Friday, September 03, 2010

Untunglah Kena Tinggal

Hep2 apa korang pikir ha? Aku masih belum janda. Jadi kepada lelaki luar sana yang baru nak bersorak, "HOORRAY ANIS DAH SINGLE!" sila simpan impian kamu dalam mimpi. Keh3.. Dey awat perasan sangat pompuan ni? Sila lepang dia laju2 T__T

Hm malam ni I sunyi tahu. Haha asal ayat macam minah Myspace je ni? Har3..Jangan risau ni masih pemilik Oh Ninie! yang comot. Masih setia menaip untuk menghiburkan dan membasahkan gusi anda. Err tak lawak ke? Okeh fine, aku pedulik apa? :p

Tadi, last paper untuk test 2. Horray! Dan berakhirlah sudah semester 1 ya kawan2. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je semalam aku tengok bapak aku bersungguh2 bawak beg 'bangla nak balik nepal' *suka hati aku je* aku tu masa panjat tangga Batu Caves yang maut tu. 

Haih.. semester untuk asasi cuma 3 bulan je? Eh yeke 3 bulan? Aku rasa 3 bulan pun tak sampai kot. Bak kata tutor Chemistry aku, ni lah dia uni life. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Sebab apa? Sebab kat sini semua benda kena handle sendiri. Kalau kau nak ponteng kuliah ke, tak nak buat soalan tutorial ke, kau jangan risau sebab kau tak akan perlu menghadap guru disiplin yang pegang rotan dan misai lentik2 tu. Aww.. Haha memanglah kau tak payah hadap cikgu disiplin kan, tapi nanti kau tunggu jelah surat amaran daripada pihak atasan. Err tak adalah seronok sangat kot sebab had ponteng kat sini kena kurang 20% kalau tak, tak boleh sit for final exam  T___T

Berbalik pada topik asal. Heh.. Malam ni, aku sunyi. Sebab? Sebabnya roommate kesayangan dah pulang dulu. Selalunya, aku yang tinggalkan dia. Tapi kali ni aku pulak kena tinggal. Yelah kan Ain, time2 nak raya macam nilah awak sibuk nak tinggalkan saya sorang2. Haha kidding xD

Oh hari ni juga, last aku dapat menikmati NASIK AYAM PENYET & CENDAWAN GORENG. Oh sangat lazat. Aku tak tahulah mana lagi nak carik lepas ni. Okay, Ramadhan tahun depan aku pergi semula bazaar UiTM Puncak Alam ni. Setia kan aku ni? :p

Malam ni sangat bosan sampaikan entry aku malam ni sangatlah rojak. Tajuk tak tetap langsung. Hey awak bagilah kite idea nak buat apa malam ni? Bosan  T___T  Well padanlah muka aku kan. Minggu ni orang busay study untuk test, kau busay sangat menggodam laptop, mengedit macam2. Tak sedar agaknya kau tu buta IT? Sekarang lepas dah habis test, kau mengangalah depan laptop kau puas2 sampai muntah.

Okeh3, nak off dulu. Nak pergi rotan diri sendiri sebab malas study minggu ni. Mmuah! :p

Kat belakang tu ialah tangga Batu Caves yang sexay
Auww xD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...