Wednesday, September 01, 2010

Iftar Di Puncak Adalah Seronok

Hello awak! Ha.. ni mood blogging sudah mari, hambik kau. Cepat baca. Kalau aku tak post pape, mulalah komplen rindu *saja buat cerita* Tapi bila aku post berlambak2, kata aku kecoh *ini realiti T___T* Sekarang, aku kekenyangan. Bila kenyang, banyak carbohydrate molecules akan oxidised lalu mitochondria akan mampu menjana ATP untuk pergerakan otot jari. Ehh tau lah esok paper Bio tapi tak payahlah nak tunjuk pandai kat blog. Dah lah fakta merapu2. Diamlah!

Petang tadi, aku pergi cucuk duit kat ATM. Budak2 semua kecoh baki elaun dah masuk. Tapi ciput jer. Dalam 300++ macam tu. Entahlah aku sendiri tak pasti sebab duit dalam akaun Bank Islam aku sekarang ada RM 500++ je. Ha ke manakah pergi duit elaun aku yang sepatutnya beriban tu? Jeng3.. 

Aku keluarkan RM50 je dan duit saku aku untuk minggu ni memang dah licin habis. Betul, tak tipu. Ni baru stay 2 minggu kat Puncak. Kalau sebulan stay kat sini tanpa pulang ke rumah, entah macam manalah gamaknya. Nampak sangat aku boros.

Lepas dah kaya sekejap, aku meneroka bazaar Ramadhan sendirian. Well.. loser will always stay alone T___T  dan berbelanja pun macam loser. Borong makanan banyak gila macam hari esok aku tak dapat makan lagi dah. Sadis betul. Tadi I beli..

  • 1 Nasi Ayam Percik, RM 4.50
  • 1 Air Honey Dew, RM 1.00
  • 2 Roti Boom!!, 1pc RM 1.00
  • 1 cawan Cendawan Goreng Black Pepper, 1cup RM 2.00
Ok, sila congak ya berapa belanjawan aku pada hari ini. Masa buka tadi, aku muak makan nasi ayam percik tu sebab kuah ayam percik kan manis. So tak berapa suka. Aku suka masin. Alah.. abaikan kalau kena hypertension pun. Tapi yang penting, orang yang suka makan makanan masin2 ni CEPAT KAHWIN. Amboi kalau tang kahwin tu laju aje kau ni. Grr xD

Hmm sekarang cuma tinggal 2 hari Ramadahan di Puncak. Tinggal 2 hari je lagi untuk aku melihat kemeriahan bazaar Ramadhan di Puncak Alam nan permai *eceh hyperbola tau* dan.. cuma tinggal 2 hari saja lagi untuk aku dan housemate kesayangan untuk iftar bersama2 di ruang tamu kecil R2502 sambil buat bising huha2 lawan rumah sebelah buat bising masa berbuka. Hik2..

Dah 2 minggu tak pulang rumah dan saya rindu pada rumah. Tapi juga saya akan rindu suasana Ramadhan di sini. Tahun depan, belum tentu Ramadhan akan semeriah ini dan belum tentu saya akan mempunyai housemates yang comel dan kecoh sebegini. Love you guys :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...