Monday, September 20, 2010

Tips Pilih Subang

Ni tips beli subang ye, bukan anting2. Kenapa aku tergerak hati nak bagi tips ini? Sebabnya, sebabnya aku pernah tertipu. Bazir duit aku je beli subang santek2 tapi end up, subang tu patah. Kalau kau, kau bengang tak? Elok2 subang tu ada bijik (?) bentuk love, dua hari kemudian dah jadi lidi sebab love tu hilang masa tengah tidur  T___T  Itu sangat annoying okay. Punyalah mahal aku beli *padahal RM 4 je pun* Ah idunker sebab RM 4 masih duit. Boleh beli 4 paket Choki2 tahu :B

Maka untuk elakkan kamu semua daripada tertipu macam aku, ni aku bagi tips:
Sebelum beli subang, periksa dulu lidi pada subang tu diperbuat daripada apa. Kalau daripada besi, yes kau boleh beli. Tapi kalau plastic, kau maki kedai tu. Haha.. :B
Sebab apa plastic tak berkualiti, sebab plastic senang patah. Lagi2 kalau lidi tu panjang semacam. Bila kau tidur golek2, gerenti lidi tu mencucuk2 telinga. Sakit bhai! Aku banyak kali kena. So masa tidur sekarang pun macam tidak berkualiti je. Hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...