Thursday, September 29, 2011

New Life, New Spirit!








Sejak masuk alam degree ni, aku dapat rasa perubahan yang agak ketara pada diri aku. Hihi benda baik, haruslah bangga di blog kan? Sila angguk sekarang. Kalau nak banding life aku masa asasi dengan degree ni, degree life aku macam lagi terurus. Tak tahulah mungkin usia makin meningkat, dan aku semakin matang (?) atau ni culture shock? Culture shock ke arah positif. Kalau betul, sejuk perut mama mengandungkan aku dulu tiba-tiba

Masuk degree ni, aku dah mula latih diri aku bangun pukul 6.30 pagi. Ye, tu bukannya awal sangat. Tapi kalau nak banding masa asasi dulu, aku bangun pukul 7 pagi, then solat subuh 7.15 -..-' Kat sini jugak, aku jarang tidur dalam jangka masa yang lama masa kuliah. Kalau terlelap pun dalam 5 minit macam tu je. Maybe aku jarang terlelap masa kuliah sebab jumlah student yang sikit kot.

Lagi satu, sampai sekarang aku tak pernah ponteng kelas! Sebab aku jarang ponteng kelas, kat sini payah nak menipu suruh member sign attendance. Kelas aku bukannya ramai sangat. Kalau aku tak datang, ko ingat lecturer tak boleh trace? 

Lagi satu, aku jugak rajin puasa sekarang ni. Haihh kalau masa asasi dulu mewah dengan elaun. Tapi degree ni, kena tunggu ptptn masuk. Dah lah aku kelompok 2. Mahu berjanggut aku nak tunggu duit tu. Zzz.. So nak jimat duit aku puasa jelah. Boleh kurus kan2? Dah lah tiap kali nak pergi faculty aku kena mendaki bukit dulu. Memang terbaiklah kan. Memang kuruslah aku nanti. Tadi pun aku rasa macam pipi aku cengkung sikit. HAHA :p

Fuh banyak jugak perubahan positif aku ni. Huhu hope bolehlah tahan positif macam ni sampai aku grad nanti. Pengalaman kegagalan masa asasi dulu mengajar aku erti kematangan cewaaaahhh. Hihi ok gotta sleep now. Sepatutnya aku kena hafal note Economics sekarang ni. Tapi blog macam memanggil-manggil  T___T

p/s: Jatuh hati dengan template baru blogger. Lagi simple and nice! Tapi kena fikir 2,3 kali nak revert to that template or not. Sayang dengan template ni :'(



Wednesday, September 21, 2011

My Awesome Dad

Baru berapa hari tak balik rumah, dah rindu dengan family. Hehe bond saya dengan family memang kuat. Walaupun life kami sekeluarga sederhana, tapi parents aku akan cuba sedaya upaya untuk fulfill kehendak anak dorang ni. Fyi, my parents jarang nak marah anak-anak dorang ni. That's why my parents nampak awet muda. Tehee.. my dad dah 50++ tapi still nampak hensem. Peh bangga kejap. HAHA motif? -..-

Abah buat muka penat.
Pipi aku plak kemain naik mcm br lps suntik botox.


p/s: So guys, apa tunggu lagi? Say hai to bakal bapak mentua #kbai


Monday, September 19, 2011

Culture Shock

Lagi 30 minit nak gerak pergi faculty. Petang ni ada kelas ekonomi pulak. Seriously bila masuk degree life ni, aku macam culture shock sikit. Maksud aku bukanlah aku jadi kutu rayau, balik 2-3 pagi macam tu. No, no, no. I baik hokeh. Kejutan yang aku alami ialah course yang aku tengah ambil ni.

Selama ni aku lagi selesa dengan Bio. Lantaklah kalau kena hafal berapa banyak fakta pun, at least aku enjoy sebab ada kena mengena dengan benda hidup. Tapi sekarang kena belajar pasal benda yang related dengan computer. Belajar coding, programming.. Gosh apa benda aku belajar ni. Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada :'(

Kalau dulu, setiap kali masuk lab kena pakai lab coat. Tapi sekarang aku kena masuk computer lab. Ko giler nak pakai lab coat putih tu untuk pergi comp lab?? Huaa rindu lab dulu yang penuh dengan chemical, lab yang ada paip tu semua :'( 


Banyak wayar siaaa~ T___T


Friday, September 16, 2011

Im a Mommy :D

Tajuk over lagi. Hahaha maaf, sila jangan salah anggap. Im not a mummy to a homosapien (read: human). But im a mummy to a hamster. Yeahhh setelah sekian lama mengidam untuk memiliki pet sendiri, akhirnya semalam I made it! Err sebenarnya hamster ni adik lelaki aku punya. Tapi saja nak feeling-feeling mommy to this tiny creature. Yelah, gigi kami kan hampir sama :B Nampak tak ada ciri-ciri keibuan di situ? -..-

Jantina hamster masih belum dikenalpasti. Tak tahu macam mana nak check :O  Korang mesti fikir, "Eleh, trend sekarang orang bela sugar glider, hedgehog, iguana etc. Kau mampu bela hamster je?"  So what? Aku memang adore hamster sejak zaman mumaiyis dulu. Aku kurang suka pada kucing. Aku suka pet yang kecik-kecik yang boleh digentel (?)

Fyi, nama hamster saya MONTEL. Tapi abang randy saya panggil beliau GABUGABU. Kenapa gabugabu? Sebabnya, bulan Mei hari tu aku ada bagitahu dia, kalau aku bela hamster aku nak letak nama gabugabu. Tapi sekarang, aku rasa nama montel macam lagi suwit gitew. Anda rasa mana lagi comel? Gabugabu atau montel?

Hihi aku harap umur hamster ni panjang. Wuu maklumlah, sebelum ni bela pets, tak pernahnya hidup lama. Dulu bela ikan asyik mati je sampai sekarang aku fobia dengan ikan dalam akuarium tu. Kali ni mintak-mintak aku tak fobia dengan hamster pulak  T___T

Bulat macam cekodok  T__T








 Tengah tengok kuaci. 
Hukaloh bukannya nak makan.


Front view macam tak berapa comel :B



p/s: Sebelum ni pernah bela sekor udang nama Mingming. Udang tu tiba2 muncul depan pintu rumah kemudian terus dibuat pet. Tapi sayang, umur tak lama. Tak sempat nak buat udang goreng tepung :/



Tuesday, September 13, 2011

Entry Pasal Makanan

Sekarang tengah free gilaa.. Kelas sampai tengah hari je. Petang ni mati kutu tak tahu buat apa. Nak tidur, bilik aku betul-betul kat tepi jalan yang superbusayy. So cane nak tidur tu? :/ So tanpa membuang masa, aku nak update blog. Nak cerita pasal makanan. Aku dan abg randy sukerr sangat makan. Eh yeke? Rasanya aku sorang je kot. 2 minggu lepas sebelum masuk UiTM, kami pergi berkaraoke kat Neway, Times Square. Best karaoke kat situ sebab dia charge per person. Nak murah, datang antara pukul 1-3 petang weekdays.

Untungnya karaoke kat situ, each person akan dapat minuman dan makanan. Karaoke, sorang 2 jam. So kalau 2 orang? 4 jam lah kena melalak sampai pecah anak tekak -..- Moh layan gambar ;)

 Aku makan sandwich, dia makan chicken chop.
Add RM 9 more -.-'

 Mango in Poppings lebih kurang camni nama dia
Ni bukan juice. Yang best, dalam dia
ada bulat2 kecik. Bila gigit, ada juice keluar! :D

Yang aku gigit tu lah bendanya.
Alolo comei muka -..-

 Camwhore sorang-sorang. Hehe

Lepas karaoke, kami pergi Pudu Sentral. Homaiii.. Pudu dah santek uollss. Tak de lagi dah tempat menunggu yang panas sampai boleh buat ketiak banjir. Yang ada sekarang ialah Pudu Sentral yang amat selesa. Ko nak tidur kat atas lantai pun boleh. Gambar bawah ni level kaunter tiket. Serius selesa ya amat.



 Meluangkan masa berkualiti di Pudu Sentral :B

Ok tu cerita 2 minggu lepas. Ni pulak cerita Ahad lepas. Pagi Ahad aku balik rumah. So jumpa lagi my abg randy. Wakiki.. hari tu dia terpaksa layan selera aku yang sibuk nak makan Blueberry Cheese Cake kat Secret Recipe. Hmm takde lah sedap pun. Masam ada lah :/ Aku order Choc Blueberry Cheese Cake dengan Iced Chocolate. Dann.. aku juga mengada order burger Kid's Meal. Kids ker?? tangan ke dada, mata ke atas.

Kek dan air. Nomnom :9

 Alololo comei burger. Tapi kentang banyak minyak.
Nak muntah aku makan.

 Si natural beauty tengah makan pengsan

Secret Recipe to Happiness. Ekeke ;)

Entry macam tak ada hala tuju je. Ni semua sebab bosan. Layan jelah. Huhu #kbai :D


Sunday, September 11, 2011

Mahasiswi UiTM

Title kalau tak #mengundang memang tak sah untuk blog ni. Hehe.. ok Assalamualilum uolss. Sorry dah lama tak update blog sebab this week busy dengan orientasi atau kat UiTM dipanggil Minggu Destini Siswa (MDS). Dah kata orientasi, of course la memenatkan. Takkan la bertenaga pulak :B

Intake untuk degree kat UiTM Shah Alam 2504 pelajar *refer kat Buletin MDS. Ramai kan? Untuk intake September ni, kami beruntung sebab kami berpeluang guna dewan baru! Kalau sebelum ni selalu guna Dewan Sri Budiman atau Annex setiap kali orientasi, tapi untuk batch kami, kami guna Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Dewan tu sangat cantik dan besar. Bangga sebab UiTM Shah Alam ada dewan yang kelassss macam tu ;)

For this first week, so far so good. Mula-mula risau jugak kalau tak dapat blend dengan surrounding kat sana. But so far, Alhamdulillah. My roommates sangat-sangat baik. Tak banyak gambar pun untuk minggu orientasi ni. Nak tengok rupa DATC tu secara menyeluruh, silalah google. Sat gi cheq nak tidoq. Orientation week cuma dapat tidur 2-3 jam je. Lepas tu kat DATC mulalah 'berzikir'. Huhu esok nak rushing pergi fakulti untuk tengok jadual kuliah. Doakan semua berjalan lancar. Toodals! :D






DATC


p/s: Macam ada yang lain pada aku kan? #kbai


Monday, September 05, 2011

Selamat Bertunang :)

Sabtu lepas one of my cousin bertunang. Tua setahun dari aku. Jealouss sebab dia bertunang dulu. Haha abaikan motif jeles yang tak masuk akal tu. Family sebelah abah, aku ada 5 orang cousins perepuan. Umur kami dekat-dekat je. Beza cuma 1 dan 2 tahun. So boleh dikatakan agak rapat. Huhuh tapi macam biasa, bila gather aku lah yang paling senyap sunyi  T___T

Masa majlis bertunang tu, tema purple. Pelamin dia gojesss tau. Rasa macam batak gila, so selesai je majlis macam biasa camwhoring time. Maaf kualiti gambar buruk. Snap guna phone cikai je  T___T

Meet the pelamin. Gojess kan ;)

My cousin yang dah jadi tunang orang ;)

Sesi menggedik bermula.

One of my cousin. Sebaya :D

Jangan tiru aksi ni di pelamin -..-

Fine! Aku tahu aku gemok :((

Tu saja yang mampu di show off dalam entry ni. Amboi saja je cari pasal tulis show off. Huhu sorry tengah pening kepala sekarang ni. Tu yang update macam nak tak nak je. Maybe sebab esok dah kena daftar masuk uni kot. Iskk malasnyaaa~ #kbai


Sunday, September 04, 2011

An Evening With Besties

Bila masing-masing dah berganjak ke alam kampus, memang susah sangat nak cari peluang jumpa semula kawan-kawan masa sekolah dulu. Nak-nak next week dah kena balik kampus masing-masing. Menggelupur jugaklah carik hari nak gather sama-sama raya ni. 4 Syawal lepas, Alhamdulillah dapat jugak jumpa mereka. Huhu ayat entry kali ni kemain skema lagi. Ahh layan jelah. Maklumlah next week nak jadi student semula apa  kena mengena? O.o




Meet my other half! Nama penuh Nuraishah. Nama pendek Esah. Kat sebelah tu Senah tapi lebih femes dengan nama akak scha. Huahua.. Oh ni lah dia kawan saya sejak sekolah rendah. Berkawan lama sangat sampai orang kata muka kami serupa. LOL tapi dia betul-betul my other half. Kat majalah sekolah, boleh pulak biodata nama aku, tapi letak gambar dia. Haru tahu ke? -..-  Sekarang dia belajar kat Johor. Course dan kampus dirahsiakan :B




Kalau korang perasan, akak purple atas ni selalu menempek kat gambar-gambar blog ni. Asal bergambar kat Puncak Alam je, mesti ada muka dia kan? Bosan kan? Huhu kidding lah. Nama akak atas ni Amira. Kenal sejak sekolah rendah jugak, masa darjah 4. Tapi form 1 dia blah sekolah lain. Tinggallah aku dan Esah terkontang-kanting menyambung sisa persahabatan tangan ke dada mata ke atas. Minggu depan dia akan jadi student UPM Serdang ;)



Bakal chef. K-pop lover yang terer Maths tapi sekarang belajar seni kulinari kat UiTM Pulau Pinang. Bercita-cita nak bukak kafe yang #ohsem macam dalam cerita Coffe Prince. Katanya nanti nak ajak aku jadi share partner tiba-tiba. Nama dia Kamilah. Nama kpop, Kimmi Clover. Uhuhuh :3





Abanglong kawasan kitorang sebab antara member yang sebaya, dia je yang dah selamat masuk sem 2 degree. Amboi kemain berlagak uolss. Menci ai. Mentang-mentang from foundation MMU ke degree MMU tak payah orientasi, nak berlagak dengan aku pulak. Ingat aku kisah? Dengar cerita beliau bakal jadi software engineer. Kelas uollss.. Amboi3~ Oh nama dia Shahrul. Lebih femes digelar errr Meon? :B

So ini jelah yang datang menghabiskan kuih raya sebalang kat rumah aku. Terharu sebab sudi datang. Hihiii korang bila nak jemput aku datang rumah pulak? Sorry kalau duit raya sikit. Tunggu aku kerja nantilah. Nanti aku bagi anak korang duit raya banyak-banyak. Mak bapak dorang tak payah. Ok, akhir kata, nikmatilah gambar kami sekeluarga!

 


Friday, September 02, 2011

Yang Tak Best Tentang Raya

Im writing about my own raya. Sebelum ni pun pernah jugak rasa perasaan tak best bila raya. Cuma sebelum ni tak ada blog, so tak dan lah nak cerita kat blog kan. Hihikss.. Apa yang tak bestnya raya tahun ni:

Sedara mara, sepupu sepapat selipat akan tanya "Anis bila masuk belajar?" Dulu masa tak dapat tawaran UPU, pening kepala jugaklah pikir jawapan apa nak bagi kat dorang ni. Tapi syukur, minggu ke-2 puasa, aku dapat jugak tawaran ke degree tapi course jelah yang tak memberangsangkan. Tak boleh nak eksyen pasal course aku tu sebab kalau aku tulis sini pun sure korang nganga punyalah.

So tiap kali dorang tanya dapat course apa, aku just kata dapat computer science. Cisss padahal tu bukan course aku. Kang kalau aku kata dapat course sistem cerdas, ada yang ingat aku nak jadi cikgu pendidikan jasmani. Phuii badan besar godang. Ada hati nak jadi cikgu PJK  T__T

My mum pulak dengan bangga kata, "Dia dapat course lelong je tu" Omaiigaddd kenapa mama macam happy sangat anak dia nk dapat course lelong. Tebal muka wa tahan malu *nangis* Ada yang suggest aku masuk maktab, ada yang kata course aku tu susah nak dapat kerja nanti. Siap kata, "10 tahun akan datang kerja yang berkait dengan komputer ni tak ke mana." Ehh Malaysia ni makin mundur ke awak? Pffttt -..-

Huhu tak best betei lah raya aku bila kena mengadap soalan macam ni. Rasa macam nak je aku tulis kat kertas A4 lepas tu tampal kat dahi, 

SAYA DAPAT COURSE YANG RELATED DENGAN COMPUTER DAN SAYA AKAN MENDAFTAR DI UiTM ____ ____ (isi tempat kosong) SELASA DEPAN. SEKIAN TRIMAS.

Ulang gambar sama
sebab kekurangan gambar raya. Hihii :B



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...