Sunday, October 24, 2010

Let's Talk MUET

Entry lewat seminggu. Selasa lepas aku ada MUET speaking test. Agak menarik. Sebab tu rasa macam nak story kat blog. Eh perlu ke cerita kat blog? Perlu.. sebab ni blog aku, bukan blog korang *muka serius*

Back to topic. Sekolah bertuah yang menerima kedatangan aku ialah SMK Cochrane. Yeah baby. Tak tahulah macam mana aku boleh sesat ke Cochrane Perkasa padahal SMK Cochrane punyalah tinggi melangit. Ada lift lagi you~~ Sekolah kau ada? Sekolah aku dulu tak ada. Tapi UiTM Puncak Alam ada. Heheh.. Im the first session. So test start pukul 7.30 pagi. Posing maut kejap depan pagar sekolah. Nasib baik tak ada student yang panggil aku cikgu. Kalau tak memang nak kena rotan. *hoi bila nak cerita pasal MUET ni makcik?!*

Baiklah, index number aku MW****/**09. Aku first candidate! Waddefish betul. Aku third group and saya Candidate A T___T Tapi saya rasa sangat bertuah sebab examiner sangat friendly. Muka tak ketat tapi lagi sorang examiner tu muka ketat. Lagi menseronokkan, aku punya group semua Melayu. Hehe so tak adalah rasa macam kekok sangat. Masa kat bilik kuarantin, berkenalan sebentar dengan member group. Konon macam nak carik chemistry. Tapi macam lebih kepada cubaan mengorat sebenarnya T___T Candidate C ni hensem. Betul aku tak tipu. Trust my eyes. Mata saya tak pernah menipu. Aku tak tanya nama dia tapi dia yang sibuk tanya nama semua orang. Hm korang rasa dia ni friendly ke? I dont think so. Dia pemalu.


Aku mula-mula tanya dia,

"Form 6 ke?"

"Eh tak adalah."

"Habis tu?"

"Saya biasa-biasa je. Awak?"

"Saya ambil Asasi"

Sebaik sahaja dia dengar aku kata Asasi, terus dia excited semacam.

"Asasi apa? TESL? Law?"

"Erk? Tak lah. Asasi Sains"

"UM?"

"Er.. taklah. UiTM"

"Oooo"


Beberapa saat sebelum nak masuk bilik, dia berdoa. Aku yang duduk sebelah dia jeling-jeling. Terasa macam diri ni kerdil gila. Kau ingat kau hebat sangat ke Anis sampai tak nak doa? Saya doa dalam hati :') Tapi dia sangat humble, siap tadah tangan untuk memohon restu yang Maha Esa agar dipermudahkan urusannya sebentar nanti. Eceh.. Kemudian dia pakai songkok. Oh.. sucinya muka awak. Kenapa saya tak mintak FB awak T___T

Okay, perang bermula. Muka aku nampak cool. Tapi jawab merapu. Padahal topik bukan susah pun.

Ur college/school is going to organise a talk to young people. Suggest the best topic that can be choosen for the talk

Aku cadangkan topic 'How To Manage Stress' Waddefish! Senang gila kot! Tapi kenapa aku macam stuck?! Masa tu sumpah rasa macam nak nangis. Then tiba turn Candidate C ni *asyik cerita pasal Candidate C. Kau test dengan dia seorang je ke? Mana Candidate B dengan D?* Oh.. Candidate B dengan D tak berapa menarik perhatian aku. So kau duduk diam-diam. Haha kejam.

Tiba masa untuk Candidate C aka Abang Songkok yang comel lagi suci. Dia dapat topic 'How To Be A Better Person' Mukadimah dia sangat WOW! Tak macam aku T___T Dia punya speaking, tak payah ceritalah. Sumpah fluent gila. Aku tak ada rasa tercabar, tapi rasa tergoda. LOL Aku rasa dia course 'Asasi Law' Kalau nak sambung degree dalam Law kan kena Band 5 ke atas. Lepas tu siap dengan akta apa kebenda ntah. Aku pulak pura-pura dengar sambil angguk-angguk. Padahal tengah merangkak nak paham dia cakap apa. Bhahaha :p

Okay proceed to discussion. I loiike bebeh! Aku suka bila time argue ni. Boleh carik salah orang. Haha.. Alhamdulillah, aku rasa mark untuk discussion ni boleh back up mark aku yang macam harem kat individual test tadi. Hm mungkin aku Candidate A. Sebab tu gugup lain macam sampai merepek tak tentu hala. Tak habis-habis cerita pasal mat rempit, dadah, bunuh diri bla3 -.-

Okeh, memandangkan topik ni takde gambar, mari kita layan gambar aku ke kenduri kahwin semalam. Hoyeh2! TQ Abang Sam! Maaf, gambar tak ada dalam entry ni. Lepas ni okeh. Nak edit-edit gambar dulu. Hehe ;D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...