Friday, June 25, 2010

Can You Give Me Sudan IV?

Sebulan menjadi pelajar universiti: program Asasi Sains memang tak seronok. Semua benda nak kena catch up. Ok im not going to talk about my study here. Gonna stressed me even more.. Aku nak cerita perjalanan pulang dari PA ke PI (Pandan Indah) yang berlangsung dengan malangnya pada hari ini :'(

Pada pukul 10.30pagi makmal Biology aku tamat. Experiment yang agak annoying pada hari ni. Jangan tanya aku kenapa. Kalaulah aku ikutkan emosi aku yang tak stabil sekarang ni,nak je aku lumur2 Sudan IV yang carcinogenic tu kat tangan aku. Tangan pun cukup,takyah satu badan. Carcinogenic tu ape? Sila Google. Terima kasih :)

Masa perjalanan pulang,aku diberi mandat untuk drive sampai rumah. Bangga tau..Budak Asasi kan tak boleh drive dalam kampus. Tapi hari ni aku berjaya jugak drive dalam kampus walaupun sekelumit cuma *tak payah nak kecoh Anis,tak ada siapa kisah pun ;p*

Back to main story. Perjalanan dari sana nak ke Pandan Indah dalam sejam jugaklah. Ikut Shah Alam. Jalan agak busy. So agak menyeramkan bagi seorang perempuan berlesen yang jarang memandu lepas tu tiba2 nak drive last2 cuak gila bila lalu hiway =.=!"

Everything went smoothly until i reach Bukit Bintang. Kat simpang 4 Pudu Jail tu tahu2 lah kan,jalan memang jammed tahap cimpanzi laut. Sementara tengah menunggu giliran kereta aku *kereta bapak aku actually* bergerak,tiba2 aku perasan ade asap berkepul2 keluar dari enjin. Aku dah cuak. Dahlah aku drive,takkan aku drive ganas sangat kot sampai berasap2 enjin? "Abah,kenapa berasap2 enjin tu?" My parents pun perasan jugak apa yang berlaku. Buka tingkap,bau hangit. Err macam tunggu masa nak meletup je kereta tu. Cuaknya.. Allah SWT sahaja yang tahu. Dengan perasaan meggelabah yang membuak2,aku tiba2 dapat kekuatan untuk mencilok di celah2 kesesakan lalu lintas tu :D *aku patut bangga ke tak ni?*

Lepas sampai kat safe spot ni,kami 4 beranak cepat2 cabut keluar. Aku dah tak berani nak drive. So my dad take over. Dia drive sampai Desa Pandan. Serius menakutkan naik kereta masa tu. Macam bunyik nak roboh je. Sampai kat traffic light,lampu merah. Peh memang terbaik lah. Enjin mati dan2 tu jugak. Hua kenapa malang sangat hari ni? Luckily,seberang jalan tempat kereta kami rosak tu ada workshop. So tak adalah jauh sangat kena tolak kereta. Oh btw,aku tak terlibat pun dalam aktiviti penolakan kereta ni. Bapak aku dengan mekanik workshop tu yang tolak. Gila ke aku nak tolak? Jatuhlah saham wa beb. Dahlah tadi pakai baju kurung berlabuci bagai tengah hari buta =.=!"

Hm..cukuplah cerita sedih untuk hari ni. Eh ada cerita gembira jugak. Aku dah dapat kad matriks! Macam biasa,muka boyan. Sekian bye2!

Tuesday, June 22, 2010

Yeah Tadi Sape Ntah Menjerit

Orait..post di tengah2 malam buta. Tak boleh tidur. Alkisahnya,dalam pukul 10 malam++ aku tengah study bersama2 roommate kesayangan. Suddenly, we heard a terror screaming voice right in front of our room. Okeh,biar aku explain. Suara tu kedengaran dari blok R1. Aku punya rumah kat R2 dan bilik aku bertentangan je dengan R1. Roomate aku apa lagi,mula cuak. Aku pulak control macho lagi. Ceh padahal rasa macam nak cabut balik Pandan Indah je ni T__T


Kami yang asalnya buka tingkap,terus tutup tingkap sebab takut. Err..apa function tutup tingkap ye? Taknak bagi charlie masuk kot? Haha.. oleh kerana view bilik kami yang amatlah terbaik dari ladang,kitorang pun ushar la apa2 yang berlaku. Ada la dalam 10 helai budak2 R1 yang keluar dari sarang masing2. Uih takut sangat ke? Creepy~~ Lepas tu kan,lepas tu kan,kereta pak guard datang. Huaaa..best siot drama! Live lagi tahuu

Tiba2 perut aku mula memulas2 minta isi dibuang *perlu ke bagitau anis?* Tapi..aku takutlah. Haisy..dahlah baju pun tak habis basuh lagi ni. Hmm..tapi sebab dah tak boleh tahan,aku pun keluarlah. Fuhh nasib baik semua housemate aku buka pintu bilik. Ala semua takut kan2? Aku tahulah ;D

Masa kat toilet,aku basuh baju dulu. Sambil2 perah baju tu,aku terdengar budak2 rumah sebelah bersembang. Diorang jerit,konon macam nak bagi satu R2 dengarlah kott : "semua tutup pintu!!" Aku dalam toilet dah macam.. WTH?! Aku tengah basuh baju dohh!! Apa patut aku buat ni?!

So aku pun dengan gopohnya report kat roommate aku. Dia dah cuak gila. Huhu.. sian Ain sampai terpaksa menumpang kat bilik C gara2 aku yang menggelabah ni O_O

Lepas selesai basuh baju,aku cadangkan kat roommate aku,setip malam Jumaat,kitorang nak baca surah Yassin. Minta dijauhkan daripada benda2 macam tu :) Oleh kerana malam ni kami masing2 datang planet, so roommate aku pasang mp3 surah Yassin. Barulah kurang perasaan takut tu. Dapatlah sambung belajar dengan tenang.

Lepas dah habis study, aku on FB. Bukak wall asasi tu. Ada cerita pasal R1. According to seorang hamba Allah yang study di PA ni, suara budak menjerit tu datang dari budak yang baru balik dari Raffle. Dia kena.. RABA OLEH ORANG PAKISTAN! Omaigodd!!

So rakan2 semua, terutama perempuan yang berpakaian seksi dan baru balik dating atau sewaktu dengannya,jagalah diri tu baik2 ye. Jangan jalan sorang2 dan jangan balik lewat malam. Erk..asal dah macam pesanan makcik2 je ni? Ok cukuplah cerita pelik malam ni. Nak tidur.. Esok ada lab Chemistry. Untuk group 1,aku benci korang! Jealouss!!

Sunday, June 13, 2010

Senyum Sampai Telinga

3.00 pm: He didnt reply my text. So..fell asleep
3.30 pm: Received a call from him "Dear,can u please pass my helmet to my friend,Fahmi?" .Aku bebel dalam hati. 'Fahmi?Sapo pulak ni?' "Ok" Without any doubt,*dengan penuh innocent+mata betempek taik mata sebab baru bangun tidur. I went down to search for Fahmi ;p
3.35 pm: I text him, "Where?"

Suddenly: Tada!!
 "Eh asal tiba2 muncul ni? Wa tidur lagi ke??"

Dengan muka tak ada pasaan,"Eh bila sampai?Sampai hati tipu fill in the blank" Merajuk. Konon mintak pujuk la tu.Mwehehe gedik.

"Tak suka ke?"

"Eh suka2" Aku senyap seribu bahasa. Tergamam beb. Surprise tak diduga. Macam surprise masa mula2 dia mintak couple dulu. Time tu pun aku baru bangun tidur jugak.


Hehe tapi kenapa awak jumpa kita lambat? Saya dah nak balik PA dah tahu :( So kami pun ambillah masa 30 minit yang begitu mencemburui kebahagiaan kami tu untuk bersembang2. Aku pun control ayu *hahah.muka baru bangun tidur. Natural beauty katekan ;p*


Tiba masa untuk kami berpisah kejap. Kejap je tau. Sabtu ni jumpa balik. Nak tuntut my McD. Sebelum pergi,kami commolot dulu *hep anis!tampo kang!* Hm..i really miss u honey. Sorry tadi kite jual mahal tak nak peluk awak. Macam biasa,tempat tak privacy *again..tampo anis.Pang!*



Awak yang comel, fill in the blank yang hencem :B

Saturday, June 12, 2010

Omaigod!!


Omaigod!I got the appeal for JPA scholarship! Hello New Zealand! Hoyeahh..dapat gak la wa merasa pakai baju sejuk yang berambu ramba kat leher tu. Bye2 Puncak Alam,hello intec Shah Alam! *sila percaya.anis menipu*

*gosok2 mata* Eh baru lepas mengigau rupanya. Oh indahnya mimpi hamba. Dapat pergi overseas lepas tu boleh capub kat FB gambar kat airport sambil tolak troli,gambar pakai baju sojuk,gambar main salji..Bla33 *silakan bermimpi anis*

Dadadada~~ Ni post buang tebiat namanya. Dah tak tahu nak update apa lagi. Haisy.. Dulu aku ada bagitahu kan,aku tak mengharap sangat JPA scholars tu kan2? Yaaa..aku memang tak mengharap pun.Tapi asal aku meroyan ni? Haha wa jeles siot kat makhluk Tuhan yang dapat pergi France tu. Kecoh satu dunia *hiperbola* pasal preparation dia nak pergi France and whatsoeveradaakukesahke la..

Eh its ok.Aku tak kisah la.Rezeki masing2.Aku tahu ada hikmah aku tak dapat JPA scholars ni. Competition tinggi kott..Ramai lagi yang lebih hebat dan lebih berhak dapat daripada aku yang cuma ada ilmu yang sekecil hama ni dan penggunaan English aku amatlah ciput macam budak tadika *budak tadika lagi hebat speaking daripada aku kot*

Haisy..rezeki aku kat UiTM Puncak Alam je. Lantak la orang nak kata UiTM tak berkualiti ke,hape ke..Tapi,UiTM Di Hatiku. Haha asal semangat bona ni? For those yang kata UiTM tak berkualiti tu,sila gam mulut kau yang muncunghitamsebabsmokingpastucium2pompuansanasinihaktuih tu.

Memang UiTM banyak kampus,tapi each kampus ada fakulti2 dia sendiri. Tak semua fakulti ada dalam satu kampus.Ada paham? Lagi satu,untuk anak2 Melayu yang konon bajet bagus gila padahal takde la bagus mana,setakat result 5,6 A lepas tu bajet gila nak kutuk UiTM,pergi lah masuk kolej kalau kau kaya sangat *uii emo sial*

*mengucap anis,mengucap* Pheww.. haha semangat assabiah UiTM dah melampau ni. Haha..well aku dulu pun tak minat sangat nak masuk UiTM ni *haha BOOO!!* Last2,apa yang aku tak minat,tu la yang aku dapat. Ada hikmah okay?? Aku harap semua budak2 asasi yang masuk UiTM Puncak Alam ni semua berkualiti dan mampu menaikkan martabat UiTM semula. Aku paham kampus terlalu banyak so cita2 untuk jadi kampus terbaik Malaya memang susahlah nak dikecapi. Tambah2 lagi,senior2 Puncak Alam semua bajet tak puas hati dengan asasians ni. Waddeff laa

Hoi2 aku bukan nak hentam seniors yang tegur budak2 asasi ni. Tapi yang wa tak puas hati,kalau nak tegur,tegur la depan2. Toksah nak heboh2 nak bagitahu kat group FB UiTM Puncak Alam tentang perangai budak2 asasi yang kadang2 melampau ni.Kau ingat budak2 PA jeke yang baca? Kau tak tahu ke UiTM Puncak Alam tu famous? *hahahha*

Sebelum aku merepek lebih jauh,lebih baik aku dating dengan pakcik Campbell dengan Giancoli. *tamak siot* Bye2

Friday, June 11, 2010

Rindu+Suka+Tension

Rindu:

*Sampai hati awak tak balik minggu ni. Awak dah janji nak balik 12 Jun ni. Saya dah set alarm kat phone tau untuk countdown hari awak balik sini jumpa saya. Saya rindu gila kat awak. Tiap2 malam saya tatap gambar kita tahu? Sampai hati awak.

*Lepas tu, 2 malam lepas saya sampai jatuh toilet tahu nak tunggu call awak tiap2 malam. Tapi malam tu awak tak ada pun call saya. Kaki saya terseliuh. Sakit tahu. Kat siapa saya nak mengadu kalau bukan awak?

p/s: mood gedik. Sila ignore ;p

Suka:

*Actually it is not really hard to find a new buddies. Thanks a lot to AMIRA SYAFIQAH @ MIMI ;p. Syukur sangat2 sebab kebetulan kami sama group. Grouping kat PA tu based on initial alphabet of ur name. Serious lawak siot. Aku group A4. Kau tahu? Kat dalam group tu,ada 14 ANIS!! So my groupmates call me SHU *yea akhirnya nama kedua aku berguna!* But i still need time to get used with my new nick. Macam pelik gila bila orang panggil aku SHU. Mira pulak panggil aku NINIS. Apakah? Erk? O_O

*Jadual,aku paling benci hari Isnin. Pack gila siot.. Tapi aku suka hari Jumaat. Ada lab dari pukul 8.30 am sampai 10.30 am JERR. Boleh balik rumah awal. Best2!

*Lecture. The best part. Ni la tempat tidur kedua aku kat PA tu. Best doh.. Aku lalok baek punya kat kuliah. Dalam minggu ni,ada la dalam berkali-kali aku membuta. Lepas tu kat tutorial,mulalah terpinga-pinga tak tahu apa2. Padan muka ;p

*Rakan-rakan:







Tension:

*Lepas seminggu wa bertapa kat puncak ni,wa dah mengikuti kelas Chem,Bio,Phy dan Math. Lu tau? Suck wehh.. Tapi seSUCK2 study life wa yang menggila kat sana,wa takda lah sampai quit beb *takde kene mengene dengan yang dah quit di dunia realiti atau tak. Carik pasal jap ;p* Hak2 seperti yang lu olz tau,wa ni asal sekolah ulu je beb. Lu tau ke SMK Pandan Indah tu kat mana? Ala..sekolah yang pernah capub dalam cerita 'Akukah Tanggang?' dengan 'Diari Ramadhan Rafique' tu. What? Tak kenal lagi? Oh takpe2..sekolah ulu katakan.

*Macam yang lu olz tahu,majoriti yang masuk asasi ni mostly MRSM,SBP,SMS. Wa ni apalah sangat. Ilmu tak cukup tinggi. Tapi nasib baik wa masih diberi peluang untuk menuntut ilmu kat Puncak Alam yang lagi ulu dari sekolah wa dulu.

*Wa tak pernah stay boarding sebelum ni. So lu paham2 la pasaan wa kat sana. Kena struggle carik kawan2 baru *xde kene mengene*

*Wa nak kutuk lecturer jap ;p Weh lecturer memang ajar laju gilaa eh? Tak boleh jadi ni. Wa punye memory dah la lembab gilaa nak pickup info2 baru ni. Lagi2 lepas 5 bulan otak wa tak berfungsi ;p Masuk tutorial,adakah tutor membantu wa untuk lagi paham apa yang lecturer ajar? Wa rasa untuk Phy,tak membantu kottt *anis,kau terlalu open* Huaaaa..nasib baik wa nak jadi dentist. So Phy wa tolak tepi. *ade riak2 sombong+mengglabah+mintak kaki di situ anis =.="*

*Buku-buku tercinta. Wa sayang siot kat pakcik GIANCOLI *sebut betul2,giankolai tau* dan pakcik sup CAMPBELL. Mana pakcik2 semua dapat idea nak buat buku 'senipis kulit bawang' tu pakcik? I LAP U lah!






Okeh tu saja.

p/s: Mengglabah sikit guna wa-lu. Wa kat sana ensem tau. Sebab wa da makin gemok. Body figure wa yang macam model dulu dah jadi macam guni nangka ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...