Monday, September 06, 2010

Permohonan Maaf Secara Terbuka

Tajuk macam @$&*@$$%^& Oh tapi tak apa sebab niat saya sekarang ni ikhlas. Tak perlu nak private blog sebab dah kata permohonan maaf secara terbuka. So biarkan saja blog ni terdedah untuk tatapan pembaca semua. 

Ya saya tahu, kandungan blog ni agak kasar
dan penulisan saya agak harsh. Tapi,siapa kisah? Aku dah tak ada paper Bahasa Melayu kat asasi. So tak perlu nak bikin ayat berbunga bagai untuk ambil hati pembaca semua. Ops terguna 'aku' pulak. Hehe okay masuk mood sopan balik.

Kalau ada antara pembaca semua annoyed dengan blog coklat legam ni, 20 jari saya susun memohon kemaafan. Maklumlah, nak raya kan. Kalau tak ada ayat tipikal ni memang tak sah. So saya pun mahu juga cukup syarat. Jadi, adakah pembaca semua memaafkan saya? Tak maafkan tak apa. Tak nak kawan :p

Tapi.. walaupun saya dah mohon maaf, saya tetap akan teruskan dengan gaya penulisan yang ala2 teko taiko tak jadi ni. Previous post yang membuatkan anda touching tidak akan diremove secara total sebab post itulah yang menaikkan traffic blog ni. Kah3 *gelak jahat*

Okai bai :p

credit: Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...