Thursday, August 18, 2011

Off Fashion

Masa jalan-jalan kat Tesco dengan parents, aku selalu tengok mama dok belek-belek baju kurung moden atau jubah moden yang banyak tergantung kat booth-booth kecil tu. Aku tahu, mama nak belikan aku baju macam tu untuk aku raya ni. My mum pernah bagitahu, "Along, abah kau pernah kata raya ni dia nak bagi anak pompuan dia pakai baju lawa-lawa. Tak kisahlah berapa harga dia, abah kau nak tengok kau cantik macam anak dara lain"

Kalau pompuan yang gila shopping, mesti dah lompat-lompat katak dengar tawaran terhebat parents aku ni. Tapi aku tak. Aku buat muka sambil jawab, "Alah ma, kita tak sukalah baju yang mahal, kain licin yang bermanik-manik ni. Kita buka reti jaga pun. Beli baju kurung biasa sudahlah"  Dengan muka kecewa, mama jawap, "Kau tu kuno lah. Perempuan sekarang pakai baju kurung macam ni lah. Bila mama nak beli, kau tak nak. Suka sangat pakai baju buruk" Erk mama? -..-



Honestly, aku bukan pompuan yang suka benda yang bila kau pakai, kau nampak gojes. No.. aku lagi suka baju kurung yang tak mudah kedut sebab aku malas gosok baju. Huhu untuk pakaian kasual, aku lagi selesa pakai seluar jeans paras lutut kegemaran aku tu. Parents aku pun dah boleh agak apa pakaian fav aku tiap kali aku keluar. Yeahh.. pakaian fav aku ialah cardigan lengan panjang warna hitam dengan seluar jeans pendek paras lutut.


Hm aku ni bila bab bergaya memang off fashion sikit. Tak tahu kenapa. Sebab tu lah aku ni maintain comot. Tapi bila tengok gambar-gambar bawah ni, aku rasa minat fashion aku macam more to rock and roll kot. Rambut serabai, tshirt with jeans. Simple je kan :D Tapi apa-apa pun, i need to lose weight! :'(






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...