Friday, October 22, 2010

Liese Hair Colour!

Menjaga kanak-kanak yang baru membesar bukanlah sesuatu yang menyenangkan bagi si pemalas macam aku. Lasak gila! Naik uban kat kepala aku, padahal akak muda lagi nyah. Suwit 18 giteww.. Haip! Aku masih belum ada uban. Tadi saja nak nak buat sapens. Haha saspens tak? Ngehehe~~

Actually aku baru discover satu pewarna rambut ni. Aku baca artikel dia dalam majalah Remaja edisi 15 Oktober. Ala.. yang ada muka Abang Sam dengan Kak Almy tu.. Kenal? Heh.. Nama pewarna rambut ni Liese. Apa yang buatkan pewarna rambut ni lain dari yang lain ialah cara dia mewarnakan rambut kita. Hoh? Tak paham? Okay macam ni.

Biasanya kalau awak guna pewarna rambut macam Wella ke, Calista ke.. cara nak pakai dia complicated kan? Kena sapu betul-betul kat setiap inci rambut dan kena balut rambut sampai berapa jam bla3... Oh sangat rumit. Saya tak suka. Tapi, perwarna rambut Liese ni lain! Dia bertindak macam syampu. Apa yang you guys kena buat hanya gunakan pewarna rambut ni macam syampu. Then bila korang cuci, rambut korang akan berubah warna. Yes, ini permanent. See! As simple as ABC! I want this!!

Produk ni keluaran KAO Corporation. Antara warna yang ditawarkan ialah Sweet Pink, Cassis Berry, Mocha Orange, Milk Tea Brown, Marshmallow Brown, Glossy Brown, Chestnut Brown, Dark Chocolate, Chiffon Beige dan Ash Brown! Bawah ni ialah senarai pewarna rambut Liese. Sweet kan? Aku macam berminat dengan Ash Brown, kotak last tu. Tapi Ash Brown dengan rambut hitam macam tak ada beza je. So nak pilih warna coklat lah. Hehe..

Produk ni boleh didapati di AEON Wellness, Guardian, Sasa, Jusco, dan Watsons yang terpilih. Harga sekotak ialah RM38. Er.. tergamam kejap. Ada sesiapa nak belanja saya? Hihik.. Btw semalam dah try carik Liese ni kat Watsons Tesco Ampang. Ala.. tak ada. Lastly aku beli Wella Decor yang botol kecik warna purple tu. Murah je. Tak sampai RM 6. Tapi tak puas hati sebab warna tak terang. Tak dapat nak menutupi uban degil T_____T

Hehe entah tiba-tiba masuk mood Hanis Zalikha pulak hari ni. Tiba-tiba rasa nak promote barang. Wakaka! Takpe, nama kitorang hampir sama. Nama saya Anis Shuhada. Sama cantik macam kak Hamis Jalikha. *tipu*


6 comments:

  1. semayang tak sah. mandi wajib tak sah.

    ReplyDelete
  2. guna mcm shampoo.. agak menarikk..

    ReplyDelete
  3. @aishahjani ;)
    semua org tau tu.tpulang pada diri masing2 sama ada nak ikut atau tak je

    ReplyDelete
  4. @Amirrah Zawani
    menarik kn?cepat2 terjah watsons! :D

    ReplyDelete
  5. @suffer8zine
    awak taknak blanje ke?
    heheh ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...