Friday, April 29, 2011

ILYSM ♥

Blog walking tadi, jalan punya jalan, baca lah a good friend of mine punya.Anis, aku pun text. Teruja ni. Bila dia reply, dia kata dia baru IM aku kat Facebook. WAHH..!!


Cerita pasal si Anis ni, alkisahnya, dulu aku ni sombong dalam kelas. Tak bertegur dengan orang. Dah sifat semulajadi aku. Nak buat macam mana. So satu malam ni, aku tengah buat kerja Maths, entah lah macam mana aku message dia. Aku rasa sebab aku tanya soalan kot. Dah alang-alang tu, aku pun konon-konon nak tackle dia. Comel dia dulu. LOL *gurau kasar, okay?*Aku pun tanyalah macam-macam. Adik-beradik berapa, duduk mana, apa semua tu. Bayangkan, selama aku sekelas dengan dia dari sekolah rendah, dekat 5 tahun jugak, cakap Hi dengan dia pun tak pernah. Musykil jugak aku bila aku ada number dia.


Esoknya, baru aku pergi kat meja dia and tegur dia. Tanya nak makan apa masa break. Mampu? Sejak hari tu, kitorang mula rapat. Aku sebagai protector dia. Wah..! Takpe, aku sanggup :) Sampailah hari aku terpaksa berpindah dari bumi Malaysia ke bumi Afrika. Anis menyorok kat belakang, menangis seorang. Nak buat macam macam, aku terpaksa pergi. Cehh.. Dia bagi aku sekeping surat *ecehh*. Dalam tu actually cerpen, dia tulis untuk aku. Terharu wa cakap lu :) Meraung-raung aku baca.


The first few months aku kat Sudan, dia hantar aku email through MMS. Dia hantar gambar F & A, record suara dia. Bila aku rindu aku dengar. Sampai masa bila dia boleh berdiri tanpa aku, slowly, semua tu stop. Lama-lama aku pun jarang gila b*b* message dia, dia pun sama. Masing-masing bawak haluan sendiri.


Tapi sekarang bila dapat chat, aku rasa puas. Seronok. Excited. Aku rindu kau.



Miss u babe. Sat gi nak lepak dengan ko sampai lebam. Love you so much! :D

2 comments:

  1. kawan lama eh??
    selamat melepak2 lah ya :)

    ReplyDelete
  2. @Amirrah Zawani
    hehe yup, kwn lama. syg sgt2 kat die :')

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...