Tuesday, July 05, 2011

'Sekali Lagi' Reminds Me of Us :(




Semalam aku pergi tengok movie kat eCurve. Mula-mula kat sana, aku plan nak tengok Transformers. Tapi lagi 3 orang nak tengok Sekali Lagi. Aku tak nak tengok Sekali Lagi sebab aku ingat nak tengok cerita tu dengan dia. But.. dalam 2 minggu ni aku asyik ada krisis je dengan dia. Nampaknya harapan nak keluar sama-sama memang agak tipislah. So decide tengok Sekali Lagi without him.

Aku ada high expectation pada movie ni. Mula-mula aku tengok trailer filem ni masa akhir April hari tu. Masa tengok trailer cerita tu, dia kata jalan cerita movie tu macam ada sikit-sikit jalan cerita cerpen yang aku pernah buat dan cerita tu pun macam ada berkait dengan kisah hidup kami. 

Dalam movie ni, aku cukup tersentuh tengok watak Arman yang Shaheizy Sam berlakon. Nampak innocent sangat-sangat. The way he talk, the way he laugh and the way he cry memang sebijik macam budak-budak yang manja. Aku ni jenis susah nak menangis bila tengok movie. Mungkin sebab aku malu kot (?)  Bila tengok Nur Kasih pun aku tak nangis padahal ramai kata cerita tu sedih -.-'

Dalam cerita ni, aku rasa babak paling sedih masa Arman kena marah dengan Sheila (Lisa Surihani)  lepas tu Amy (Mia Sara) pujuk, sambil kata, "Jangan nangis, jangan nangis" :') Sinematografi cerita ni pun sangat cantik. Tak de lah nampak murah. Hihik.. hah, masa babak flash back detik Sheila kenal dengan Arman tu, diorang kenal masa zaman sekolah. Sanggup woh ponteng sekolah lepas tu lepak kat shopping complex. Dan aku dengan dia pun pernah buat perangai macam tu dulu. Pergi sekolah elok je pakai uniform. Sampai depan sekolah, kitorang cabut. Dia hantar aku pergi Shell, tukar baju lain lepas tu lepak pagi-pagi buta kat Times Square. Awhhhhh memories :'(

Dalam cerita tu, shopping complex yang dorang pergi ialah AU2 Setiawangsa. Heii aku pun pernah ada kenangan dengan si dia kat sana. Lagilah aku tacing bila tengok cerita ni. Aku rasa macam terkilan, kenapa saat-saat movie ni keluar, aku ada krisis dengan dia. Lagi satu, esok hari jadi aku. Selama 3 tahun hari jadi aku kami celebrate sama-sama. Tapi tahun ni, macam mustahil je nak happy macam dulu. Masa berubah, orang jugak berubah. Rindu sangat-sangat kat dia :'(


10 comments:

  1. best ke cite sekali lagi? wahh.. x sempat nak tgk. xpe la.. byk2 bersabar. InsyaAllah. awak ngan si 'dia' akan OK :)

    ReplyDelete
  2. @antzgirl
    huhu best2. mia comel sgt2 n petah ckp. geram tgk dia :D thanks.. hrp sgt dpt bahagia mcm dl :(

    ReplyDelete
  3. sabar ye.. mungkin ade hikmah disebalik sumer tu..
    nanti2 baik la tu..
    anyway, happy birthday in advance..

    sy pon dah tgk.. best juga.. tp nak nangis x jd sbb ade org gelak2 dlm panggung..hoh!

    my komen utk SEKALI LAGI-->Pra Tonton Filem Sekali Lagi Sebentar Tadi

    p/s: nice blog! sy nak juga buat mcm blog awk tp slalu x jd..ikut tutorial pon still x jd comei2 mcm blog ni..huhu

    ReplyDelete
  4. @sue sopian
    hehe thanks! hope sgt2 ktorg akan ok semula. hehe cte ni best kan!

    psl blog tu, try blaja slow2 psl code. nti lama2 kte pndai. lps tu seeloknya guna old template minima sbb code die sng nak edit. hehe gudluck!

    ReplyDelete
  5. rasa mcm nak tengok Sekali Lagi bila ninie kata best

    btw,harap awak dgn dia takde dah krisis k =D

    ReplyDelete
  6. @Anies Anessa
    hehe besttt.. suka tgk shaheizy sam berlakon. rs kesian sgt2 bila tgk dia kena marah :(

    btw thanks sbb doakan kami :')

    ReplyDelete
  7. filem ni memg best..tak rugi beli tiket rm13..sedih kan.ninie, kalo dah mcm tu, rasa nye susah nak kembali mcm dulu. :'(

    ReplyDelete
  8. @❤NazirahMoktar❤
    hehe yup cte tu best. hm.. psl mslh dgn dia tu, ninie pun rs mcm ssh nak kembali mcm dl. xpe lah, skrg ninie redha je dgn ape g blaku :(

    ReplyDelete
  9. cite ni bg aku beh.. hjehehehehe

    ReplyDelete
  10. @hamzah ian
    huhu best jgk. antara cte melayu yg best!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...