Sunday, August 21, 2011

Sikit-sikit Pasal UiTM Puncak Alam (GAMBAR)

Minggu ni banyak jugak dapat keywords UiTM Puncak Alam kat stats. Yelah, lagi 2 minggu je nak daftar semula ke universiti masing-masing kan. Pada sesiapa yang dapat UiTM Puncak Alam, tahniah saya ucapkan. Hehe seriously UiTM Puncak Alam sangat cantik dan facilities dia masih dalam keadaan baik. Okay, meh saya bagi details pasal UiTM Puncak Alam ni. 

UiTM ni agak jauh dari hiruk pikuk kota eceh so memang sesuai sangat sebagai tempat study. Fresh air uolss. Kalau nak pergi outing, so far saya pernah pergi Sunway Pyramid je. Huhu maklumlah budak baik, tu yang jarang keluar :B  Selain Sunway Pyramid, boleh jugak huha-huha kat Justco Bukit Tinggi ke Bukit Raja entah. Tak sure sebab tak pernah pergi :B Boleh amik bas direct from kolej kediaman korang. Lepas tu awak duduklah dalam bas tu sampai satu jam lebih semata-mata nak huha-huha kat bandar. Hihiks :3

Mengidam fastfood? Oh jangan risau, korang boleh jalan kaki tak digalakkan atau naik bas untuk ke Mc Donald's yang terletak di sebelah kanan pintu masuk UiTM. Ok la kan, boleh jugak tukar selera. Asyik-asyik nasi goreng student je bosan jugak memories :')

About kolej, awak semua untung sebab meja belajar korang luas. Siap boleh gosok baju atas meja tu lagi. Tapi make sure lah meja tu tak semak. Kalau semak, non hado lah nak gosok baju atas tu. Internet connection, bawaklah cable. Satu bilik satu plug cable so pandai-pandai share dengan roommate. Tapi kat hall ada 2 plug cable. About toilet, toilet dalam rumah. Tak payah takut nak pergi toilet malam-malam :D

Lecture hall pulak sangat awesome. Lecture hall kat FSK luas tapi FF sempit sikit. Kat lecture hall, kalau korang mengantuk, memang senanglah mata tu lelap. Kalau lecture ramai student, lecturer tak kisah pun korang nak tidur sampai menganga mulut. Korang dah besar kan. Pandai-pandailah.

Okay enough bebel. Apa-apa nanti, korang discover lah sendiri kat sana. Aku tak dapat kat Puncak Alam. Tu yang asyik meroyan pasal Puncak Alam je nih. Haha :))

1 bilik 2 orang. 1 rumah, 4 bilik.


Nak tunjuk lecture hall sebenarnya :B


Pemandangan biasa lepas hujan.
'Biasa' katenyeee


Abaikan makcik ni. 
Nak tunjuk lab yang kewll~


Meja study sangat luas sampai
boleh buat sepah  T__T


Bukti org gigih stay up tiap malam :p


Permulaan menempuh tangga 'maut'. LALALA


McDonald's! 


Cun siaaa awek atas ni :p
Eh silap. Santekk an air pancut iteww~


Dalam labu sayong tu ada air.
SILA PERCAYA


Toilet yang bersih sampai tak nak keluar.
Ada bunga uolss #pomboley


Kafe Rafflesia. Lebih glamour dipanggal RAFFLE.
Saya nak pergi RAFFLE beli WAFFLE sambil SHUFFLE


UiTM Di Hatiku :D

Perghh banyak gambar. Tq pada model-model lain kerana menceriakan saya sepanjang saya belajar di sana. Huhu to readers, enjoice. Maaf kalau berjanggut tunggu gambar loading. Ampunnn.. Selamat Hari Ahad uolss!!


4 comments:

  1. pergh nak komisen sebab jadi model :p

    ReplyDelete
  2. @Dr. Amirah
    komisyen ek? byk wo nak kuar duit. bape ramai atas tu. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...