Thursday, January 20, 2011

Kekasih Halal vs Halimah Jongang

Hei korang mesti pernah dengar lagu Kekasih Halal from Wali Band kan? Aku dengar lagu tu banyak kali, dan tak pernah jemu. Suka sangat-sangat lirik dia dan aku harap dapat jadi gadis bertudung merah tu :') Siapa yang sudi nyanyi lagu tu untuk aku? Angkat kening cepat! :B

Sorry to say, kadang-kadang aku rasa lagu Indon lagi bermutu dari lagu Melayu. Lirik dorang mendalam. Aku tak adalah nak sanjung gila-gila lagu seberang tu. Tapi kalau ada yang bagus, kita ambil iktibar. Kalau ada yang buruk, kita elak dan janganlah ikut. Ada paham?

Ni aku bagi lirik lagu Kekasih Halal. Korang hayati ok. Bila aku baca lirik dia, aku rasa bersemangat nak jadi perempuan yang baik untuk bakal suami. Ecececehh gatal! Umur baru 19 lah makcik!

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Fuhh bahasa Indon dalam lagu ni sangat pekat. Nak je aku ubah part yang pekat likat tu. HAHA.. Ok tu la bestnya lagu ni. Bab lagu Melayu pulak, aku jarang hayati sebab maksud lirik yang kosong. Bukan semua. Tapi.. tu lah hakikatnya. Wa benci gila siot dengan lagu Halimah Jongang! Serius

Mula-mula aku ingat motif lagu tu nak sedarkan lelaki yang selalu kutuk perempuan jongang. Tapi suddenly bila aku dengar betul-betul, lirik tu lebih kepada menghina. Korang tengok dalam cerita tu betapa obsesnya Halimah kejar si Ali *tak layan cerita tu. Tahu nama sebab tengok sinopsis. HAHAK* Aku malas nak cerita panjang. Sila hayati lirik bawah ni. Aku terasa siot sebab sebelum ni SAYA PERNAH JONGANG. Ya, saya PERNAH JONGANG DAN SEKARANG MASIH JONGANG SIKIT-SIKIT WALAUPUN DAH PAKAI BRACES.

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri

Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu

Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

See, kejam kan. Patutlah sekarang makin ramai perempuan pakai braces. Fuh kaya doktor gigi. Yang aku pelik, kenapalah lagu ni boleh lepas eh? Tak rasa ke unsur menghina dalam lagu tu macam melampau? Dahlah bila korus asyik sebut jongang. Waklu ah. Ingat lawak sangat eh buat korus macam tu? Nasib baik masyarakt kita fikiran tak sempit macam penulis lagu ni. So far aku jarang dengar orang bersiul lagu ni. Kalau ada, memang aku sumbat selipar jepun dalam mulut orang tu.

So composers, lain kali jangan nak buat lagu ikut sedap kepala. Ingatlah sikit, kami golongan perempuan ni tak minta disanjung dan kami tak minta pulak dihina macam tu sekali. Janganlah letak maruah perempuan yang tak seberapa ni kat tapak kaki okeh? Chill


Gadis bertudung oren yang jongang :B



12 comments:

  1. Kan dulu dah jadi kes. Lepas tu A Aida *betul ke eh* dengan penyanyi lagu tu cakap, lagu tudi buat bukan utk hina. Tapi bila baca lirik mmg menghina habis habisan. Cerita dia apatah lagi. Budak2 terpengaruh kot. Dorang akan ejek kawan yg jongang. Itu bukan lagi nak bagi kesedaran, tapi memburukkan keadaan. Adoi~

    ReplyDelete
  2. @Cik Shag betul cakap akak..
    Konon tak hina tapi dah trang-trang lagi besuluh siap ada spotlight lagi yang lirik lagu tu memang 100.11% hina kaum hawa hehe*hiperbola sikit*
    Btw akak lawa sangat :D

    ReplyDelete
  3. ninie jongang ker? cam tak jer.huhu.

    ur smile is really beautiful :)

    ReplyDelete
  4. @Cik Shag
    psl motif cerita tu yg kononnya nak bg pengajaran kat org blh terima jgk la kan sbb end up halimah akan jd cantik. tp masalahnya lirik lagu. beat mmg da sedap, tp lirik sgt menghina.tlg la ubah maksud lirik tu jd lg baik klu ye pun nak bg kesedaran

    ReplyDelete
  5. @aliyaa' adreline
    yup.sgt jelas dia kutuk pmpuan jongang.konon pmpuan jongang ni hina sgt sampai xde laki sudi nak dekat. tlg la. kolot gila org yg reka lirik ni. BOO

    ReplyDelete
  6. @Liya Laa
    dl ninie jongang lah liya. skrg pun still pakai retainer kat blkg gigi sbb gigi still jongang. bila gelak tak hingat dunia mesti gusi tersembul skali T___T

    ReplyDelete
  7. ksu mana ada jongang sangat lagi dah! haha

    ReplyDelete
  8. @luvly mya
    mana ade jongang sgt lg dah? haha maknenye masih jongang lagi lah tu!huahua!

    ReplyDelete
  9. haha, xlah. means kalau kau ckp dulu kau jongang kan. kih3. skrg x mcm dulu da kan. okayla tu :P cunn je :P

    ReplyDelete
  10. @luvly mya
    aku masih tak puas ati.skrg masih jongang kira2 dlm 2 sentimeter.nak ilangkan 2 sentimeter ni mmg bejanggut aku tggu.haih lmbt lg la blh masuk dewi remaja gamaknye

    ReplyDelete
  11. salam. first ziarah kat sini..
    nice blog..

    fyza pun jongang jugak.. thnx untuk A.AIDA buat benda pelik2 mcm ni.. sumpah terasa yg amat... ta boleh tahan bila ada family sendiri yg turut 'ejek'.. mungkin pada mereka satu gurauan tp bkn pd org yg merasa.. *mood sedih yg amat sgt*

    ReplyDelete
  12. @C I K . F Y Z A
    sy paham prasaan tu. dl mase kecik2 sy aggp bnde tu mcm gurauan je dr dorg. tp lame2 sy rs mcm malu dgn gigi sndr. sll sgt jd bahan kutukan. tu yg sy tekad pakai braces. alhamdulillah, skrg da ok. awk bykkn besabar k. org mcm tu die tahu mengutuk je. die tak sedar, dalam dia memperlekehkan org lain, sbnrnye ramai lg yg memperlekehkan die. so be cool.. )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...