Sunday, October 31, 2010

Minggu Bertuah??

Minggu ni rasa bertuah sebab:
Kenal Ben Ashaari? Heh sebenarnya aku pun tak kenal sangat. Tapi bila aku nampak satu entry dari blog Shara Bunga tentang entry 'JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI'  maka aku pun eksaited dan ringan tangan menaip entry yang menggunakan tajuk sama. Lepas aku bagi link entry tu kat blog abang Ben *panggil 'abang' secara tiba-tiba* abang Ben follow blog aku dan blog aku ada dalam senarai bloglist dia. Terharu okeh ;D
Kedua, kamu kenal Ailyl Rozanna? Kalau tak kenal, aku tak tahulah. Segeralah kamu mengGoogle -.-  Heheh btw sebelum ni aku di tag oleh Ailyl untuk '25 Random Things About Me' tapi malangnya aku dah buat. Maka aku dengan gatalnya pergi buat satu entry khas untuk blog Ailyl. Dan aku tak sangka ramai hit nama blog Ailyl kat entry tu sampai blog aku up kat errr susah aku nak cakap. Apa kata korang baca sini.  Woot~~~ Blog aku up kat bloglist beliau. Hoyeh2~~
Err aku rasa tu jelah kot perkara bertuah yang berlaku kat aku minggu ni dalam dunia blogsphere. Heh.. pada korang yang bukan blogger atau bukan blogger tegar, mungkin tak paham apa yang aku rasa. Aku teruja ok bila tengok follower meningkat dari hari ke hari. Err maklumlah, aku baru nak serius blogging ni sejak September lepas padahal umur blog ni dah nak dekat setahun kot  T__T 


p/s: Selasa ni result final keluar. Doakan aku dapat pointer above 2.5 ye kawan-kawan. Tatot nih  T___T

Tag And Award From MeiMei

Dapat award lagi! Yay! Kali ni award from MeiMei. Huhu tanpa buang masa, ni ialah award tu. Beautiful blogger u~~ Aku tau aku cantik. Hihik :B






1. Thanks the person who gave you the award and link the person.
Tq Meimei sebab sudi bagi award yang meveles ni kat Ninie. Hehe :D


2. Spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blogs are awesome!


http://www.mrasfalt.co.cc
http://hashira91.blogspot.com
http://nadineibrahim.blogspot.com
http://liyachentaungu.blogspot.com
http://nurakalilysyazwan.blogspot.com
http://fishoffillet.blogspot.com
http://robotsakti.blogspot.com/
Sorry tak paham bahase pegi tag 8 orang. Huehue ;D

3. Tell 7 things about yourself.
*Ada tiga nama: Anis, Shu, Ninie
* Benci gila-gila kat ikan yg mati dalam akuarium!
* Tak suka marah-marah
* Senang maafkan salah orang tapi susah untuk aku lupakan salah orang tu
* Minat gila-gila kat RANDY ORTON!
* Peminat tak berapa tegar WWE.
* Tak berapa layan gosip artis


Oh btw i would like to introduce to u guys tentang blog my fren ni. Aku dah janji kat dia nak tolong up traffic blog dia. Hehe aku baru lepas edit blog dia sebenarnya. Edit biasa je. Hope dia puas hati dengan hasil kerja tangan aku.


Tuan punya blog terer bahasa Arab. So u guys jangan terkejut pulak bila tiba-tiba dia kata 'Ahlan Wasahlan' Hehe suka hati je aku ni -.-  So jangan lupa singgah ye :D



Friday, October 29, 2010

Sesuai Ke?

Bila baca entry kat blog, semua dok heboh dengan final exam. Aku je yang macam tak tentu hala update blog macam orang gila. Ehm macam ni kot life budak Asasi? Wakaka :D

Seperti yang korang semua tahu, sama ada follower, kawan-kawan, boipren atau abang Randy aku nih bukanlah pemakai tudung tegar. Sekejap on, sekejap off. Apa punya perangai. Tak senonoh tahu? Baik, nanti saya cuba berubah hokeh? Just kena pelan-pelan. Hehe.. So sekarang korang tengoklah aksi aku bertudung bagai. Lawak pun hade. Konon nak ikut trend. Tapi kadang-kadang tu macam badut juga  T___T

Kenal tak tudung atas ni? Tak kenal, ini namanya tudung Acheh bahhh.. Eh apahal slang Sabah?
T____T
Ha gelaklah. Gelak laju-laju sebab aku sendiri tergelak tengok muka makcik atas ni.
Dah macam Teacher Shida yang miming lagu Stacy tu.
Homaigodd malulah sikit Anis -.-'

Tembamnya makcik. Macam kuih pau.
Ni namanya Syrian scarf. Bajet muka comel macam Fatin Liyana bila pakai Syrian scarf ni.
Tapi..  T___T

Shawl. Ehee trend budak-budak zaman sekarang.
Tapi aku tak berapa reti nak melilit. Aku main hentam kromo je sampai end up tercekik gara-gara lilitan extreme  T___T

Tada! Simple and nice. 
Walaupun perlu menggosok setiap kali nak pakai sebab takut kedut tapi tak mengapa kerana wajah tampak ayu dan suci dengan tudung ini. Yay!

Sailormoon!

Boring tahap dewa sampai wujud entry ni. Actually aku google gambar Sailormoon sebab nak tempek kat header. Rasa macam nak tukar header baru. Segan T___T Bila google, aku jumpa macam-macam gambar dan kenangan aku pada kartun Sailormoon terimbas kembali. Eceh.. Dulu aku suka watak yang warna hijau tu. Apa eh nama dia. Sailor Jupiter kot? Motif aku suka Sailor Jupiter sebab dia ikat rambut. Nampak kemas macam Rain -.-

Alang-alang dah berdating dengan Uncle Google, meh saya kongsi gambar menarik :D

Dari kiri: Sailor Jupiter, Sailor Mercury, Sailor Moon, Sailor Mars, Sailor errr lupa -.-'

Versi budak kecik. Alololo tomei2. Come to mama :D


Diorang ada dua puak KOT. Atas tu korang kenal kan?
Tang bawah tu aku konpius. Sape dorang??

Versi real. Sorry lah tak cukup comel macam yang cartoon :p

Jeng3.. Cuba carik mana aku? :D
Oh tak ada?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya kat sinilah. Heheh ;D


Sorry, masih berteka teki siapa puak lagi satu tu. Tolonglah jawab persoalan saya T____T


Thursday, October 28, 2010

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

Weewit! Tajuk gempak tak? Hehe.. Saya tak nak melepaskan peluang keemasan ini untuk up traffic blog saya *guna 'saya' secara tiba-tiba* So nak juge mempromo diri di blog abang Ben yang kachak bergaya macam Randy Orton *lagilah tiba-tiba T___T*
Ini ialah header blog Ben Ashaari :D

Dah kata kan macam Randy Orton? Haha cukuplah Ninie. Cukup -.- Ohhh btw kalau ada yang nak join dalam bloglist Ben Ashaari, jangan segan silu untuk click sini. Okehh sekarang nak cepat-cepat terjah blog abang Ben sebab nak tepek link blog saya kat comment entry dia. Cepat hoi!! Sementara stok masih ada!

p/s: Oleh kerana entry aku gila sebab tak boleh link, sekarang awak copy link ni, lepas tu buatlah apa yang patut. Atau pun click je. Hehehhhh

Ohh Mak Terharu!

Perkataan mak dalam title atas tu bukanlah merujuk pada mak aku. Tapi sila baca dengan nada ala 'adik-adik' gituww. Tahu macam mana nak sebut? Ahh itu bukan masalah saya :p Sekarang dalam mood eksaited sebab baru di tag oleh sorang blogger terkemuka dan lebih kiut dari saya T___T

Tengok header ni, korang mesti kenal punyalah. Kalau tak kenal, cepat follow dia sekarang. Aku kata sekarang!! *sambil sengseng lengan baju*

Dah kenal dah? Itulah ahkak Ailyl Rozanna yang kiut miut macam artis Japang. Huehue.. Masa aku mula-mula follow blog dia, aku tak sangka owner dia sekiut ini. Baiklah, jeles ok? Sebab saya ada saingan. Haha tiba-tiba je -.-

Btw aku bukan ditag untuk mempromosi blog dia. Ailyl tag aku untuk jawab tag ni. Saya dah jawab tag ni. So post ni memang khas untuk mempromosi blog Ailyl. Hehh saya tak dibayar untuk ini. Tak percaya aku ditag? Hambik nih



Humble nya dia walaupun followers ribu-ribu. Tapi masih perasan kewujudan blog picisan aku nih. Dah lah aku jarang komen entry dia *kantoi sudah T___T* Lepas ni nak contohi beliau yang low profile. Hihik.. Muah laju-laju kat Ailyl :D


p/s: Entry award from Meimei akan publish nanti.



Sunday, October 24, 2010

Let's Talk MUET

Entry lewat seminggu. Selasa lepas aku ada MUET speaking test. Agak menarik. Sebab tu rasa macam nak story kat blog. Eh perlu ke cerita kat blog? Perlu.. sebab ni blog aku, bukan blog korang *muka serius*

Back to topic. Sekolah bertuah yang menerima kedatangan aku ialah SMK Cochrane. Yeah baby. Tak tahulah macam mana aku boleh sesat ke Cochrane Perkasa padahal SMK Cochrane punyalah tinggi melangit. Ada lift lagi you~~ Sekolah kau ada? Sekolah aku dulu tak ada. Tapi UiTM Puncak Alam ada. Heheh.. Im the first session. So test start pukul 7.30 pagi. Posing maut kejap depan pagar sekolah. Nasib baik tak ada student yang panggil aku cikgu. Kalau tak memang nak kena rotan. *hoi bila nak cerita pasal MUET ni makcik?!*

Baiklah, index number aku MW****/**09. Aku first candidate! Waddefish betul. Aku third group and saya Candidate A T___T Tapi saya rasa sangat bertuah sebab examiner sangat friendly. Muka tak ketat tapi lagi sorang examiner tu muka ketat. Lagi menseronokkan, aku punya group semua Melayu. Hehe so tak adalah rasa macam kekok sangat. Masa kat bilik kuarantin, berkenalan sebentar dengan member group. Konon macam nak carik chemistry. Tapi macam lebih kepada cubaan mengorat sebenarnya T___T Candidate C ni hensem. Betul aku tak tipu. Trust my eyes. Mata saya tak pernah menipu. Aku tak tanya nama dia tapi dia yang sibuk tanya nama semua orang. Hm korang rasa dia ni friendly ke? I dont think so. Dia pemalu.


Aku mula-mula tanya dia,

"Form 6 ke?"

"Eh tak adalah."

"Habis tu?"

"Saya biasa-biasa je. Awak?"

"Saya ambil Asasi"

Sebaik sahaja dia dengar aku kata Asasi, terus dia excited semacam.

"Asasi apa? TESL? Law?"

"Erk? Tak lah. Asasi Sains"

"UM?"

"Er.. taklah. UiTM"

"Oooo"


Beberapa saat sebelum nak masuk bilik, dia berdoa. Aku yang duduk sebelah dia jeling-jeling. Terasa macam diri ni kerdil gila. Kau ingat kau hebat sangat ke Anis sampai tak nak doa? Saya doa dalam hati :') Tapi dia sangat humble, siap tadah tangan untuk memohon restu yang Maha Esa agar dipermudahkan urusannya sebentar nanti. Eceh.. Kemudian dia pakai songkok. Oh.. sucinya muka awak. Kenapa saya tak mintak FB awak T___T

Okay, perang bermula. Muka aku nampak cool. Tapi jawab merapu. Padahal topik bukan susah pun.

Ur college/school is going to organise a talk to young people. Suggest the best topic that can be choosen for the talk

Aku cadangkan topic 'How To Manage Stress' Waddefish! Senang gila kot! Tapi kenapa aku macam stuck?! Masa tu sumpah rasa macam nak nangis. Then tiba turn Candidate C ni *asyik cerita pasal Candidate C. Kau test dengan dia seorang je ke? Mana Candidate B dengan D?* Oh.. Candidate B dengan D tak berapa menarik perhatian aku. So kau duduk diam-diam. Haha kejam.

Tiba masa untuk Candidate C aka Abang Songkok yang comel lagi suci. Dia dapat topic 'How To Be A Better Person' Mukadimah dia sangat WOW! Tak macam aku T___T Dia punya speaking, tak payah ceritalah. Sumpah fluent gila. Aku tak ada rasa tercabar, tapi rasa tergoda. LOL Aku rasa dia course 'Asasi Law' Kalau nak sambung degree dalam Law kan kena Band 5 ke atas. Lepas tu siap dengan akta apa kebenda ntah. Aku pulak pura-pura dengar sambil angguk-angguk. Padahal tengah merangkak nak paham dia cakap apa. Bhahaha :p

Okay proceed to discussion. I loiike bebeh! Aku suka bila time argue ni. Boleh carik salah orang. Haha.. Alhamdulillah, aku rasa mark untuk discussion ni boleh back up mark aku yang macam harem kat individual test tadi. Hm mungkin aku Candidate A. Sebab tu gugup lain macam sampai merepek tak tentu hala. Tak habis-habis cerita pasal mat rempit, dadah, bunuh diri bla3 -.-

Okeh, memandangkan topik ni takde gambar, mari kita layan gambar aku ke kenduri kahwin semalam. Hoyeh2! TQ Abang Sam! Maaf, gambar tak ada dalam entry ni. Lepas ni okeh. Nak edit-edit gambar dulu. Hehe ;D


Drift Bikin Wa Pening

Ayat macam minah rempit padahal drive kereta je pun. Haha.. Hari ni hari yang thrill. Aku berjaya drive dalam hujan lebat siot! Tepuk tangan! Eh lupa nak bagi mukadimah. Assalamualaikum.. helo anda bertemu lagi dengan tuan blog yang kiyut miyut macam hamster ni. Saya baru pulang dari kenduri kahwin semalam. Sebab tu semalam tak dapat update blog sebab pengsan.

Semalam aku jadi driver kawan-kawan aku ke kenduri kahwin Abang Ariff Erzanie yang kachak bergaya pakai baju warna oghen. Eh.. bukan Ariff yang kahwin. Tapi kakak dia. But.. hell yeah kita dah dewasa. Mana tahu lepas ni aku akan drive ke kenduri kahwin kawan sendiri? Hape haku mengarut ni. Pfftttt!

Plan nak keluar rumah pukul 2. Tapi masing-masing lembab macam kura-kura so agak lambat sikit. Dahlah sesat. Nasib baik wa ni cukup berkaliber nak drive dalam hujan lebat. Serius lebat gila. Dahlah jalan berbelit-belit macam nak ke Genting Highlands T____T Dengan penumpang yang memekak tak reti duduk diam. Dapat bayangkan tak macam mana? Huhuh.. So far so good tapi aku fail kat U turn. Bhahaha :p

Sampai sahaja rumah pengantin, kami kena palau selama setengah jam. Bermaksiat sebentar dalam kereta sambil camwhoring guna dslr Abang Sam Bunkface *percaya ke?* Gambar nanti wa upload. Abang Sam tu lembab sangat upload gambar. Wa baru ingat nak tolong lu carik jodoh.

Makan-makan, karok-karok, tapau-tapau, salam-salam then pulang. Sekarang I let my hubby drive. Tak ada lesen. Tapi bawak macam Alex Ferguson (?) Hampir nak langgar Audi kau -.- Tapi tak apa. Kesilapan mematangkan kita. Wakaka.. Lepas hantar Abang Sam dan Adik Ecah pulang, aku biar suami drive sendiri ke rumah dia. Aku penat nak drive tapi aku yang sibuk membebel kat sebelah. Rupanya membebel lagi penat daripada drive -.-

Lepas semua selamat pulang, sekarang my turn pulak untuk drive dari Sri Gombak ke Pandan Indah. Rasa hebat pulak bila drive senja-senja diselangi hujan rintik-rintik air bergelora~~ Aku tunggu jugak kalau-kalau ada mat rempit yang nak kenyit-kenyit mata kat aku masa aku drive sendiri. Hehe.. *Ampun bang, ampun*

Ada gambar ni je.
Waklu ah Abang Sam :p

Saturday, October 23, 2010

Cara Letak Widget Formspring Dan Twitter Pada Sidebar

Click imej kalau tak nampak. TQ :)


Tadi bukak account Nuff. Click kat 'Kata Kekunci' dan saya dapat atas tu. Fokus pada kotak warna merah tu dulu. Yang pink nanti aku cerita. Dua kali awak search tutorial tu dan pergi ke blog saya. Sorry, saya tak provide tutorial tu sebelum ni. Okay, meh saya ajar *mood sopan. Mana tau yang Google tu lelaki. Wakaka*

Mula-mula masuk account Formspring awak. lepas tu click pada setting. Nanti kat sebelah kiri dia awak akan nampak tab Profile, Privacy, bla3.. Awak click pada widget. Nanti akan keluar macam ni



Follow nombor yang saya bagi tu. Nanti dah puas hati, awak preview dan ambil code tu. Nak paste kat mana? Paste kat dahi! Haha okay terkasar sudahh.. Ni ha.. paste sini
Dashboard > Design > Addd A Gadget > Add HTML/Javascript > Paste > Save
Okay dah settle dengan Formspring. Sekarang kita proceed dengan install widget Twitter macam yang ada kat sidebar saya tu. Login account Twitter. Lepas tu pergi settings dan click tab Profile. Nanti akan keluar ini:


Click pada kotak warna merah tu. Pilh kat 'My Website' dan seterusnya click Profile Widget. Editlah apa-apa yang awak nak kat situ. Lepas semua siap, tekan 'Finish and grab code'. Awak boleh install terus kat blog by clicking button Blogger tu. Kalau nak manual pun boleh. Copy code dia dan ikut step macam biasa yang saya tulis atas tu.

Oh lupa nak bagitahu. Pasal kotak warna pink kat gambar mula-mula tu, no komeng! Wakawaka ;D


Friday, October 22, 2010

Liese Hair Colour!

Menjaga kanak-kanak yang baru membesar bukanlah sesuatu yang menyenangkan bagi si pemalas macam aku. Lasak gila! Naik uban kat kepala aku, padahal akak muda lagi nyah. Suwit 18 giteww.. Haip! Aku masih belum ada uban. Tadi saja nak nak buat sapens. Haha saspens tak? Ngehehe~~

Actually aku baru discover satu pewarna rambut ni. Aku baca artikel dia dalam majalah Remaja edisi 15 Oktober. Ala.. yang ada muka Abang Sam dengan Kak Almy tu.. Kenal? Heh.. Nama pewarna rambut ni Liese. Apa yang buatkan pewarna rambut ni lain dari yang lain ialah cara dia mewarnakan rambut kita. Hoh? Tak paham? Okay macam ni.

Biasanya kalau awak guna pewarna rambut macam Wella ke, Calista ke.. cara nak pakai dia complicated kan? Kena sapu betul-betul kat setiap inci rambut dan kena balut rambut sampai berapa jam bla3... Oh sangat rumit. Saya tak suka. Tapi, perwarna rambut Liese ni lain! Dia bertindak macam syampu. Apa yang you guys kena buat hanya gunakan pewarna rambut ni macam syampu. Then bila korang cuci, rambut korang akan berubah warna. Yes, ini permanent. See! As simple as ABC! I want this!!

Produk ni keluaran KAO Corporation. Antara warna yang ditawarkan ialah Sweet Pink, Cassis Berry, Mocha Orange, Milk Tea Brown, Marshmallow Brown, Glossy Brown, Chestnut Brown, Dark Chocolate, Chiffon Beige dan Ash Brown! Bawah ni ialah senarai pewarna rambut Liese. Sweet kan? Aku macam berminat dengan Ash Brown, kotak last tu. Tapi Ash Brown dengan rambut hitam macam tak ada beza je. So nak pilih warna coklat lah. Hehe..

Produk ni boleh didapati di AEON Wellness, Guardian, Sasa, Jusco, dan Watsons yang terpilih. Harga sekotak ialah RM38. Er.. tergamam kejap. Ada sesiapa nak belanja saya? Hihik.. Btw semalam dah try carik Liese ni kat Watsons Tesco Ampang. Ala.. tak ada. Lastly aku beli Wella Decor yang botol kecik warna purple tu. Murah je. Tak sampai RM 6. Tapi tak puas hati sebab warna tak terang. Tak dapat nak menutupi uban degil T_____T

Hehe entah tiba-tiba masuk mood Hanis Zalikha pulak hari ni. Tiba-tiba rasa nak promote barang. Wakaka! Takpe, nama kitorang hampir sama. Nama saya Anis Shuhada. Sama cantik macam kak Hamis Jalikha. *tipu*


Blog Ringan Macam...

Blog ringan macam? Macam Ninie? Oh boleh-boleh. Saya suka jawapan tu. 10 markah untuk awak. Heheh.. btw sekarang aku murah hati nak share info kat u guys pasal blog. Nak buat tutorial, tak boleh sebab old editor ni tak boleh nak read HTML literally. Tutorial baru dah ada kat draft blog. Next month wa publish. Ngehh..

Btw untuk pengetahuan u guys, aku tak berapa suka BW. Sebab tu income Nuff aku tak naik-naik. Pemalas punya budak -.- The reason why aku tak berapa suka BW sebab aku malas nak tunggu blog berat load. Makan bandwidth bb lak tuh T____T

So, ni aku just bagi info secara roughly lah. Dari pandangan mata kasar aku :p

First tips is, jangan letak terlalu banyak widget kat sidebar. Aku rasa semua orang tahu pasal ni. Makin banyak widget, makin berat blog tu. Dan makin lama blog nak loading. Dan untuk orang macam aku, aku akan tekan button pangkah warna merah tu je kalau aku fed up tunggu T___T

Nak letak music player boleh. Tapi seeloknya letaklah yang YouTube player tu sebab senang orang nak mute. Elakkan guna music player yang ada tulis 'Gratisan Music' apa ntah. Lupa.. Eh yang Gratisan Music tu ada button mute ke?? O.O

Jangan letak banyak accesories. Maksud aku macam effect snow kat blog. Yeah, memang blog nampak suwit dan sejuk giteww tapi berat kot. Aku pernah buat blog sorang budak ni dan aku tambah effect snow tu, dan nahhh blog nampak macam cacat. Lagipun blog yang ada snow effect ni hanya akan nampak kemas bila guna IE. Bila guna Chrome macam tak berapa sangat lah. This is based on my experience.

Sebelum ni aku ada guna sparkle cursor and hell yeahh blog aku nampak cacat. Wa tak suka. Blog aku macam makin lebar pulak bila guna widget tu. So aku buang sparkle cursor :B

Jangan letak terlalu banyak gambar kat sidebar. Aku pun ada jugak letak gambar gediks kat sidebar tapi setakat sehelai dua sudah memadai *bekap diri. Wuwuwuw T____T*

Baiklah, aku tak kata blog aku ringan gila. Kalau nak usha blog paling ringan, klik sini dan sini. Korang kira sampai sepuluh. Mesti blog dorang ni dah siap loading. Pehh salute2. Maklumlah, laki kan. Mana suka sangat accesories ni :p

Thursday, October 21, 2010

Tag Paling Panjang Dalam Sejarah

I received a tag from my blog’s fren. Panjang kot tag tu. Paling panjang dalam sejarah aku berblogging. Tapi tak apa, sebab cuti sem aku ni membosankan, aku rela jawab tag panjang-panjang. Huhu.. Mula-mula i need to list out 25 things people should know about me. Err should know? Korang hard up sangat ke nak tau? Tak kan? Bagus! Nah, nak baca silakan. Taknak baca sudah. Pada siapa2 yang ada hati nak mengorat aku tu, baca dulu. Ingat senang nak tackle aku? *ayat mintak kaki*

1) Senang emo tak pasal-pasal.

2) Cepat tacing tapi simpan dalam hati

3) Benci ikan mati. I mean, ikan dalam akuarium tu. Geli siot tengok kepala ikan tu tercabut kena sedut kat apa ntah nama benda tu

4) Cepat syok sendiri. Wakaka

5) Baik hati? LOL

6) Pemalas

7) Muka tembok

8) Pemalu

9) Cool ;D

10) Nak tengok aku mengamuk. Naa.. no way. Allah tak suka. Hins2

11) Tak romantik -.-

12) Kedekut

13) Tak suka keluar merewang tak tentu pasal

14) Takut nak drive kereta dengan kebenaran family. Tapi kalau bawak curik2, aku berani

15) Kadang2 aku boleh jadi sangat protective. Kadang2 aku boleh jadi sangat lembik

16) Low self esteem

17) Bercita-cita nak jadi adik Scha AlYahya ;D

18) Penakut

19) Susah nak tunjuk rasa sayang kat orang :B

20) Senang menangis. Duh~~

21) Seriusly, saya tak rindu zaman sekolah. Kah3

22) Suka buat kerja last minute

23) Wa bukan kaki gosip

24) Tak addicted kat mana2 artis

25) Outdated

Fuhh puas aku perah otak untuk pikirkan apa yang menarik tentang diri aku. Eh tapi kenapa macam banyak yang membosankan? Ahh tak pedulik. Sekarang, aku kena tag 25 orang untuk jawab tag ni. Har2.. sini aku nak habaq mai

Siapa2 yang nak jawab tag ni amat dialu2kan.

Jemput tambah nasi ye. Keh3 ;D


Monday, October 18, 2010

Tutorials

-Click the above picture for a basic blog tutorials-

 U are allowed to copy my tutorial, but credit to me :)
If u have any inquiries regarding blog, try to Google it first. There are many bloggers provide tutorials. But if u still wanna refer to me, just ask me on my Formspring. I will give u the tutorial's link. TQ :) 

Tutorial Blog

1) Cara 'Center'kan Widget Pada Sidebar
2) Cara Tukar Emoticon Comel Pada ShoutMix
3) Cara Letak Iklan Nuffnang 'Large Rectangle'
4) Cara Disable Right Click
5) Cara Hide Shoutmix Chat
6) Cara Tukar Background Blog
7) Cara Letak Post Divider
8) Cara Tukar Font Pada Sidebar Dan Post Title
9) Cara Nak Private Blog HOT!
10) Cara Tukar Newer Post, Home, Older Post Dengan Image Kiut HOT!
11) Cara Pasang Cute Profile Pada Blog HOT!
12) Cara Tukar Background Old Template
13) Cara Pasang Favicon Pada Blog
14) Cara Letak Widget Formspring Dan Twitter Pada Sidebar
15) Cara Reka Banner Sendiri
16) Cara Letak Youtube As Music Player

Banner Buddies







Create your own banner at mybannermaker.com!Photobucket

Cara Reka Banner Sendiri

Sila tekan ctrl+c untuk copy code di bawah. TQ :)

Ada yang tanya kat formspring macam mana nak buat banner. Sebelum ni aku ada banner sendiri. Tapi aku dah buang code banner aku sebab.. ahh adalah sebabnya. Aku malas dah nak nak exchange banner lagi. Hohoii apa aku merapu nih?!

Ok, nak buat banner, mula-mula design dulu banner. Buat size 125x125 Tu memang dah size paling molek. Toksah tanya aku lagi. Kalau nak banner boleh gerak-gerak, downloadlah apa-apa software. Aku guna Photoscape and guna Animated GIF untuk buat banner gerak-gerak. Kemudian lepas kau dah puas hati dengan hasil banner tu, pergi imageshack.com untuk dapatkan direct link banner kau tu. Lepas semua settle, sekarang ambil code ini:
<img src="Direct Link" /> <br /> <textarea style="text-align:center" rows="4" cols="22"><a border="0" href="http://url blog.com" target="_blank"><img src=Direct Link></a></textarea>
Masukkan kau punya direct link banner. Ada dua kan? Letak direct link kau kat dua-dua perkataan tu. Jangan lupa jugak letak nama blog kau kat url blog. Settle? Sekarang..
Dashboard > Design > Add A Gadget > Add HTML/Javascript > Paste code tadi > Save
Okeh, siap sudah! Btw kalau kau malas sangat nak buat coding bagai, lawat site ni mybannermaker.com Aku tak pernah pergi site tu. Kalau kau rajin, pergilah. Kui2


Credit: Shabby Blogs via sitimaisarahzulhaimi.blogspot.com

Sunday, October 17, 2010

Seram

Selamat malam! Dah lama tak update blog dengan kisah sendiri. Sekarang mari saya sajikan kamu dengan kisah seram. Yay! Seram ke? Err seramlah jugak. Berlaku dalam rumah aku pulak tu. Damn.. Nak tahu? Mari baca.

Dua malam lepas, aku ada masalah sikit yang menyebabkan aku menangis sampai bengkak2 mata dan tak boleh tidur. Pukul 5 pagi kot baru aku tidur. Sepanjang malam aku busy dengan online tanpa tujuan. Around 12 am, perut memulas-mulas so pergi toilet dengan senang hati. Kat hall ada mak, mak cik dan adik aku. So tak takutlah jalan dalam gelap pun. Lepas selesai urusan, aku lepak sorang-sorang dalam gelap kat dapur sambil minum air. Then masuk bilik and sambung online. Tiba-tiba pukul 1 am, radio kat luar tiba-tiba terpasang and sound memang kuat gila. Aku ingat radio tu yang gila tiba-tiba on sendiri. Maklumlah, radio uzur. Huhu..

Pukul 2 am, sakit perut lagi. Pergi toilet dengan muka selamba dan lepak jugak dalam gelap sambil minum air. Masuk bilik, dah bosan online. Golek2 kejap atas katil, akhirnya lepas Subuh aku terlelap. Keesokan hari, aku bangun pukul 12.30 tengah hari dan makcik aku ceritakan sesuatu yang sumpah seram gila bagi aku. Sebenarnya radio semalam yang tiba-tiba on tu ada 'benda' yang tolong buka kan. 'Benda' tu menyerupai my dad. My aunt cuma nampak belakang 'benda' tu yang pakai seluar pendek hitam dan tak ada baju. Serbijik macam my dad. Tapi.. tu bukan my dad sebab my dad dah tidur dalam bilik. Makcik aku kata, lepas 'benda' tu on radio, dia terus menghilang kat toilet.


Gulp?? Tak nak pergi toilet malam-malam lagi  T_____T

Award Untuk Follower Ke-100

Hello semua! Sorry lambat update entry. Semalam memang superbusy sampai tak ada masa nak update blog. Baiklah, seperti yang aku janjikan, award untuk follower ke-100 sudah siap. Untuk dapat award tu, korang tau kan aku kata apa? Korang kena shout kat shoutbox aku. Semalam bila aku intai kejap blog, tup2 follower ada 105. Aku kira balik, yang bertambah ada 4 orang. So maknanya ada follower aku yang tak ada gambar lantas tercampak jauh ke list follower yang paling belakang. Sorry, sangat susah untuk aku detect siapa orang tu. So pada yang shout tu, ini award kamu. Err kamu lelaki ke?? Sorrylah kalau award ni terlalu girlish. Wakaka ;D

Jerit macam ni! :D

Nampak tak kotak tu? Shout macam tu. Haha pls jujur ye.. Jangan shout sembarangan sebab award ni memang khas untuk follower ke-100 aku. TQ for ur support kawan-kawan. *lap air mate dengan hingus* Ni award dia, TADA!!

Especially for you :D

Maaf, aku target akan dapat follower perempuan. Tapi rupanya lelaki da.. Sorry sebab ada warna pink. Haha aku cuba untuk buang elemen warna pink sebab aku buknnya suka sangat warna pink. Tapi, pink tu kan warna universal yang ramai perempuan suka. Haha :D

Tenkiu follow blog ini ye.. Nah saye link nama blog kamu besar-besar. Guys, check dis out!

Blog kamu ada malware detection. So I takut nak view ur blog :(


p/s: Sanggup tukar browser dari Chrome ke IE sebab Chrome aku tak boleh nak upload gambar. Haihh besar pengorbanan aku. Kalau korang tak sayang aku, tak tau lah. Muahaha ;D

Saturday, October 16, 2010

Tag And Award From Mieyrah

Hello readers. Sorry pasal entry tadi. Tu protected entry. So all my followers tak boleh baca sebab ada password. Lagipun, kalau aku nak spill out kat blog and bagi korang baca pun macam tak manis pulak kan. Hehe.. So sekarang aku dapat tag dan award dari Mieyrah. Mari lihat award dia dulu :D

Sila click untuk ambil award ni :)


The questions are...

Apa nama gelaran yang kawan-kawan pernah panggil kat korang yang korang rasa lawak dan lucu?
Err aku ada tiga nick. Tapi rasanya tak ada yang lucu pun sebab semuanya molek2 belaka. Huhu member biasa panggil Anis. Bila masuk uni, kena beralah guna nama Shu sebab ramai nama Anis kat kelas. Kat blog pulak, asalnya guna nick Annyss. Tapi sebab macam payah sangat nak eja Annyss tu, so aku tukar jadi Ninie. Macam gedik je nama tu. Tapi aku kisah apa? Hehh :B

Korang selalu lawat blog siapa?
Aku selalu lawat blog yang ada dalam senarai bloglist aku sebab entry mereka memang 'Superrrr Power!!'

Apa yang korang rasa Mieyrah patut improve untuk blog dia?
Tak payah tukar apa-apa sebab blog tu kan ikut citarasa individu :D  Blog Mieyrah warna purple dan purple tu sangat sweet!

Dalam seminggu, berapa kali korang buka blog Mieyrah?
Bila Mieyrah ada buat new entry, saye akan baca entry tu dan automatically, akan buka blog dia. Kan2? Hehe..

Sila pass reward ni pada sesiapa yang korang rasa blog dia comel.
*Cik Cici
*Cik Liya Laa
*Amira Najwa (Mya)
*Mai
*Cik Sakura
*Cik BG


Kalau boleh rasa macam nak tag semua follower sebab most of my follower blog dorang memang lawa-lawa. Tapi nanti penat pulak nak blogwalking bagitahu pasal tag ni. Kui2.. btw ayat soalan atas tu boleh tukar ikut selera. Untuk nama, tukar je Ninie.  *pehh suka hati je nak tukar soalan orang. Haha hei bukan tukar soalan. Tapi tukarlah style ayat dia. Kalau rasa diri tu rawk, guna wa-lu pun bolehh. Hiks :B*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...