Tuesday, July 12, 2011

Saya Dah Penat

Aku dah penat bagi peluang. Kau kata kau nak berubah. Tapi bila? Kalau dulu aku selalu yakinkan kau yang kau boleh berubah, dan boleh sayang aku macam kau pernah buat dulu. Tapi makin hari, harapan aku makin tipis. Aku kena teruskan hidup. Sampai bila aku nak tunggu kau. Kau kata bagi kau masa untuk kau berubah. Tapi bila kau berubah nanti, adakah kau akan sayang aku balik?

Aku tak tahu apa sebenarnya yang kau nak dalam hidup kau. Aku tahu aku ni membosankan kau. Aku terlalu pendiam. Nak ajak shisha, nak balik lewat malam, semua aku tak boleh. Dan aku tak gila-gila macam kau. Tapi kenapa selama 4 tahun sebelum ni kau boleh je terima setiap kelemahan aku? Kenapa baru sekarang kau mempertikaikan kelemahan aku.

Kalau kau tak nak aku lagi, jangan cari aku. Kau jangan kata kau kasihan kat aku. Aku tak perlu simpati kau. Sebab bila kau simpati, kau bagi aku harapan kat aku. Saya penat awak.. Saya penat dengar semua janji manis awak. Bagi saya peluang untuk saya hidup sendiri. Kalau awak boleh stop sayangkan saya, tak mungkin saya tak boleh stop sayangkan awak. Betulkan awak?

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya

You said you love me
You're a liar
Cause you never, ever did

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...