Tuesday, June 28, 2011

Ops Kurus

Sekarang aku on the way nak kurus. Hah dah bertahun-tahun aku azam cenggitu. Tapi kurusnya tidak. Makin tembam adalah -.-'  Awal bulan hari tu, mama belikan aku losyen Mustajab pati halia tu. Ala.. yang duta dia Nora Danish tu. Heh mama sangat baik. Ada ke dia kata kat aku macam ni:

"Nah kau pakai losyen ni tiap-tiap hari. Risau mama tengok perut kau buncit sangat"  T___T



Mama~~ kenapa mama kata macam tu. Kite ni bukannya mengandung pun  T_____T  Sebelum ni aku tak kisah sangat pun pasal badan aku. Uhmm senang hati katakan. Tu yang makan pun tak henti-henti. Akhirnya bila aku upload gambar terbaru kat FB, semua komen:

"Anis dah chubby lah~~!"

Asal korang teruja sangat aku gemuk ni. Haizzz.. nak marah pun tak boleh sebab kawan sendiri. Kalau kome tak komen cenggitu, mungkin kesedaran sivik untuk aku kurus takkan wujud kot? Haha. so sekarang aku amalkan pakai losyen pati halia tu. Aku suka rasa panas losyen tu tiap kali lepas sapu. Rasa macam semakin panas losyen tu, semakin banyak lemak yang gugur -.-'

Selain pakai losyen pati halia, aku pakai bengkung jugak. Ui malu pulak bila kata macam ni. Macam anak dara zaman 60-an dulu dok berbengkung bagai. Pfttt.. Lepas mama belikan aku losyen tu, dia bagi lagi aku makan supplement minyak ikan + evening primrose oil. Evening primrose oil ni elok untuk kecantikan kulit dengan rambut. Fish oil pulak untuk sakit-sakit badan *if im not mistaken*


Lihatlah betapa sayangnya mama pada saya. Maklumlah, saya kan satu-satunya anak pompuan dia. So haruslah maintain cantik *pengsan* Hmm buat masa sekarang berat aku 58 kg. Bapak ahh.. berat gila. Hmm target nak capai 55 kg sebelum raya. Heh tengoklah macam mana. Tapi kalau susah sangat diet, baik aku pergi treatment kat SINI. Dengan harga RM 38, aku dapat mengukir bentuk badan berjenama :D


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...