Sunday, September 04, 2011

An Evening With Besties

Bila masing-masing dah berganjak ke alam kampus, memang susah sangat nak cari peluang jumpa semula kawan-kawan masa sekolah dulu. Nak-nak next week dah kena balik kampus masing-masing. Menggelupur jugaklah carik hari nak gather sama-sama raya ni. 4 Syawal lepas, Alhamdulillah dapat jugak jumpa mereka. Huhu ayat entry kali ni kemain skema lagi. Ahh layan jelah. Maklumlah next week nak jadi student semula apa  kena mengena? O.o




Meet my other half! Nama penuh Nuraishah. Nama pendek Esah. Kat sebelah tu Senah tapi lebih femes dengan nama akak scha. Huahua.. Oh ni lah dia kawan saya sejak sekolah rendah. Berkawan lama sangat sampai orang kata muka kami serupa. LOL tapi dia betul-betul my other half. Kat majalah sekolah, boleh pulak biodata nama aku, tapi letak gambar dia. Haru tahu ke? -..-  Sekarang dia belajar kat Johor. Course dan kampus dirahsiakan :B




Kalau korang perasan, akak purple atas ni selalu menempek kat gambar-gambar blog ni. Asal bergambar kat Puncak Alam je, mesti ada muka dia kan? Bosan kan? Huhu kidding lah. Nama akak atas ni Amira. Kenal sejak sekolah rendah jugak, masa darjah 4. Tapi form 1 dia blah sekolah lain. Tinggallah aku dan Esah terkontang-kanting menyambung sisa persahabatan tangan ke dada mata ke atas. Minggu depan dia akan jadi student UPM Serdang ;)



Bakal chef. K-pop lover yang terer Maths tapi sekarang belajar seni kulinari kat UiTM Pulau Pinang. Bercita-cita nak bukak kafe yang #ohsem macam dalam cerita Coffe Prince. Katanya nanti nak ajak aku jadi share partner tiba-tiba. Nama dia Kamilah. Nama kpop, Kimmi Clover. Uhuhuh :3





Abanglong kawasan kitorang sebab antara member yang sebaya, dia je yang dah selamat masuk sem 2 degree. Amboi kemain berlagak uolss. Menci ai. Mentang-mentang from foundation MMU ke degree MMU tak payah orientasi, nak berlagak dengan aku pulak. Ingat aku kisah? Dengar cerita beliau bakal jadi software engineer. Kelas uollss.. Amboi3~ Oh nama dia Shahrul. Lebih femes digelar errr Meon? :B

So ini jelah yang datang menghabiskan kuih raya sebalang kat rumah aku. Terharu sebab sudi datang. Hihiii korang bila nak jemput aku datang rumah pulak? Sorry kalau duit raya sikit. Tunggu aku kerja nantilah. Nanti aku bagi anak korang duit raya banyak-banyak. Mak bapak dorang tak payah. Ok, akhir kata, nikmatilah gambar kami sekeluarga!

 


8 comments:

  1. bestnyee daa dapat jumpee memberr.. kite belum lagi.. next week bawyu dapat jumpee :)

    http://irsyanim.blogspot.com/2011/09/raye-jalan-jalan-raye-dan-hantu-bonceng.html

    ReplyDelete
  2. syok ya raya ? sye rye thn ni mcm xde ape2 je....kwn2 plak mcm xnk dtg jer... :/

    ReplyDelete
  3. huhuhu... jemput2 dtg umah raye taon depan kat ijok... :D
    aq pki blog nie skrg : http://betweenyounme-milah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. nini..slmt hr raye..:)
    mri la tgk bju raye rin yg xshantek 2

    ReplyDelete
  5. @AmyZana
    ala jgn la sedih.. kwn2 awk busy kot. xpe2, raya sebulan kan ;)

    ReplyDelete
  6. @nurulkamilah
    haha ijok? insyaAllah nti aku cuba dtg. huhu

    ReplyDelete
  7. @♥ Frau Reen ♥
    slmt hari raya jgk. insyaAllah, nanti sy singgah ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...