Friday, June 17, 2011

Susah Nak Carik Lelaki Sehensem, Seromantik & Sebaik #sethtan


Alololo omei-omei

Impikan bakal suami atau boipren sebaik #sethtan? Erghh memang tak lah kan. Aku tengok cerita #noraelena tu pun macam tak ada perasaan je bila tengok #sethtan begitu sayang dan care pada #noraelena. Sebabnya, zaman sekarang ni susah kot nak carik lelaki macam tu. Lagi-lagi lelaki Melayu, jauh sekali kot? Nasib baik #sethtan tu Cina. Kah3.. 


Ok, sekarang aku nak bagilah sikit tips *tips ke?* kalau kumorang sume dah menggatal nak bercinta cintun sejak bangku sekolah macam haku ni.  MUNGKIN cinta sejak bangku sekolah atau lebih famous dengan nama 'Cinta Monyet aka Puppy Love' akan boleh bertahan lama kalau kita ikut rules bawah ni:

1) Terima orang atas dasar kita memang sayang pada dia. Bukan terima cinta orang tu sebab kita nak show off kat kawan-kawan yang kita ni ada orang nak. Tak guna kan kalau salah satu pihak je yg betul-betul sayang, tapi satu pihak lagi sambil lewa je. Sebab tu lah cinta masa zaman sekolah ni tak kekal lama. Sebab masa tu, couple is just for fun.

2) Tak perlu nak tayang kat semua orang yang si polan ni bf/gf kita. Sampaikan nak pergi mana-mana dalam kawasan sekolah tu pun asyik nak berkepit dengan bf/gf korang. Korang ingat kawan-kawan korang suka ke dengan gelagat korang tu? Maybe bagi korang bila buat semua kerja sama-sama it will look sweet. Hak tuih lahh.. tu bagi korang. Tapi korang pernah terfikir tak, mesti ada antara member korang akan kata macam ni, "Ala, dorang tu takkan kekal punyalah. Tengok je nanti" Ingat, setiap kata-kata adalah doa. Kalau dah 20 orang kata macam tu, tak makbul doa tu?

3) Kalau dah mengada nak bercinta masa budak-budak, so kena lah tahan bila korang nampak bf/gf korang tu menggedik dengan perempuan/lelaki lain. Sebabnya, mustahillah kalau korang nak harap dorang akan serius dalam relationship. Korang couple masa umur 15 tahun, lepas tu target nak kahwin umur 25. 10 tahun beb kena tunggu. Korang rasa bf/gf korang tu tahan ke nak menghadap muka korang je selama 10 tahun menunggu tu? Tu belum bila dah kahwin nanti. 24 /7 menghadap muka yang sama.

Err tu je yang mampu fikir buat masa sekarang :p

2 comments:

  1. nak jugak cari macam seth tan :D

    ReplyDelete
  2. @sarah mohamad
    hahaha ssh tu nak carik laki mcm tu :/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...