Saturday, August 28, 2010

Senarai Manusia Yang Memang Nak Kena Remove/Hide Kat FB

Ohh panjang gila tajuk. Apahal gatal sangat nak buat title panjang2 ni?  Hokeh, malas nak cerita banyak sebab mood gua memang annoying tahap mentadak laut sekarang ni.

Aku pasti akan remove/hide/block insan2 macam ni daripada FB aku. Zass!:
  • Currently, i dont have idea why these people keep sharing video2 dan notes yang gila freak nak mampos. Kau ingat aku suka sangat ke baca/tonton? Kalau setakat video atau notes yang berunsurkan Islamik atau dakwah, aku tak kisah. Tapi ni video yang contohnya 'kau tengah khusyuk gila tonton video tu sebab katanya nanti akan ada wajah budak comel tersembul keluar' so aku pun dok fokus la menunggu tanpa kerdip. Tapi tup2, yang keluar wajah hantu gigi diikuti dengan jeritan yang melampau. Whatthhheee.. weh mangkuk, kau ingat benda alah tu funny sangat ke?
  • Eh ada artis add aku kat FB lah! Friends dia banyak gila kot! Suka2! Jap nak usha profile dia. Hehe.. Eh kau bukan siapa2. Nak kata cantik, TAK. Cantik lagi aku. Nak kata pandai, TAK. Pandai lagi aku. Nak kata famous, TAK. Famous lagi aku. So kenapa friends kau ramai sangat? Eh kenapa kita ramai sangat mutual friends ni? Sampaikan bapak mentua aku pun friends dengan kau ni? Kau siapa labu? Doktor? Majistret? Apa?! Quh Anyyonggurl? *hak2 siapa kau? tak pasal2 fofuler jap kat blog aku. Alahh.. kau kan memang gila nak kumpul frens kat FB kan? Nah ambik :p*
  • DAH KETANDUSAN IDEA NAK MENGUTUK :p
Di sebabkan kewujudan manusia2 freak macam ni, aku dah hilang semangat untuk berFESBUK.

p/s: perkataan kegemaran penulis minggu ni, FREAK :p

Suatu Ketika

Oh tidak.. aku masih tak mampu untuk melepaskan ohninie walaupun untuk sehari. Aku langsung tak punya minat terhadap Physics. So kau paham2 jelah macam mana aku study. Minggu ni minggu pengsan tidur aku. Malas nak bercerita lebih lanjut tentang masalah tidur aku yang semakin kritikal ni. So lets proceed to our main topic. Hehe :D

Anda rasa saya cun? Anda rasa saya cantik? Atau anda rasa saya HUDUH? Haha cepat jawap! Lebih baik kau pilih jawapan pertama tu. Kalau tak, esok kau kena sembelit :p Haha joke2. Suatu ketika dulu, saya comel macam ni 

Model iklan COLGATE yang mendapat bayaran tertinggi di Asia Pasifik

Lihat.. comel bukan? Sebenarnya aku dah pernah upload gambar ni kat entry sebelum ni. But.. since my blog baru nak growing up healtily sekarang ni *sebab baru letak Nuffnang Ads je pun. Buek* aku murah hati untuk upload gambar ni sekali lagi. This is how i look in the previous 3 years before.


Buruk tak? Eh salah soalan. COMEL tak? Well, semasa aku menjadi model iklan colgate ni, segala sindiran tu dah jadi kudis bagi gigi telinga aku. Aku pernah kata pada diri sendiri, "walau apa jadi pun, aku takkan pakai braces. Aku nak biar je aku jongang sebab this is my identity." Tapi.. aku tak mampu untuk kekal jongang. Banyak kritikan menjatuhkan yang aku terima. Kalau sekali dua, tak apa lagi. Tapi ni banyak kali. Kalau korang kat tempat aku, apa korang rasa?


Lalu, kisah aku mula berbraces bermula selepas one of my cousin pakai braces. Masa aku form 2 dulu aku dah register nama kat klinik kerajaan untuk pasang braces ni. Tapi.. dah kata kerajaan kan, memang berjanggut lah nak tunggu. Then, masa form 4, aku pakai braces. I got the treatment from a dental clinic owned by a Malay dentist. Kalau buat treatment dengan orang Melayu, tak ade lah kejam sangat. Nak pasang braces ni bukan murah. Kos nak dekat 3 ribu. Manalah mak aku nak cekau duit semata2 untuk baiki gigi hamster anak dia ni. Tapi.. nasib baik klinik ni boleh bayar ansuran. Baik kan klinik ni? Hehe.. kalau kat dental clinic non muslim, ada jugak yang boleh bayar ansuran. But only twice. Paham tak apa aku cerita ni?


Bila 2 tahun aku ulang alik ke clinic tu untuk tadah gigi, aku mula jatuh hati dengan kareer seorang dentist.Aku pun mulalah mencongak income seorang dentist. Since dalam dunia moden ni dah banyak orang yang jongang , maka makin ramai lah nak pakai braces kan? Dan kos untuk braces je dah nak dekat RM3000. Kalau 10 orang buat treatment untuk braces, agak2 boleh kaya tak? Hak2 .. aishh apa ni. Niat untuk jadi dentist dah lari ni +__+


Haha abaikan nawaitu kejam aku kat atas tu. Hik2.. i promised to myself, if i managed to become a successful dentist in future, aku akan bantu golongan2 yang pernah ada masalah macam aku ni. I wont charge harga yang melampau2 since i know not all people are affordable like me T__T  Idola aku adalah DOKTOR ZARIN uik? siapakah? Hehe ni lah doktor yang bertanggungjawab membantu aku untuk mengukir bentuk senyuman berjenama :B


Dan sekarang.. this is how i look *nak capub gambar cung kejap*





Sekian. Salam 1 Malaysia :B

Friday, August 27, 2010

Pengsan Separuh Hari

Masa sekolah agama dulu, ustazah mesti pernah ajar perkara2 yang membatalkan puasa kan? Korang ingat lagi tak? Salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah pengsan separuh hari. Aku telah selamat pengsan separuh hari pada hari ni T__T

Minggu ni kan aku asyik2 tidur lewat dan bangun awal *awal sangat ke?*. So masa tidur aku yang banyak terlepas tu aku terpaksa topup balik. Sebagai akibat, aku berjaya tidur selama 12 jam  =__=  Sekarang, aku masih mengantuk sebab tidur yang terlalu lama. Dah2.. nak off blogging untuk 3 hari :p

Pasal Shawl Dan Ballerina Flats

Masa aku kecik2 comel dulu, aku ni tomboy. Haha iye.. Kenapa? Tak percaya? Oh tak percaya tak apa. Aku tak suruh pun korang percaya. Aku lagi banyak bergaul dengan lelaki berbanding perempuan. Kalau dengan perempuan, aku asyik jadi mangsa buli je. Kawan dengan perempuan sangat tidak cool okeh. Main mak2 lah, lepas tu masak benda bukan2 pakai daun dengan tanah apa semua. Tak cukup dengan tu, main kawen2 pulak dia. Kecik2 dah gatal nak bersanding, lepas tu tiup belon besar2 dan sorok kat perut. Nanti mulalah buat aksi ala2 ibu mengandung. Haha lawak siot dan aku pernah merasa jadi ibu mengandung tu  T__T

Nampak tak? Tak seronok kan? Asyik2 ulang benda yang sama. Atas sebab tu lah masa aku kecik2 dulu aku lagi ngam dengan sepupu lelaki. Aku suka main wrestling dengan diorang. Sangat seronok sebab boleh pegang2. Pegang2? Hep! Bukan2.. kalau playing around dengan lelaki feel dia seronok sikit. Rasa lagi bebas. Kalau aku tercuit sikit badan diorang, diorang takkan nak report kat mak ayah kan? Disebabkan kebebasan aku mencuit2 sepupu lelaki aku, aku pernah sekali tertumbuk sepupu lelaki aku sampai hidung dia berdarah  T__T Semenjak hari tu, aku dah mula dilarang untuk bertindak ganas dengan sepupu2 aku  T__T

Aww rindu zaman tomboy dulu. Rindu zaman comot sebab jatuh parit kat kampung dulu. Tapi, tapi.. apabila aku meningkat dewasa, aku jadi semakin feminin sebab mak aku asyik bagi aku dengar lagu kumpulan FEMININ je. Ini bukan lawak. Ni hakikat. Dulu semua lagu dalam album FEMININ aku hafal. Kagum tak? :p

Eh apa kaitan semua cerita ni dengan title di atas? Ni ha.. okeh sekarang baru nak masuk topik asal. Kalau jawab Penulisan SPM gerenti gagal ni. *tipu. BM untuk SPM saya A+ hokeh. Riak*  Sejujurnya, aku tak reti sangat nak pakai shawl. Tapi aku rasa bernafsu untuk melilitkannya ke leher gebu aku ni. Tapi.. lilit yang merapu2 la kan. Selagi boleh lilit, aku lilit tapi jangan la sampai tercekik pulak. Aduss..

Aku jarang pakai shawl bila pergi kuliah. Sebagai jalan selamat, aku lagi suka tudung bawal. Tapi bila aku pakai shawl, kena rasa malu sikitlah sebab rasa macam diri ni huduh sangat angkara lilitan 'ntah hape2' aku tu. Pernah gak sekali tu aku mintak kawan lilitkan. Dan.. hambik kau. Mau teleng kepala aku. Lepas dia pin, aku langsung tak boleh nak toleh kiri sebab takut kerongsang tercabut xD Then, aku alter la sikit shawl tu dan hasilnya sangat lawak. Kena gelak yuu~ T__T  Eh tapi tak apa, saya masih tak patah semangat. Shawl tetap nombor dua di hatiku selepas tudung bawal. Ngee *rase macam nak sepak je bila ade orang guna sound effect ni. Grr*

Kemudian, bercerita pula pasal kasut. Aku amat alergic kat heels. Jangankan heels, selipar yg baru nak meninggi 2cm pun aku dah reject. Aku lagi suka penampar selipar Jepun. Lagi senang nak berlari. Hihi.. namun, dek kerana pengaruh student sekeliling yang gemar memakai ballerina flats crocs, aku pun rasa terpanggil untuk mencuba. Oh lupa juga nak bagitahu. Aku jugak tak reti pakai pumps/flats. Bila pakai pumps/flats, nanti mulalah aku jalan terkengkang2. Hak2 jangan imagine. Sangat huduh T__T

Look like this dan berwarna PINK
Dan ada button rama2 di tepi. Comel bukan? :D


Wednesday, August 25, 2010

Entry Sedih

Cuba korang pandang kawan2 atau insan yang rapat kat sekeliling korang. Korang rasa muak tak hadap dia hari2, asyik2 jumpa muka yang sama. Macam tak ada muka lain langsung. 

Tapi, apa korang rasa bila contohnya, hari ni kau balik 'sekolah/kuliah/panjat tangga batu caves/dating kat tasik' sama2, but suddenly bila korang bangun esok harinya, orang yang korang hadap hari2 sampai naik muak ni tak muncul depan korang pada hari tu. Lagi menyedihkan, orang yang korang expect akan jumpa semula hari tu dah tak ada lagi kat sisi korang untuk terus bergurau senda dengan korang, dan bergaduh bertepuk tampar dengan korang. Maksud dah tak ada lagi yang aku tulis sebentar tadi bukan 'tak ada lagi' yang sekejap. Tapi 'tak ada lagi' untuk selama2nya. Korang rasa terkejut tak?

Ive tried to put myself in this situation but it seems like im not strong enough to gone through that. Luckily, pemergian arwah nenek aku dulu pun lepas dia uzur dalam tempoh masa yang lama. Kira macam, aku boleh terima pemergian dia. Tapi.. aku paling tak boleh terima kalau insan2 terdekat yang ada connection dengan aku suddenly pergi sebab accident or sakit tenat yang datang secara tiba2. Sedih bukan?

Kalau korang pernah stay boarding, mungkin perkara macam ni lumrah bagi korang sebab korang bergaul dengan all sorts of people. Tapi untuk kera sumbang macam aku ni, aku tak pernah lagi lalui perkara macam tu. Takut jugak sebenarnya. 

So senang cerita, hargailah orang2 yang rapat dalam hidup korang. Walaupun kadang2 mereka agak annoying, tapi perangai annoying tu lah yang korang akan rindu bila insan tu suddenly pergi. Nak carik orang yang muka sama dengan insan tu pun boleh aje. Kita kan ada 7 kembar kat dunia ni. Tapi, perangai diorang sama ke? 


Let Us Concern About This

Maaf, kebelakangan ni blog aku penuh dengan post yang lebih kepada maklumat umum. Harap bila korang baca ni sila alert dan spread pada orang lain okay. Kredit kepada notes2 yang aku jumpa kat FB.

Ada apa dengan makanan atas ni? Lagi2 laici tu?
Aku yakin, korang semua mesti pernah makan laici kan?

KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website ini

p/s: Korang bosan ke bila aku post benda2 macam ni? Huhu okay lepas ni my blog back to normal. Hihi :)



Jangan Terlalu Paranoid


Last night, i got this from my boy. Im a big fan of Vanilla Coke. After seeing this, should I stop drinking it? Erghh.. aku bukan nak sokong Yahudi. But.. arent you guys are too paranoid? Aku sendiri tak ada idea macam mana orang boleh nampak rahsia di sebalik tulisan 'unik' Coca-Cola tu. Haih.. sama jugak macam isu kasut Crocs. Rasanya ramai dah tahu kan? Well it depends on the individual tu jugak.

So far, ulama tak kata apa2 pun sama ada Crocs diharamkan atau tidak. Sama jugak macam isu Coca-Cola ni. Sekali lagi, depends on the individual. Kalau korang rasa macam tak boleh terima perkara ni, jangan ikut dan cubalah nasihat orang yang mempertikaikan perkara ni dengan cara yang paling berhemah. Jangan suka hati nak maki orang yang pakai Crocs dan minum Coca-Cola ni sokong Yahudi. Kita Islam kan, dan Islam tu agama yang mulia. So bagilah nasihat dengan cara yang mulia jugak :)

Aku letak ni untuk share dengan korang2 semua. Korang semua perasan tak pasal ni? Any comment? Kalau ada, pls feel free to share :)

p/s: Nampaknya lepas ni aku terpaksalah minum air gas bodo. Entah apa nama dia. Arwah nenek aku panggil air lamnet, 'air gas orang Melayu' 
Something yang rupa macam ni. Haha xD

Tuesday, August 24, 2010

Steps To A Fabulous Blog! For NEWBIES

Hallo.. ni ialah full tutorial start dari minima template yang kosong tak menarik tu, ke template yang menarik hasil kerja tangan korang sendiri. Belajar dari bawah, nanti lama-lama korang akan mahir sendiri dengan HTML code blog ni. Enjoice!




From zero to











Step 6: Letakkan Header Pada Blog

More HERE

Ni sambungan untuk step 5 tadi. Download dulu template korang untuk elakkan sebarang risiko. Kalau korang design guna Photoshop, korang tak perlu refer tutorial ni. Ok, sekarang untuk rapatkan header dengan content blog, mula-mula:

Dashboard > Design > Edit HTML

Search code #header-wrapper; bawah code tu nanti ada code width: 660px; korang tukar with dia ikut width header yang korang design tadi. Lepas edit width, korang tambah code height: 245px; kat bawah code width tu. Kalau tak paham, ni contoh


#header-wrapper {
  width:800px;
  height: 283px;
  margin:0 auto 10px;
  border:0px solid $bordercolor;
  }

Height tu korang edit sampai header korang cecah content blog. Makin kurang nilai, makin ke bawah header korang. Atas tu kalau korang perasan, border ialah 0px. Ni untuk elakkan header korang ada line keliling dia. Try and error sampai anda puas hati.

Bila dah puas hati dengan hasil tadi, korang akan dapati header korang tu macam hampir kena title sidebar korang kan? Okay, jom kita jarakkan dia. Mula-mula 

Dashboard > Design > Add A Gadget

Pilih Gadget Text. Dalam kotak tu, korang jangan tulis apa-apa. Korang just tekan enter 3 kali (suggested) kemudian save. Lepas tu korang drag kotak tu kat bawah header macam gambar bawah ni.


Preview. Kalau puas hati, bolehlah save dan tahniah blog anda sudah kawaii! Yey terima kasih sebab gunakan tutorial ini ^^v


Step 5: Design Header Guna Photoscape dan GIMP

More HERE

Lepas puas hati dengan hasil edit sebelum ni, sekarang masa untuk buat header. Kalau handal Photoshop, boleh refer tutorial INI untuk design header bersambung dengan blog. Kalau tak reti guna Photoshop, all you need is Photoscape untuk proses design dan GIMP untuk proses transparent header.

Sebelum buka Photoscape, korang buat dulu satu background putih. Konon macam kanvas lah untuk korang design nanti. Buat kanvas tu besar sikit dari size header yang korang nak. Contohnya kalau nak header size 700px, korang resize kanvas tu jadi 720px. Save kanvas tu. Let's proceed to Photoscape.

Buka Photoscape dan pergi kat Editor. Upload kanvas tadi macam contoh bawah ni,


Kat bawah tu, korang nampak Home, Object, Crop, Tools kan? Korang pergi pada Object. Kat situ korang dah boleh mula design header ikut creativity masing-masing. Boleh letak gambar, blog title dan macam-macam lagi. Hasilnya,


Kalau boleh, korang left some space kat bawak kanvas tu so that korang boleh crop untuk nampak kemas. Save header korang, dan sekarang pergi Paint untuk crop atau resize header korang tu.



Ok time for GIMP bebeh! Hehe teruja nak tengok hasil lepas dah transparent nanti. So mari cepat buka GIMP. Upload header yang korang dah save tadi.


Nampak tak kotak merah tu? Korang tekan situ yang ada gambar tongkat Harry Potter. Drag tongkat tu kat kanvas lepas tu click kat kanvas tu. Korang akan nampak ada bintik-bintik kat kanvas korang yang sebelum ni warna putih. Kemudian tekan right click, pilih Layer > Transparency > Add Alpha Channel.


My favourite moment. Huhu korang tengok keyboard dan carik butang delete kat bucu kanan paling atas. Ha.. apa lagi, tekanlah cepat!


Bila dah jadi macam ni, right click dan pilih Save As. Save header korang as PNG image. Nanti ada pop ups apa semua, korang tekan replace, dan save je. Hasilnya,


Done! Terima kasih mengikuti tutorial ini  (^.^)v


Step 4: Cantikkan Sidebar Title dan Date

More HERE

Mula-mula:
Dashboard > Design > Edit HTML

Search code h2 { lepas tu paste code bawah ni di bawah code yang korang search tadi.


text-align:center;
padding-left: 15px;
padding-right: 15px;
font-family:"Rockwell",Georgia,Serif;

Kalau tak berkenan font kat template designer, boleh edit code font-family kata atas tu. Tapi make sure font yang korang letak tu nama font yang available kat Microsoft Words. Bukan font yang korang download. Sebab kalau korang letak font download, semua viewer tak boleh nampak font tu sebab dorang tak install. 

Untuk letak background dan border pada sidebar title, follow tutorial Cik Hannafauzan ni.


Step 3: Pilih Background Kegemaran Korang!

More HERE

Untuk dapatkan background yang kawaii, ni saya listkan background from website dan freebies awesome blogger.

Awesome sites:




Awesome bloggers:


Kalau korang ambil background from Awesome Sites, boleh refer tutorial INI. Maaf penulisan kasar. Masa tu tak matang lagi. Hihiks :3  Kalau ambil background from Awesome Bloggers, refer tutorial mereka ok :)


Step 2: Asingkan Content Body dengan Header

More HERE

Mula-mula:
 Dashboard > Design > Edit HTML
Search code #main-wrapper {
Dah jumpa code tu, kemudian copy code bawah ni dan paste di atas code #main-wrapper {

#content-wrapper {
-webkit-border-radius: 25px;
background-color:#ffffff;
}

Bila preview, nanti korang akan nampak ada rounded edge kat body blog korang. Untuk adjust dia punya edge tu sama ada nak lagi bulat or tak nak bulat (?) boleh adjust nombor yang saya warnakan merah tu. Makin tinggi nilai, makin bulat edge body blog korang.


Step 1: Download Minima Template

More HERE

Untuk memudahkan kerja mengedit blog lepas ni, saya suggest korang download dulu template minima. Sebab tutorial yang saya bagi pun kebanyakan sesuai untuk template minima. So tanpa buang masa, download dulu.




Monday, August 23, 2010

Kadang2, Seronok Jugak Menangis

Tonight, I need to cover two chapter which almost have 100++ pages in total. Waddeff.. Ni pun curi masa nak blogging kejap. Nak luahkan perasaan. Tadi call orang tu, ingat nak mengadu. Tapi orang tu tidur. So tak sampai hati nak ganggu. Sudahnya, blog jugak yang sudi sediakan dada untuk aku menangis. Eceh.. hm this week most probably im not going back home. I think it is much2 better for me to stay here instead of my own house. Kat rumah, aku tak study langsung. Entah.. aku sendiri tak tahu kenapa. Lepas dah balik sini, barulah reti nak cari buku and baca. Tapi macam dah terlambatlah kan. Contoh terbaik, malam ni. Dah tahu ada quiz, so kena la pandai2 belek buku start Jumaat lepas. Tapi aku sibuk dengan tidur, FB dan blogging bagai. Ni pun masih blogging  T__T 

Lepas tu, tadi boleh pulak aku tengok balik video ciptaan khas suami untuk isterinya ni. Video sedih tahu.. Tiba2 aku jumpa balik video ni lepas aku godek2 lappy ni. Aku dah banyak kali tengok video tu. Setiap kali aku tengok, air mata pasti meleleh. Ha.. dah tahu awak tu emo tak pasal2, kenapa gatal2 nak tengok video tu saat2 kritikal macam ni. Kan dah susah  T__T

Hm.. I miss my old life. Rindu life aku yang dulu. Lepas balik sekolah, pasti ada je aktiviti harian bersama suami. Pergi tanam jagung, tangguk ikan, ternak kerbau.. Oh rindu sangat saat2 tu :(  Kat puncak ni, mana aku nak carik jagung, ikan dengan kerbau. Dan yang lebih penting lagi, mana aku nak carik lelaki yang hebat bercucuk tanam dan menternak macam suami aku ni? LOL

Yes, aku la RABBIT tu  T__T

Saturday, August 21, 2010

Cara Pasang Iklan Nuffnang Antara Post

Sila tekan ctrl+c untuk copy code di bawah. TQ :)
Kalau kau Nuffnangers, mesti kau tahu jenis2 iklan dia. Ada 'Skyscraper', 'Leaderboard' dan 'Large Rectangle'. Cara untuk pasang 'Skysraper' dan 'Leaderboard' kacang je. Just click kat 'Add HTML/Javascript', lepas tu kau pindahkan kat mana2 kedudukan dia. Tapi kalau 'Large Rectangle', dia complicated sikit sebab Nuffnang tak tunjuk cara nak letak dia macam mana. So, ini caranya.
Dashboard > Design > Edit HTML
Cari perkataan ini:

<data:adStart/>
Dan paste kau punya code 'Large Rectangle' betul2 dekat atas
</b:loop>



Thursday, August 19, 2010

Cinta Baru

Hai uols semua.. I dah jumpa kekasih baru. Kekasih baru I ada 7 orang tau. Tamak gila kan I ni? Hihi.. untuk seorang kera sumbang macam I yang tak pernah stay asrama, I bolehlah dikatakan sebagai seorang yang amat boring. Ehm.. I tak reti nak gelak huha2 dengan mereka semua. I banyak jadi pendengar cerita mereka je T__T

I kena belajar lagi cara macam mana nak jadi peramah. Tapi, nasib baiklah I ada roommate yang mulut macam popcorn. Cakap tak reti nak stop. Haha I suke taw.. At least tak ade lah R2502-D senyap sunyi macam bilik jenazah *cerita macam aku pernah pergi je =__=*

Mereka housemates yang best! Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan, kitorang tak pernah miss untuk buka puasa sama2. Bila dah buka puasa tu, mulut memang tak reti nak diam. Kami mengamalkan konsep sharing is caring. Pada 1st day puasa, diorang dah bantai beli macam2 kat bazaar. Aku pulak yang tak tahu pape, just beli makanan untuk perut aku jelah. Hak2, tengoklah betapa kedekutnya aku T__T Bila dah masuk waktu berbuka, masing2 main cuit2 makanan orang. Lepas tu mulalah komen mana yang sedap, mana yang tak. Fuh.. tastebud housemates aku memang terbaik dari ladang. Tahu je mana yang sedap, mana yang tak :D

Lepas tu.. kalau boleh kitorang memang tak boleh miss solat Tarawikh kat Angsana. Sebelum ni aku ada bagitahu kan aku tak pernah solat Tarawikh seumur hidup aku. Kat sini, diorang yang banyak mengajar aku :') Thanks korang. Sayang korang.

Sweethearts:
  • R2502-A : Kern the ketua kampung & Malin the baby
  • R2502-B : Bella the mama & Miza the solehah
  • R2502-C : Aina the abra & Syud the masak
  • R2502-D : Ain the tetot & BUDAK COMEL NAMA ANIS :D


R2502

Wednesday, August 18, 2010

Tidur. Zzz

Sesungguhnya tidur di dewan kuliah adalah sangat bahaya ye rakan2, lebih2 lagi bila korang ada rakan2 yang tak reti duduk diam dan suka kenakan orang. Saya dah terkena masa lecture Chemistry semalam. Dah 2 kali okay. Tapi pengalaman pertama tak pernah mematangkan saya. *eceh.hyperbola jap* Last week, pada saat kuliah Chemistry yang nyaman lagi mendodoikan, saya telah selamat terlelap. Entah mengapa, pada hari itu saya tidur tak reti nak tunduk. Sengal tengkuk mungkin. Lantas, saya pun terlelap jua dengan kepala menegak. *memang hebat. Dahlah duduk kat 2nd row dari depan. Boleh lagi terlelap. Awak boleh ke buat macam saya? Hihi..* Kemudian, kuliah Chemistry pun tamat. Habis saja kuliah, saya dapat berita menyedihkan bahawa, ada orang gelakkan saya tidur sebab mulut saya ternganga :O Pada ketika itu, saya rasa kemaluan yang teramat sangat lantas saya cuba untuk berjanji pada diri sendiri, LEPAS NI I TAK NAK LAH TIDUR DALAM LECTURE HALL. TOBAT2 Dan..akhirnya semalam saya telah langgar janji saya. Sebagai akibat, Amira Syafiqah kesayangan saya telah selamat snap gambar saya tidur dari tepi. Result, memang obey Charle's Law : saya tidur menganga lagi. Dapat bayangkan tak betapa comelnya saya masa tu? Grr.. sabar2. Nasib baiklah sekarang bulan puasa dan saya rasa macam murah hati nak tayang gambar comel saya tu. Tunggu saya bluetooth gambar tu dari pompuan tu dulu. *gambar huduh pun sebok nak upload. Ala.. biasalah tu. Awak semua kena jugak tengok saat wajah2 huduh saya. Takkan lah asik2 nak tayang gambar control cun kan? ;p*

GAMBAR SUDAH UPLOAD xP

p/s: Mood tengah baik ni. Sebab tu guna awak-saya. *muntah2*


Deyy aku pikir nak dekat 50 kali sama
ada nak letak ke tak gambar ni. Tapi sebab dah janji,
so tak boleh buat ape T__T HODOH GILA :P

New progress : Tadi aku dah tak tidur masa lecture walaupun pagi tadi tidur pukul 4.30 pagi. Woot2~ xD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...