Thursday, January 20, 2011

Over Make Up

Sebelum ni aku tak pernah mekap tebal-tebal. Paling hebat yang aku dapat conteng kat muka ni pun just tepek compact powder Baby Johnson warna pink tu dan lip balm Nivea. Atau kalau nak bagi macam gothic sikit, aku pakai celak. Tu pun celak still sememeh. HAHA

Sedih kan dapat awek tak cun macam aku ni. Bila dating aku selalu off fashion. Maklumlah orang berisi atau dalam kata lain, montok. Pffttt.. So pemilihan pakaian pun agak terhad. Kalau nak beli blaus, aku akan beli blaus yang kembang tang perut tu. At least ada la jugak usaha nak cover perut buncit. Then untuk baju long sleeve, kebanyakan muat-muat badan aku. Kalau aku gain weight sikit, mulalah tersembul lemak kat pinggang, perut, etc.

Sebab tu bila aku pergi kuliah, aku jarang pakai seluar sebab kalau aku pakai seluar, sah-sah sendat dan baju long sleeve aku sah-sah ketat. So apa point aku pakai tudung, tapi baju sendat macam guni nangka? So sebagai jalan selamat, aku lebih selesa pakai baju kurung pergi kuliah. Tak payah susah-susah tahan nafas nak cover perut buncit sebab baju kurung dah sah-sah longgar. Hehe

Tadi baru lepas shopping barang mekap kat Tesco untuk dinner Sabtu ni. Aku beli celak dan eye shadow. Eye shadow beli warna hitam. Konon nak buat smokey eyes. Tapi tak menjadi. Mata aku macam baru lepas kena tumbuk pulak dah. Then pinjam lipstick mak cik yang merah menyala tu. Pergghhh macam pondan! Bapak aku dah pening lalat tengok perangai aku =.="

Rizalman dan Zulfazli, meh lah tolong make over aku ni. Sarimah! Meh serang aku cepat! Nak masuk 'Tangkap Muat'! Eh sekarang Tangkap Muat dah tak ada. Sekarang tajuk dia '1,2,3 Tukar!' Ala.. abang Rizalman dan abang Zulfazli dah tak ada. Aku suka Zulfazli sebab nama dia macam nama balak aku. HAHA tak lawak.

Sila hover pointer mouse untuk tengok gambar minah gothic/pondan kat bawah ni.




Muka suci. Dah terbukti muka aku inesen. Huahua


Bila over make up, tak pasal2 jadi gothic a.k.a minah Myspace
HAHA :p



27 comments:

  1. cantek lahh .
    muke kamu nmpk lain .
    hihihih :)

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA , i pun x reti make up . tade sapa nak ajar . hentam sendiri . bila comot , org tegur , wat tatau je . eheeeeee

    ReplyDelete
  3. @lassiegewdix
    u pndai mekap kan lassie? u wat la tutorial mekap paling simple. i tak reti nak pakai celak.mencucuk2 mata. haha

    ReplyDelete
  4. @wannurfazrini
    i pun xde sape ajar. ni pun mekap ikut kepala sndr. isk nak kawen kena upah zulfazli tlg mekap kan.tak blh jd nih

    ReplyDelete
  5. kah3. ooo, ini ar keje kau ye balik umah try2 make up. hihi, okay je tu cuma over celak kot. tu yg nmpk cm gothic tu. hihi

    ReplyDelete
  6. natural tu pon da nmpk berseri2 =d

    My Recent Post: Lenguh Sana Sini dan Ucapan Raya

    ReplyDelete
  7. Comel lah! Tapi nampak macam agak gothic jugak. Tak kan nak p dinner tema dia gothic kan. Kiki :D Suruh mmbr yg rajin mekap tolong ;)

    ReplyDelete
  8. @luvly mya
    aku balik ni nak paw mak aku beli mekap. hahah! mya ajar ah aku pakai celak melentik2 tu ;(

    ReplyDelete
  9. @Nasuha Salleh
    aww tenkiu.muka berseri2 ni terima pujian. haha

    ReplyDelete
  10. @Cik Shag
    sll bace mag,org kata klu pi dinner mekap yg sesuai wat smokey eyes.tp jd gothic la plak.dah macam nak pegi merewang kat TS plak.hahah

    ReplyDelete
  11. tak de la over sgt ninie..heee

    ReplyDelete
  12. @❤NazirahMoktar❤
    huhu dlm gmbr maybe tak over.tp klu tgk depan2,gerenti awk pengsan T__T

    ReplyDelete
  13. xpyh mekap lah. nt ninie lg cantik. haha. JELES. hahaha

    ReplyDelete
  14. eh, comel la tu yang..ehhehe..klaka la entry ni dear..ehkehkehee

    ReplyDelete
  15. i pun tak reti mekap.. tak mekap pun.. malu pun ada dah besar2 pun still tak reti mekap.. teringin gak nak belajar mekap.. hehe :D

    ReplyDelete
  16. @Liya Laa
    cntik apenye..nmpk lg pelik ade lah :(

    ReplyDelete
  17. @mia
    comel ke? ninie masih tak yakin nak pakai mekap T___T

    ReplyDelete
  18. @Amirrah Zawani
    nti klu u kene attend dinner,nak xnak kene mekap sbb nak glamour.haha i pun ye2 blaja mekap ni semata2 sebab dinner.klu tak i pakai bedak sejuk je.hihik

    ReplyDelete
  19. Haha. Shag pom kalau make up, mahu jadi gothic jugak. Kahkah :P

    Psst. Macam mana ninie buat gambar tu invi. Tapi bila hover baru ada? Magik sungguh dan Shag tergoda ;D

    ReplyDelete
  20. @Cik Shag
    trend mekap 2011 ni gothic T___T
    ohh tu nama dia opacity gmbr.ninie reduce opacity dia jd 0.0

    ReplyDelete
  21. mai datang bilik aku ajar. kah3. macam pandai sangat

    ReplyDelete
  22. dah mekap terus nampak lain :)
    nampak berseri .

    ReplyDelete
  23. @bungakuning .
    berseri ke? mcm more to gothic je ni. hehe ;)

    ReplyDelete
  24. @luvly mya
    ok,dgn pantas aku serang bilik ko nti! :))

    ReplyDelete
  25. xnmpk pic.....=,=

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...