Thursday, March 17, 2011

R2502

Saat entry ini ditulis, semua rakan sepejuangan dan housemate sepejuangan sedang berhimpit macam tin sardin dalam bas Rapid KL untuk huha-huha lepas final. Aku je yang sesat duduk kat bilik sorang-sorang taip entry ni.
.
.
.

Dan korang pun baca entry ni. HAHA tak lawak T__T Actually final exam dah tamat hari ni. Tapi sebab last sem aku 'bijak' sangat sampai failed satu paper, last-last terpaksa tahan dulu nafsu nak enjoy. Esok aku ada last paper, Chemistry I. Arghhh.. bak kata pensyarah Math aku, "Padan muka. Sape suruh ko fail sem lepas". LOL menghiris kalbu betul T__T

Btw asasi 2010/2011 dah tamat. Horey! Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Honestly, sem lepas memang aku banyak main-main. So no wonder aku failed Chemistry. Semalam bila aku study balik, baru aku perasan, "Eh sem lepas belajar ni ke? Asal aku tak tahu?" Ha.. padan muka. Tidur lagi masa lecture Chem T__T Pape pun, aku bersyukur sangat-sangat sebab masih diberi peluang untuk sambung sem 2. Bila aku fikir semula effort study sem lepas, aku memang tak layak masuk sem 2. Tapi, rezeki aku masih kat asasi.

Okay sesi mengadu tamat. Sekarang sesi ucapan. Dear housemates and A4, aku sayang korang sangat-sangat.. Aku sangat selesa dengan korang. Walaupun pada mata korang aku ni pendiam dan tak banyak cakap, tapi aku observe setiap perangai korang. Ops kantoi dah hobi selama ni T___T

To housemates,

Kern : Aku paling sayang kat ko. Ko selalu care pasal aku. Ko selalu cuba nak cium pipi aku walaupun aku tak bagi T___T Ko protective. I loiikkee sebab aku ni jenis lembik. Kalau ada masalah, nangis kat bahu ko. Hehe love u KERN :')

Malin : Ni nakal sikit. Tapi bila dengan aku, dia tak nakal sebab tak sampai hati nak kenakan aku. Konon muka aku inesen sangat (?) Paling best, kat phone dia ada TV. Dapat jugak tengok Anugerah Juara Lagu kat phone die. Yay!

Bella : My mummy! Rajin tegur aku kat rumah. Hehe maklumlah aku ni jenis berat mulut. Selagi orang tak tegur, selagi tu aku senyap T___T

Miza : Selalu jadi mangsa aku untuk pinjam cardigan. Heheh sorry Miza :D

Syud : Suara paling nyaring. Heh.. dia suka fikir positive. Aku tak pernah nampak dia moody selama duduk satu rumah dengan dia :)

Aina : Sentiasa busy dengan movie. Tak tahu bila dia study =.= Tapi salute Aina sebab dalam enjoy pun, dia still boleh go on dengan study. Tak macam aku. Kalau enjoy, terus lupa buku T___T

Ain : My roommate. Hari-hari terpaksa menghadap perangai aku yang kejap ok, kejap moody. Haih.. btw tq ain sebab bagi saya pinjam Al Quran awak :') Awak banyak ubah saya jadi lebih baik. Kalau dulu solat saya huru hara, sekarang dah mula terjaga. Kalau dulu, saya tak pernah nak mengaji, sekarang saya dah suka baca Al Quran. TQSM :')


R2502. Love u guys :')


p/s: A4 entry seterusnya :D

12 comments:

  1. gud luck ninie.. dah nak abeh asasi rupanya.. best lah kan :D

    ReplyDelete
  2. Ninie, tahniah :)

    hope the result will better than before :)

    ReplyDelete
  3. huhu ~ tak saba nak sambung blaja ! (:

    ReplyDelete
  4. @Amirrah Zawani
    hehe tq. a'ah dah abis asasi. lepas ni sesi dok umah sampai gemok selama 6 bulan. huhuk

    ReplyDelete
  5. @Liya Laa
    tq! doakan result ninie sem ni ok. ninie ade apply upm kat upu hr tu. nti blh jmpe liya :D

    ReplyDelete
  6. @Cikin
    haha ni mst da lame cuti kan2 :D

    ReplyDelete
  7. XSABAR LERR NAK TUNGGU ENTRY A4. HAHA :p

    ReplyDelete
  8. @luvly mya
    heh adekah ko aspect aku akan taip name 38 org budak a4? jengjengjeng.. ok nk pegi asah pensel kejap sbb lps ni nak wat karangan a4. hahah =.=

    ReplyDelete
  9. eh aku termasuk tak dalam a4 ? heee

    ReplyDelete
  10. @Mira Hana
    heheh klu a4 tak dan la nak sebut sorg2. general blh la :)

    ReplyDelete
  11. da nmpk dah ninie montel kat blkang. haha comell

    ReplyDelete
  12. @PinQib
    yg paling montel tu lah ninie. sobs T__T
    haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...