bukan taste saya lah. Awak ingat saya dah lupa ke peristiwa awak dumped saya 2 tahun lepas?Parutnya masih ada tahu,” Danny sengaja bermadah untuk menyakat Fiziyana. Dia seronok mengenakan gadis itu.

Fiziyana terdiam.Mungkin menimbangkan kebenaran kata-kata Danny itu.Memang dia pernah dump Danny suatu ketika dulu kerana pada waktu itu Danny langsung tidak mendapat tempat di hatinya. Lagipun,masa tu Danny bukannya handsome sangat.Ehehe.. ^_^ Tapi kini,entah macam mana hatinya tiba-tiba terpaut pada lelaki yang pernah diejeknya dulu.Betullah orang tua-tua cakap,mula-mula benci, lama-lama sayang. Tapi tak sangka pula kata-kata ‘emas’ tu melekat padanya. Hai,cinta-cinta…

“Takpe lah kalau awak kata macam tu. Thanks sudi jumpa saya hari ni. Bye..” Fiziyana seakan sudah tawar hati. Sambil matanya menekur jalan tar di tapak kakinya,dia melangkah pergi. Danny terkejut dengan perangai Fiziyana yang tidak disangka-sangka itu. Danny sangkakan, Fiziyana tidak akan menyerah kalah dengan kata-katanya tadi kerana Fiziyana yang ‘mungkin’ dikenalinya secara kasar selama ini amat gemar menjawab.

“Fizi! Nantilah dulu! “ laung Danny namun segalanya sudah terlambat kerana Fiziyana sudah pun jauh meninggalkannya.

Karma: Part 2


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...