Thursday, September 29, 2011

New Life, New Spirit!








Sejak masuk alam degree ni, aku dapat rasa perubahan yang agak ketara pada diri aku. Hihi benda baik, haruslah bangga di blog kan? Sila angguk sekarang. Kalau nak banding life aku masa asasi dengan degree ni, degree life aku macam lagi terurus. Tak tahulah mungkin usia makin meningkat, dan aku semakin matang (?) atau ni culture shock? Culture shock ke arah positif. Kalau betul, sejuk perut mama mengandungkan aku dulu tiba-tiba

Masuk degree ni, aku dah mula latih diri aku bangun pukul 6.30 pagi. Ye, tu bukannya awal sangat. Tapi kalau nak banding masa asasi dulu, aku bangun pukul 7 pagi, then solat subuh 7.15 -..-' Kat sini jugak, aku jarang tidur dalam jangka masa yang lama masa kuliah. Kalau terlelap pun dalam 5 minit macam tu je. Maybe aku jarang terlelap masa kuliah sebab jumlah student yang sikit kot.

Lagi satu, sampai sekarang aku tak pernah ponteng kelas! Sebab aku jarang ponteng kelas, kat sini payah nak menipu suruh member sign attendance. Kelas aku bukannya ramai sangat. Kalau aku tak datang, ko ingat lecturer tak boleh trace? 

Lagi satu, aku jugak rajin puasa sekarang ni. Haihh kalau masa asasi dulu mewah dengan elaun. Tapi degree ni, kena tunggu ptptn masuk. Dah lah aku kelompok 2. Mahu berjanggut aku nak tunggu duit tu. Zzz.. So nak jimat duit aku puasa jelah. Boleh kurus kan2? Dah lah tiap kali nak pergi faculty aku kena mendaki bukit dulu. Memang terbaiklah kan. Memang kuruslah aku nanti. Tadi pun aku rasa macam pipi aku cengkung sikit. HAHA :p

Fuh banyak jugak perubahan positif aku ni. Huhu hope bolehlah tahan positif macam ni sampai aku grad nanti. Pengalaman kegagalan masa asasi dulu mengajar aku erti kematangan cewaaaahhh. Hihi ok gotta sleep now. Sepatutnya aku kena hafal note Economics sekarang ni. Tapi blog macam memanggil-manggil  T___T

p/s: Jatuh hati dengan template baru blogger. Lagi simple and nice! Tapi kena fikir 2,3 kali nak revert to that template or not. Sayang dengan template ni :'(



4 comments:

  1. 6.30 pagi bgn?giler2.haha kat u la den bgn kol 10;p

    ReplyDelete
  2. @nazirulhazwan~
    hari2 kls pukul 8.30 pg. xkan nak bgn kul 10 jgk kot? huhuh

    ReplyDelete
  3. bgslah berubah ke arah yg baik ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...