Sunday, September 05, 2010

Transformer Nak Raya

Tadi baru lepas menonton cerita Transformer kat TV2. Pergh.. dah lama tak tengok tv. Gian lu tau ke? Haha kamon ni baru 2 minggu tak balik. Best tau tengok Transformer. Feel dia rasa macam bangga gila bila orang tahu Sam Witwicky tu ada kawan robot yang gila freakk. Aku ni kalau tengok movie memang over sikit. Rasa macam diri sendiri pulak yang berlakon dalam cerita tu. Hey u guys tak tahu ke? Megan Fox tu aku la doh. Betul.. ah persetankan kisah orang kata Megan Fox tu bukan perempuan tulen. Tulen tak tulen pun, body die hawt. Stim wa tengok. Hak2 xD

Bercerita pasal Transformer, aku teringat pulak kisah Transformer merah bapak aku yang tersadai kat parking lot bawah tu. Haih.. tadi Transformer merah tu baru accident. Tercabut kau bumper depan dia. Tau2 je dah nampak benda alah bawah enjin yang jalur2 vertical tu  +___+ 

Tapi, aku rasa bersalah jugak kat bapak aku. Hep ini rahsia. Kalau kau dah tahu ni, jangan report kat Daddy I tau? Ekceli, I pernah bawak Transformer merah tu jalan2 bersama dengan bf dan adik. Awalnya I kata kat Daddy, I nak keluar drive kat area rumah je. Tapi tup2 sampai Times Square. Hebat tak? Dengan jalan raya yang bukan main sesak lagi. Ergh seram. Sepanjang perjalanan, semua okay. Tapi, time nak masuk kat tempat parking. I mean kat tempat nak ambil tiket tu. Laluan dia sempit kot. So apa lagi, mari kita panjat divider. Haha hambik kau. Bumper sebelah kanan terkopak. Luckily boleh fix balik dan tak dikenakan sebarang bayaran :') Dua skru tercabut. Satu boleh diselamatkan lagi. But the other one tu, tempat skru dia dah terbelah. So kalau boleh skru pun, cuma tunggu masa nak tercabut je tu  T___T

Aku pernah keluarkan dialog durhaka ni bila orang tanya, "So Anis, bapak kau tak tahu ke bumper kanan tu dah jahanam?" Aku kata, "Er aku takut nak bagitahu. Biarlah.. tunggulah bapak aku langgar apa2 lepas ni. Nanti bila dah terkopak habis, baiki la terus"  T____T  Sedih tak dapat anak macam aku? Malam ni, mulut aku dah masin T___T  Abah, maafkan anakmu. Selamat Hari Raya :(

Eh lupa pulak nak bagitahu punca acciddent. Ni.. masa tu my dad nak buat U turn. But suddenly ada motor ni muncul dari belakang sebelah kanan. Nasib baik tak mati si driver motorsikal tu. Cuma pedal motor dia je bengkok. Grr.. Syukur Alhamdulillah semua tak apa2. Nak raya ni weh!

Btw, nak bagitahu. Raya tahun ni aku beraya dengan sweater UiTM. Woot2~! Iye, saya sayang UiTM. Heheh.. cun tahu bajuu dia. Take a look bebeh:


Teleng kepala wa nak snap pic ni.
Nak tayang design belakang je pun.
Cun tak? I mean, tuan dia cun tak? :p

Maaf, saya tak senonoh sebab tunjuk hidung kembang kat awak :8B

Ni bukan under UiTM pun. But ada student yang murah hati nak design. Glow in the dark you. Meh2 siapa nak bergelapan dengan aku? Jangan risau, baju aku boleh jadi penyuluh kegelapan. 

Dan.. raya tahun ni, saya berhajat nak potong sikit rambut depan ni. Nak buat fringes. Eh macam tak serik2 je aku ni. Sebelum ni dah pernah buat dan kena perli baik punya oleh sahabat handai, kaum kerabat, jiran tetangga dan suami. Tapi masih tak serik. Ah dun worry sebab alasannya, SAYA RASA SAYA COMEL SEKARANG NI. Sebarang bantahan, kau senyap.




Oww ini sangat comel.
Saya nak ini!
thanks pakcik Google :B

p/s: Maaf entry berterabur. Mood raya sudah mari. Hik2 :B


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...