Monday, July 04, 2011

Bila Saya Memandu...


Tahun depan lesen kereta aku akan jadi competen. Yay! Selama hampir 2 tahun aku pegang lesen P, dah banyak kali kereta Gen 2 abah jadi mangsa. Kereta tu lah yang aku guna untuk langgar tembok, kereta tu jugaklah yang aku guna untuk langgar lori. Haishh.. abah dah banyak keluar duit untuk repair setiap kerosakan yang aku buat. Tu lah, anak abah mintak kereta untuk dia sendiri, abah tak nak bagi. Haip tak baik anak cakap macam tu. Grr tampo mulut kang.

Dulu masa mula-mula dapat P, eager gila nak tampal pelekat P. Konon feeling aku ni gadis muda elit yang handal memandu lah. Pffft.. tapi bila drive, pengecut macam tikus jugak. Tu belum bab parking. Abah memang tak caye nak bagi aku pi shopping sorang-sorang sebab dia tahu anak pompuan dia ni parking haru-biru. Kang kalau salah parking, takut orang pi pancit tayar je. Ha.. camno tu?

Tapi pe'el aku bila drive, aku pantang kalau orang memotong aku. Kalau aku nampak ada kereta follow rapat kat belakang, selagi boleh aku tekan minyak kuat-kuat sebab tak nak bagi orang belakang potong. Lagi satu, aku benci orang yang drive macam siput. Benda macam ni selalu jadi kat jalan kampung. Lagi-lagi jalan yang satu lane tu. Aku ni dah lah jenis penakut nak memotong. Hmm bukan takut sebenarnya. Tapi kereta Gen 2 abah tu dia lambat pick up. 

Aku pernah sekali cuba nak memotong kat jalan kampung. Cubaan pertama, aku bantai memotong kat jambatan yang sempit -.-'  Cubaan kedua, aku try potong satu kereta ni, tapi masa tu ada treler sebijik kat lorong sebelah. Sikit lagi hoi nak cium Gen 2 aku. Aku tekan minyak kuat-kuat, kemain lambat lagi meter naik. Adehh.. start dari situ, aku fobia nak memotong  T___T


Gen 2 manual yg di drive oleh member.
Aku drive manual? Harooomm



4 comments:

  1. best an bile drive..mcm2 bnda jd.. :)

    ReplyDelete
  2. @IQEISYA's story
    hehe yup2. mcm pengalaman leh kutip kat jln raya tu. n leh kenal mcm2 pangai org :D

    ReplyDelete
  3. hoaa...beshnya!! shira bru je nk blajar bwk kete..siang tdi bru lpas amek ujian berkomputer. sengal lmbat gila.. -__-"

    ReplyDelete
  4. @Hashira Yusoff
    hehe xpe. blm tlambat lg lah nak blaja drive :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...