Saturday, March 26, 2011

Kecewa? Ingat Allah SWT Banyak-banyak :)


Pernah rasa frust menonggeng bila putus cinta? Actually bukan pasal putus cinta je, banyak lagi benda yang boleh buat kita frust menonggeng. Tapi aku bagi contoh paling senang lah. Sekali lagi, Ko pernah frust menonggeng sebab putus cinta?? Aku pernah la frust. Tapi bukan sebab putus cinta T__T

Sebenarnya aku ni sangat fragile orangnya. Sekali aku dah sayang, memang payah gilalah aku nak lepaskan. Saiko bukan perangai aku ni. Pfttt.. Masa kat uni sebelum ni, ada jelah masalah datang menimpa-nimpa. Dah lah jauh dari family. Kalau aku duduk serumah dengan family, maybe aku boleh tahan lagi perasaan tu. Tapi ni dengan kawan-kawan. Memang aku ada menangis kat kawan-kawan. Siap polok-polok commolot ape semua. Tapi lepas tu bila sorang-sorang, aku bantai meraung balik. Susah bila jadi lembik ni.

Masa sem 1 result aku teruk sebab tak reti nak handle stress. Aku lupa solat, tak study.. Konon dah pandai sangat la tak nak baca buku masa study week tu. Kerja aku online 24 jam. Roommate aku sibuk stay up sampai pagi semata-mata untuk study, aku pulak bersengkang mata mengadap FB. Akibatnya, result aku teruk. Sikit lagi nak kena tendang..

Cita-cita nak further dentistry berkubur macam tu je. Kesian kat parents aku yang menaruh harapan nak tengok anak dia berjaya. Aku ambil masa 2 minggu untuk kumpul keberanian untuk bagitahu parents tentang result aku. Tu pun dorang tak tahu aku failed satu paper. Aku ingatkan parents aku akan marah-marah, tapi tak. Dorang kata,

"Tak pe, along. Lepas ni buat baik-baik. Study elok-elok.."

"Tapi, lepas ni kita tak dapat jadi doktor gigi. Result dah teruk sangat.."

"Mama dengan abah tak kisah kau jadi apa pun long. Yang penting, kau dapat kerja yang halal, ada gaji. Boleh sara hidup adik kau lepas mama dengan abah tak ada nanti"


Goshh.. aku hampir nak nangis bila ingat balik reaksi parents aku. Dorang tak marah, sebaliknya dorang bagi support. Tu yang buatkan aku jadi kuat bila masuk sem 2. Masuk sem 2, aku ada apply diploma. Tapi bila dapat tawaran, aku tolak sebab mak aku tak bagi. Hm tak pe. Restu ibu bapa tu penting.

Naik sem 2, aku bangkit. Walaupun masalah yang melanda aku masa sem 2 lagi dasyat dari sem 1, tapi aku cuba bertahan. Roommate aku nasihat supaya ingat Allah banyak-banyak dan mengaji. Aku ikut nasihat dia. Lama-lama, aku rasa tenang. Bila ada masalah, aku boleh lalui sikit-sikit. Tak adalah emo sangat macam sem 1 dulu..

So kesimpulannya?? Bila ada masalah, kembali pada Allah. Bukan bila ada masalah kau pergi buat entry mencarut-carut kat blog, buat status maki hamun kat FB, hisap rokok/shisha, merewang sampai pagi. Kalau buat macam tu dapat apa?

I have gone through that. Aku tak adalah kata aku ni baik sangat. Just nak share experience. Jangan terlalu ikutkan perasaan tu. Tak payah nak terjun bangunan kat shopping complex ok? *ops* Allah SWT tu ada, mengadu sahaja kat Dia sebab dia Maha Mendengar :')

Tq sudi baca :)

14 comments:

  1. betul2.. ada apa2 masalah mengadu saja kat Allah.. sesungguhnya Dia maha mengetahui kan :D

    ReplyDelete
  2. @Amirrah Zawani
    yup. Allah tau ape yg terbaik utk hamba-Nya :)

    ReplyDelete
  3. kita sama laa ninie...sem 1 rzut trok sgt...skit nak kna tndang...

    ReplyDelete
  4. anies.. hehe xpe2, final nti wat btol2. ada lg tu pluang utk baiki kesilapan dl. be strong ok!

    ReplyDelete
  5. setiap org ada masalah sendiri . tension tu biasalah , janji banyak ngadap DIA , insyaAllah rasa tenang !

    ReplyDelete
  6. kesusahan yg datang adalah dugaan dari nya...
    InsyaAllah....dgn dugaan itu yg membuatkan kita semakin dekat dgnya...amin

    ReplyDelete
  7. @Farhan Zulhusmi
    betul tu. lgpun Allah xkan uji melebihi kemampuan hambaNya. terpulang pd kita sama ada nak ingat Dia atau tak bila dilanda kesusahan :)

    ReplyDelete
  8. Shu aku ternanges la pulak bace yg mak/ayah ko ckp tu last skali tu. T_T

    ReplyDelete
  9. saya rasa saya pun macam cik ninie jugak. tapi lain caranya lah. dulu agak sosial dan liar sikit, tapi saya fikir ke manakah saya lepas ni. tetiba saya ingat bila2 masa saja saya boleh mati. alhamdulillah, saya makin berubah mengikut syariat islam yang betul.

    ReplyDelete
  10. @Annezella
    klu ko sedih, aku lagilah sedih bila ingat balik T__T

    ReplyDelete
  11. @sarah mohamad
    alhamdulillah..same2 la kte berubah jd lebih baik :)

    ReplyDelete
  12. apa2 pun sabar ajela ye. jangan ikot perasaan sangat. ;)

    ReplyDelete
  13. @Nurul Hudha
    huhu alhamdulillah, skrg da ok. tak lembik sgt mcm dl :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...