Wednesday, July 21, 2010

Cara Tukar Background Blog

Sila tekan ctrl+c untuk copy code di bawah. TQ :)
Nak tukar background blog untuk nampak comel macam blog aku ni? Gila perasan. Sudah2! Ini caranya. Mula2:

Dashboard > Design > Add A Gadget > Add HTML/Javascript
Lepas tu tepek ini code:
<script type="text/javascript">
var background= new Array()
background="
Masukkan URL background di sini"
document.write("<style>");
document.write("body {");
document.write(' background:url("' + background + '") repeat top center;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>
Yay siap! Nah seposen :B

Credit: HudHud


Monday, July 19, 2010

Tofu Telur Ala Cina

Hihi.. cuti seminggu ni patut diluangkan dengan cara paling berhemah. So ayuh kita try masak masakan paling simple. Untuk si pemalas macam aku ni, mestilah nak try masak benda simple kan. Takkan lah aku nak buat Rendang Tok. Tunggu Alfi dengan Fizi bagi cucu kat aku dululah ya :')

Tofu atau tauhu * ada beza dua2 ni. Tauhu kasar. Tofu pulak lagi lembut macam aku. Buek2 * Aku adalah peminat setia tauhu dan tofu ni tahu? * keliru tak baca ayat aku? Marilah tongue twister!* Bukan sahaja tak menggemukkan dan murah, tapi juga kalau diamalkan semasa pregnant, probability untuk aku dapat bayi yang sehalus dan selembut tofu adalah tinggi. Haha nak jugak!





Tauhu feveret. Kalau masak sambal. Memang sangat sedap.
Pinggan aku tak payah cuci dengan sabun lagi dah.


Google tofu telur, keluar ni daa.. Kecoq ayolioq aku. Sedapnyerrr..
Tapi ni bukan resepi Tofu Telur Ala Cina yee :)

Jadi tanpa berlengah masa, ayuh kita kongsi resepi Tofu Telur Ala Cina yang resepinya telah aku curik kat mana entah O_O :


Bahan-bahan :

3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih (diketuk)
½ inci halia (diketuk)
1 sudukecil serbuk lada putih/lada sulah
1 ½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)
Garam secukup rasa

Cara nak masak :

1. Tofu telur dipotong silinder. Bagi lebih mudah, potong dua dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 6 bahagian.
2. Goreng dulu tofu secara tenggelam (deep-fry). Apabila tofu tidak lagi melekat dan berwarna keperangan, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak atas api yang sederhana, tumis bawang putih dan halia.

5. Masukkan sos tiram dan kacau.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan dengan segera masukkan garam, lada sulah secukup rasa.

7. Kacau kuah supaya tidak menjadi terlalu pekat.

8. Tuangkan kuah keatas tofu yang telah digoreng tadi (Tofu terlebih dahulu disusun
dalam pinggan).


Thursday, July 15, 2010

Saya Telah Menyahut Cabaran Jantung Sihat Quacker Oat

Title merapu lagi. Eh bukan2, aku tak makan pun Quacker Oat tu. Aku orang Melayu, so aku makan nasik. Hehe.. ni ha.. aku telah sahut cabaran MIA untuk buat satu kuiz ni : How Addicted to Blogging Are You. Dan keputusannya, jeng3~~ 4.00 doh!! Sila tepuk tangan. Boleh jadi dentist lepas ni. Hihi.. stop merepek. Ni ha.. tatap lerrr..


Haha okay2, i addicted 60% je.. Maklumlah, follower ciput je kan.. Story pun tak banyak sangat nak story sama u olzz.. Haha sila lempang aku laju2 sebab buat statement tacing tadi. Buek2~

Actually aku macam ada benda nak tulis malam ni. Tapi simpan dululah. Nak kumpul idea banyak2,nanti barulah post aku panjang berjela kan. Nanti barulah korang boring baca lepas tu stop separuh jalan je baca KAN.. Hehe ;)) Dah2, roommate I demam ni. Nak tolong sapu Emmeltz Yoko2 kat dahi die jap O_O

Sudahlah Anis! Tak payah tunjuk caring kat sini. Pergi study!

Nak Anak, Tapi Taknak Dewasa. Boleh?

Huhu ini title buang tabiat namanya. Haha.. baru lepas baca satu blog ni. Wa jealous tahu. Umur 24 tahun dah ada anak sendiri. Aihh.. ni yang tiba2 aku pun nak satu ni. Sayang, nak anak please!!
*Weh2 bawak mengucap la pompuan. Haisyy tak tahu malu betul =__=*

Err.. err boleh tak kalau aku cerita pasal kisah hidup orang? Hehe halal lah ya? I bukan nak kutuk you pun. I nak puji2 you ni. I jealous tahu sebab you dapat husband doctor and dapat kerja kat Australia. *Ok, sangat obvious aku stalk gila2 setiap entry dia. Ya, aku hebat dalam bab stalking ni* Bila husband you kerja, you duduk rumah blogging. Cerita pasal life you, pasal anak you yang makin membesar dan comel macam I ni. I jelaous tahu? Entah kenapa I tiba2 nak suruh pakwe i belajar pandai2 and jadi doctor lepas tu sara hidup I. Lepas tu I bolehlah I jadi macam you. Husband pergi kerja, I pulak duduk rumah blogging lepas tu jaga anak. Sweet~~ *Anis masuk air malam ni*

Haha aku buat post ni bukan apa.. Saja je nak hilangkan tensi. Tadi masa lecture Bio, boleh pula my prettylicious lecturer discuss pasal jawapan test hari tu. Aku yang pada mulanya cukup confident dengan setiap jawapan yang telah aku tulis, tiba2 jadi semacam down to earth pulak bila dengar the actual answer. Pada saat tu, aku dah macam " Weh pinjam earphone weh. Nak dengar MP3" Ok, aku tak ada MP3. Amat sedih. So tadah jelah telinga dengar jawapan2 skema yang sepatutnya aku tulis sebagai jawapan di paper Biology aku. What the fish man.. Dah salah 4 soalan man.. Macam mana nak jdi dentist ni man.. ;((

Urgggghhh nak BALI! Eh typo. Nak balik! Okay, lepas ni i belajar rajin2. First test ni memang aku buat main2. Saja nak tengok macam mana keadaan examination di UiTM ni. *Saja nak buat alasan kan.. Tak payahlah* So far, exam hall yang amat kondusif untuk tidur. Sama juga macam lecture hall dia. Hehe..

Okay, better off now. Dari tadi online je kerja. Study entah bila lah. Ehh..cuti kan nak dekat. Buat apa nak belajar. Tak remajalah weh. *Ah kau, cuti atau tak pun kau tetap pemalas Anis ;p*



Anis comel kan bila bertudung. Hehe, sayang tunjuk kat your mum tau. Biar sejuk mata dia tengok kite ni yang suci ni. Heheh x)


Comel kan baby ni? Ni la anak idaman I. *Kalu mak budak ni baca, tak pasal2 je +_+*

Sunday, July 11, 2010

Hari Minggu Di Puncak


Hari ni hari Ahad dan untuk pertama kalinya, aku berjauhan dengan family aku more than 1 week. Sila tepuk tangan okay. Anis dah maju okay, Anis dah boleh kahwin okay :D Pada hari Ahad yang indah ni, tak ada sebarang aktiviti yang menarik pun. Semalam tidur pukul 11 pm ditemani buku Chemistry di sisi. Bajet macam nak tidur sekejap je lepas tu nak study. Tapi terlajak tidur da.. Tahu2 je, dah Subuh and my roomate baik hati kejutkan i. Hehe.. lepas solat Subuh 'gajah' *ha..kantoi Anis solat Subuh pukul 7 ;p* aku membuta balik. Tapi kali ni buku Chemistry di sisi dah tercampak kat meja study. Heheh..


Sudddenly, pukul 10 pagi perut I meragam. Pergilah toilet dengan gopohnya. Lepas selesai urusan, message kejap dengan pakwe kiterr.. Dia pergi Sunway Lagoon. Jealous :'( Tapi boleh pulak dia kata Sunway Lagoon tak best. Hey Sunway Lagoon is the best place to make 'dosa kering'. Kat sana bersepah gila perempuan Melayu tak sedar diri nak pakai bikini. Huh kalau badan cun macam AKU tak apalah jugak. I pun suka tengok. Muahaha.. tapi ni perut penuh dengan selulit, buncit, pusat berkudis, peha hitam berdaki EWWWW.. Kau nak tayang apa weh?? Hmm back to main story. Aku kalau bab nak mengutuk orang memang over sikit. Ngee~~ ;p


Masa tengah syok message2 dier, aku terlelap balik. Haihh.. mentang2 kat sini tak ada siapa nak bising suruh bangun awal kan.. A few minutes lepas I terlelap, tiba2 i received a call from unknown number. Haihh.. siapa pulok ni. I pun jawap lah. LELAKI tau. Aww terus I terjaga. Tapii.. arghhh malu siottt.. It's my dad!! Hua pandai bapak I kenekan I. Sama nakal macam anak dia jugak. Haisyyy.. aku boleh dengar suara Mama gelak 'BESAR PUNYA!' kat belakang. Haisyy.. tak nak balik rumah lagi minggu ni boleh? O_O


Okay lepas kena prank by my own beloved Daddy, i sambung balik tidur sampai pukul 1. Hambikk.. aku tak lunch pun hari ni. Aku breakfast pukul 2 okay. I makan Chipsmore sedozen dengan air Milo okay.. :O


Until now, I baru baca first page buku Chemistry. OMG.. bila nak start study ni SHU??



Meja study I. Ada macam unsur2 I rajin study kan? Hehe~

Saturday, July 10, 2010

Betul-betul HOLIAO!

Minggu yang agak menyeronokkan bagi aku. I have a lot of things to share here and im eager to write since the last 3 days. But.. i need to hold it first because of my very first test is around the corner ( 10th July ) Ok, sekarang test Biology dan Mathematics dah berakhir. Tentang jawapan apa yang aku conteng kat paper sheet tadi, tak perlu kenang kembali, kelak merana diri. Maklumlah, study last minute. So apa jelah yang masuk kan? Hehe~~

Ok..let me start with ASSALAMUALAIKUM READERS :)
Minggu ni, most of my classes are quite relaxing. Lab Physics, macam satu keajaiban pulak bila my tutor suruh submit lab report Jumaat depan. Kalau tak tu, sehari lepas experiment dia dah suruh hantar +_+ Experiment habis awal. Bukan satu experiment, tapi DUA tahu! Betul2 HOLIAO! :D Lab Chemistry pulak, 6 person in 1 group. Buat experiment apa entah. Lama kot nak tunggu benda alah tu siap. Tapi, yang syoknye, untuk minggu ni aku cuma perlu tulis apparatus, materials dengan 3 kerat procedures je untuk lab report kali ni. No discussion, no calculation. Sekali lagi, betul2 HOLIAO! Lab Bio? Aihh.. kena menunggu jugak.. ada la dalam sejam kitorang termenung depan beaker semata2 nak tengok pH paper tukar warna?? Semua tutor minggu ni pakat2 nak buat experiment termenung ke apa? Ah.. takpe, untuk lab report Bio juga, aku tak payah buat discussion. Mimi yang tolong buatkan. SEKALI LAGI, BETUL2 HOLIAO!!


Daun ELODIA.. Serious comel daun die!! :D

Selain daripada experiment yang menakjubkan, *ecehh* minggu ni aku dah dapat gambar kelas. Ehmm.. kelas or group?? Ok2, ~Family A4~ Hehe.. aku beli size yang BESAR PUNYE! So boleh lah letak kat ruang tamu kan2? So boleh la remove semua gambar family sendiri kan2? Hak2 ;D Nah, sila tonton dan sila jealous okay :) Betul-betul HOLIAO!




Bakal Doktor, Engineer, Cikgu, errr apa lagi eh?


Candid! Love this picture bebeh!

Lepas tu, one of my groupmate nak further study kat Alexandria, Mesir. Under DENTISTRY! Ok, saye amat jealous :( Apa-apa pun, goodluck Anis Nadia :) See.. orang nama Anis ni memang hebat2 belakooo.. Hak2 :D Takpe2, rezeki ada di mana2 kan? Aku dapat further dentistry kat sini pun, aku dah cukup bersyukur :') *so SHU, kau kena start fokus belajar. Bukan sibuk blogging sekarang ni okay *


Kanak2 A4 yang gila kamera :)


The one with the pink scarf and white blouse is ANIS NADIA :)


Weh2 nak bagitahu jugak. ANIS SHUHADA sekarang dah pandai keluar malam tahu. Hari tu my ~Family A4~ buat party kat depan blok R4. * farewell party untuk Nadia. Tapi sebelum tu ada solat Isyak berjemaah, baca Yasin dan solat hajat berjemaah okay :')* Kami berpesta sakan sampai pukul 10 malam. Haha asal macam jakun gila ni? Macam tak pernah keluar malam je. * hell YES. Yeke? Haha ;)*








Hm..minggu ni im gonna busy with books. Err boleh percaya ke? Ala..percayalah. Pleaseee :) Tapi tak apa, sakit study ni sekejap je. Lepas ni ada mid sem break seminggu. Betul-betul HOLIAO!

Eh btw nak tanya, aku ni memang muka cool eh? Muka tak reti nak tunjuk sikap cuak dengan sesuatu? Well..that's good. Aku dah banyak kali dengar orang kata macam tu. Bila orang sekeliling aku tengah cuak tentang sesuatu, *eg; exam atau baru lepas buat aktiviti jahat O_O* muka aku maintain selamber. Muka tak ada perasaan katakan. Hehe.. itulah aku kalau korang masih tak tahu. Kalau korang nak cuak apa semua, tolong jangan ajak aku involve sama. Sebab kalau dah sekali aku cuak, kecuakan aku memang melampau. Soo.. it is better for me to remain cool *poyo gilaaa* Tapi, kalau korang nak tahu masa bila aku stress and apa tindakan aku, sila lihat bawah:




I toreh tangan bila tension O_O
Oh tidak2, ni kesan kena cium dengan seterika tu lah. Sekarang dah jadi scar :'(

Jerawat mula bermaharajalela di pipi gebuku :(

Seterika yang belot sebab akhirnyaa______
Seterika PINK my roomate jugak yang berjasa :')

Tudung kegemaran habis dibaham seterika :(


Okay, tu sahaja readers. Hehe seronok sebenarnya kat sini :)

Saturday, July 03, 2010

6 July

Tarikh tu tak ada apa2 pun. Aku cuma nak recall my past years birthday yang jatuh pada tanggal 6 July. Again,tarikh tu tak ada apa2 pun okay?


Ok,let me recall my birthday starting from 6 July 07. Hmm.. that was my first year in love with my dearie. I forgot whether we had celebrate my birthday or not. Hm but most probably no, since that year we were busy with our PMR trial. Ok, never mind. He didnt give me present on that day. But i received his present 4 months later and his gift was a superbig teddy :)

6 July 08. The sweetest birthday i ever had. He treat me like a princess. We only have time until 3pm for our date because on that day, im busy with my tuition :'( Although we only had a very short period, but im satisfied. I still remember. On that day, i woke up early around 8am maybe and we had a breakfast before we heading to Pavilion. We watched movie.. sitting at the expensive couple seat and only two of us sitting there ;D *ok cukup2 jangan cerita banyak sangat. Dah terlalu banyak merapu ni* After movie, have a short moment at Tasik Titiwangsa. Chit chatting at the lakeside. Aww so sweet.. ada adengan nangis2 lagi tahu sebab the next week we were not going to be in the same school anymore because he need to move to the other school :'(


6 July 09. I love my frens. You guys are too good to me. Thanks for all your wishes and present sayangs. Kamilah, thanks for the handmade-carved soap. So cutee and i still keep it until my next upcoming birthday :) Aishah, thanks for the pinky pouch. Love it :) Fazrin, thanks for the box. I know u have spend much bucks for the novel and the pink box. I still keep the box although before this it almost got bitten by the stupid anai2 ;( Eh not forget too, my naughty lil bro. Dik, walaupun kau nakal tapi along tau kau sayang along. Terima kasih ye sebab hadiahkan along patung BADAK AIR yang comel tu. Love u adik :B

6 July 10. Falls on Tue and im in PUNCAK ALAM with new frens, and far away from my family and loved one. HOI KALAU AKU DAPAT FREE CALL HARI TU PUN MACAM TAK ADA MAKNA. KAU NAK AKU GAYUT BILA? DAHLAH JADUAL AKU DAH TUKAR AND MACAM SIOT. AKU NAK CALL SAPE JE? AKU SIBUK STUDY LA BODOOO


Argghhhh tensi-tensi! Aku tak nak dewasa. Tak nak... :'( Hm let me list apa yang aku nak for my upcoming birthday:

  • Sesi rawatan badan di LONDON WEIGHT MANAGEMENT
  • Jus MATE 5
  • Set treadmill
  • Dave Nuku *blue team trainer for Biggest Loser Asia*

Please give me above and i 'll be fine :)

Hahaaa


Credit to my boyfieee. Dia tahu aku minat Scha. Haha u make me smile SAYANG :)
I LOVE YOU :D

Friday, July 02, 2010

Malas

Title yang sempoi,lagi berinformasi. Tak payah tanya kenapa. Aku memang pemalas okay? Minggu ni,aku malas nak update blog, minggu ni aku malas nak dengar lecture, minggu ni aku malas buat soalan tutorial *macam aku buat je*, minggu ni aku malas #@$%^*&*(. Ah..penatlah. Kehangatan Asasi Sains dah mula terasa. Semua benda nak kena catch up. Kenapalah tak ada Diploma Pergigian ya?

Minggu ni kepala aku agak kusut. Macam2 perkara nak fikir, baik pasal pelajaran dan pasal life yang pelik lagi terbalik ni O_O Oh btw, next week untuk pertama kalinya setelah sebulan aku menjadi warga UiTM Puncak Alam, akhirnya aku tak pulang ke rumah gara2 test pada hari Sabtu. What theee.. Lagi buatkan aku rasa macam nak meraung, jadual yang CUKUP INDAH sebelum ni telah dirombak kembali gara2 kemasukan pelajar Diploma dan Ijazah.

No more balik Pandan Indah awal pukul 10.30 am seperti selalu. No more Balinese pada setiap petang Jumaat. Masa dating makin suntuk. Jadual baru,my class ends on 4pm. Kenapa? Rasa macam aku ni terlalu gedik dan terlalu perempuan ke sebab nak balik tiap2 minggu? Eh suka hati aku lah. Aku bukan habiskan duit kau nak isi minyak petrol balik tiap2 minggu *marah ni ;p*

Hehe sangat SERONOK



Gonna hang out there soon. *ntah bila la kan




Bakal DENTIST tengah main2 dengan kentang ;p




Weh ada pelangi doh depan bilik aku! Sila cemburu! Btw,blok depan ni memang buruk sikit ;p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...