Friday, December 31, 2010

Harga Yang Perlu Dibayar

Tadi sign in blog dengan perasaan kecewa. Konon nak mengadu kat blog sambil tepek lirik lagu besar-besar. Bila dah sign in, benda pertama aku tengok mestilah update-update terbaru blog kan. Scroll macam orang tak ada perasaan. Suddenly, aku tergamam kejap.

"Eh muka aku?? Bila pulak aku buat entry baru ni?"

Huaa tergamam sekejap bila adik Hani yang kiut miut ni buat entry pasal aku. Sobs terharu. Boleh berdiri sebaris dengan Liyana Lunia tahu? Korang jeles tak? Ni sebab aku bagi link ke tutorial dia. No hal lah dik ;) Blog dia warna pastel. Sejuk mata memandang. Tak padan dengan umur 13 tau budak kecik ni. Haih akak ni dah tua bangka baru nak ada blog. Teruskan blogging ok Hani. Be a nice blogger. Jangan ada hasad dengki, and sentiasa friendly dengan orang yang sudi singgah ke blog kita. Barulah ramai sayang. Hehe :D

To be honest, in real life aku ni pemalu, tapi dalam masa yang sama baik hati *tiba-tiba* Apa-apa punnnn tenkiu Hani sebab berjaya hilangkan sedih akak ni bila baca entry tu. Tapi macam agak terkejut jugaklah bila beliau kata gambar gigi braces aku tu dia google je. Err serius ke dik? Risau plak dah. Ok nak bukak gadiscomel.com Nak check kalau-kalau ada gambar terlepas ke situ T___T



p/s: Terus google nama sendiri secara tiba-tiba. HAHA ingat kau femes sangat ke anis =.="


Hello Kitty blink2 utk Hani :)




Thursday, December 30, 2010

You Have All The Qualities!

Halo3.. hehe sekarang trending now kat twitter semua nak cerita pasal betapa hebaknye goal keeper Malaysia, Khairul Fahmi. Hey entah bila pulak aku minat bola kan. No la, ni semua sebab top tweet tu. Dan boleh tahan jugak wajah beliau. Oh tiba-tiba rasa macam gatal-gatal badan sekarang ni. Pffttt~~

Actually, untuk pengetahuan awek-awek semua, beliau sudah berpunya ok? So tak payah nak hard up sangat. Macam aku, even aku buat entry berjela-jela, tak mungkin beliau pandang aku. LOL.. aku like page dia dan view his personal photos. Ada photo ni sangat-sangat sweet, Khairul Fahmi pakai tshirt I Love Her. Gf dia pulak pakai tshirt I Love Him. See, sangat down to earth :’) Kalau balak kau, ada nak pakai tshirt macam tu?? TAK KAN? T___T

So bila beliau dah up secara mendadak ni, i hope dia tak kan lupa orang sekeliling dia yang sentiasa sokong dia sampai dia berjaya. So betullah kan, “every successful man, there is a woman behind him”. So tak nak lah jadi macam kembar tu. Ala, kembar tu.. eh i wonder, mana mereka??

Apa-apa punnn, yeah i heart Malaysia! And congrats to Elia sebab berjaya tawan hati lelaki paling wanted buat masa ni. Huhu take care of him *sambil kesat2 hingus*



Dan2 je wa google wajah beliau.


Terimalah kuih tat nenas perisa maggis yang telah haku gigit separuh sebagai tanda kejayaan awak menjadi golkeeper terhebak abad ini. Yeyeyey!




Monday, December 27, 2010

The More I Think, The More Confused I Get


Pagi tadi pergi Bank Islam, konon nak bayar yuran pengajian. Dah jejak kaki kat dalam bank and pergi ATM nak keluarkan duit elaun. Tapi tup-tup elaun aku tak masuk lagi. Kalau kau, kau bengang tak? Iskk bukan bengang dengan elaun tak masuk, tapi aku bengang dengan diri sendiri sebenarnya. Hihi tu lah, sebelum ni tak nak check betul-betul T___T

Keluar bank dengan perasaan hampa. Balik rumah, isi form upu. Isk dah lah aku lupa angka giliran muet aku, slip pun dah campak ke mana. Then cgpa kokurikulum pun aku tak tahu. Hei asal hari ni kusut sangat. Bila tengok list degree, terus gigit jari. Erkk jiwa masih kat dentistry tapi.. tapi wa sedar diri. So agak malu jugak nak letak dentistry kat pilihan pertama :'(

So pilihan adalah begini:

1) Optometri (UiTM)
2) Ijazah Sarjana Muda Optometri Dengan Kepujian, (UKM)
3) Pemakanan dan Dietetik, (UiTM)
4) Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Biologi), (UKM)
5) Sains (Biologi), (UTM)
6) Doktor Pergigian (UKM)
7) Pemulihan Cara Kerja (UiTM)
8) Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi), (UM)

Haha ada jugak tu terselit dentistry wa cakap lu! Eh kena jugak letak dentistry. Mana tahu UKM tiba-tiba berminat nak ambik pelajar macam aku. Eh perasan gila :p Kalau korang perasan, semua course yang aku pilih macam more to hayat kan2? Heh seriously im not into engineering, nak kira-kira apa jadah semua. Tu optometry pun aku kena pura-pura suka Physics. Kalau tak, nak buat apa lagi dah. Aku nak title doctor. I mean pure doctor. Bukan doctor sebab phD. Erghh macam pathetic gila. Tapi tu lah hakikatnya. Apa-apa pun, doakan saya :/


Friday, December 24, 2010

Manglish Itu COOL!

Selasa lepas ada presentation Physics. Gila ah. Carry marks untuk presentation tu cuma 5% je. Tapi effort untuk laksanakan tugasan tu mengalahkan task orang nak buat proposal juta-juta. Haha for my class, ada 8 group. Group aku ada 4 orang. So nak tak nak terpaksalah bersuara barang sehelai dua T___T Sebenarnya yang buatkan kitorang kalut sebab evaluator kitorang is Prof Haji Ahmad which is our former Physic's lecturer masa sem lepas. Sem ni kami tukar lecturer. So tu yang malu-malu kambing bila jumpa Prof for the second time. Wekk!

Hmm fyi, aku ni sangat low self esteem. Aku tak berapa confident nak cakap dalam BI. Sebab bila aku cakap BI nanti mulalah suara aku menggeletar and mulut ni mulalah pelat lain macam. Argghh tiba-tiba pulak pelat =.=" Sem lepas pun ada presentation, tapi untuk Bio. First presentation masa tutorial. Dahlah chapter tu aku tak khatam habis. Then tup-tup aku kena explain pasal synthesis of nucleic acid. pfffttt.. Then second presentation masa kat lecure. Kau bayangkan kena buat presentation kat depan 200 pasang mata!! Homaigod serius aku speechless. And hell yeah, aku memang speechless. Aku tak contribute apa-apa pun kat group aku. Aku cuma mampu tersengih je kat depan tu. Sebab serius aku tak mampu nak bercakap. Tangan aku dah sejuk gila. Kalau boleh rasa macam nak pengsan time tu jugak T___T

The reason why aku rasa macam tu sebab aku takut kena gelak kalau-kalau grammar aku salah, vocab salah or lebih teruk, aku BI kan BM. Paham tak? Tu memang hobi aku sejak azali. Contoh, kad pengenalan dalam BI, identity card. Then aku panggil introduction card T___T

Then masa MUET, aku kantoi masa individual speaking test. Entah apa aku bebel, aku sendiri tak tahu. Tapi masa group discussion, Alhamdulillah i did it well. Ehm okeh la. First time aku puas hati dengan pencapaian sendiri. Kah3..

Berkat test MUET tu, aku mula gain confidence untuk cakap BI. Yang jadi mangsa gaduh dengan aku, pakwe aku lah. Dia memang suka kenakan aku. Suka jatuhkan keyakinan aku. Erghh tapi tak apa. I build up my confidence slowly :')

Maka, pada hari presentation Physics, aku mampu bercakap dalam BI secara err fasih jugak la kot?? Hihikk.. walaupun grammar dah berterabur sana sini, tapi tetap maintain muka comel masa explain pasal graph. Heheh..

Tapi untuk blog ni, aku masih malu-malu nak type entry fully english. Hm segan kot kalau ada budak-budak palam baca. Kadang-kadang bila aku baca entry mereka, aku terfikir "Oh kerdilnya english aku." Iskkk :'( Oh tapi tak apa. Mari kita improve sama-sama :D Btw kalau ada budak palam yang baca ni, jangan gelakkan saya. Malu nih T___T dan kalau boleh jangan panggil haku ninie. Kang tak pasal-pasal haku terjun bangunan FPTP tu sebab lawak sangat orang panggil aku guna nama tuh. Ngehhehehe :p


My future baby fizi. Nanti bila fizi dah besar sikit, mommy ajar fizi cakap omputih keh. Jgn jadi mcm mommy tau syg. HAHA


Tuesday, December 21, 2010

Cara Kurangkan Opacity Gambar

Serius haku tak tahu apa nama yang sesuai untuk tutorial ni T___T Ok, tapi biar saya explain. Kalau awak guna Chrome or Mozilla, awak nampak tak menu kat atas ni warna kelabu kan? Then bila awak hover, baru warna terang kan? Okay, tu nama dia opacity. Hihi atau dalam BM, ketelapan :p

Untuk buat awak punya gambar jadi macam tu, u need to add this code:


<img border="0" src="url gambar" style="opacity: 0.4; " onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100" onmouseout="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40" />
Yang 0.4 tu korang boleh ubah ikut suka. Try and error jelah. Hihi.. Aku rasa kalau nak letak code ni untuk gambar entry, tak perlu kot sebab leceh nak edit code gambar. Tapi kalau nak buat untuk gambar sidebar, okeh kot. Hehe selamat mencuba :D

p/s: Pls, kalau ada nak request tutorial atau tutorial tak menjadi, pls formspring me or contact kat my frenpage. Jgn bagitahu kat chatbox sbb risau terlepas pandang. TQVM :)

Testing :D Eh haku kat tengah tau2. Ekeke ;)



Sunday, December 19, 2010

Entry Nerd

This week was seriously like he*l for me. Aku dah check aku punya permohonan diploma. Tapi tak dapat. Ok, terpaksa sambung sem 2 asasi ni. I need to put double effort on my study. Dah lah this sem aku ada extra paper. Iskk.. tapi bila fikir balik, sebenarnya bila aku repeat paper sem lepas, aku boleh naikkan balik pointer. So go anis, GO!!

Oh semalam ada program 'Memilih Menara Gading' anjuran Pusat Asasi UiTM *betul ke? Main tibai je nih* Macam edufair yang korang biasa pergi kat PWTC tu. Tapi edufair ni kat Pavilion UiTM Puncak Alam. Hei UiTM pun ada Pavilion kau. Jangan main-main. Kah3.. benda yang aku suka bila pergi edufair ni ialah, kau akan dapat goodie bag yang berlambak-lambak. Dah macam pergi shopping pulak kan. Tapi ni shopping style orang pandai. LOL! Selain goodie bag, dapat jugak pen, button dan buku kota kecil. Uhm aku cuma sempat rembat paper bag UiTM, buku nota Faculty of Electrical Engineering UiTM, pen Faculty of Mechanical Engineering UiTM dan button Universiti Terbaik Malaysia (UTM) =.="

Masa berlegar-legar kat situ, ada macam-macam booth. Tapi mostly under UiTM. Uni lain pun ada involved jugak tapi sikit dan kebanyakkan uni lain yang ada kat edufair ni under engineering macam UTM, UMP, etc. Aku ada lalu depan booth Faculty of Medicine dan Faculty of Dentistry under UiTM. Tapi aku cuma mampu jeling je sebab tak ada harapan nak apply course tu lepas ni. Semalam masa perasmian, minimum requirement nak masuk medic is 3.5 above tapi, result kau kenalah minimum A- for Biology and Chemistry dan B- for Math dan Physics. Ehm lebih kurang macam tu lah aku dengar. So korang tak payah nak kecoh kalau tak dapat furter medic walaupun kau dapat 3.8 ke atas. Grade tu yang penting. Heh rasanya semua dah tahu kot. Aku yang over sekarang ni :p

Huaa panjangnya merepek. Ingat nak tayang gambar cek mek molek group aku untuk sem 2 ni. Sorry terpaksa tayang kat sini untuk tontonan rakan-rakan sebab kat FB aku dah private tagged photo. Chill!



Lelaki A4 dah pupus :p


This candid mcm sgt natural. LOLOLOL




Friday, December 17, 2010

Keburukan Facebook

Semalam deactivate FB sekejap. Sebab sebelum ni pernah baca tips, kalau nak back to old profile, kena deactivate lepas tu activate balik. Susah payah aku download Mozilla semata-mata nak tukar. Ehh baru nak download Mozilla? HAHA :p

Actually aku dah rancang nak deactivate FB sejak awal minggu ni. Tapi aku takut aku punya relationship status, "Engaged to ____" akan hilang. Susah kot nak tag-tag nama nih. Isk.. tapi semalam dengan tekadnya aku deactivate. 2 jam kemuadian, aku activate balik. Then, hilanglah status engaged tu dan tukar jadi single. Haha ramai ingat aku betul-betul dah single =.=' Rasa macam diri ni era pajira plak. pffffttt

Sekarang tengah fikir sama ada nak tukar atau tak status single tu. Hmm.. tapi, profile aku tak back to old pun. Bengang gila.. Page blog ni pun hilang jugak and kena publish semula. Arghh hey mark, we love u! Tahniah sebab buat FB jadi MS :p

Weewit ade orang google 'Tentang ____"


p/s: Cerita atas ni hampir 80% tipu. Btw bila saya dah bersuami, saya tak mahu suami saya ada FB dan saya pun tak mahu ade FB. Saya mahu stick to blog. Kalau blog, dapat side income. Kalau FB?? :p



Thursday, December 09, 2010

Masquerade

I need an instant idea! Hm next year student asasi nak buat Grand Dinner. Theme ialah Masquerade Mystery. Aku suka theme tu tapi sekarang aku sendiri yang pening kepala pikir nak pakai apa malam tu nanti -.- I thought masquerade is just wearing the mask. Tapi aku salah. Agak-agak sesuai ke pakai baju kurung dan bertudung lepas tu pakai mask macam bawah ni?






Bila aku cakap kat member aku nak pakai baju kurung je malam tu, aku kena gelak -.- Tak sesuai eh baju kurung dengan mask tu? Ada yang kata kalau kita pakai baju kurung dengan mask tu, kita macam memperlekehkan pakaian tradisional Melayu. Habis tu?? Nak pakai baju apa?? Nak aku pakai gown lepas tu free hair? Ehmm.. sorry kat sini wa tak tayang rambut :p

Ada yang suggest pakai jubah yang blink-blink tu. So is it okay kalau campur sikit Arabian style dan masquerade mask as accesories? Semalam wa jumpa tutorial pakai pashmina yang sumpah awesome gila. Aku rasa nak try style macam tu. Tapi tak macam sarat sangat ke? Aku bukan pompuan yang suka benda macam tu.






Kalau aku pakai macam ni, ada yang pengsan tak nanti?
Kah3

Untuk mengelakkan aku berpakaian sacara melampau macam atas tu sampai tersembul aset, so adalah lebih baik aku pi carik kat Youtube about tutorial pakai pashmina or shawl or pape jelah. Akhirnya jumpa satu :D


Hana Tajima sangat gojes. Aww i loikee!


Hee lawa kan? So aku rasa nak pergi cari jubah sehelai, lepas tu nak carik accesories atas kepala tu. Huhhh macam sarat gila. Dem tapi tak apa. Yang penting carik mask dulu :B


Tuesday, December 07, 2010

I Love CHURP CHURP

Pernah dengar pasal Churp Churp? Kalau u guys active dengan Twitter, i would like to suggest u to sign up with Churp Churp. Churp Churp ni sangat mudah. Apa yang korang semua perlukan ialah account Twitter atau Facebook. Ehmm account YM pun boleh jugak :D



FYI, Churp Churp sekarang dah bertukar wajah. Kalau dulu cuma ada Scheduled Tweet, sekarang mereka dah tambah lagi dua assignment, Social Sharing dan Social Seeding. So far aku pernah dapat Scheduled Tweets dan Social Sharing. Okeh, let make it short:


SCHEDULED TWEETS:

* Biasanya, Churp Churp akan bagi korang assignment under Scheduled Tweets bila follower Twitter korang above 25.

* Churp Churp akan bagi korang emel bila korang dapat assignment. So rajin-rajin bukak emel

* Under Scheduled Tweet, korang perlu design sendiri ayat untuk satu-satu iklan tu less than 136 words! Dalam ayat korang tu, korang WAJIB letak keywords yang dorang bagi. Biasanya dorang bagi 3 keywords.

* U guys can tweet either in Malay or English.

* No AYAT PELAT-PELAT OTEYH ;p

* Kalau dah puas hati dengan ayat korang, korang submit dan TAK BOLEH NAK PATAH BALIK kalau korang tiba-tiba teringat, " Aiseh haku lupa nak letak keywords!" So pls hati-hati ;)

* Lepas submit, korang kena tunggu paling kurang pun 1 hari bekerja untuk staff Churp Churp approve assingment korang. Ye, dah kata assignment. Kena la tapis dulu ye dak :P

* Bila assignment korang dah publish kat Twitter korang, automatically korang dapat income sebanyak 11 sen! Hoyeh3 boleh beli coki2!


Tapi kalau korang malas nak buat ayat sendiri dan malas nak tunggu dorang tapis ayat korang tu, korang boleh proceed dengan Social Sharing!


SOCIAL SHARING:

* Social Sharing sangat senang. Even if follower Twitter korang below 25 pun korang boleh je tweet pasal satu-satu campaign.

* Under Social Sharing, Churp Churp dah siap-siap bagi ayat dengat keywords. Korang cuma perlu tekan butang share/tweet atau sewaktu dengannya. Senang bukan? :D

* Tapi Social Sharing ni korang akan dapat income kalau ada orang click keyword kat iklan tu. Kira sama macam iklan Nuffnang tu lah. Bayaran untuk satu click ialah 20 sen.


Dah 88 sen! :D

Contoh Social Sharing



Saturday, December 04, 2010

Awesome Weekend

Sebelum ni selalu balik every week. Tapi minggu ni tak balik rumah gara-gara ada class untuk repeaters. Yeah, aku kena repeat balik paper Chemistry sem lepas. Tapi syukur Alhamdulillah, tak sia-sia repeat paper sebab aku dah paham apa yang aku sepatutnya belajar masa sem 1 dulu. Paling aku suka, boleh naik balik pointer sem lepas :D

Pagi tadi, lecture sepatutnya start pukul 8.30 pagi. Tapi atas sebab teknikal (?), postpone sampai tengah hari. So aku dan teman serepeaters tanpa melengahkan masa pergi beronggeng ke McDonald's Puncak Alam yang masih bayi. Haha ye, aku memang jakun sampai sebok nak upload gambar kat blog. Suka tak? :B



Selamat datang ke UiTM Kampus Puncak Alam
punya signboard -.-'



Gambar di depan mekdi adalah wajib :p


Gigih pompuan ni potong pancake sampai tak
pndg kiri kanan. Kah3 :p
*bajet candid*

Pancake selamat menjadi korban :9


Okeh, tu cerita pagi. Cerita petang pulak, mula-mula planning asal nak main basikal keliling UiTM nih. Tapi tak bernasib baik sebab pejabat apa ntah nama dia tutup la ploks and untuk hari Sabtu boleh guna basikal dari pukul 8 sampai 1 petang je. Yeah tq sebab kecewakan haku.

Tapi, sebab semangat nak kurus berkobar-kobar, aku dan Amirah Farhana sanggup turun tangga maut tu semata-mata nak pergi Kolam Basah 7


Aku tak tipu kan?


Weewit! Nak ngorat boleh? :p


Oi dah senja. Pergi balik! :p


Trust me, UiTM Puncak Alam sangat cantik :')


Picture credits : Anis Safiyah & Anis Shuhada punya DSLR Sony Ericsson


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...