Thursday, September 09, 2010

Ice Age Exhibition & The Revolution of Me


Cak!


Gigi besar :B

Hari ni sehari suntuk meluangkan masa berkualiti bersama family tersayang. Bukan selalu dapat peluang sebegini tahu? Hari ini, kami sekeluarga busay shopping baju raya :D  My favourite. Pasal baju raya, kejap lagi aku cerita. Sekarang nak cerita pengalaman menseronokkan pada hari ini. Fakta terbaru pasal Anis. Cepat ambil pen dengan kertas. Salin ni.
"Saya seorang skema. Saya peminat channel Discovery dan National Geographic. Saya ni pelik sikit. Saya suka tengok binatang pelik2 lagi2 dinosour *tak reti eja plak* dan saya selalu menyimpan angan2 untuk bertemu dinosour pada satu hari nanti"

Yay! Harapan termakbul. Aku dah selamat beramah mesra dengan dinosour pada hari ni. Aku jumpa kat Times Square. Ha, tu lah kau. Lain kali kalau pergi TS tu jangan fikir nak melepak kat tangga je. Cubalah teroka dalam sikit. Oh ya, aku pergi satu exhibition ni. Namanya, 'The Ice Age Experience'. Memang syok wa cakap lu. Memang sangat berbaloi bayar RM 12 untuk masuk exhibition ni. Dia bukan setakat tayang patung dinosour yang stiff tu, tapi ada sound effect dan boleh gerak2 lagi. Nice one. Macam real. Lagi2 masa Sabertooth lari tu. Rawrr..  Lupa pulak nak bagitahu. Selain dapat tengok dinosour, aku dapat jugak tengok 3 orang lelaki mat saleh ni. Aww tergoda you. Sorang ni muka dia kacak macam Taylor Lautner. Hik.. rasa macam nak snap picture dengan klon Taylor Lautner pulak rasanya. Tak mau dah dengan dinosour. Haha gatal tau aku ni. Hep! Dah,tak nak cerita panjang. Kalau berminat, silalah ke level 8 Times Square. Exhibiton tu depan pintu masuk theme park Cosmo World yang bahagian kanak2 tu. Pergilah. Best tau :D

Opocot mak kau
Sumpah aku terkejut tengok binatang ni  =___=


Cepat carik mana Sabertooth


Suddenly muncul atas kepala aku
Sabar jelah -.-


Takut dengan Woolly Mammoth ye dik?
HAHA


Dodo birds :(


T-rex. Rawrr!
*eh bunyik T-rex macam tu ke?*


Maaf gambar tidak berkualiti sebab guna phone murah T__T  Nak tengok lebih lanjut, datanglah ke sana :D
Pasal baju raya tahun ni, tema aku vintage.Yeah it's vintage bebeh. Vintage is the new sexyness. *hotak kau lah sexyness +__+ *

Minat terbaru: Blaus bunga2 :B

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...