Sunday, May 22, 2011

Taktik Mengorat Yang Dah Ketinggalan Zaman

Duhh~~


Sejak jadi bakal tunang orang ni, idea nak update blog pun dah kering-kontang *apa kena mengena entah* Okey, nampak tak tajuk? Aku yakin mesti ada punya antara korang yang pernah kena gula dengan lelaki hampeh cenggini.

Dua hari lepas, aku pergi dinner dengan family. Suddenly, ada misscall from unknown number. Bila ada number yang pelik-pelik misscall, aku malas nak menggedik pi mesej semula orang tu. Lepas misscall, suddenly dapat mesej:

Salam, awak tengah buat apa? Sihat ke?

Siapa ni?

Azry la. Takkan awak dah lupa?

Sorry, takde kawan nama azry *kerek gila aku ni*

Hm takkan tak kenal sy, arif azry? Awak ni cepat lupalah. Hmm..

Ah sudah. Aku pulak dituduh pelupa. Danggg.. tapi aku cuba jugak ingat balik kalau-kalau aku pernah kenal orang nama Arif Azry. Aku ada kawan yang nama Arif, dan Azri. Tapiii.. tak pernah lah pulak ada member nama Arif Azry. LOL nampak sangat kamu penifu!

Kalau aku budak hingusan umur 13-14 tahun kau bolehlah nak buat taktik bodoh begitu. Ni kau pergi try bakal tunang orang *mimpi* pulak. Report kat bapak titew kang taw lahh.. Hehe. Actually aku memang anti dengan orang macam ni sebab sepupu aku pernah kena. Sepupu aku ni naif jugaklah. Tak pernah couple. Lepas tu bila dapat 'jantan terpijak' macam ni, haruslah teruja kan.

Pura-pura salah nombor, lepas tu bila dah kenal 2,3 hari terus ajak couple. Lepas tu mulalah nak mintak topup apa semua. Sepupu aku lurus bendul, pi lah topupkan jantan khayalan dia tuh. Aduhh.. T__T

So lelaki, silalah cuba taktik baru kalau nak mengorat perempuan. Stail pura-pura salah nombor tu adalah sangat ketinggalan. Kamon.. Peh kerek siyal entry nih. Ops keluar dah ayat remp*t. Okeh renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum!


14 comments:

  1. Ramai je lagi haa pakai stail ni. Naik muak pulak Shag. Tapi Shag pernah kenakan mamat jenis tu. Shag bagi kawan lelaki Shag jawab. Terkedu dia! :P

    ReplyDelete
  2. haha. dulu2 kala pun, tapi buat kerek macam biasa lah. hiks

    ReplyDelete
  3. i pun tak suka org yg ngorat camtu.. sbb tu bila no tak kenal msg i mmg ta reply.. kalo reply nti lebih2 pulak, so better diamkan diri.. hehe!! :)

    ReplyDelete
  4. @Puan Besar Shag Yahaya
    haha tu sume mesti pesen mat2 rempit. tp hr tu die miscall je. xde plak mengada nak cl bagai. klu x ninie mmg pass kat ayah suh ayah jwp. lalala

    ReplyDelete
  5. @sarah mohamad
    hihi style ngorat mcm tu annoying gilerr

    ReplyDelete
  6. @Amirrah Zawani
    yup! klu stakat miscall, mmg haram lah nak msg balik org tu. ngeri..

    ReplyDelete
  7. betapa lamenya step itu, buat la step power2 sikit

    ReplyDelete
  8. annoying doh nak kenal dlm fone, mcm hape tah desprate gituw skali!

    ReplyDelete
  9. @Mira Hana
    huhuh mane ade nak tunanglah dear. atas tu sj nak emphasize kat rempit ittuw supaya tak kacau shu lg. ekekeke

    ReplyDelete
  10. @melle amir
    ntahnya. lain kali buatlah pura2 slah bg topup rm30 kat kita. huahuahua :))

    ReplyDelete
  11. @wannurfazrini
    tau xpe. actually bkn desperate ape tu. mostly dorg pergunakan utk mntk topup kt kte je. nak2 ble kene pmpuan innocent, lg lah dorg suke

    ReplyDelete
  12. ninie..bila bertunang nye???i pun nak tunang jugak..hehehe

    ReplyDelete
  13. @diela712
    eh lmbt lagi tunang nye. haha atas tu sj menggedik.ekeke awk nak tunang dah? wau!! tahniah2! hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...