Tuesday, November 30, 2010

What's Up With Bubble Tea?





Betul tak aku eja bubble tu? Satu B ke, double B eh?? Maklumlah dah tua. Nak eja buih pun tak reti *tiba2 panggil buih* Korang pernah tak minum bubble tea? Atau dalam istilah saintifik dia, teh buih. Oh dia bukan teh. Aku sendiri kurang pasti kenapa dipanggil bubble tea. Tapi yang aku pasti, setiap kali aku pergi kat Igloo kafe Raffle bawah ni, aku akan sebut "Kak, bubble tea watermelon satoooo!"

Actually bubble tea tu ialah benda bulat-bulat, kenyal-kenyal, tawar-tawar, hitam-hitam *eh asal macam lucah je nih* yang orang kedai tu akan letak dalam drinks eg: milkshake or ice blended. Kalau milk shake, aku paling suka watermelon+bubble tea. Nyum3.. Actually masa mula-mula beli, aku beli perisa blackberry strawberry. Tapi entah apa tak kena, perisa strawberry macam cannot go dengan tekak aku. Heh gedik :p

Kalau ice blended pulak, aku suka Chocolate Blog yang ada dijual kat kiosk Coolblog. Awak, nama kiosk tu memang Coolblog. Awak jangan ingat dia blog macam blog ni haa (?) Bila keluar dating kat mana-mana shopping complex, benda pertama aku carik ialah Coolblog ni lah sebab nak carik Chocolate Blog. Alasan dia, lebih baik aku kunyah bubble tea yang kenyal-kenyal tu daripada commolot. Haip! Pecah rahsia :p So far, kat Times Square dan Mines Wonderland ada satu :9

Btw esok hari jadi hero kesayangan saya, Encik Mohd Nasir! :D Ehem..

HAPPY BIRTHDAY ABAH.
SORI ANAKANDA TAK DAPAT PULANG BERAYA (?) MINGGU NI.
MINGGU DEPAN ANAKANDA BALIK.
ANAKANDA DOAKAN AYAHANDA MURAH REZEKI, SIHAT SEJAHTERA DAN DIPANJANGKAN UMUR. ANAKANADA RINDU AYAHANDA :'(

p/s: Malam ni selsema teruk. Kesianlah kat haku T___T

Monday, November 29, 2010

Pesan Mama

Minggu ni terlanggar janji la pulak. Hihi ingat tak nak balik rumah minggu lepas. Tapi terbalik (?) jugak. LOL kalau Sabtu dan Ahad ni tak ade kelas, aku tak balik minggu lepas tau. Ceh ada ke patut buat replacement class hari Ahad? Odem dahlah tu hari otak lembab aku T___T Ehee eh tapi tak baik mengeluh. Nanti ilmu tak berkat :p

Hari tu masa otw balik dalam kereta, aku bagitahu mak aku pasal aku nak masuk diploma. Then mak aku bagi nasihat dengan cara paling berhemah. Aku suka nasihat tu. Bunyinya cenggini:

" Mama kalau boleh nak kau terus masuk ijazah. Belajar lama-lama mama takut kau boring. Diploma lama, dah lah kau buang masa kat asasi setahun. Lepas tu nanti masuk pulak ijazah. Kang tak kahwin kau nanti "

Yeh saya suka tang tak kahwin tu! Ohh mama aku bagi maksud tersirat. Means dia tak sabar nak timang cucu. Hins *gelak2 sambil nampak gigi* Hm ekceli aku tak kisah pun nak belajar sampai umur aku 27 ke 28 ke.. Tapi tu lah. Pompuan ni tau-tau jelah. Makin naik umur, makin tak laku. Mak aku tak nak aku jadi camtu kot. So target aku habis belajar umur 25, dalam masa setahun carik duit dulu lepas tu umur 27 baru kahwin. Orait tak?

Oleh tu, HEI ENCIK PAKWE, MAMA SAYA TAKNAK SAYA KAHWIN LAMBAT. SO CEPAT-CEPATLAH KERJA LEPAS TU SARA HIDUP SAYA :p


The coolest parents on earth!
Sayang mama dengan abah <3



Saturday, November 27, 2010

Sebab Gatal Sangat

Korang percaya tak korang ada bau korang sendiri? I mean , bau semulajadi dari badan korang. Mula-mula aku tak percaya setiap orang ada bau dia sendiri sampailah aku tidur bertemankan baju abang randy malam ni. Ai baju je ke mampu? Haih nak buat macam mana, tak halal lagi. LOL

Actually setiap kali dating, dia mesti akan cakap, “Awak ni bau baby lah” Hins malu haku. Tang mana datang bau baby entah. Nak kata bau lotion, aku bukan penggemar lotion. Nak kata penggemar perfume, wa layan minyak atar yang beli kat kedai 2 hingget tu je der. So, mana datang bau baby? I dont believe him until dia kata dia pernah hidu bau yang sama macam aku masa jumpa perempuan lain. Ehemmmmmm! But that smell buatkan dia teringat kat aku. Statement macam ghairah+saiko gila +___+

And yeah malam ni haku tersipu-sipu malu bila cium and belek baju dia. Er sebenarnya macam ni, last week masa kitorang keluar dia bantai pakai baju 2 lapis. Dalam kemeja, luar sweater. Ape awak nih pakai baju banyak-banyak? Then dia rimas, dia suruh aku simpan kemeja dia dalam beg aku. Akibatnya, baju beliau aku terbawak ke Puncak Alam. Keh3 tapi segan ah nak cium baju dia kat depan roommate. Tak pasal-pasal kena cop gila nanti T___T


Dia memang suka baju dua lapis :B


Oh sebelum entry malam ni diakhiri, saya berbalik pada tajuk entry. Sebab gatal sangat buat entry pelik-pelik, maka.....


Terkujat haku.
Ni semua sebab lantang sangat mengkritik kat entry ini




Thursday, November 25, 2010

Jangan Tidur Petang

Memang pelik. Dah 3 kali aku dapat mimpi merapu. Ehmm hai! Sorry ada post lagi hari ni. Kekeke.. sebenarnya penat tau. Pagi tadi punyalah eksaited aku pergi kuliah. Sebelum pukul 8 pagi aku dah terpacak depan lecture hall. Tapi tup2 kuliah cancel. Geram! Ingat aku gembira ke turun naik tangga maut tu? Sekarang pulak baru lepas mencekik nasik lemak. Pasni nak tidur. Haha gemuk :p

Btw semalam masa aku tidur petang, aku dapat mimpi pelik. Pelik gilaaaa.. Dalam mimpi tu aku ada lawatan sambil belajar dengan budak2 sekolah lama dulu. Kitorang buat lawatan kat nuclear powerplant. Kau nak mampos gi situ? T___T Kat sana semua pekerja pakai mask tapi kitorang je tak pakai. Lepas tu, mungkin aku terkena radiation kot.. Tiba-tiba bawah ketiak aku ada tumor. Tak tahulah tumor ke apa, tapi rupa dia macam t*tek. Err jangan bayangkan pls? Aku ada dua pasang benda tu? Homaigooddddddd sepasang pun tak terjaga. Ehem jangan lucah sangat pls? T___T

Aku cerita kat roommate, dia kata ni lah padahnya eksaited sangat nak ambik diploma mikrobiologi. Bila aku terjaga dari tidur, terus aku raba bawah ketiak aku, kot2 ada benda tu. Fuhh.. nasib baik tak de. LOL Okeh nak sambung tidur. Sekarang masih pagi kan? Mintak-mintak tak mimpi pelik T___T Btw pagi tadi mimpi parents pulak. Hmm mama, abah i miss u :'(

Sebelum tidur nak menari poco-poco dengan lagu kakak-kakak angkat aku ni. Nak body gojes macam dorang. Hoot!! *entah bila suka K-pop. Tiba2*





Tuesday, November 23, 2010

Make A Wise Choice


Dear SPM candidates, goodluck with ur examination. Eh? Hai! Hari ni terupdate pulak. Hehe hari ni kuliah cancel. Esok pun tak ada kuliah. So minggu ni banyak goyang kaki je kat kolej. Ini entry serius. Ni tentang masa depan aku. Ingat kan entry sebelum ni aku pernah bagitahu result sem 1 aku yang teruk gila? Masa tu aku dah redha dan aku target nak further Optometry. Tapi bila aku fikir balik, im not really into optometry. Aku nak further dentistry jugak. Tapi dengan result yang teruk, memang mustahil lah nak further dentistry kan.

So semalam aku bukak balik link 'Syarat Kemasukan UiTM' Damn.. kenapalah masa aku isi UPU form tahun lepas aku tak nak refer site ni. Actually kalau nak further degree in dentistry boleh from Diploma Mikrobiology, Diploma Teknologi Makmal Perubatan and Diploma Science. Aku ingatkan nak further degree dalam critical course ni through foundation je T___T

Naif gila kan aku nih. Maklumlah, aku tak tahu nak rujuk kat siapa pasal IPTA. Among my family and relatives, aku ni orang kedua yang dapat masuk IPTA after my cousin. Before this she got in matriculation. Lepas matriculation, dia ambil diploma sebab ehm tahu2 lah. My mum taknak aku jadi macam dia, ambil diploma. So aku ambil asasi. Tapi asasi susah. Too many things to catch up in only 3 months. Im not a fast learner.

So today i decided to fill up the form for diploma Disember intake. But parents aku tak tahu aku apply diploma. Ehm tengok rezeki. Kalau dapat diploma, aku tanya pendapat diorang. If aku boleh masuk diploma, aku target nak dekan every sem. Diploma punya span kan lama. So maybe boleh catch up kalau nak bandingkan dengan asasi Sains yang setahun ni T___T

So pengajaran di sini, pilih baik-baik sebelum isi form UPU. Buat reseach dalam-dalam. Dulu aku ada letak Diploma Teknologi Makmal Perubatan dalam list UPU. Tapi tak dapat. Nak buat macam mana kan. Btw aku tak nak terlibat dalam course lelong. Pls, NO.. T___T


Monday, November 22, 2010

Ringkasan Sebelum Semester Bermula

Title tu macam menipu sikit. Cheh sebenarnya dah start sem. Ni baru lepas panjat tangga 'Batu Caves'. Actually pagi tadi ada taklimat pasal UPU. Susah aku nak dengar apa orang tu cakap. Tak tahulah sama ada aku pekak ataupun suara orang tu yang slow?? Ah whatever.

Ok sem baru, semangat baru. Ececeh.. semalam masa otw balik muka ketat gila. Nampak bangunan purple dari jauh, dada rasa nak meletup sambil kata, 'Taknak balik!" Tapi perjuangan harus diteruskan. Sekarang buku Chemistry sem 2 ada kat tepi. Konon nak study. Kah3

Btw, from now on no daily updates from me *dah terbayang traffic blog akan menjunam secara mendadak T___T * Tapi takpe. Demi study jugak kan? Kan aku nak jadi doktor. Hm yelah tu. So tata ppl. Next week aku update balik. Jaga diri baik-baik and please, NO COPYCATS. Buek ;p



Puncak Alam rindu saya yeee. Wakaka :p
Source: FB UiTM Puncak Alam



Sunday, November 21, 2010

Interesting Blog Award From BG


Ingat tak sebelum ni kat 'Buzz' sebelah aku ada kata aku tak terima award? Heh langgar pantang kejap sebab sekarang no idea nak post apa benda. Award from 'Budak Gemok'. Ehm award ni interesting sebab aku suka soalan dia. HOHO


Q1 : http://ayuajim.blogspot.com/ di mata kamu?
Blog makin ringan. Senang nak bukak. Heheee :D


Q2 : name blog anda & kenape anda letak name itu.
Oh Ninie!
Sebab minat lagu Oh Sizuka! by Pop Shuvit. So letak Oh Ninie!
So abang Pop Shuvit, bila nak compose lagu Oh Ninie! ?? :B


Q3 : name URL blog anda & dari mane datangnya idea tu...
Nama blog Ninie, tapi nama sebenar Anis Shuhada. Hoyeh tak ada kena mengena,
tapi tengok ni, aNIs. Yeh so jadilah NINIE. Err boleh terima tak alasan ni? :p


Q4 : apekah kaedah dalam penulisan blog anda
Ikut kepala sendiri. Tapi tak menyentuh sensitiviti kaum dan no perkataan LUC*H
Sebab aku tak nak blog aku naik sebab benda macam tu *poyo lebih. buek*


Q5 : apa perasaan anda bila tengok blog org chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kdang blog sendiri menarik tapi merendah diri )
Bila blog orang tu cantik, aku selalu bukak untuk cuci mata.
Lepas tu Google tutorial untuk cantikkan blog. Keh3


Q6 : bilakah blog anda diwujudkan
Disember tahun lepas, tapi start post entry in FEB 10 kot


Q7 : siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda
LESBO kesayangan saya, Nuraishah Jani


Q8 : sila tag 5 org lain untk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini...
Siapa nak award ni, boleh ambik. Lepas tu tinggal link kat entry ni keh :D


Soalan cepumas untuk dijawab:
Q1 : http://ohninie.blogspot.com/ di mata kamu?
Q2 : name blog anda & kenape anda letak name itu.
Q3 : name URL blog anda & dari mane datangnya idea tu...
Q4 : apekah kaedah dalam penulisan blog anda
Q5 : apa perasaan anda bila tengok blog org chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kdang blog sendiri menarik tapi merendah diri )
Q6 : bilakah blog anda diwujudkan
Q7 : siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda
Q8 : sila tag 5 org lain untk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini...


p/s: Yeah, update blog dari R2502D UiTM Puncak Alam. Woot!


Saturday, November 20, 2010

I Adore This

Okeh guys, sekarang nak promote kedai blog. Ehm kedai blog? Macam ni, ni online store yang jual barang-barang tu. Tapi saya tak berapa interested dengan blog shop yang jual shawl. Hohoi terlalu jujur pulak haku nih T__T Sebab perangai aku macam budak-budak, so taste pun wajib budak-budak.

Yay saya peminat patung! Teddy bear aku tak minat sangat lagi-lagi kalau bulu dia lebat. Aku resdung. Yeah abang Randy ada bagi saya teddy bear yang besar gila tapi end up aku letak kat bucu katil. Alasan, bulu dia lebat sangat sampai saya tak dapat tidur nyenyak. Sorry pakwe :B

Now take a look at her adorable hand made stuffs! Oh dia jugak ada buat give away. Sampai bila, im not sure. Aku tak join give away ni sebab aku dah order satu. LOL.. Saya order terus sebab dah banyak kali join contest, tapi tak pernah menang. Ehm okay give away tak pernah join. Hehe


Antara patung untuk peserta bertuah GA.
Comel kan? :D



Saya tempah ni, tapi warna merah.
Buat peneman study kat Puncak Alam nanti :D

.
.
.
.
.
.

So apa lagi? Jomlah serang blog shop dia and join her GA!


Nak Beli Ke?

Tajuk entry macam nak jual diri -.- No, saya jumpa sesuatu yang menarik kat blog Echin Nadiossa. Hehe.. Singgahlah blog dia. Okeh, nak tahu tak berapa harga blog awak dan blog awak berada di ranking ke berapa kat Malaysia ni?

Wow benda ni cool. Blog saya berharga RM 61,110.28 Fuhhh boleh beli Myvi sebijik! Weh siapa nak beli blog aku? Lailai.. Wow kalaulah betul blog boleh dijual kan, senang hidup aku. Harga Myvi dalam 40k++ Bila aku beli Myvi hasil jual blog ni, ada baki lagi 20k++ buat shopping baju. Ehmm sorry berangan jauh sangat. Earning Nuffnang dan Churpchurp pun merangkak, lagi nak berangan jual blog T___T Here goes..





Friday, November 19, 2010

Blogsphere

Hello peeps! Dua hari lagi masa yang aku ada untuk berblogging secara aktif. Lepas ni tak boleh lagi dah. Maklumlah, azam sem 2 ialah 4 rata. Woot! Pray for me heh. Btw sementara aku masih mampu blogging ni, i wanna spit out my 2 cents about blogsphere. Siapa terasa, padan muka. Buek :p


Entry #1:


To be honest, saya rasa kurang selesa bila dipaksa follow blog. Depends on my mood. Kalau content blog awak menarik dan awak frenly, saya akan follow. Tak kisahlah sama ada awak dah follow blog saya atau tak. Tapi please, saya cukup pantang dengan blogger yang guna bahasa kasar kat chatbox saya. Pada blogger yang baru nak naik, especially yang umur 13-17 tu, behave ur words. Kalau nak orang follow blog awak, sila blogging secara matang. Tak perlu nak sumpah2 orang yang ada dalam life awak tu. Follower awak bukan kenal pun siapa yang awak kutuk tu. Kan? Cuba tengok blogger2 famous macam Liyana Lunia, Ayeem Ayam, Ailyl Rozanna, Hamzah Ian.. Ada ke dorang kutuk or marah2 orang dalam real life mereka? Tak kan? :)



Entry #2:


Saya jarang baca entry panjang berjela-jela. Biasanya blogger yang buat entry panjang-panjang ni ialah blogger yang famous sebab kecantikan. Contoh Irine Nadia Marcello, Hanis Zalikha, Cik Nadia Bayu. Dorang ada kelebihan kat situ plus bila mereka letak gambar gojes. Yeah, sambil menyelam minum air. Sambil baca entry, sambil cuci mata dan jeles2 tengok wajah cun mereka. LOL ;D Tapi cuba bayangkan kalau blogger tak de nama macam aku buat entry panjang-panjang, ada nak baca tak? Hihi :p



Entry #3:


Create a frenly atmosphere dengan member blog. Trust me, kalau awak baik dengan orang, orang akan baik dengan awak. Sama macam blogsphere ni. Saya sayang kawan-kawan blog saya sebab mereka concern pasal saya. Mereka ialah Echin Nadiossa, Liya Laa, Amirrah Zawani, Miss Durian, Ayeem Ayam. Walaupun tak pernah jumpa, tapi mereka baik tau!! :D


Gambar desktop lappy untuk sem 2 ni. Yay!!



Thursday, November 18, 2010

Beberapa Hari Lagi

Isnin ni sem 2 aku akan bermula. Arghhh tak nak balik!! Nak duduk rumah sampai gemok, tunggu pakwe masuk meminang. Okey, keep on dreaming. Walaupun result sem 1 teruk gila, tapi sekarang aku bangkit dengan semangat baru. Yeah! Nampak tak muka semangat berapi nih? Ehm aku harap aku betul-betul serius sem 2 ni.

Untuk sem 2, aku tak boleh manja lagi. Tak boleh balik tiap-tiap minggu macam sem lepas. Tadi baru tengok jadual sem depan. Huarghh hari Jumaat ada kuliah sampai 5 petang!! Waddeffff.. Kuliah ok, bukan tutorial yang aku boleh skip. Ehmm eh bukan kuliah ke aku paling rajin ponteng? Huehueee.. Tapi, tapi.. ni kuliah Maths. Gila kau nak skip. Aku dahlah buta nombor so kuliah Maths memang kuliah 'feveret'. Aku selalu ponteng kuliah Physics. Haip nakal pompuan ni. Tampo laju2 kang T___T

Btw Isnin lepas aku baru bagitau parents aku pasal pointer sem ni. LOL selepas 2 minggu result keluar, sekarang baru nak bagitau? Pengecut lah aku nih. Luckily mereka tak marah2 tapi bagi aku semangat untuk study betul2 sem 2 ni. Mak aku dah bagi warning, 'KAU JANGAN MENGADA NAK PONTENG KULIAH LAGI!' T___T

Baiklah, kepada semua Asasians UiTM, selamat menjalani sem 2. Jangan sedih2 bebeh sebab cuti midsem 25 Disember ni! Woot2!! Hamboiii tang cuti laju je kau kan makcik T___T

Aku rindu A4, tapi aku tak nak balik Puncak Alam.
Boleh tak macam tu? :p


Wednesday, November 17, 2010

Review Makan Dan Movie

Selamat Hari Raya Haji semuaaaa!! Sekarang saya update blog dari kampung. Bosanlah.. Walaupun coverage broadband Maxis kat sini sangat lembab, tapi okeh lah jugak dari Celcom broadband. Wuwuwuwww.. moh guna Maxis ramai-ramai! :D Okeh, semalam dah puas rehat. Maklumlah penat honeymoon, ececehh.. Sekarang mood nak review filem dan makanan. Nyum2..

Filem tontonan minggu ini: Skyline

Tajuk gempak, poster pun gempak. Tapi rating yang aku bagi untuk filem ni cuma 2 out of 5. Eh suka hati aku lah nak bagi berapa bintang pun :p

Cerita dia macam ni, ada couple ni tumpang holiday kat rumah kawan dia. Lepas tu waktu malam after they had a havoc party, tiba-tiba ada alien jatuh dari langit. Ehm why so suddenly? Lepas tu suka hati nak sedut semua orang bumi dan curik otak dorang. At that time, suami saya kata,

"Macam cerita Mamat Khalid pulak. OTAK~~"
Haha korang tau cerita apa? Mestilah Zombi Kampung Pisang. LOL

Ending cerita ni macam tak berapa memuaskan. Hmm.. untuk orang lampi *lambat pickup* macam aku ni, memang terpinga-pinga bila tengok ending dia. Macam haremm.. Best lagi cerita nasik lemak 50 sen. Wakaka :p

Source: Google


Makanan pilihan minggu ini: Nasi Marrybrown.

Tadi saya makan Nasi Marrybrown kat Bahau. Weh tu nama pekan yang famous kat N9 ni tau. Abang cashier tu hemsemm tahu tapi agak clumsy. Ehm mungkin dia tergamam tengok pompuan KL yang comot macam haku nih T___T

Cerita pasal makanan, aku makan Nasi Marrybrown. Nama nasi, but actually it is a fat rice atau nama kampungnya, nasik lemak. Lazatt.. ehm tiba-tiba terimbas kenangan makan Marrybrown bersama suami kat Genting Highlands suatu ketika dulu. Eh keluar topic. Sorry

Bagi aku, menu kat Marrybrown lain dari yang lain walaupun aku tak puas hati sangat sebab duta dia Mawi T___T Aku suka nasi lemak dan sambal dia. Sedap sampai menjilat garpu. Tapi parents aku asik compare Marrybrown dengan KFC. Adoi.. mereka memang macam tu. Abang cashier Marrybrown, ada masa kita jumpa lagi. Hm.. kacak jugak jejaka N9 ni. Tiba-tiba rasa bangga sebab jadi orang N9. *tolong jangan perasan. Saya orang Kampung Pandan sebelah Tesco Ampang tu*

Source: Google


p/s: Maaf, tak berapa reti buat review. LOL


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...