Wednesday, October 13, 2010

Kadang2 Saya Benci Nak Predict Masa Depan

Tajuk boleh lagi panjang tak? Hehe btw tajuk ni tak ada kena mengena dengan sesiapa. Ingat tu. Entry ni wujud gara-gara MUET speaking aku yang jatuh pada Selasa depan. Oh dang.. BI aku dah lah beterabur sana sini. Bila speaking pun dah macam nak skipping (?) Tadi aku buka modul MUET yang UiTM bagi and aku try speaking barang sehelai dua dan tahniah, perkataan 'aaa' 'ummm' 'ehhh' 'errr' yang lagi banyak  -.-

Cita-cita asal aku nak jadi dentist sebab aku mati-mati ingat nak apply course ni senang. Maklumlah, kononnya dentist kurang kat Malaysia ni. Tapi tekaan aku salah. Masa aku pergi JPA interview, dentistry is the second course that most student apply after medic. It's like.. waddeheckk. Punah harapan wa nak sambung study kat New Zealand. Haha maka tercampak kat UiTM Puncak Alam ambil course Asasi Sains a.k.a pra-ijazah. Nak sambung dentistry, at least aku kena dapatkan 3.8 ke atas. Omaigad.. kenapa aku rasa macam tak mampu? Untuk MUET pulak, aku kena dapatkan at least Band 3. Lagilah aku jadi tak tentu arah.

Sebab aku rasa dentistry macam tough, so minat beralih arah. Ohh sangat pantas aku jumpa pengganti baru -.-  Aku nak ambil course optometry. Sebab sebelum ni aku ada attend eye check up kat uni. Yang jalankan check up tu ialah pelajar tahun akhir Ijazah Optometry kat UiTM. Then aku sempat sembang-sembang manja dengan akak manis tu.

"Akak, optometry best tak?"  "Bolehlah dik. Kenapa? Berminat ke?"

Aku buat muka comel dan kata ni, "Heh saya nak ambil course dentistry lepas asasi ni. Tapi saya rasa macam susah je sebab kena dapat pointer 3.8 ke atas. Saya rasa macam tak mampu je. Kalau optometry, apa pointer paling rendah untuk ambil course ni?"

"Kalau masa akak dulu, pointer paling rendah 3.6 kalau nak masuk course ni. Tapi sekarang kan Malaysia nak pakai banyak pakar mata. So kalau pointer 2.5 ke atas dah boleh apply" jawab akak tu sambil membelakangiku. Lepas aku dengar akak tu kata macam tu, maka aku tersenyum lebar sampai telinga. Dapat bayangkan tak? :B

Haha kalau dah dasar pemalas belajar tu memang tak boleh buat apa Ninie. Then aku tanya lagi, "Course ni kena belajar Physics tak kak? Antara Bio dengan Physics, mana satu lagi banyak belajar? Saya tak suka Physics"  "Ehmm tak boleh nak katalah dik sebab Bio dengan Physics sama penting dalam optometry sebab optometry kan ada kena mengena dengan cermin bla3..."

Oh damn.. tiba-tiba aku teringat paper Physics yang entah apa-apa aku jawab +_____+

18 comments:

  1. jadi suri rumah dok kat rumah mengangkang je sudah laa.. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha nti kena bljr kanta cembung, kanta cengkung,...............

    ReplyDelete
  3. @Nadia H.
    haha betul tu
    i dah la sng konpius mane satu cembung,mane satu cengkung .__.

    ReplyDelete
  4. Good luck ye for MUET !

    Ahh,saya lagi la..Ninie,
    next saturday.Kena Interview
    mengejut dari UITM.nangis :(

    ReplyDelete
  5. @Suey Al zahra.
    inteviu apa?gudluck yea su!
    i know u can do it :D

    ReplyDelete
  6. hey, physics lah senang. HA HA.
    tercabar x ?

    ReplyDelete
  7. @Liya Laa
    haha nmpknye kte tak bole bkwn liya
    hehe joke2
    saye benci fizik
    benci2.wuuu T_____T

    ReplyDelete
  8. sentiasa cool okess, keep it up!

    ReplyDelete
  9. @suffer8zine
    tq!waa dpt komen membina dr abe suffer
    haha joke2 :D

    ReplyDelete
  10. ahakss..dlu den band 2 trial dpt band 3..x lepas..pahtu tak try sudah..masuk polly [time form 6]

    ReplyDelete
  11. @Seraffin
    yeke?ssh tak test muet ni??
    blh try byk kali ke??

    ReplyDelete
  12. boleh je..asal ada pitih..kekeke..yang bab speaking bahas2 tu agak susah..4 orang x silap satu group..haha

    ReplyDelete
  13. @Seraffin
    huhu tau xpe..tu la yg sy plg takut ni T_____T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...