Tuesday, August 30, 2011

Satu Hari di Hari Raya

Back to 60's  ♥

Azlan & The Typewriter
Anis & Mesin Rumput :B


Gambar Dua Hari di Hari Raya akan menyusul kemudian.
Hihiksss :3


Saturday, August 27, 2011

Short Update




Kredit: Abe Ayam

Now im updating my blog from my new laptop. Lappy lama dah rosak. Baru guna 2 tahun dah rosak. Nampak tak betapa ganasnya aku guna? -.-' Sebab lappy ni masih baru, so take time jugak untuk paham dia. Mood nak update blog pun dah kurang sebab folder yang ada gambar best-best semua kat lappy lama :'(

Esok aku maybe akan busy sehari suntuk pergi rumah atuk, lepas tu spending time for a last minute shopping. Monday morning, akan balik kampung ke Negeri Sembilan. Siapa sini orang nogoghi? Moh lah datang kampung den kek pilah tu. Ekeke..

A week after raya, i will register for my degree course in UiTM Shah Alam. Haih tamat jugak cuti 6 bulan. Berkat 6 bulan cuti ni, makin naik badan aku. Tadi med check up, berat bertambah dari 58 kg ke 64.5 kg. Ketinggian, makin pendek. Dulu 158 cm, tadi ukur, 155 cm. Wadde?? -..-

Senang cerita, blog mungkin akan di update semula lepas aku habis orientasi nanti. Dalam 2 minggu blog akan bersawang *tangan ke dada, mata ke atas*. Ehmm tu je nak bebel. Akhir kata,

HAPPY EID MUBARAK TO ALL MUSLIMS dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54! :D




Wednesday, August 24, 2011

Blog Berwajah Baru! Theme: PEACH

Sempena beberapa hari sebelum raya ni, blog adalah harus bertukar wajah. Walaupun tak ada pelita dan ketupat, tapi hasil blog sekarang amat memuaskan hati. Sekarang aku more on Tumblr. Blog terabai yeke. So  adalah harus lakukan sesuatu supaya blog sentiasa up to date sebab tak nak BE lari.

Kalau korang nampak, header sekarang dah bersambung dengan blog. Header ni aku langsung tak edit kat Photoshop macam yang korang selalu baca kat tutorial-tutorial 'Buat Header Bersambung dengan Blog'. Header aku cuma edit guna Photoscape dan transparentkan guna GIMP. Lepas edit code sana, edit sini, berjaya jugak tipu mata korang konon-konon aku reti design header bersambung dengan blog. HAHAHA gelak keji :B

So below is my blog screenshot. Hehe kalau ada you guys yang tertanya-tanya how to have the whole screen shot, moh kita install extension WEBPAGE SCREENSHOT (Chrome User) dan SCREENGRAB (Mozilla Firefox user). Aku guna Chrome dan extension ni memang memuaskan hati. I looike it bebeh ;)

Credit goes to these gentlemen: For Google Chrome, for Mozilla Firefox. Click them to know more about the extensions.



Tuesday, August 23, 2011

Our Sengal Conversation :B


  • Him: Hm sy dah taksub main pokemon, tu yg hack segala bagai
  • Me: Sy pulak taksub dgn tumblr coding. Hehe eloklah tu awk bz hacking, sy bz coding. Boleh bukak company nih.
  • Him: Huhu apa nama company kite?
  • Me: Syarikat Balinese dan anak-anak. Hahaha ok tak?
  • Him: Macam nama kedai ubat je. Huhuh
  • Me: Tau takpe. Nama kedai ubat cina tu.
  • Him: Tak imaginative langsung..
  • Me: Adeh habis tu apa ye?
  • Him: Lee and associate.
  • Me: Mana nama sy?
  • Him: Dalam associate tu lah.
  • Me: Tak nak. Sy nak ada nama sy seketul :B
  • Him: Lee and seketul inc
  • Me: Ur funnayh -..-

Perfect guys don't exists, but there's always one guy that is perfect for you.

Monday, August 22, 2011

Removed Blog's Page & My New Tumblr

Tajuk tolong jangan mengundang sangat pls? Hehe ada 2 story je nak share sini. My blog sekarang dah tak ada fanpage fanpage katanyaaa. Fanpage tu masih wujud, cuma sekarang aku dah taknak letak button dia kat blog. Sekarang baru sedar yang benda tu bukan ada function. Aku ni bukan jenis mesra alam. So memang tak lah nak update apa-apa kat situ. Dalam masa terdekat ni, page tu akan saya remove. Pada yang pernah like page tu sebelum ni, trimas banyak-banyak. Maaf kalau sebelum ni feed dari page tu pernah menyemakkan news feed FB korang ^.^v

RIP :'(

Second story, sebelum ni aku tak pernah heran nak buat tumblr. Tapi hari ni entah kenapa tiba-tiba jek nak sign up. So tanpa pikir panjang, terhasillah sebuah tumblr yang diberi nama 'Dear diary'. Sebelum ni nama tumblr 'Anisshu'. Tapi lepas kena complain kelakar, terus haku tukar nama dia tacing

Click HERE to enter

Buat masa sekarang masih noob pasal tumblr. Tak discover macam-macam blog/tumblr yang menarik untuk di follow. Hope you guys boleh suggest links yang best dan kawaiii..~ Huhu selamat sahur. Assalamualaikum :)


Sunday, August 21, 2011

Sikit-sikit Pasal UiTM Puncak Alam (GAMBAR)

Minggu ni banyak jugak dapat keywords UiTM Puncak Alam kat stats. Yelah, lagi 2 minggu je nak daftar semula ke universiti masing-masing kan. Pada sesiapa yang dapat UiTM Puncak Alam, tahniah saya ucapkan. Hehe seriously UiTM Puncak Alam sangat cantik dan facilities dia masih dalam keadaan baik. Okay, meh saya bagi details pasal UiTM Puncak Alam ni. 

UiTM ni agak jauh dari hiruk pikuk kota eceh so memang sesuai sangat sebagai tempat study. Fresh air uolss. Kalau nak pergi outing, so far saya pernah pergi Sunway Pyramid je. Huhu maklumlah budak baik, tu yang jarang keluar :B  Selain Sunway Pyramid, boleh jugak huha-huha kat Justco Bukit Tinggi ke Bukit Raja entah. Tak sure sebab tak pernah pergi :B Boleh amik bas direct from kolej kediaman korang. Lepas tu awak duduklah dalam bas tu sampai satu jam lebih semata-mata nak huha-huha kat bandar. Hihiks :3

Mengidam fastfood? Oh jangan risau, korang boleh jalan kaki tak digalakkan atau naik bas untuk ke Mc Donald's yang terletak di sebelah kanan pintu masuk UiTM. Ok la kan, boleh jugak tukar selera. Asyik-asyik nasi goreng student je bosan jugak memories :')

About kolej, awak semua untung sebab meja belajar korang luas. Siap boleh gosok baju atas meja tu lagi. Tapi make sure lah meja tu tak semak. Kalau semak, non hado lah nak gosok baju atas tu. Internet connection, bawaklah cable. Satu bilik satu plug cable so pandai-pandai share dengan roommate. Tapi kat hall ada 2 plug cable. About toilet, toilet dalam rumah. Tak payah takut nak pergi toilet malam-malam :D

Lecture hall pulak sangat awesome. Lecture hall kat FSK luas tapi FF sempit sikit. Kat lecture hall, kalau korang mengantuk, memang senanglah mata tu lelap. Kalau lecture ramai student, lecturer tak kisah pun korang nak tidur sampai menganga mulut. Korang dah besar kan. Pandai-pandailah.

Okay enough bebel. Apa-apa nanti, korang discover lah sendiri kat sana. Aku tak dapat kat Puncak Alam. Tu yang asyik meroyan pasal Puncak Alam je nih. Haha :))

1 bilik 2 orang. 1 rumah, 4 bilik.


Nak tunjuk lecture hall sebenarnya :B


Pemandangan biasa lepas hujan.
'Biasa' katenyeee


Abaikan makcik ni. 
Nak tunjuk lab yang kewll~


Meja study sangat luas sampai
boleh buat sepah  T__T


Bukti org gigih stay up tiap malam :p


Permulaan menempuh tangga 'maut'. LALALA


McDonald's! 


Cun siaaa awek atas ni :p
Eh silap. Santekk an air pancut iteww~


Dalam labu sayong tu ada air.
SILA PERCAYA


Toilet yang bersih sampai tak nak keluar.
Ada bunga uolss #pomboley


Kafe Rafflesia. Lebih glamour dipanggal RAFFLE.
Saya nak pergi RAFFLE beli WAFFLE sambil SHUFFLE


UiTM Di Hatiku :D

Perghh banyak gambar. Tq pada model-model lain kerana menceriakan saya sepanjang saya belajar di sana. Huhu to readers, enjoice. Maaf kalau berjanggut tunggu gambar loading. Ampunnn.. Selamat Hari Ahad uolss!!


Thursday, August 18, 2011

Rilakkuma (GAMBAR)

Rilakkuma berasal dari perkataan Jepun. Err yeke Jepun ke Korea entah. Keliru jap -.-'  Rilak, maksudnya rileks. Kuma maksudnya beruang. Haha suka hati bagi maksud. Tapi kuma tu aku sure maksud dia beruang. Tang rilak tu je agak was-was. Tapi abaikan tu semua, yang penting beruang di bawah ni adalah sangat rileks sampai aku naik geram nengoknya.

Jom cuci mata petang-petang ni. Nak tengok gambar makanan, kang terliur pulak. So senang cerita kita layan gambar beruang yang rileks ni jelah :D




































Rilakkuma paling comel, JENGJENGJENG
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ehem sama comel tak dgn couple Rilakkuma atas tu?
Haha ok dah tak comel dah entry ni #kbai


p/s: Pada yang berkenaan, minta maaf muka awak kena blur. Hihiksss :3


Picture Credits: Cherrybam


Off Fashion

Masa jalan-jalan kat Tesco dengan parents, aku selalu tengok mama dok belek-belek baju kurung moden atau jubah moden yang banyak tergantung kat booth-booth kecil tu. Aku tahu, mama nak belikan aku baju macam tu untuk aku raya ni. My mum pernah bagitahu, "Along, abah kau pernah kata raya ni dia nak bagi anak pompuan dia pakai baju lawa-lawa. Tak kisahlah berapa harga dia, abah kau nak tengok kau cantik macam anak dara lain"

Kalau pompuan yang gila shopping, mesti dah lompat-lompat katak dengar tawaran terhebat parents aku ni. Tapi aku tak. Aku buat muka sambil jawab, "Alah ma, kita tak sukalah baju yang mahal, kain licin yang bermanik-manik ni. Kita buka reti jaga pun. Beli baju kurung biasa sudahlah"  Dengan muka kecewa, mama jawap, "Kau tu kuno lah. Perempuan sekarang pakai baju kurung macam ni lah. Bila mama nak beli, kau tak nak. Suka sangat pakai baju buruk" Erk mama? -..-



Honestly, aku bukan pompuan yang suka benda yang bila kau pakai, kau nampak gojes. No.. aku lagi suka baju kurung yang tak mudah kedut sebab aku malas gosok baju. Huhu untuk pakaian kasual, aku lagi selesa pakai seluar jeans paras lutut kegemaran aku tu. Parents aku pun dah boleh agak apa pakaian fav aku tiap kali aku keluar. Yeahh.. pakaian fav aku ialah cardigan lengan panjang warna hitam dengan seluar jeans pendek paras lutut.


Hm aku ni bila bab bergaya memang off fashion sikit. Tak tahu kenapa. Sebab tu lah aku ni maintain comot. Tapi bila tengok gambar-gambar bawah ni, aku rasa minat fashion aku macam more to rock and roll kot. Rambut serabai, tshirt with jeans. Simple je kan :D Tapi apa-apa pun, i need to lose weight! :'(






Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #4: Fakulti Sains Komputer dan Matematik




Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM





Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM





Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM





Cara 'Center'kan Blog Title Template Designer

Sila tekan ctrl+c untuk copy code di bawah. Tenkiu :)

Dah lama tak buat tutorial. Saya harap tutorial ni membantu mereka yang malas nak edit blog guna old template, tapi masih berkemampuan untuk memiliki blog yang #ohsem giteww.. Untuk tutorial ni, saya rasa header tu akan nampak cantik kalau guna template SIMPLE sebab nampak lagi kemas. Caranya,

Dashboard > Design > Template Designer > Templates: Simple (1st Box)

Ok lepas pilih template tu, korang edit lah dulu design blog tu. Font untuk header boleh tengok kat,

Template Designer > Advanced > Blog Title

Kat sana ada macam-macam fonts yang lawa. Pilih jer. Bila dah puas hati, tekan APPLY TO BLOG. Tapi masa tu, font untuk tittle blog korang akan berada kat sebelah kiri blog. Dia bukan kat center. So, untuk centerkan dia, follow steps bawah ni,

Dashboard > Design > Edit HTML > Click 'Expand Widget Templates 

Tekan ctrl+f serentak dan cari code ni:  .Header h1 {  Bila dah jumpa, paste code text-align: center; kat bawah code font: $(header.font); Kalau tak faham, ni contoh code yang telah diedit.


.Header h1 {
  font: $(header.font);
  text-align: center;
  color: $(header.text.color);
  text-shadow: $(header.shadow.offset.left) $(header.shadow.offset.top) $(header.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .2);
}


Hasil lepas edit. Ni blog personal saya. Private :B



Blog abg randy saya. Hihikss :3


Tuesday, August 16, 2011

Must See! FEATURED BLOG :)

This post untuk promote blog member member ke? dan promote ehmm tak tahu nak describe sebagai giveaway ke apa. Huhu maybe kad raya giveaway kot. Hehe.. 

Untuk blog pertama ni, ehm aku puas dah suruh beliau promote url blog beliau di FB. Tapi beliau degil. Aku ada blog, dia pun nak ada blog. Tapi sekarang terbengkalai. Hope you guys bolehlah cekidaut blog beliau ni. Baru berjinak-jinak dengan blog katakan. Mana tahu bila follower bertambah, beliau makin semangat blogging? :D  Oh ya, blog beliau aku yang edit. Tu yang bersungguh aku promote ni. Hihikss :3

Click HERE


Dan, sempena raya ni korang tak nak ke kad raya? Alahai siannya.. Sekarang ni bila ada orang nak bagi, apa salahnya grab peluang tu ye dak? Hihi aku dah dapat kad raya dari doktor wannabe ni. Hehe thank you Dr. Amirah Farhana! Tahun depan bagi lagi ye!


Comei kan blog beliau?


Sila jeles sebab aku dapat e-card raya :B
Kalau nak jugak, click SINI


Monday, August 15, 2011

AI: Sneak Peek


Entry sebelum ni menunjukkan betapa terujanya saya mendapat tawaran degree. Sebelum ni memang dah putus harapan. Rasa loser sangat-sangat bila memikirkan masa depan yang malap. Tapi 2 hari lepas Alhamdulillah, hari saya mula cerah selepas ditawarkan jurusan yang tidak disangka. Hamboii ayat kemain :B

Course yang saya dapat langsung tak related dengan Bio. Haizzz.. tak tahu boleh bawak ke tak sebab course ni kena deal dengan Maths. Wuu.. lebih haru, course ni ada sangkut paut dengan komputer. Aku ni dah lah alergic dengan komputer. Nak switch on comp pun aku tak reti hoi! Tapi nak on laptop reti pulak -.-'

Tapi berdasarkan apa yang member saya cakap, course ni berkaitan dengan software. Err ok biar saya explain, contohnya korang main chess kat comp korang. Takkan nak lawan sorang-sorang ye dak? Setiap kali lepas kita gerak, nanti comp tu pulak akan gerakkan chess tu. Ha.. tang gerakkan chess tu lah yang dinamakan Artificial Intelligence. Comp tu akan bertindak mengikut otak manusia. Lebih kuranglah..

Sebab saya makin teruja dengan course ni, mai saya habaq mai syllabus yang perlu saya belajar untuk 6 semester nanti.

Semester 1:
-Fundamentals of Computer Science (3)
-Basic Algorithms (3)
-Discrete Mathematics (3)
-Islamic and Asian Civilization (2)
-Co-curriculum I (1)

Semester 2:
-Introduction to Statistics and Probability (3)
-Operations Research (3)
-Object-Oriented Programming I (3)
-Co-curriculum II (1)
-*Elective (3)

Semester 3:
-Fundamentals of Introduction Systems (3)
-Fundamentals of Artificial Intelligence (3)
-Database Management Systems (3)
-Object-Oriented Programming II (3)
-Internet Programming I (3)
-Ethnic Relations (2)
-Speech Communications (2)
-Third Language (2)
-*Elective II (3)

Semester 4:
-Discrete Structure (3)
-Data Structure (3)
-Artificial Intelligence Programming Paradigm (3)
-Decision Analysis (2)
-Writing for Specific Purposes (2)
-Third Language II (2)
-*Option I (3)
-*Elective III (3)

Semester 5:
-Managing IT Projects (3)
-Intelligent Systems Development (3)
-Decision Support Systems (3)
-Third Language III (2)
-*Option II (3)
-*Option III (3)
-*Elective IV (3)
-*Elective V (3)

Semester 6:
-Social, Ethical and Professional Issues (3)
-IT Project (6)
-*Elective VI (3)
-*Elective VII (3)

Err ok lenguh dah tangan menyalin. Yang ada tanda * tu, ada banyak sebenarnya. Saya malas nak list down. Hihik.. Oh btw this entry just untuk share dengan korang semua pasal course ni. Sejujurnya, saya sendiri tak pernah tahu pun pasal AI ni. Maybe sebab sebelum ni taksub sangat mengkaji tubuh badan manusia. Ok lepas ni kita kaji computer pulak. Nampak tak jauh beza tu -.-'

Abang randy saya paling suka bila tahu saya terjun dalam bidang ni. Cehh suka lettew aku akhirnya jatuh jugak dalam field dia. Lepas ni bolehlah bukak syarikat computer sama-sama. Huahua.. Ok, till then. Have a nice day!


Saturday, August 13, 2011

Sistem Cerdas






Maaf sebab blog terlalu lama tak update. Walaupun tak ada siapa kisah, tapi ada aku kisah? Huahua.. Oh pada sesiapa yang tanya aku dapat mana untuk degree ni, ni ha aku dapat course Bachelor of Science (Hons) (Intelligent System) kat UiTM Shah Alam. 

Saja menggedik letak nama course omputih. Sedap sikit bunyiknya. Dalam BM, sistem cerdas -.-'  Kami repeaters ni memang ketinggalan bot pasal tawaran ni. Sebab apa, biarlah rahsia :B  Haih aku ingat kalau tak dapat offer, nak masuk kolej. Semangat dah isi form nak ambik course Environmental Health kat City University College. 

Uhm tapi my mum suruh masuk IPTA jugak, so hai computer! Aku tak minat benda yang related dengan computer ni. Tapi dah Allah bagi rezeki ke situ.. terima je :')  Bye2 Bio :'( Pada member yang sebelum ni asyik tanya aku dapat mana, aku mintak maaf sebab berdiam diri. Sorry :)  So guys, doakan aku tak main-main lagi masa degree nanti! :D


Monday, August 01, 2011

Saya Nak Kurus

Fuhh dah seminggu aku tak makan nasik goreng student kafe Sireh. Mesti abang Sireh tu rindu dengan pelanggan setia dia yang comot ni. Ehm sorry ah abang Sireh. Kiteww adeww masalah leww last weekkeeeww. Waddefewww ah tulis camni =.="

No, kau baca tak entry aku sebelum ni? Nope, before this aku ada buat entry yang emo gila-gila babeng. Ala entry yang tak bertajuk tu. Ok entry tu dah buang sebab 18SG. Kat luar aku bukan orang yang macam tu. Cuma dalam blog je aku macam hyper sikit. Well, fake. Tu lah dia :p

Sekarang, aku dalam misi untuk menguruskan badan. Bila aku tension dan makan hati, selera makan macam badak aku ni otomatik akan hilang. Tak makan nasik 2 hari pun aku boleh tahan lagi. So, pengajaran di sini, selalulah makan hati supaya boleh kurus. Damn I dont really mean it. Got me??!!

Korang boleh imagine rupa aku bila kurus? Orait, sebenarnya aku dah lama nak show off muka aku bila kurus kat blog ni. Tapi, aku risau kantoi je. Hehe..



Body sebelum kurus. Motif gambar ni?
Yeah, nak jadi model Rexona :p



Begini rupa aku bila kurus.
Marilah kita menadah tangan, berdoa supaya Anis Shuhada Nasir
berjaya kurus. Amin :B



Fine laaaa. Tak habis-habis nak market guna gambar budak ni. Kalau kantoi kat pemilik gambar di atas, akak minta maaf eh dik. Hehe awak junior akak masa sekolah dulu. Then adik ingat tak masa kita pergi Kem Kepimpinan Pengawas kat belakang Zoo Negara dulu? Masa tu akak darjah 6. Awak darjah 4 kot?? Ha.. awaklah yang pegang jam tangan akak masa akak sibuk nak mandi sungai T___T *ni kisah benar. TQ*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...