Monday, May 02, 2011

I ♥ Myself & Abang Jual Santan :D

Mengenali perangai lelaki ni kadang-kadang buat aku pening kepala. Pernah jugak terfikir, "Kalau aku tak kahwin pun, lagi bagus". Wah3.. ni la monolog dalaman paling stupid aku pernah alami. Dangg.. FYI, aku ni bukan jenis suka layan strangers. Boleh baca kat SINI tentang betapa aku tak selesa dengan strangers. Ehm ni namanya sombong ke? Tak kan?

Lepas aku clash bulan lepas, tak dinafikan aku macam terdesak nak carik pengganti. Asal ade je laki tegur, aku layan lepas tu bagi number phone. Fine, aku paling menyesal bagi number phone kat orang yang aku tak kenal. Bodoh btol. Pffftt.. Pada korang-korang yang pernah mengenali aku dan terasa dengan entry ni, maaflah. Ni my 2 cents je. So that u know, perangai aku macam mana.

Sepanjang aku terdesak mencari pengganti, adalah beberapa yang sudi berkawan. Adehh.. macam-macam perangai lah. Pening kepala aku nak layan. *cerita macam ramai sangat je nak kat aku. Kah3 :p *

Bila dah jadi macam tu, baru aku sedar. Aku ni terdesak sebenarnya dan aku silap. Aku tak sepatutnya terhegeh-hegeh carik pengganti. Sepatutnya aku kena take time untuk diri sendiri. Pening kepala woh nak pikir pasal orang lain ni. Dah lah kepala cukup berat sebab clash, lepas tu tambah lagi dengan perangai orang yang aku baru kenal ni. Seriously, i wont take serious pada orang yang aku baru kenal. Lagi-lagi yang kenal kat social network ni. Kalau nak berkawan dengan aku boleh, tapi nak lebih dari tu, maaflah. Baru kenal 2-3 hari, terus nak couple? Apa benda ni? Im not that desperate lah derr.

Aku jenis susah nak sayang orang. So janganlah paksa aku. Sekarang cuma ada sorang abang jual santan ni je yang berjaya buatkan aku tertarik pada dia. Hahah hensem woh! Muka macam Gambit Saifullah. Ni yang tiba-tiba rasa bersemangat nak teman mama pergi pasar beli santan. Wakaka :D


Scha: Lihat anis tu, perasan betul dia.
Gambit: Err bila plak sy jual santan? =.='


Susah betul nak carik gambar dorang ni. Kenapa aku pilih Scha? Ehm sebab aku rasa bila aku kurus, nanti muka saya macam Scha Al Yahya. Wakaka okeh boleh muntah sekarang. Haha bye!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...