Sunday, June 19, 2011

Nota Untuk Abah: Selamat Hari Bapa ♥

Mama dengan Abah saya selalu complain macam ni, "Kalau hari jadi boipren ke, hari kekasih ke, laju je ko wish boipren ko. Tapi kalau hari jadi mak ayah ko, hari ibu atau hari bapa, ko tak nak pun ucap i love you kat mak ayah ko kan"

Adeh.. ayat tu memang menghiris kalbu. Tapi nak buat macam mana, kata dorang sangat betul. Aku jarang tunjuk kat parents yang aku sayang kat dorang. Aku tak tahu kenapa aku macam ni. Aku bukan jenis yang reti tunjuk perasaan sayang kat orang melalui kata-kata. Aku tunjukkan sayang pada mereka melalui perbuatan.

Kadang-kadang teringin rasa hati nak peluk kedua orang tua aku dan kata, "Along sayang sangat kat mama dengan abah". Tapi entah.. aku ni ego ke? Aku tahu, sebagai anak aku tak patut macam ni. Kalau kat boipren aku boleh je ucap I LOVE YOU kat dia tiap-tiap malam, tapi kenapa bukan kat parents sendiri? Kenapa kau macam ni anis??  T__T

Kepada bapa saya Mohd Nasir Bin Adil, kita ucapkan selamat hari bapa. Abah lah ayah paling cool dalam dunia. Walaupun kita dah banyak kali jahanamkan kereta Gen2 abah, tapi abah tetap buat rilek je lagi. Haih.. mana lagi nak cari abah yang cool macam ni. Abah bukan jenis yang cakap banyak dan sikap abah tu ada turun kat anak pompuan dia ni. Hihi.. kite ingat lagi masa kecik dulu tiap kali abah hantar kita pergi sekolah, kita tak pernah miss cium pipi abah. Abah pun tak pernah miss cium pipi kite semula dan cium tangan kite. Kite sayang abah sangat-sangat. I love you, abah!!


p/s: Kat rumah, aku bahasakan diri aku sebagai 'kite' instead of along. Ni lah dia pengaruh dok berkite-kite bila bersembang dengan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu -.-'



Abah dan Mama saya 


Cinta matiku.


4 comments:

  1. sama lah kita. tak tunjuk pada kata-kata. kadang2 entah, macam malu. hehe.

    ReplyDelete
  2. @Ayeem Jemain
    hehe tu lah. pelik jugak sbb malu dgn parents sndr. tp klu kat boipren, xmalu plak. aduyyai

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ayah... hehehhee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...