Friday, December 24, 2010

Manglish Itu COOL!

Selasa lepas ada presentation Physics. Gila ah. Carry marks untuk presentation tu cuma 5% je. Tapi effort untuk laksanakan tugasan tu mengalahkan task orang nak buat proposal juta-juta. Haha for my class, ada 8 group. Group aku ada 4 orang. So nak tak nak terpaksalah bersuara barang sehelai dua T___T Sebenarnya yang buatkan kitorang kalut sebab evaluator kitorang is Prof Haji Ahmad which is our former Physic's lecturer masa sem lepas. Sem ni kami tukar lecturer. So tu yang malu-malu kambing bila jumpa Prof for the second time. Wekk!

Hmm fyi, aku ni sangat low self esteem. Aku tak berapa confident nak cakap dalam BI. Sebab bila aku cakap BI nanti mulalah suara aku menggeletar and mulut ni mulalah pelat lain macam. Argghh tiba-tiba pulak pelat =.=" Sem lepas pun ada presentation, tapi untuk Bio. First presentation masa tutorial. Dahlah chapter tu aku tak khatam habis. Then tup-tup aku kena explain pasal synthesis of nucleic acid. pfffttt.. Then second presentation masa kat lecure. Kau bayangkan kena buat presentation kat depan 200 pasang mata!! Homaigod serius aku speechless. And hell yeah, aku memang speechless. Aku tak contribute apa-apa pun kat group aku. Aku cuma mampu tersengih je kat depan tu. Sebab serius aku tak mampu nak bercakap. Tangan aku dah sejuk gila. Kalau boleh rasa macam nak pengsan time tu jugak T___T

The reason why aku rasa macam tu sebab aku takut kena gelak kalau-kalau grammar aku salah, vocab salah or lebih teruk, aku BI kan BM. Paham tak? Tu memang hobi aku sejak azali. Contoh, kad pengenalan dalam BI, identity card. Then aku panggil introduction card T___T

Then masa MUET, aku kantoi masa individual speaking test. Entah apa aku bebel, aku sendiri tak tahu. Tapi masa group discussion, Alhamdulillah i did it well. Ehm okeh la. First time aku puas hati dengan pencapaian sendiri. Kah3..

Berkat test MUET tu, aku mula gain confidence untuk cakap BI. Yang jadi mangsa gaduh dengan aku, pakwe aku lah. Dia memang suka kenakan aku. Suka jatuhkan keyakinan aku. Erghh tapi tak apa. I build up my confidence slowly :')

Maka, pada hari presentation Physics, aku mampu bercakap dalam BI secara err fasih jugak la kot?? Hihikk.. walaupun grammar dah berterabur sana sini, tapi tetap maintain muka comel masa explain pasal graph. Heheh..

Tapi untuk blog ni, aku masih malu-malu nak type entry fully english. Hm segan kot kalau ada budak-budak palam baca. Kadang-kadang bila aku baca entry mereka, aku terfikir "Oh kerdilnya english aku." Iskkk :'( Oh tapi tak apa. Mari kita improve sama-sama :D Btw kalau ada budak palam yang baca ni, jangan gelakkan saya. Malu nih T___T dan kalau boleh jangan panggil haku ninie. Kang tak pasal-pasal haku terjun bangunan FPTP tu sebab lawak sangat orang panggil aku guna nama tuh. Ngehhehehe :p


My future baby fizi. Nanti bila fizi dah besar sikit, mommy ajar fizi cakap omputih keh. Jgn jadi mcm mommy tau syg. HAHA


10 comments:

  1. gud lurk...saya pon sama slalo sgt gagap kalo ckap bi...
    takot ada yg kata grammar berterabor

    ReplyDelete
  2. @anies anessa
    haha sama lah. risau kene perli je. style dah confident habis tp grammar bterabur. nti org kata syok sndr. wuu T___T

    ReplyDelete
  3. kak ninie ,,sep2,,
    mira pon same ouh :(
    takot je nanty nk temu duga utk biasiswa :(

    ReplyDelete
  4. aku punya bi pun x okay :(









    hai NINIE :)

    ReplyDelete
  5. mummy jgn lupe ajar bi kat daddy jugak yer. HA HA HA

    ReplyDelete
  6. @twinkle twinkle
    akk pun penah dl masa temuduga jpa :(
    time tu mmg nervous gila.dah lah saingan semua terer english. iskk :"(

    ReplyDelete
  7. @luvly mya
    tlg jgn pggl aku ninie.haha nak pengsan dah ni ;B

    ReplyDelete
  8. @Liya Laa
    haha daddy xde. ninie ibu tunggal.ahaha xD

    ReplyDelete
  9. hehe
    :)
    saya suke physics!!!
    *tetibe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...