Friday, March 26, 2010

MAXIS: Sebab Kau Aku Sakit Jiwa

Semalam tepat pada jam 2 pagi, Maxis secara tiba-tiba buat hal. Bodoh! Internet lembab, bila aku nak call, memang harapan sangat lah. Message? Sorry, asyik-asyik fail. Aku dah bengang yang teramat sangat pada malam tadi. Aku rasa nak hentak je handphone dengan laptop aku ni.

Yang membuatkan aku sakit jiwa, sebelum 2 am, internet memang dah lembab tahap labi-labi. Ok fine, aku sabar lagi. Masa tu tengah on YM dengan si dia. Suddenly, 'poof'! My laptop shut down. (laptop aku ni memang akan shut down sendiri every 2 hours usage) Haih..sabar-sabar Anis. Aku ambil phone aku , and nak sms dia mengatakan laptop aku shut down. But.. Maxis memang budus! Aku send message banyak kali tak dapat-dapat! Aku call, nak dengar bunyi 'tutt-tutt' pun takde! Sial ko Maxis. Lepas tu, laptop dah boleh on. Nak on Facebook.. Pergh berjanggut aku tunggu nak login. Bila aku on FB, dia dah offline. Kecewa gila aku masa tu. Tiba-tiba, "ting!" ada mesej daripada dia suruh on YM. Aku pun on. Fuh..nasib baik tak banyak ragam. Aku pun Buzz lah berkali-kali diikuti dengan mesej " Yea! nasib baik jumpa b balik!" Tapi.. krek,krek,krek.. Sunyi sepi.. Aku dapat agak, ni mesti masalah YM ni sebab sebelum tu pun si dia ada mengalami masalah yang sama. Kesudahannya, si dia touching dengan aku lantas off facebook dan meninggalkan status yang agak meragut jiwaku ;P

Aku tak boleh tidur semalam. Aku mintak tolong kat orang untuk contact dia, takde siapa yang sudi. Hm.. Thanks Maxis, kau memang hebat. Oh ya Maxis..kalau ya pun kau nak upgrade maintenence kau tu, buat lah jam 4am ke.. Aku rasa ramai orang dah tidur masa tu. Tiba-tiba aku rasa macam nak tukar Streamyx dan guna Celcom pula. Jom kawan-kawan?

* Touching selama 3 bulan
Sekian

Komen sikit: Evolusi KL Drift 2

25 Mac 2010. Nak tahu ada apa hari tu? Huhu hari tu cerita Evolusi KL Drift 2 ditayangkan dohh.. Aku ni bukanlah pengikut tegar cerita-cerita keluaran Skop Production ni dan aku tak pernah tengok pun Evolusi KL Drift 1 punya. Aku excited gila nak tengok cerita ni pun sebab kakak angkat aku berlakon. Siapa lagi kalau bukan Scha Alyahya!! ;D Si dia pun excited nak tengok sebab abang dia Sam Shaheizy berlakon gak ;P

So, secara keseluruhannya, aku bagi 3 bintang untuk cerita ni. Boleh layan jugak lah.. Banyak adegan-adegan drift yang dipaparkan. Kononnya gangster Malaysia sekarang ni dah maju gila la sampai tahap boleh drift2 dengan polis gitu. Huhu.. Aku malas nak berleter panjang-panjang so aku ringkaskan setiap watak dalam cerita tu diikuti komentar-komentar aku yang membina :

Syamsul Yusof ( Zack Ikmal) : Pergh nama nak hot saje.. Aku tak minat sangat mamat ni sebab bagi aku dia agak poyo sebab dia anak Yusof Haslam (hanya pendapat aku je). Dia hero dalam cerita ni dan dia kononnya macam drifter yang paling handal abad ni. Dulunya dia drifter haram, tapi setelah mendapat moral support daripada rakan beliau, Syam ( Farid Kamil) dia mula berlumba dalam litar dan jadi champion untuk setiap drift challenge.

Scha Alyahya ( Aleya) : Kenapa letak nama watak Scha sebagai Aleya? Lain kali letak la nama Anis ;P Ok stop merepek. Dalam cerita ni, Scha melakonkan watak sebagai awek drift. Cayalah kak! Aku minat gila kat Scha ni sebab perangai dia yang tomboy walaupun memiliki wajah yang comel macam aku ni ;) Lakonan dia memang ada jiwa dan aku turut tumpang sedih masa dia hampir-hampir nak mati sebab kena tembak tu. Tapi yang potong stimnye, sebelum nak mati tu boleh pulak lah kakak aku ni nak ucap “ Aku sayang kau Zack. Aku buat semua ni sebab kau” Ler.. Pada aku, scene tu agak kebudak-budakan dan hanya relevan dalam novel sahaja.

Farid Kamil (Syam) : Abang Farid, watak anda dalam cerita ni memang loser doh! Aku rasa macam nak lempang je dengan Syam tu. Touching tak pasal-pasal. ( To aishah: weh watak dia yang tacing ni kan, sebijik macam mamat fail jpj test tu ;P ) Hm.. si Syam ni touching tak pasal-pasal sebab kononnya orang pandang rendah pada dia sebab dia cacat.

Sam Shaheizy (Ery) : Aku memang salute lakonan Abang Sam ni. Dia memang versatile. Dalam cerita ni dia berlakon watak taiko yang ganas gila. Di dan Joe (Aaron Aziz) banyak link dengan taiko cina dalam hal ehwal kongsi gelap. So style cakap dia pun macam ada slang cina. Lagi gempak, dia cakap cina! Huhu.. gempak-gempak.

Aaron Aziz (Joe) : Mafia paling comel yang aku pernah tengok. Adui..cair mak tengok dia tau. Apa yang boleh pengarah lakukan supaya beliau nampak ganas adalah dengan menampal tattoo banyak-banyak. Huhu.. but still, Joe masih comel and I tak tatot pun bila tengok dia tembak orang ;) Oh lagi satu.. Joe ni pun macam Ery jugak. Ada dialog bahasa cina dan bila dia cuba cakap BM dalam slang cina,memang tak menjadi sangat macam Sam ;)


Itu sahaja tentang pelakon dan mutu lakonan mereka. Seterusnya, aku nak komen sedikit tentang jalan cerita. Ok, secara keseluruhan, cerita ni macam lebih kepada nak memaparkan aksi drift daripada konflik dalam cerita ni. Yang tu semua aku tak kisah sebab pada aku, aksi-aksi drift yang dorang buat memang mantop gila dan AKU SUKA BILA SCHA BUAT DRIFT WALAUPUN HAKIKATNYA BUKAN DIA YANG BUAT! Tapi kan, tapikan.. ada satu part ni buatkan satu panggung ketawa ;))

Part tersebut ialah.. Zack jadi buruan polis dan Aleya cuba untuk selamatkan Zack. Tapi rupa-rupanya Aleya komplot dengan polis. Zack pun apa lagi.. mengamuk sakan lah. Dicaci makinya Aleya. Tiba-tiba.. Aleya buat pengakuan sambil nangis-nangis “ Aku buat semua ni untuk kau Zack. Sejak kali pertama aku kenal ko, aku dah jatuh hati kat ko Zack” Zack terkedu dan terus jadi mat jiwang “ Maafkan aku Aleya,aku tak bermaksud nak sakitkkan hati kau. Aku pun sayangkan ko” Adoi..scene yang amat kebudak-budakan. Betullah kata Abang Adnan, “ Wa ni muka je ganas tapi dalam hati ada taman” ;))

Ok,jari aku dah penat menaip. So..sokonglah movie anak watan kita. Ahaks POYO! Da~~

Thursday, March 25, 2010

Tips Memandu

Untuk post kali ini, aku dengan berbesar hatinya ingin berkongsi sedikit tips-tips pemanduan untuk pembaca-pembaca semua .. Memandangkan aku ni pun baru sebulan jagung dalam arena pemanduan ni, maka tips yang aku akan berikan sebentar lagi mungkin agak syok sendiri dan mengarut sedikit .


• Pertama: Sebelum menaiki kereta, bacalah apa-apa doa untuk membantu perjalanan korang supaya selamat pergi dan balik.

• Kedua: Hidupkan enjin kereta anda dengan cermat dan jangan tergopoh-gapah. Untuk mereka yang memandu kereta auto seperti saya, pastikan meter minyak naik terlebih dahulu sebelum anda start enjin kereta anda.
(Bapa aku yang suruh aku buat macam tu. Aku sendiri tak pasti sebab apa. Tapi..ikut jelah.)

• Ketiga : Perhatikan meter minyak. Adakah minyak mencukupi untuk anda buka aircond? Kalau anda rasa macam tak cukup je, silalah ke stesen minyak berdekatan dan jangan gatal-gatal guna aircond ye..

• Keempat : Sekiranya minyak mencukupi, sila abaikan tips ketiga tadi. Kalau aku, aku akan switch on radio terlebih dahulu diikuti dengan aircond. Biarkan aircond menyamankan kenderaan anda selama 3 minit.

• Kelima : Masuk gear R (reverse) dan pastikan keadaan selamat sebelum mengundurkan kenderaan anda. Undurkan kenderaan anda dengan penuh yakin.

• Keenam : Tentukan ke manakah destinasi anda. Bagi saya, saya akan rancang perjalanan saya sebaik-baiknya. Saya akan cuba mengelak untuk melalui jalan yang sesak dengan kereta. Maklumlah,aku ni penakut juga sebenarnya.

• Ketujuh : Sekiranya anda melalui jalan yang banyak kereta, sama ada mahu atau tidak, anda terpaksa bersabar dengan karenah segelintir pengguna jalan raya yang gemar membuli pemandu P seperti kita ni. Berikan signal sekiranya anda ingin menukar lorong. Jangan sekali-kali gopoh dan gunakan cermin sisi semaksimumnya.

• Kelapan : Sekiranya anda melalui lebuh raya, saya galakkan anda menggunakan lorong tengah. “Kenapa Anis? Bukankah lebih selamat sekiranya kita menggunakan lorong kiri sekiranya kita memandu perlahan?” Ok, kalau anda berpendapat sebegitu, ini ialah penjelasan saya. Lorong kiri ialah lorong untuk kenderaan berat seperti lori dan bas. Korang ingat, driver bas dan lori ni drive slow macam labi-labi ke? Mintak simpang la weh! Ada sesetengah mereka drive laju gila! Dan mereka akan bertambah ‘high’ apabila ternampak kereta P melalui lorong kiri. Selagi boleh dorang akan follow kita rapat gila and bermulalah adengan cubaan memotong yang marabahaya. Seram weh ;O

• Kesembilan : Aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Cuma nasihat aku, nak drive ni memerlukan keberanian. Jangan sekali-kali jadi pemandu yang kurang ajar di jalan raya. Cukuplah hanya ada segelintir sahaja yang berperangai begitu dan anda janganlah cuba untuk menambah bilangan golongan-golongan begitu ok?


Sekian untuk post kali ini. Selamat memandu! 

Thursday, March 11, 2010

Victory!

syukur alhamdulillah.aku bersyukur sangat2. result spm09 aku ; 3A+,3A,3A-
huhu..complete! aku pun x sangka aku boleh dapat result yg amat flying colour bagi aku. ni lah hadiah untuk kedua orang tua ku..
oh, di sini juga aku nak share dgn korang, korg selalu dgr orang kate, sesape yg syok sgt bercinta, result exam dorg x kan ke mana kan? oleh itu, dengan ini aku menegaskan bahawa, semua itu mitos semata2! aku dah buktikan yg org yg bercinta pun boleh berjaya.huhu..aku dah berjaya mengunci mulut mak dan makcik aku yg asik membebel," kau ni along, asik2 berkepit dgn fadzli tu. exam dah dekat dah ni. bila kau nak belajar ha? kalau macam ni lah perangai kau, jangan harap lah boleh dapat 9a" n now..tada!! mama kite da berjaya!!
hm.. pape pun, ni baru permulaan utk aku tentukan hala tuju hidup aku. aku nak jadi dentist. aku harap aku berjaya capai cita2 aku.
aku ingin mengucapkan syukur kepada ALLAH,kerana telah memberi kputusan spm yg amat2 tidak aku jangka kan. akhirnya, usaha aku berbaloi. second, my family yg x sudah2 membebel kat aku, suruh aku belajar, my parents yg sanggup berpanas berhujan semata2 kerana ingin membiayai yuran tuisyen aku.seterusya, rakan2 yg amat baik dan amat membantu aku semasa di smkpi dulu ; aishah n kamilah. guru2, yg ade sesetengahnya aku x suka kerana terlalu strict menanda paper bm aku ;P
eh sorry lah klu post aku ni lebih kepada ucapan2 penghargaan.huhu.. itu sahaja dari aku. terima kasih pada korang semua. i oive u so much!

Sunday, March 07, 2010

heyy!

hari ahad yg agak menggembirakan bagi aku. dpt spend time wif my fmly ;D
pg2, dlm kul 9, aku da bgn. mandi, siap2 ape sume, then aku drive bwk my fmly g sarapan kat kari kepala ikan kg pandan kat kampung pandan ;P
mkn2,bla3, mengarut2 gn adik aku selama 30 minit, then blah g tesco plak. my parent bz pilih barang2 utk meniaga esok. aku gn adik aku plak, folow kat blkg sambil bertepuk tampar cam kanak2 x cukup bulan.tbe2 terdengar plak lagu lady gaga, poker face gn paparazi. tbe2 aku tingat plak cte imaginasi melampau awul kat blog die. aku gtau adik aku yg lady gaga pandai nyanyi lgu 'apa khabar org kampung'. aku dan adik aku gelak terbahak2 sambil dperhatikan oleh org sekeliling ;)
selepas lbh kurang 30 minit juge kat dlm tesco ( menghabiskan masa dgn membelek2 kusyen, cium2 lilin, ushar2 donat) kami pun pegi lah ke kaunter. mase kat kaunter, tbe2 kedengaran lah lagu korea yg amat aku minati, GEE! haha! rase mcm nak menari je time tu lg2 mase snsd sbot, gee,gee,gee,gee,gee~. ahaks!
ok, then kuar dr tesco. adik aku bli sliper crocs. hage rm25.huhu.. tp die pilih wane purple. huh.. xde taste lgsg die tu! aku baru ingat nak pinjam ;P
pastu plak, g carefour ampang. saje2 nak g sane. ntah mimpi ape agaknya bpk aku ni tbe nak g c2. sampai kat care4, aku nmpk kereta Alza kat entrance door die. kt cemin die ade pamplet harge2 kereta yg dorg jual. pergh.. mleleh air liur aku ble nmpk tlasn 'myvi'. i wish i can hv it.hm.. ;( mak aku kate, tggu lah aku da keje nanti.. ;P
kat care4, aku la yg mule2 menakik dwet makcik aku. huhu.. aku bli keronsang bentuk kek,biskut,donut,aiskrim, bla3.. aku bli 6 bijik. so hage rm10. comel tau.. rase mcm nak geget2 je keronsang tu.

pastu naik ke tingkat ats pule, sampai je ke tingkat atas, tbe2 ade orang ni rush kat my dad, die nak my dad bukak akaun simpanan premium bsn ( alah, yg korang slalu dgr dlm iklan power root tongkat ali tu). org tu kate, byk kelebihan klu jd ahli.dpt diskaun hotel; penerbangan ke mane2 saje yg kami suke;umrah. x lupe juga insurans nyawa sebanyak rm53k. n yg paling membuatkan aku teruja giler ialah tiap2 bulan akan diadakan cabutan bertuah oleh bsn n adiah utamanya ialah BMW!!!! wau!!! aku mmg berangan nak ada kete sndr nih. mane lah tau kn, pas daftar jd ahli ni, tbe2 ade rezeki n mng kete tu. wau.. ley jual kete bmw tu n aku leh la bli myvi ( apahal aku ni??) huhu..bes2. dgn hanye serendah rm10 investment dlm akaun bsn, ley dpt satu pluang utk cabutan bertuah. i like! akhirnye, my mum pun bersetuju ytk daftar dgn bayaran sbyk rm299. huhu.. tp kan, abg yg consult kitorang ni ensem tau2. baik plak tu. siap bg diskaun lg. drpd kene bayar rm299, die cume suh bayar rm284 je. huhu.. mgkn die tergoda gn wajah aku yg inesen ni kot. ahaks!!
pas da settle hal2 tu,shopping plak kat dlm care4. ayah aku bli minyak masak 6 peket je. bayar, n ready nak balik. mase otw nak turun tu, tbe2 adik aku ternampak beberapa patung binatang yg ley bergerak. dia excited gile nak naik. haisy.. mak aku gn aku pun dgn berat hatinya menunggu dia menunggang mende alah tu. malu dohh!! orang yg tgk dia sume gelak. adik aku muka selamba jek.huk2..dlm 3 minit gak lah dia naik mende tu



huhu. datz all bout today ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...