Friday, October 28, 2011

Artificial Intelligence a.k.a Intelligent System


Source


Assalamualaikum dan hai semua! Hari ni mood agak baik sebab nak share dengan korang pasal degree course yang aku ambil sekarang ni. Tengok kat seach keywords nuffnang, ada keyword 'degree in computer science uitm shah alam'. Ada yang leave comment kat shoutbox, mintak detail pasal course ni. Tapi saya tak dapat trace emel tu. So kita gebang kat blog jelah eh?

Pertama sekali, untuk pengetahuan uolss, saya bukan degree in computer science. Saya amik degree in intelligent system. Mesti korang fikir, waddefuuu is intelligent system?? Tak semua orang tahu tau Intelligent System ni menatang hape *termasuklah saya masa mula-mula dapat offer course ni dulu*. Intelligent System ni biasanya dipanggil AI. AI tu stands for Artificial Intelligence. Kalau korang from background IT dan computer, korang tahu lah AI ni menatang apa.

AI ni dia banyak involve programming. Korang kena mengadap computer, lepas tu buat coding. Haa part coding ni best. Bila korang edit blog, korang mesti jumpa HTML code, Java semua tu kan? Tu la dia kerja student AI. Macam saya, sem 1 ni saya guna C++. Lepas sem 1 nanti baru akan ada elektif sama ada nak ambil HTML, Java etc. As for me, saya rasa macam nak amik HTML je. Mana tahu nanti saya boleh invent blog yang boleh bercakap ke kan. Muahahaha :))

Senang cerita, AI ni tujuan dia nak bagi robot pandai. Maksudnya kat sini, kita akan programkan satu-satu machine tu untuk berkerja dan bertindak macam manusia. Contohnya, mesin basuh kat rumah korang tu. Kalau tak ada yang programkan mesin tu, memang sampai bila pun mesin korang tak bergerak. Lagi satu, ni contoh paling senang. Cuba korang pergi kat Cleverbot. Kat situ, korang boleh tanya apa-apa soalan. Nak guna bahasa melayu pun boleh. Nanti bot tu akan jawap soalan korang selagi soalan korang tu logic lah kan. Cleverbot ni, orang-orang AI lah yang program kan dia. Best kan!! :D

Yang tulisan biru tu cleverbot.
Takde keje bersembang dengan benda alah ni -.-'


Tentang job prospect lepas graduate nanti, saya pun tak nafikan yang saya sendiri tak tahu nak jadi apa nanti sebab kat Malaysia, AI tak berkembang sepenuhnya. Kerja yang melibatkan AI ni dia banyak demand kat Jepun dan United Kingdom *kalau taip UK, orang ingat Ulu Klang pulak -.-'*  Bawah ni list kerja yang bersuaian dengan sijil kita nanti:

-Software Engineer
-Intelligent System Executive
-Artificial Intelligent Information System Executive
-Knowledge Engineer
-IT Technical Analyst
-System Analyst
-System Developer
-Programmer
-IT Consultant
-Technopreneur

Rasanya sampai ni jelah penjelasan saya pasal AI. Best la pulak bersembang dengan Cleverbot ni. Siap bergaduh lagi dengan dia pasal dia mempertikaikan english haku. Fineee!! Kalau nak tahu lagi pasal subjek course ni, boleh click kat entry ni CLICK.

p/s: Saya baru sem 1 dalam course ni. Kalau ada apa-apa fakta yang salah, minta maaf banyak-banyak. Hanya mahu berkongsi dengan pembaca blog :)

12 comments:

  1. yes,AI memg best kalo nak buat system yg bijak..penah amik subjek ni as elektif waktu sem 5.tpi lecturer just ajar 5 bab je sebab AI ni byk skop die..memg pening,tpi sbb lecturer pndai terang,mudah faham..mule2 amik kawan ckp la,'wooh,amik AI"..tpi lepas exam hah tgk dapat markah elok dri subjek eleftif lain -,-

    ReplyDelete
  2. @? NazirahMoktar ?
    alahai.. nape tak terus je amik AI. klu tak ade geng :((

    ReplyDelete
  3. saya amik sistem komputer, spek kerja seakan akan sama dan prospek kerja pung seakan akan sama.memula memamg susah belajar programning, lam2 dah kalih dah hehehehe anyway, good luck m dear :D

    ReplyDelete
  4. @Ninie elektif je pon..kos takde AI kat umt.. hihi

    ReplyDelete
  5. @sarah mohamad
    wah sistem komputer pun macam AI jgk eh? btw tenkiu! u too, gudluck :D

    ReplyDelete
  6. @? NazirahMoktar ?
    jom2 masuk uitm. uitm semua course ada. sebut je. hehehehe

    ReplyDelete
  7. semalam uolls ada jadi pbsm masa nite run tu kannn?????? *tetiba lari topik hehe

    ReplyDelete
  8. @ramlah melaram
    aisehh prasan ke? homaiii mana nak sorok muka ni. wuwuwuwuwww T__T

    ReplyDelete
  9. first time dgr ada kos ni . :D

    ReplyDelete
  10. @puteri ain
    yeke? hehe so lps ni blh la amik course ni :D

    ReplyDelete
  11. Salam sis. Kiranya saya cdg nak ambik AI uitm utk degree. Course ni bnyk bljr theory / more to practical eh? Sbb saya tersangatlah lemah part2 hafal2, theory etc ni. Hrp dpt bls lah. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Course ni byk blaja teori. Programming more to basic coding je (language java dgn c++).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...